Wednesday, 24 April 2013

TEMPAHAN SUPER MOIST FRUIT CAKE, RV CHEESE BROWNIES & BAKED MACARONI



Assalamualaikummmmm.. Salam Sejahtera juga buat semua.. Rindunya kat sini.. Lama jugak saya tak sempat nak bersiaran kat sini kann.. Cuma sesekali dapat intai intai manja jer. Saya sibuk betul dengan tempahan yang diterima dari teman teman. Setelah sekian lama merehatkan diri dari menerima tempahan saya bergiat kembali secara kecil kecilan semampu saya. Agaknya dah sebati dengan jiwa ni yang memang telah diexpose dengan dunia miaga makanan dari kecik lagi. Saya terima seadanya.. Mungkin ada hikmah dan barokahnya.. Insyaallah..




Masa pun banyak gak terluang sekarang since Farrah duk hostel. Daripada duduk kesunyian sorang diri tu rasanya baiklah saya isi dengan sesuatu yang berfaedah kann.. Tempahan yang paling hangat sekarang adalah Super Moist Fruits Cakes. Alhamdulillah walaupun taklah banyak sangat tetapi setakat ni memang tak putuslah tempahan yang saya terima. Syukurrr jugak.. Seronok bila dapat menabung hasil duit titik peluh sendiri. 




Selain tu ada juga menerima tempahan Red Velvet Brownies dan Macaroni Bakar.  Kalau ada yang berminat nak order bolehlah pm pada saya. Harga agak berpatutan dengan bahan yang bermutu dan berqualiti tinggi. Saya buat sama macam buat untuk makan sendiri. Saya maukan pelanggan rasa berpuas hati dengan rasanya. Setakat ini saya hanya mengambil tempahan bagi kengkawan sekitar Shah Alam jer. Bagi yang di luar kawasan saya belum berani nak pos dan juga tak punya masa untuk keluar menguruskan urusan post. Semua saya buat sengsorang hingga tak terkejor kengkadang rasanya. Kalau ada yang nak mencuba juga bolehlah selak selak laman blog saya ini. Semua resepi saya dah lama kongsi. 




Kotak kotak yang cantik dan kiut miut juga saya sediakan jika ada yang ingin menjadikan sebagai hadiah/gift atau hantaran. Harga tambahan dikenakan mengikut saiz dan quality kotak.




Note : Boleh PM saya  DI SINI jika berminat untuk membuat tempahan.. :)




Thursday, 11 April 2013

MY HOMEMADE PAU



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya memohon maaf jika ada yang terpaksa menunggu agak lama resepi Pau dari saya yang akan saya kongsikan di sini. Terlalu banyak juga yang perlu saya uruskan seorang diri dengan tulang 4 kerat ni. Masa juga berlalu sungguh pantas dari sehari ke sehari dan sebagai seorang ibu dan isteri urusan keluarga terpaksa didulukan dari segalanya.

Buat pengetahuan juga, kerja kerja nak siapkan N3 sesatu recipe bukan mudah yer.. Saya bukannya buat sesatu kerja main tangkap muat jer.. Saya kena masak atau buat setiap menu dan ambil sukatan yang betul, snap gambarnya dengan DSLR nak setting lagi.. pastu nak pilih gambar yang terbaik, edit pulak.. Barulah susun resepinya. Saya sentiasa ingin memberikan yang terbaik buat semua. Itulah bila berlaku kes curi curian tu memang agak kecewa sangat rasanya. Harap semua pihak memahami situasi saya.




Okaylah.. Jom kita kona balik ke cerita Pau ni. Seperti yang pernah saya ceritakan dulu Mak kesayangan saya memang menjual kuih muih dan macam macam lagi makanan sedari saya kecil lagi. Hidup saya dah terbiasa dengan kuih muih air tangan Mak saya yang banyak juga telah saya kongsikan di blog ini. Hari ini satu lagi yang akan saya abadikan resepi dari pengalaman membantu Mak membuat kuih jualannya iaitu Pau. Cuma macam biasalah, sebelum ini Mak dan saya buat tak pernah ikut resepi yang tepat. Mungkin sudah terbiasa, kami hanya mengagak melalui jari jemari kami jer.. hehehh.. Satu lagi, dulu Mak buat hanya menggunakan tepung gandum biasa jer tapi saya dah upgrade sikit dengan menggunakan Tepung Pau dari jenama Blue Key. Dah banyak jenis tepung yang saya cuba sebelum ini tapi hanya sangat berpuas hati dengan tepung ini. Sempat jugalah suatu ketika dulu di zaman kegawatan saya sendiri pula berniaga pau ni.




Langkah yang pertama kita kenalah menyediakan INTI untuk Pau kita. Saya biasanya akan buat dua jenis inti sebab anak saya Farrah hanya suka Pau berinti Kacang Merah dan Ayahnya pulak nak Pau Kari Ayam. Hmm.. Gitulah kita ibu ibu ni kann.. Semua nak timbang bagi sama rata demi kebahagian keluarga tercinta. Saya share resepi intinya.


