Saturday, 13 October 2012

PETUA TURUN TEMURUN UNTUK MEMASAK KARI IKAN YANG SEDAP



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. :)

Petang semalam kat tempat saya hujan ngan ribut Subhanallah.. Punyalah menakutkan tapi masa tu saya takder kat umah. Saya kuar gi amik anak sekolah dan terus menyinggah ke kedai bahan bakery. Kat area tu elok pulak tak turun hujan lagi. Setibanya berhampiran kawasan rumah saya, nengok banyak air melimpah limpah atas jalan macam nak banjir pun yer. Dengan dahan dahan pokok patah bertaburan atas jalan. Wahh.. saya cakap ngan Farrah dalam keta tu, "Lebat betul ker ujan kat sini tadi? Mesti kuat betul ributnya". Nasib baiklah masa tu saya takder kat atas jalanraya. Kalau tak cemas gak rasanya. Bila sampai umah saya nengok pokok pisang kat belakang umah saya tumbang. Habis pisang setandan, apakan daya takder rezeki tapi saya dapatlah merasa jantungnya. Bolehlah dibuat sayur lemak ker ulamkan ngan sambai belacan ker kann.. 




Pada N3 kali ni saya sebenarnya nak berkongsi beberapa petua dan tips untuk memasak KARI IKAN yang sangat sedap. Kari daging atau ayam pulak nanti besok besoklah. Duhh.. risau gak ni kalau cuma sedap bagi tekak saya pulak ni. Cubalah dulu yer kengkawan, tapi ni memang petua turun temurun lagi dari kami yang dilahirkan di Tanah PULAU PINANG. Nak kata Mamee Tanjung tu hidung tak berapa nak mancung laa pulak kan.. hehee.. Saya memang follow dari dulu lagi sampai hubby dan anak saya memang tak sukalah makan yang lain dari cara ini. Dorang siap boleh hirup lagi kuahnya tu. 




Saya mulakan dengan MENUMIS. Pastikan minyak betul betul panas sebelum mula menumis. Tumis semua bawang yang dihiris dan halia yang dimayang halus hingga layu kejap. Kemudian baru masukkan halba campur juga daun kari hingga dan teruskan menumis sehingga betul betul garing dan bewarna keperangan gitu. Kalau tak, tak berapa berasa kalau sekadar layu jer bahan tumisan tu terutamanya bawang dan halia. Halba campur tu cuma gunakan Biji Sawi, Halba dan Jintan Putih/Halus. Jangan guna Jintan Manis yang kasar tu, lain rasanya. Tu sebab saya jarang beli yang dah siap campo, tak berapa sukalah. Ada bahan yang cam kuat sangat baunya dan macam tengik pon ada. Untuk sukatannya, cuma ambil ketiga tiga jenis tu tadi dengan sukatan yang sama rata jadikan 1 sudu besar sudah memadai. Kalau banyak sangat takut perut tak tahan.




Salah satu bahan utamanya yang amat penting dan juga mungkin ramai yang belum pernah dengar ialah BERAS yang diSANGAI atau digoreng tanpa minyak hingga keperangan. Beras ni kemudiannya ditumbuk atau dikisar halus. Memang kompom lain sedapnya kuah kari tu bila atau digoreng bubuh beras tumbuk ni. Selain itu ia juga boleh memotong hanyir ikan dan juga dapat mengurangkan penggunaan santan. Bila dah buh beras tumbuk ni, kuah tu akan memekat sikit, jadi santan tak perlu buh banyak lagi. MASA bila nak bubuh tu? haaa.. Selepas rempah kari yang kita tumis tu betul betul garing dan hilang bau, kita masukkanlah dan kacau rata cepat cepat sebelum dimasukkan air atau santan atau ditabur pada permukaan kuah selepas ikan masak dan kacau rata. Pilih lah mana yang rasa mudah.

API semasa MENUMIS REMPAH tu pulak pastikan jangan kuat sangat. Kecik jer pon takper. Dikacau selalu, JANGAN TINGGAL sebab rempah mudah hangit dan melekat pada periuk masa ni. Kalau api besar juga, rempah tu akan masak mengejut. Kalau makan kuah dia akan rasa cam minyak urat dan jika hangit kuah tu pulak akan rasa pahit. Bab ni agak penting jugak nak diberi perhatian.




