Saturday 3 November 2012

SEMBILANG LAUT GORENG BERLADO DAUN LIMAU PURUT & FOUR SEASON VEGETABLES



Wahhh.. Nama Menu tak boleh blahh betoi, bak kata bebudak sekarang.. Melayu ada, Omputih pon ada.. Sesedap gigi jer kan.. hehehh.. Apa khabar semua?? Assamualaikummm dan Selamat Berhujung minggu juga. Berapa hari dah nak masukkan N3 ni tak sempat sempat. Bila ada kesempatan tu mood pulak ke laut. Nak kata tak sehat tu, sehat.. cuma mata dan idung ni jer doq merambu rambu air kuar. Mana taknya asyik berujan jer dalam minggu ni. Ni pon standby tuala kecik kat sebelah ni. Tak kang kembang jer memandang screen ni.

Kerana kesihatan kurang memuaskan, saya straight to the point jer lah.. Moh ler kita nengok resepi SEMBILANG GORENG BERLADO ni. Masa pun tak banyak ada, maklumlah ujung minggu ni bila semua ada di rumah barulah nak masak lebih sikit kat dorang.




~~ BAHAN BAHAN ~~

4-5 ekor Ikan Sembilang size sederhana
6 batang Cili Merah *
6-9 tangkai Cili Padi *
5 ulas Bawang Merah *
1 ulas kecil Bawang Putih *
1 biji Bawang Besar (dihiris bulat)
1-2 batang Serai (dititik)
2 sudu besar Jus Lemon (ikut citarasa)
1 cawan Air atau secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Beberapa helai Daun Limau Purut




Bersihkan dulu ikan, pastu kelar kelarkan badannya dan lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng hingga masak, angkat dan ketepikan dulu. Blend atau kisar semua bahan bertanda (*) di atas. Panaskan kuali dan minyak untuk menumis. Masukkan serai dulu dan tumis sebentar bagi naik bau serai dalam minyak tu dan dikuti dengan bahan yang diblend tadi. Goreng hingga garing dan naik bau. Kemudian bolehlaa masukkan sedikit garam dan sedikit air agar dia berkuah sikit. Bila semua dah menggelegak bolehlaa bubuh jus limau secukupnya mengikut citarasa memasing. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat tadi dan masak sebentar. Siat siatkan juga daun limau purut dan masukkan ke dalam masakan untuk menaikkan aromanya. Akhir sekali rasa garam, jika semua sudah secukup rasa, tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi dan sedia untuk dihidangkan. Senang jer kann.. 




Bab FOUR SEASON VEGETABLE ni pulak, baru festaim saya buat ni. Hubby yang suruh buat, sedap katanya.. Pernah makan kat Chinese Restaurant. Kerana nak masuk Syurga, i follow jerlah.. bukan susah kann..

Sempoi jer wat sayur ni just tumbuk dalam 3 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, sedikit belacan atau udang kering bersama 2 batang cili merah dan sedikit cilipadi jika nak pedas sikit. Kemudian tumiskan hingga garing. Bagikan garam gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan sayur. Masak sayur hingga layu setakat mana yang suka. Terung tu saya goreng dulu sikit. Saya suka makan terung yang digoreng sikit. Terpulanglah pada citarasa memasing yer. Selamat Mencuba.. (",)




6 comments:

zila norazila said...

salam sis..
perhhh x tahan tgk sembilang tue..fav ayah zila..tp biasa kmi wt asam pedas..kecuqqq teman tgk.

Shiela said...

wsalam dear.. sedap jugak buat asam pedas ikan ni kan Zila. kalo adek beradek akk, masak kari jerlah.. :)

Amie said...

Lauk gini kalau kita hadap memang habis licin tak tinggal tulang semilang tu Sheila!

Shiela said...

Amie.. kalo di sini UP lagi.. ngan tulang tulang abih kukunyah.. Jin pon hangen.. kehkehkeh.. ;D

Rohah said...

salam..
mmg sedap sembilang wat gini..hari2 mkn pun tak apa..seriesss

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam k.Sheila
ikan sembilang ni mak sy paling suker, kalu mkn nasi di luar memang lauk ikan sembilang yg dia ambik dulu he he