INTI KACANG MERAH :

500 gm Kacang Merah
1 1/2 cawan Gula Pasir
3 sudu besar Minyak Jagung
1 sudu besar Tepung Gandum
2-3 helai Daun Pandan
Air Secukupnya

Rendam kacang merah semalaman hingga kembang. Bilas dan rebus hingga pecah dan empuk. Matikan api dan sejukkan sebentar. Setelah sejuk, blend atau kisar separa halus. Tak perlu halus sangat, tak sedap bila makan nanti. Kemudian jerang balik atas dapur dengan menambah air, daun pandan yang disiat disimpul dan masukkan gula. Gula  boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa memasing. Bila sudah hampir sebati dan pekat masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga sebati. Akhir sekali masukkan minyak jagung. Bila sudah pekat, matikan api dan sejukkan dulu sebelum digunakan.





INTI KARI AYAM :

500 gm Ubi Kentang
300 gm Isi Ayam
25 gm Rempah Kari Daging BABAS
1 sudu besar Rempah Tok Mak ~~jika ada
1 labu Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Lada Hitam ~~ditumbuk kasar
Sedikit hirisan Daun Sup/Bawang
Minyak untuk Menumis
Garam dan Gula Secukup Rasa

Tumis bawang besar dan bawang putih yang diracik halus sehingga keemasan. Masukkan rempah yang dibancuh menjadi pes bersama sedikit garam dan masak hingga garing dan naik bau. Kemudian  masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil dan kacau hingga masak. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu dan air agak agak hampir tenggelam kentang dalam kuali. Selepas itu masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa. masak hingga kentang tu empuk dan kering. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang untuk aroma yang harum. Sama juga, sejukkan dulu sebelum dimasukkan ke dalam pau nanti.

NOTE : Sukatan Inti Kacang Merah dan Inti Kari Ayam di atas cukup untuk membuat 2 kg Tepung Pau.




Sebagai lapik Pau, saya tetap tak berubah dari dulu yang sentiasa memilih daun pisang. Harum daun pisang tu bila dikukus dengan pau tu pasti semua orang tau, takyah citer lagi lah kann.. Memang bersemangat dan tak sabar sabarlah nak memakannya. Hmm.. Bila dok mengisah daun pisang ni, teringat sangat zaman kanak kanak dulu. Memang inilah kerja saya dulu membantu emak jualan kuih dan nasik lemak. Memang nostalgia sungguh tapi hikmahnya hingga ke hari ini.. Subhanallah.. Tidak terbanding dengan wang ringgit kengkawan.. Tulah dia, bukan semua pengalaman dan pengajaran di dunia ini boleh dibeli dengan wang ringgit.




Selain itu  seperkara lagi yang sangat penting.. Meh sini rapat rapat hakaq nak share.. Kalau berminat nak tau lah yer.. Ni cara untuk bancuh yis yg saya biasa guna sama ada untuk buat Pau, Roti dan Donut. Bancuh Yis Kering tu dengan air biasa jer.. JANGAN GUNA AIR PANAS nanti yis tu akan mati. 1 packet Yis 11 gm tu bancuh jer dgn 1 cawan air, tuang sedikit demi sedikit dan bancuh hingga larut.. Lepas tu taburkan dengan sedikit gula supaya yis tu membiak berbuih buih elok cam dalam pic ni barulah diguna dalam adunan. Ini adalah sukatan untuk 1 kg Tepung Pau tadi. Jika menggunakan Tepung Pau jenama 'BLUE KEY' tu di dalamnya telah disertakan 2 packet yis jenama 'MAURIPAN' tapi kita guna sepacket jer yer. Seterusnya kita siapkan doh Pau pula.




BAHAN BAHAN :

1 kg Tepung Pau 'Blue Key'
11 gm Yis Kering 'Mauripan'
1 sudu kecil Bread Improver 'Nona'
2 sudu besar Shortening
1/2 cawan Minyak Jagung
2 sudu besar Susu Tepung
1 sudu besar Gula Kastor
2 1/2 sudu kecil Garam Halus
3 cawan Air Biasa




Memula bancuh yis kering seperti yang saya cerita tadi. Satukan semua bahan di atas dan masukkan balance air yang tinggal lagi dua cawan tu sedikit demi sedikit dan gaul rata. Kemudian uli hingga tanpa henti selama lebih kurang 15 minit hingga betul betul sebati dan memutih doh itu. Sambil menguli ditumbuk tumbuk sedikit doh tu untuk membuang angin yang berlebihan. Rehatkan doh sebentar lebih kurang 5 minit. Kemudian bahagikan kecil kecil untuk dimasukkan inti. Kalau buat bajet comey comey 1 kg tepung ni boleh dapat hingga 40 biji pau.