REMPAH KARI yang akan dibancuh menjadi PES tu pulak, dicampurkan dengan sedikit santan cair dan garam. Bila ditumis pun nanti cantek dan elok jer jadinya. Rempah tu juga pastikan yang baru dan segar. Jangan guna rempah yang dah dibuka dan terbiar lama kat luar walaupun belum tamat tempohnya. Cara terbaek untuk mengekalkan kesegarannya simpanlah dalam peti sejuk. Garam yang dibubuh tu juga dapat membantu supaya rempah tu tidak mudah hangit. Jika nak masukkan sedikit bawang yang dikisar dalam pes rempah ni pon boleh jugak.




ASAM JAWA kita ramas sekali dengan SANTAN sesiap sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Kalau masak ikan yang agak kuat hanyirnya seperti IKAN SEMBILANG boleh lebihkanlah sedikit asamnya. Okay, bila santan dah betul betul baek punyer menggelegak baru masukkan ikan. Kalau tak, nanti ikan kita akan mudah hancur dan kuah jadi hanyir. Api pun boleh dikuatkan sedikit, kalau api kecik sangat air ikan tu akan keluar dengan perlahan dan kuah tu akan rasa kuat hanyir ikan. Mau kembang tekak kalau makan nanti. Bila ikan dah masak, kita kecilkan api supaya gulai kita nampak cantek jer terbit minyak dan menyelerakan. Tak perlu lelama sangat, kejap jer dalam 5 minit camtu. Kalau lama sangat kang hancur pulak ikan kita.




Lagi satu bahan penting untuk menyedapkan Kari Ikan saya, mesti ada CILI HIJAU. Just PATAH PATAHKAN 2 atau 3 dan masukkan dalam kuah selepas masuk ikan tadi. JANGAN dipotong dengan pisau, lain nikmat aromanya tu. Patah patahkan jer, meletup letup bunyiknya pun nanti. hehee..

SAYURNYA pula kalau guna KACANG BENDI, jika nak kelihatan segar dicelur jer dalam air yang dicampo sedikit minyak dan garam. Jangan sampai lodoh sangat. Bila nak makan baru letak sekali dalam mangkuk hidangan. Tapi ini terpulanglah, kalau taknak buat camni pon boleh jer masukkan dalam kuah sebelum dimatikan api. Jika guna TERUNG saya lebih suka goreng dulu terung tu sehingga layu dan dimasukkan dalam kuah. 




IKAN yang ingin dimasak juga sebaiknya yang SEGAR baru sedap dan terasa lagi manis ikan. Ini jerlah yang saya teringat yang dapat saya kongsikan dengan kengkawan. Jika ada apa apa yang saya teringat lagi nanti saya update. Maklumlah, dah tetua ni kengkadang ada jer terlupa. Bunyi cam rumit ker Kari Ikan ni? Tak kann.. Sempoi jerr.. Cuma saya punya penerangan yang berjela kot. Resepinya sebenarnya saya dah pernah masukkan tapi takperlah, saya kopipes sekali lagi kat sini yer.




BAHAN BAHAN :

1 kg Ikan ~~ Apa apa yang suka
50gm Rempah Kari Ikan Babas
3 sudu besar Cili Mesin
1 biji Bawang Besar
5-6 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia (dimayang halus)
3 batang Cili Hijau
100ml Santan
1 sudu besar Halba Campur
1 sudu besar Beras sangai ~~ ditumbuk halus
Sedikit Daun Kari
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Segenggam Asam Jawa
Air Secukupnya




Mula mula saya cadangkan, goreng dulu beras secara sangai atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan dan ditumbuk halus. Cuci bersih kepala ikan tersebut dan boleh juga dipotong mengikut pilihan memasing. Sebaik baiknya ia dicuci dengan cara direndam dulu dengan air perahan asam jawa, garam dan air beras ataupun boleh dimasukkan sedikit beras yang ditumbuk tadi. Ini boleh memotong hanyir ikan. Selepas seketika, bilas bersih dan toskan. 

Sediakan periuk yang bersesuaian, panaskan minyak dan tumis dulu halia yang dimayang halus, bawang merah, bawang besar, bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus juga. Kemudian masukkan halba campur dan daun kari. Tumis hingga bawang menjadi keperangan, baru dimasukkan rempah kari yang dibancuh dengan dan cili mesin menjadi pes. Masak rempah tu hingga garing dan naik bau. Api kena kecik jer, bagi dia garing pelan pelan sampai bebetul garing. Kalau tidak nanti tak sedap.. macam rasa minyak urat nanti kari kita. Boleh juga masukkan sedikit garam dulu untuk menggaringkan rempah tu dengan baik. 




