Monday, 8 April 2013

GREENTEA MARBLE CHEESE CAKE



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu mohon maaf kerana agak lewat memasukkan recipe Greentea Marble Cheese Cake ini. Saya agak sibuk sejak kebelakangan ni dan kengkadang dah leteh, tak larat nak duduk depan laptop ni lagi. Okaylah.. kita go straight to the point lah yer.. Cake ni saya buat masa ANNIVERSARY saya yang ke 17 pada 31.1.13 aritu. Alhamdulillah hubby cakap sedap dan dia suka sangat. Saya sendiri pun suka pada rasanya yang agak exotic dan tak muak memakannya. Memang saya rekomenlah pada kengkawan untuk mencubanya. Insyaallah tak menyesal.

Ilham untuk membuat cake ni datang dari teman teman blogger dan saya cuba olahkan recipenya dari cubaan saya membuat Cheese cake sebelum ini. Memula suspen jugak takut jika tak boleh diterima tekak rasanya. Sekali bila dah makan, mak oiiii.. takleh nak bentilaa pulak.. Memang memenui citarasa saya dan hubby sebab tak manis sangat. Kenalah pulah dengan gigitan buah buahan segar tu kann.. mmmm.. Yummeyyy.. Kalau tak percaya, certry certry.. (;




BAHAN A :
250 gm Cream Cheese
60 gm Butter
120 ml UHT Whipping Cream
50 gm White Cooking Choc
5 biji Kuning Telur
1 sudu besar Parutan Kulit Lemon
1/4 sudu kecil Garam
50 gm Superfine Flour
50 gm Tepung Jagung
2 sudu kecil Serbuk Green Tea

BAHAN B :
130 gm Gula Kaster
5 biji Putih Telur
1 sudu besar Jus Lemon




1. Untuk BAHAN A :
Cairkan cream cheese, butter, white cooking choc dan uht whipping cream dengan cara double boil. Sejukkan sebentar. Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan garam dan jus lemon, gaul sebati. Masukkan adunan cheese yang telah dicairkan dan disejukkan tadi dan gaul rata dengan menggunakan senduk kayu jer. Kemudian masukkan tepung superfine dan tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati. 

2. Untuk BAHAN B :
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih berbuih (foamy). Kemudian masukkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

** PENTING: Pastikan mixer kering dan betul betul bersih terutamanya dari berminyak. Putih telur mestilah pada suhu bilik dan jangan ada sedikit pun kuning telur yang termasuk semasa mengasingkannya. Kalau tak nanti tak menjadi.




3. Campurkan adunan Bahan A ke dalam adunan Bahan B dan kacau hingga sebati. Bancuh serbuk green tea dengan sedikit air panas menjadi pes. Kemudian ambil dalam 2 cawan adunan tadi dan gaul sebati dengan pes green tea. Sediakan bekas atau loyang yang bersesuaian untuk bake. Saya guna removable loyang anggaran size berdiameter 8in. Bagi cake yang soft camni, cadangkan guna bekas yang removable supaya senang untuk dikeluarkan tanpa menjejaskan rupa cake. Tapi jangan lupa balut bawah loyang tu dengan aluminium foil sebab kita akan bakar dengan kaedah bain marie atau steambath takut masuk air nanti. Tak perlu griskan loyang sebab ini akan menyebabkan cake turun selepas dibakar. Masukkan adunan asal ke dalam bekas dan diikuti dengan adunan greean tea. Dikacau kacau dengan lidi atau chopstick untuk mendapatkan effect marble.




4. Panaskan oven terlebih dahulu dalam lebih kurang 10 minit. Bakar selama lebih kurang satu jam dengan kaedah bain marie atau steambath pada suhu 150C atau mengikut kapasiti oven memasing hingga masak. Saya letakkan pada tingkat yang bawah sekali menggunakan api atas bawah. Setelah masak jangan terus keluarkan dari oven yer. Renggangkan sedikit dulu pintu oven tu sedikit dan lalukan keliling cake tu dengan pisau. Ini adalah juga satu petua supaya cake tu tidak turun. Kemudian biarkan dia sejuk sebentar di dalam oven selama lebih kurang 15-20 minit dulu sebelum dikeluarkan. Kalau terus dikeluarkan dari oven, dia akan mendap atau turun.

** Note : Kaedah Bain Marie atau Steambath maksudnya, kita letakkan loyang cake tu dalam tray yang berisi air panas MENDIDIH dulu dan terus bakar dalam oven yang telah siap dipanaskan terlebih dahulu.





12 comments:

Rohah said...

tu dia...menarik betul..

Amie said...

Nampak unik dengan warna green tea yang hijau menawan tu Sheila... alahai Sheila, kalau dapat merasa sepotong alangkah enaknya! Lebih2 lagi bila Sheila kata rasanya yang tak berapa manis tu....mmmmmm!

Anonymous said...

sedapnya, lama tak makan kek yg berunsurkan cheese ni semua, mungkin boleh cuba nanti

Unknown said...

nampak sedapnya Sheila kak noor dah baca resepi tu macam nk try lah tpi takut jugak tak jadik

Shiela said...

Cubalah Rohah, Tina.. Mmg sedap..

Amie : kalau dekat mmg kuhulur buat mu yang.. :)

Kak Noor : jgn risau.. Insyaallah jadi punyer.. Boleh..

aishah said...

Alahai..bilalah blh buat kek mcm akak nie kan

Ayam said...

As salam....selamat menyambut ulangtahun ke 13 pada entry yang lalu...harap tak terlewat untuk mengucapkannya. Cantik hiasan kek nie walaupun simple tapi kemas.

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam
memang nmpk sedap ni k Sheila
lain Dari yg biasa

Shiela said...

Aishah : bebila pun boleh.. cubalah..

Noor Yusoff : Wsalam.. terima kasih.. :)

Mama Sara Nur : sedap bagi selera akak yang.. :)

Qasey Honey said...

wah kak...nmpk sggh sedap kek tu..leh try nti ni..tq

Shiela said...

Trylah QH.. Insyaallah sedap..

zila norazila said...

salam syg kak shiela..
nampak menarik resepi nie..hubby mesti suka nie..nnt2 zila cuba tau..tq sharing:)