Friday, 16 May 2014

BAKED POTATO BANG JEBAT



Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang penuh barokah buat semua. Apa khabar semua? Sorry lama saya tak timboi timboi.. Sibuk sangat dengan macam macam kerja yang nak dikerjakan dengan 2 tangan dan 2 kaki.. hmmm.. cam balik balik alasan sama jer kann.. Nak jawab apa lagi? dah gitu kekdahnyer.. Kengkadang cuba gak nak update tapi tak dan berapa minit laptop ni yang update saya kot.. hehee.. medang jer terlelap.. Letehnyer Allah taala jerlah yang tahu tapi kerana minat mengatasi segalanya, di situlah terkumpulnya semangat untuk meneruskan usaha. Apa pun terima kasih pada teman teman yang tak jemu mengorder dan sentiasa memberi sokongan dan semangat.




Okaylah.. kisah sebenarnya nak share recipe Baked Potato yang riuh rendah ramai dok mintak resepinya. Maaflaa kalau agak lama menanti. Bukan apa, yang buatnya Abang Jebat sayang kat umah ni.. Dah berapa kali dia buat saya tak sempat nak skodeng, bila ditanya banyak mana sukatan bahan yang dibubuhnya, dia jawab, "Entah.. saya main terejun jer".. haa tulaa kena tunggu laa pulak bila dia buat dan sukat betul betul. Ada yang cakap bagi jer bahan yang diguna tapi maaflah saya takmo buat keje camtu. Nanti kalau ada masalah atau tak jadi ker, saya gak yang diburuk sangka.. Bagi resepi tak ikhlaslah.. takpun ada yang dok keje ngantor pesanan hangit dengan bermacam macam soklan. Bukan saya takmo jawab, tapi kalau saya ni dok keje ngadap semua soklan tu alamat tak makanlaa bang Jebat tu.. haaa.. barulaa jadi "Jebat Derhaka" pulak kang.. Sapa nak jawab? den jugakk.. So, kenalaa faham jugak situasi saya ni yang ala ala "One Woman Show" ni.. fengsan kalau nak betulkan semua perfecto.. Kalau ada apa apa kemusykilan sikit sikit tu, bawak bawaklaa ikhtiar jugak dan guna juga akal fikiran sikit. Jangan sikit sikit dok keje nanya jer.. Feninn makchik yunk.. Jangan pulak sentap pulak baca ni.. Saya suka berterus terang, simpan simpan tak main.. Piss Yo!!..




Kalau dah mula, payahlaa pulak nak benti kann.. adehh.. Anak saya Farrah selalu cakap, "Ibu tulis panjang panjang ni cam bajet orang nak baca jer.." tu dia bunyi bahasa budak Gen Y sekarang. Kita Mak Mak Gen X ni pun kenalaa bajet bajet paham gak yer.. Tahlaa.. ada ker yang baca? cer angkat tangan sikit nak kira berapa ramai yang baca.. hehee.. baca kann.. saja jer dak Farrah tu jeles ngan ibu dia.. Dahlah.. Saya pun tkleh lama kat depan laptop ni. pssstt psstttt.. i dah rendam beras tauuu.. bajet nak buat Nasik Dagang.. wahh.. bajet tuuu.. hikhik.. ni laa dia bila Gen X bersatu ngan Gen Y. Kalau semenggah jadinya sok sok line clear i share kisah Nasik Dagang tu yer.. Teringin benor nak makannya.. Beli tu boleh tapi selalu kena yang didn't meet my requirement. Kuahnyer selalu manis, saya kureng sikit kalau kuah manis. Yerlah betul laa.. dah tentu tentu masakan Pantai Timur memanglaa manis. Banyak sangat songel kita masaklah sendiri. Berjela dah membebel ni, mohler nengok resepi Baked Potato bang Jebat.




BAHAN BAHAN :

6 biji Kentang Russet saiz Besar
6 keping hirisan Daging Salai/Daging Kisar/whatever 
1 biji besar Bawang Holland (Kuning)
3 ulas bawang Putih
4-5 biji Portabello Mushroom (Jika ada)
1 cawan metrik UHT Whipping Cream
130 gm Butter
Mozarella Cheese
Sedikit Minyak Zaitun utk menumis
Sedikit Chopped Parsley
Sedikit Oregano Kering
Sedikit Serbuk Lada Putih/Itam
Garam secukup rasa


*ni ghoman eay Portabello Mushroom yo!*


CARANYA :

Bersihkan ubi kentang dan bakar dalam oven dengan menggunakan api atas bawah sehingga lembut atau boleh dicucuk. Berapa lama? bergantunglah pada oven memasing yer. Sejukkan sebentar Mungkin ada yang akan bertanya, "boleh rebus tak?" suka hatilaa.. tapi saya lebih prefer dibakar. Kalau rebus, cam manis kentang tu keluar.







Sementara menanti kentang kentang tu sejuk bolehlaa kita tumiskan bahan intinya. Panaskan pan dengan sedikit minyak zaitun dan sedikit butter. Masukkan bawang holland yang dicincang halus diikuti dengan bawang putih yang juga kita cincang halus. Bila agak layu dan kekuningan masukkan hirisan daging salai yang dipotong kecil. Masak sebentar dan masukkan portabello mushroom yang telah dihiris. Perisakan dengan sedikit garam dan serbuk lada putih/hitam. Masukkan juga sedikit oregano kering untuk menaikkan aromanya. Angkat dan ketepikan.




Ubi kentang yang telah kita bakar tadi dipotongkan sedikit bahagian atasnya dan dikorek keluar semua isi perotnya. Tinggalkan sedikit agak agak boleh hold kentang tu. Satukan semua isi kentang yang dikeluarkan tadi dan dilenyek lenyek. Selepas itu gaulkan dengan bahan yang ditumis tadi, butter, daun parsley yang dicincang, sedikit mozarella cheese dan uht whipping cream. Perisakan juga dengan garam dan pepper secukupnya. Kemudian sumbatkan masuk ke dalam perot kentang yang kita korek tadi sepenuhnya. Taburkan sedikit mozarella cheese di atasnya dan kita bakor!! kita bakor!!.. Guna api atas jer yer puan puan.. agak agak dalam 10-15 minit. Nengoklaa keadaan oven memasing. Asalkan jangan cheese tu rentung hitam sudah. Tak perlu bakar lama sebab isinya tu sudah masak. Kalau nak frozenkan pun boleh.




NYUM NYUMMM!!!.. 

Best gak kan bagi nama "Baked Potato Bang Jebat" ni kann.. untung untung Sharnaaz Ahmad gugel termasuklaa kat sini.. bestnyerrr.. verangan verangannnn.. hehehh.. Kami peminat tegar BKATC.. Sampai terus melekat nama tu kat my hubby sebab banyak character Jebat tu ada pada diri dia cuma tak sempat jadi Ketua Kongsi laa.. hahahhh.. Somehow, i miss BKATC so much.. Buatlaa Filem pulak Puan Ziela Jalil. Mesti Gempak dan Meletop punyaa.. Perchayalah~~~ :)




Okayy Uols.. SELAMAT MENCUBA!!!.. :)