Kemudian masukkan pula air asam jawa yang mencukupi mengikut citarasa masing masing. Selepas itu, masukkan pula santan dan air secukupnya. Nak lagi kick, ramas asam jawa bersama santan tu sekali. Bila sudah menggelegak bolehlah dimasukkan kepala ikan dan garam secukup rasa. Patah patahkan cili hijau, masukkan ke dalam gulai tu. Bila kepala ikan tu dah masak, taburkan beras sangai dan kacau rata. Kecilkan api masak seketika bagi terbit minyak supaya nampak menarek gulai kita nanti. Akhir sekali, baru masukkan kacang bendi dan buah tomato. Sebelum matikan api, rasa dulu.. kalau dah cukup semua rasa siaplah sudah. Cubalah kengkawan.. Insyaallah pasni tak heran dengan Kari Ikan kedai mamak dahh.. hehee.. Apa pun, Selamat Mencuba yer.. :)





113 comments:

Anonymous said...

Thank alot sheila.. nanti boleh ikut petua ni bila masak ikan tongkol yang ada di dapur tu

Azian Nd said...

Salam sheila, nampak cantik dan enak ajer kari tu. Saya dan family memang sukakan kari. Mesti cuba resepi ni nak tgk apa kata dia org....izin kan ya.

Unknown said...

salam Sheila
terimakasih bagi petua segala utk kari yg sedap rasanya lebihkurang jugak dgn kari orang kedah kan,tapi belum pernah lagi dengar kari penang boh beras goreng ni mesti try jugak utk save santan,tapi jintan putih / jintan kecik tu mmg wangi sangt dari jintan manis,kak noor pun selalu gak boh jintan kecik ni,nnti nk try resepi Sheila yg boh beras goreng sbb kat rumah ni hantu kari jugak..

Mas said...

TQ atas perkongsian yang amat berguna nie...
kat rumah mas, kari memang laku sangat.....
nak cuba cara sheila pulak la...

Rohah said...

sedapnye kak, dah terliur ni..adeh deh...beras sangai tu kiranya menjadikan kuah kari kita jadi pekatlahkan kak..

ummiakid-lily said...

Terliur tgk kari tu...PASTI akan cuba teknik dan petua² yang diberi....
Satu perkongsian yang amat² berguna.
Thanks for sharing...:)

mama sara nur @ Cik Nor said...

wah kari ikan yg sedap, nampak pun tau sedap kak..
tq ye sb bgtau pada kita yg tak tahu ni, nanti blhlah dicuba cara ni kompem en suami makan menjilat jari kan he he
part last tu sy sukerrr sgt he he mangga bergantungan bestnya ada pokok mangga di halaman

hani_za said...

assalamualaikum k.shila...mmg teringin sgt nak mkn kari ikan mcm ni...aritu cuba buat ikut resepi sendiri, cari rempah yg dah siap kat kdia sbb x tahu nak buh rempah apa...dah masak x sedap la tp boleh la makan jugak...x nak membazir...lpas ni nak cuba resepi k.shila plak...bnyak infonya...trm kasih bnyk2.

Shiela said...

Wsalam.. terima kasih sudi komen dan singgah yer.. Selamat Mencuba yer.. :)

Amie said...

Hai Sheila,
nak komen pasal poko dulu... pisang nan setandan yang roboh tu Sheila nak buat apa, nampak masih muda ye... buat kerepek sedap kot he heheh... , sayang pokok kari tu, kita tanam tak pernah pun tumbuh walau berkali-kali menanamnya, terakhir... buah mangga tu... alahai... aduhai... ko nak buat apa Sheila, buat kerabu ye... buat yang best punya ye!
Ha... ni nak komen pasal kari ikan tu, agaknya kalau masak gini mhidang kat mentua, boleh jadi menantu kesayangan nih!

ksue.mehci@gmail.com said...

Sedapppnyer...baca penerangan pun dah terbayang2....will try....thank you for the tips...

Shiela said...

Amie.. pisang tu muda sgt lagi rasanya. klu buat kerepek takut kelat.
Pokok kari alhamdulillah siap beranak pinak lg tu. cuma tanam serai jer tak idup idup, apa majal tah.
Mangga tu mmg best buat kerabu. sambal totok pun mantopp.. :)
Insyaallah Amie.. mudah mudahan kita dpt menjadi menantu yang disayangi mertua.. hehehh..

