Thursday, 20 June 2013

Demo Masakan Saya.. ;)





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.. Wahhh.. lama jugak saya tinggalkan blog ni yer.. Naik bersawang dah yer.. Ayyy.. nak buat camner, sibuk sangat saya dengan tempahan dari teman teman serba sikit tu. Bila ada masa sikit sikit tu rasa nak merehatkan diri puas puas pulak. Pastu dengan kondisi laptop saya yang semakin tenat ni, aduhaiii.. cukup berchenta betoi dibuatnya, naik menanah menunggu.. Kejap kejap dia hang.. kejap kejap hang.. Nak menyudahkaan sesatu N3 tu pun cukup menguji kesabaran. Masa dah taim kot.. Dah hukum tukar baru.. Nantilah kumpul duit pelan pelan kann.. Ada rezeki kita tukar baekkk punyer.. berangannn.. :)





Actually N3 kalini saya nak sembang sikit ngan kengkawan. Haaa.. nak bayar utang lama tak dapat membebel ni.. hehee.. Pada 2hb June 2013 tempohari saya telah dijemput membuat Demo Masakan oleh Pihak KEBAL (Kelab Barangan Lama) di Anggerik Mall Shah Alam. Terus terang cakap saya memang tak sangka akan melangkah ke tahap itu walaupun saya faham tujuan sebenarnya adalah untuk menarik orangramai supaya datang ke Jualan Barangan Lama yang memang diadakan pada setiap hari ahad di situ. Pada mulanya saya agak risau dan keberatan untuk menerima tawaran itu. Maklumlah selama ni saya hanya membebel di sini pada hujung jari saya jer kann.. Mana pernah gi ngajor masak depan orang ramai bagai tapi bila mengenangkan permintaan seorang teman yang juga merupakan salah seorang penganjurnya saya gagahilah juga. Bak kata suami saya pulak menambah lagi.. Kalau tak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Maka saya pun menyahut cabaran itu dan menerimanya. Walau hati penuh gentar saya tetap juga berusaha mencuba untuk memberi yang terbaik. Jika ada kekurangan tu, saya mohon maaf sepuluh jari. Saya budak baru belajar.. :)






Menu masakan pada hari itu semuanya adalah dari permintaan pihak Penganjur iaitu NASI LEMAK PANDAN BERHALBA dengan SAMBAL CHUMIQ dan juga sejenis Kuih Traditional orang Melayu iaitu KUIH CARA MANIS. Tatkala melangkah masuk jer ke dalam Anggerik Mall saya terpandang akan Bunting yang dibuat tu tertulis Demo Masak bersama Blogger Terkenal. Aduhaiii.. dalam hati terdetik, terkenal ker? rasanya saya ni biasa biasa jer.. Taklah terkenal mana tapi di satu sudut pula menambahkan lagi gentar saya kerana sudah pasti mereka mengharapkan yang terbaik dari 'Terkenal'. Saya pun taknak fikir lagi.. teruskan jerlah.. Redah jer!!. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar juga walau ada juga sedikit kekurangan sana sini. Crowd boleh tahan.. Not bad jugak sambutannya.






Seawal pagi dengan hati yang dug dag dug daq saya telah menyediakan dulu di rumah satu periuk besar Nasi lemak tu dan Sambal untuk diagihkan pada para tetamu untuk merasa masakan saya. Alhamdulillah.. Semua yang merasa cakap sedap. Saya juga memberi peluang pada para tetamu untuk mencuba membuat Kuih Cara. Barulah syiok sikit dan taklah boring sangat mereka dok nengok jer kat depan tu. Apa pun Demo Masakan ini tetap menjadi kenangan manis dalam hidup saya. Terima kasih sekali lagi pada Pihak Penganjur dari KEBAL Anggerik Mall Shah Alam yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan programme ini buat julung kalinya. 








Terima kasih juga pada teman teman yang datang dari jauh dan dekat untuk memberi sokongan moral pada saya. Saya tak lupa jasa baik teman teman semua. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. 

Inilah saja beberapa gambar kenangan di hari yang sungguh bersejarah buat diri saya yang dapat saya kongsikan di sini. Nak buh semua banyak sangatlah pulak kann.. hehee.. Insyaallah jika diizin tuhan, ada rezeki ada umur kita jumpa lagi.. Daaaa.. Sayang semua.. Muahhhh.. :)