Shiela said...

Sue Md.. sama sama.. Selamat mencuba yer..

Puteri said...

pergh nampak menyelerakan. memang tengah cari resepi yang best cam ni bila nampak je terus salin resepi. insyaallah nnt leh cuba :) banyak yg dah lupa sbb last tengok nenek masak cam ni kecil lagi :)

Shiela said...

Selamat mencuba Puteri.. :)

Unknown said...

Salam,

Saya dapat link ni dari Ibundo.

Nak ucap terima kasih di atas perkongsian resepi. Saya dah cuba semalam. Memang mabeles sungguh. Saya masak ikan merah dan boh bendi. Adik lelaki saya berkali2 tanya guna rempah apa la, ada santan ke idak macam2 tanya la..naik pelik saya, katanya kaw sungguh kari ni berpeluh2 dia makan sampai 3 pinggan. Bapa dan suami saya pon bertambah makan nasinya, Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi atas perkongsian resepi dan tips.

Kak Nita said...

Salam Sheila...
nak kena try jugak la...tq ya!

zifa said...

salam..
terima kasih atas pengkongsian resepi...belum pernah buat yang letak beras sangai... hubby org kedah...dia suka sangat masakan kari ni... da jimat la duit beli nasi kandar subaidah...boleh cuba nnt... tq

5057akulahhb said...

Amboi..bila aku fikirkan,teringat pulak dgn cara mak aku masak kari...
patahkan cili, beras sagai.....lama aku tak jumpa cara yg sama tu..terimakasih pada awak ya.

Anonymous said...

Salam, tk perkongsian resepi..sedap dan puas hati

Azie Kitchen said...

Serious. Tak sanggup gambar gambar di blog ini. Ia membuat hati mencair dan jiwa jadi kacau. Really adore your photography skill

- AnaK Mak Cik T - said...

saya mencuba resipi ini...buat pertama kali masak kari kepala ikan. selalu makan yang mak masak jaaaa....and my mom guna rempah giling or kalau x rajin sangat dia sangai semua rempah ratus tu & blend.

ikut lidah saya dah sedap dah...tapi nak kena ikut lidah suami plak...harap2 dia pun suka.

terima kasih atas petua & resipi :)

Kak Noor (SDB) said...

Salam Shiela. Selalu tengok resepi yang Shiela postkan dalam FB. Semuanya enak-enak belaka. Rupa-rupanya Shiela ni orang Penang ye! Patutlah pandai masak. Akak pun anak Penang jati juga. Bila baca dan tengok gambar resepi kari ikan Shiela ni memang cukup teruja. Walaupun akak orang Penang, tak pernah lagi jumpa resepi kari ikan yang diletakkan beras sangai. Bonda dan nenda akak pun tak pernah gunakannya. Resepi ni lain dari yang lain. Mungkin inilah yang membuatkan jari ikan sedap. Terima kasih di atas tips yang diberikan. Cukup berinformasi. Nanti akak nak try masak resepi Shiela pulak. Tengok apa komen cik abang pulak.

Anonymous said...

Wahhh!!..sedap nie..tk pena trai pon guna beras..thank.. :)

Anonymous said...

Malam ni gak buat!!hehe

Anonymous said...

Sis, kenapa you punye site tak boleh pin kat www.pinterest.com.... sure ramai yang suka site you ni...

Umm Alif said...

tqvm sis. terbaek! skjp td dh cuba. cuma tersilap masuk lambat beras goreng tu dan daun kari. but still sedappp. alhamdulillah. i am expert curry cook after tgk resepi u! jzkk sheila

fazliana said...

serius nampak menggiurkan

Unknown said...

Mmg sedap dah try terangkattt!!

Anonymous said...

tk first time dengar beras sangai akan sedapkn kari

sifooden said...

seni memasak kari yg unggul. tq

drwsyzhra said...

akak..mohon share. Ya Alla terliurnyer
..

ZaZu said...

Salam. Sy dah 2x cuba resepi ni. Mmg terbaek dan sedap! Tq ;)

ZaZu said...

Salam. Sy dah 2x cuba resepi ni. Mmg terbaek dan sedap! Tq ;)

momnsofea said...

tq...terbaek..

ajan said...

Salam Kak.

Terima kasih share tips ni Kak. Saya buat semalam, tak pernah2 kari saya sedap semalam punya sedap gila.

Semoga Allah berkati akak atas Ilmu yang akak kongsi kan ni... Terima kasih Kak.

Anonymous said...

Terima kasih Kak Sheila. Sya dah try buat, memang macam kari mamak sebijik. setiap minggu suami mintak masak kari ikan ni. Semoga Allah swt meredhai usaha akak sebagai amal soleh.

Anonymous said...

Beras sungai tu beras apa.kalau guna beras lain boleh ke

Zakiuddin said...

Beras sangai bukan sungai...beras biasa yg digoreng tanpa minyak.

Saya dah cuba resepi ni, memang terbaik.

Unknown said...

dah try...memang terbaik n sedap!terima kasih yg mberi resepi...tq shiela

Anonymous said...

Halba tu ape??

Anonymous said...

Halba tu yg kecik2 kaler perang/ krim yg biase org Trg masukkan dlm nasi dagang diorang...

#menyampuk je tolong jwbkan... hehe

Jenny said...

Hi Sheila,
A big thumb up for your well designed blog with interesting recipes which trigger me want to start venturing into cooking hobby again...
I love fish curry & your fish curry is definitely a must try.
I also fascinated by your "copper kuali" which I have been wanting to own one (if not mistaken chef wan always use it during his cooking shows on TV). Where did u buy the copper kuali??? Appreciate you email me . jennypylim@gmail.com.
Tks.

Unknown said...

Saya dh Cuba mmg sdp...thanks

sethdahalan said...

Tenguk2 gmbaq sedap je....saya nak coba..first..saya baca recipe...beras goreng...got to try..tq

CikguIsya said...

Saya dah cuba. Suka! Terima kasih mengongsikan ilmu ini.

Anonymous said...

Salam.sy dh cuba resepi ni tadi.mmg sedap.suami tambah smpai 3kali..trima ksih atas resepi..=)

eynazamilah said...

Mekasih untuk resepi ni.sy memg x pndai masak kari ikan.mohon copy ya.

Delaila Adnan said...

Salam...sy baru berlajar masak...mmg nampak sedap...saya akan cuba try resepi ni...thanks a lot

Anonymous said...

Tq.ilmu dikongsi bersama...saya dah cuba.. memang sedap ikut selera saya...dah tak cuba resepi kari yg lain.

Anonymous said...

baru lepas makan kari ikan resepi akak...sedap sgt... mcm tak caya saya bleh buat kari sesedap ini...suami pun siap tambah lg nasi.. tq kak

Al-Nafis said...

Terima kasih atas perkongsian resipi dan petua

Anonymous said...

Salam..mohon share ye resipi kari ikan ni..nk try buat gune resipi ni.. Tq ye!

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya dah cuba resipi ini dan memang sedap..Terima kasih kerana share resipi ni...

Anonymous said...

Hr ni akak nk msk lg kari yg sheila ajar.kali ke3 la dah buat cam sheila.suami mmg suka...marbelessss.. hinga menjilat2...
Tq sheila...sblm ni asyik kena komplen jer bl wat kari..ktnyer x sm cam akaknyer buat...tp skrg kari kkknyer pun kalah..yg cam sheila jgk best
TQ...TQ...TQ...

Poklah Sc said...

aduuhaiiii..
baru baca entry je dah meleleh2 air liur ni haa..

sebagai ekxpatriat dari Penang yg kono menetap di Perak, entry ni sangat2 mengimbau memori kari ikan aruah tok saya orang Bagan Tambang.

terima kasih puan, pastinya entry ini akan saya kongsi bersama isteri saya (yg handal masakan Perak tapi agak slow bab gulai kari) gitu...

Poklah Sc said...

yg kono = yg kini

Shiela said...

Terima kasih semua kerana sudi mencuba.. Gembira dan sambil tersenyum saya membaca komen anda di atas.. alhamdulillah.. apa jua demi keluarga tercinta.. :)

Anonymous said...

Dah try mmg sedap :)

Yatty said...

Pernah try masak kari ikan ni..mmg sedap..tq sis for sharing..

Unknown said...

Salam...hari ni hubby teringin nk mkn kari ikan penang. Kebetulan lak bukak page ni..hehehe... N tgk komen sumenyer ckp sedap. Nanti ila nk try masak n dgr komen hubby. Anyway, thanks akak coz sudi kongsi resipi ni

fazliana said...

nmpak sodap...terliur

Anonymous said...

Sy dah try! Mmg sedap mcm kari mamak.. Husband pun tanya pkai rempah apa hihihi

Unknown said...

cantik nye ya allah pic yg Sheila ambik nih menyebabkan kite teringin nak try masak asam pedas ikan tongkol tu .....

Anonymous said...

Nk try tuk buke pose rini...

AbgJanggut said...

best in the world lah kak ini kari........terbaik

Anonymous said...

Salam..mohon share ye resepi ni. nk try masak utk menu buke pose arini.. Tq ye tuan pny resepi.. ;-)

Shafiza Shopaholic Collections said...

as salam kak...thanks sgt2 bg resepi nie....buat2 frst time aritu mmg mnjd..smpi ade kwan2 office yg menempah lagi....klu x kerana resepi n cara msak akk bg nie smpi tua la kari sy x gempak mcm nie..thanks skali lagi akk

Shafiza Shopaholic Collections said...

as salam kak...thanks sgt2 bg resepi nie....buat2 frst time aritu mmg mnjd..smpi ade kwan2 office yg menempah lagi....klu x kerana resepi n cara msak akk bg nie smpi tua la kari sy x gempak mcm nie..thanks skali lagi akk

Anonymous said...

sedap buat lmak pisang..

fazliana said...

salam..shiela..nampak sedap jer kt gmbar..terliur2 jer..tq atas resepi ni yer.nk cuba buat sndri,,puas ati kalo sedap kn..hihi.minta izin ya=)

PARAMO INDULGENCE said...

salam kak..mtk halal resepi bwt..bes sgt kari ni kak..suami puji..die pon hirup kuah..huhu

Unknown said...

suka la....
Info Sihat

Biosteen-permata said...

Tq Shiela atas perkongsian. Mmg lain dari yg lain dan mmg nampak sedap sgt. Mohon share ye. tq

Myhalalmall said...

Mohon Share dan T.kasih

Darwisha said...

Tqvm Shiela. Saya dah cuba dan diakui keenakannya..terima kasih sekali lagi diatas perkongsian dan keikhlasan ini.

fiza said...

Hemm guna beras sangai ye..lain dari yg lain..nk cuba lah! :)

fiza said...

Dah 2 kali try..memang superb!! Husband makan bertambah2..saya yg nak diet pon boleh lupa pasal diet.. Thanks for the recipe 😊

Siti said...

Salam saya dah cuba. Memang alhamdulillah sedap!

Ida Izwani said...

mmg sedap resepi ni. dh cuba. cuma derhaka tk masuk beras tu je. thanks

Anonymous said...

salam sis..tq sbb share resipi ni..sy baru je masak utk lunch tadi...agak leceh sbb nk goreng beras tu dlu...tapi serious sedapppp!! berbaloii..Mcm makan kt beratoq plak..hehe...insha Allah resipi kari ni akan kekal jd resipi kari feveret saya ^_^

rossi rossa said...

serius sedap....
dah try minggu lepas.....
ari ni nk buat lagi atas permintaan suami..

tq kongsi tips dan resepi..

Lynda Puteri said...

Thanks shiela..i br try hr ni...meletop

Lynda Puteri said...

Thanks shiela..i br try hr ni...meletop

mokja said...

terimakasih Pn Shiela.Dah cuba resepi gulai ni....wow sedap hingga ke sudu terakhir.Mmg terangkat.

Unknown said...

T.k pn shiela....bole cuba rempah mama kadir sedapp ....kol 0196111659

Anonymous said...

Hello Pn. Shiela,
Bump into your blog via blog dapurkakjee.com!

Terima kasih for sharing wonderful tips and tricks!

You're doing good deeds, indeed. Esp. For someone who learn how to cook from scratch!
Laura McQueen

spring angel said...

Tried n tested.Smoga rezeki akak murah share resipi kari ikan yg plg sedap sy pnh rasa.ank sy umo setahun pon suka! (bg isi ikan jela tp stil ada rs kari tu skit2 kn) tq kak.mmuahh!

intandayani said...

Terima kasih untuk resepi yg sedap sgt ni kak..

fiza said...

Sy dah cuba...mmg sdap.....t.kasih kerana sudi kongsi resepi....

Kay said...

Sy da try...memang prgh!!!yummy...
Thanks ats perkongsian resepi...

Anonymous said...

akak cili mesin tu mcm mana ye,cili giling ke

Unknown said...

Hai Sheila thanx for the recipe. Dah try semlm. Sedap. Salam Dari Riyadh, Saudi Arabia

diyana yazan said...

Akak saya dah try. First time buat kari ikan n jadi. Mabelesss sgt resepi.thankss

Anonymous said...

Sy dah try buat n menjadi! Terasa sebijik mkn kt kedai. Sy n husben mkn menambah2 x sedar diri...hahaha siap husben suh buat lg esoknyaa..haduii hahaha. Apepun resepi ni paling terbaik!

sharaziq said...

Assalamualaikum...

Terima kasih Pn sheila... Saya teruja nak cuba resepi ni nampak berselera sekali.. Mudah2an ilmu yang Pn kongsikan ni akan memberi manfaat kepada orang lain, selagi ilmu digunakan selagi itulah pahala Pn berpanjangan insyallah... Yelah jadi macam cikgu kan ;-)

sharaziq said...

Assalamualaikum...

Terima kasih Pn sheila... Saya teruja nak cuba resepi ni nampak berselera sekali.. Mudah2an ilmu yang Pn kongsikan ni akan memberi manfaat kepada orang lain, selagi ilmu digunakan selagi itulah pahala Pn berpanjangan insyallah... Yelah jadi macam cikgu kan ;-)

Sharifah said...

tempat pemotong atau chopping board tu mmg rare lah.. teringat zamat kenit dulu, mok saya banyak ketapok ni.. org pahang panggil ketapok.
Beh betul..

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Nak tanya, dalam resepi ni memang x pakai ke rempah kayu manis,bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga?

AAA said...

Alhamdulilah dah try.sedaaappp sgt2.suami dan anak puji kari kita.terima kasih Kongsi resepi

katalogshoppe said...

Setiap kali saya nk msak kari ikan pasti saya cari resepi ini. Saya mmg suka kari ini. Terima kasih utk ilmu yg sedap ini. 👍👍👍😍😍😍

Teacher Annis said...

alhamdulillah.. dah beberapa tahun ikut resepi akak.. sejak jumpa resepi ni, saya x cari resepi gulai ikan lain dah.. terima kasih ye kak.. minta halal segala ilmu dan petua.. 😃

Unknown said...

Dah 40 tahun baru nak belajar buat kari.. Hu.. Hu.. 🙊 Maklum la saya org melaka jadi tekak asam pedas tu sentiasa ada.. Kari x leh masuk.. Tapi demi suami & anak2 saya belajar gak la masak kari ni... Terima kasih banyak2 atas perkongsian resepinya ye ��

Unknown said...

Saya peminat setia resepi kari ikan akak...tersedap dan terhebat,pemikat hati suami...setiap kali memasak kena cari blog akak takot terlupa walau satu bahan...hehe...terima kasih kak sudi berkongsi resepi

SZR said...

kak shiela..minta izin ye..dh try resepi ni mmg sedap..bila buh beras yg disanggai dan ditumbuk tu....bru try buat waktu sahur hr ni...lega tgk suami boleh habiskan sepinggan nasi...lepas dh seminggu demam hilang selera mkn...terima kasih kak shiela share resepinya..

Unknown said...

T.kasih atas perkongsian ilmu yg baik ini.

Mrs Kamilah said...

Terima kasih untuk petua ni. Tak pandai lagi nak masak kari ikan yang sedap.

Eddy Ahmad said...

Tq kak sheila for the awesome resepi.

masfarehan said...

Tq 4 The info. Izinkan saya guna resepi ini.

Unknown said...

Slm sheila.. Akk bru nk try resipi ni.. Yg uniknya ade beras sangai dn terima kasih atas petua2 masak kari ni.. Lpas cuba masak jap g akk bgtau ye. Akk mohon share ye

Anonymous said...

Assalam puan. Terima kasih untuk resepi yang super sedap ni! Saya Dan suami suka kari, masa kecik2 dulu pernah makan makcik dari Penang masak kari, sedap lain dari yang lain, so bila try masak sendiri mesti ada rasa something missing.. Tapi harini terjumpa resepi ni saya terus buat and menjadi gila.. Beras sangai tulah rasa yang 'missing' tu ��.. Alhamdulillah suami suka, bertambah2 makan. Thanks sangat2 sporting share resepi sedap ni. ❤️

Unknown said...

wahh..nak cuba ni..mohon share yer..terimakasih

Nur haura afeeya said...

Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
....................................................................................................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................

▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570