Setelah dimasukkan inti, lapikkan dengan daun pisang dan susun dalam pengukus. Susun jarang jarang sikit kerana ia akan mengembang dan terus mengembang bila dikukus nanti. Boleh refer dalam gambar susunan saya. Bila dah siap mengisi inti biarkan ia naik seketika. Sebaiknya diletakkan di tempat yang ada cahaya supaya ia cepat mengembang. Sambil menanti pau pau itu betul betul naik bolehlah dipanaskan kukusan kita. Setelah permukaan pau tu naik sepenuhnya, licin elok permukaannya bolehlah kita kukuskan. Kukuskan selama lebih kurang 5-7 minit sahaja dengan api yang sederhana. Jika api terlalu kuat, wap akan terlampau banyak dan air wap akan menitik pada pau. Sebelum menutup kukusan juga pastkan tutupnya dilap kering segala air yang ada. Jangan mengukus terlebih masa nanti permukaan pau akan mengedut ngedut. Dan satu lagi perkara yang sangat penting ketika membuka tutup kukusan setelah cukup masa memasak, jangan terus dibukak sekali harung. Sebaliknya dibuka sedikit demi sedikit dulu ala intai intai gitu. Jika terus dibuka mendadak, pau kita pun akan mengedut mendadak juga.




Akhir kata dari saya.. Selamat Mencuba yer Puan Puan.. Segala yang baik itu hanya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari saya hamba yang hina.. Ada umur, ada rezeki kita ketemu lagi yer teman teman.. Assalamualaikum.. :)



Monday, 8 April 2013

GREENTEA MARBLE CHEESE CAKE



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu mohon maaf kerana agak lewat memasukkan recipe Greentea Marble Cheese Cake ini. Saya agak sibuk sejak kebelakangan ni dan kengkadang dah leteh, tak larat nak duduk depan laptop ni lagi. Okaylah.. kita go straight to the point lah yer.. Cake ni saya buat masa ANNIVERSARY saya yang ke 17 pada 31.1.13 aritu. Alhamdulillah hubby cakap sedap dan dia suka sangat. Saya sendiri pun suka pada rasanya yang agak exotic dan tak muak memakannya. Memang saya rekomenlah pada kengkawan untuk mencubanya. Insyaallah tak menyesal.

Ilham untuk membuat cake ni datang dari teman teman blogger dan saya cuba olahkan recipenya dari cubaan saya membuat Cheese cake sebelum ini. Memula suspen jugak takut jika tak boleh diterima tekak rasanya. Sekali bila dah makan, mak oiiii.. takleh nak bentilaa pulak.. Memang memenui citarasa saya dan hubby sebab tak manis sangat. Kenalah pulah dengan gigitan buah buahan segar tu kann.. mmmm.. Yummeyyy.. Kalau tak percaya, certry certry.. (;




BAHAN A :
250 gm Cream Cheese
60 gm Butter
120 ml UHT Whipping Cream
50 gm White Cooking Choc
5 biji Kuning Telur
1 sudu besar Parutan Kulit Lemon
1/4 sudu kecil Garam
50 gm Superfine Flour
50 gm Tepung Jagung
2 sudu kecil Serbuk Green Tea

BAHAN B :
130 gm Gula Kaster
5 biji Putih Telur
1 sudu besar Jus Lemon




1. Untuk BAHAN A :
Cairkan cream cheese, butter, white cooking choc dan uht whipping cream dengan cara double boil. Sejukkan sebentar. Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan garam dan jus lemon, gaul sebati. Masukkan adunan cheese yang telah dicairkan dan disejukkan tadi dan gaul rata dengan menggunakan senduk kayu jer. Kemudian masukkan tepung superfine dan tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati. 

2. Untuk BAHAN B :
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih berbuih (foamy). Kemudian masukkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

** PENTING: Pastikan mixer kering dan betul betul bersih terutamanya dari berminyak. Putih telur mestilah pada suhu bilik dan jangan ada sedikit pun kuning telur yang termasuk semasa mengasingkannya. Kalau tak nanti tak menjadi.




3. Campurkan adunan Bahan A ke dalam adunan Bahan B dan kacau hingga sebati. Bancuh serbuk green tea dengan sedikit air panas menjadi pes. Kemudian ambil dalam 2 cawan adunan tadi dan gaul sebati dengan pes green tea. Sediakan bekas atau loyang yang bersesuaian untuk bake. Saya guna removable loyang anggaran size berdiameter 8in. Bagi cake yang soft camni, cadangkan guna bekas yang removable supaya senang untuk dikeluarkan tanpa menjejaskan rupa cake. Tapi jangan lupa balut bawah loyang tu dengan aluminium foil sebab kita akan bakar dengan kaedah bain marie atau steambath takut masuk air nanti. Tak perlu griskan loyang sebab ini akan menyebabkan cake turun selepas dibakar. Masukkan adunan asal ke dalam bekas dan diikuti dengan adunan greean tea. Dikacau kacau dengan lidi atau chopstick untuk mendapatkan effect marble.




4. Panaskan oven terlebih dahulu dalam lebih kurang 10 minit. Bakar selama lebih kurang satu jam dengan kaedah bain marie atau steambath pada suhu 150C atau mengikut kapasiti oven memasing hingga masak. Saya letakkan pada tingkat yang bawah sekali menggunakan api atas bawah. Setelah masak jangan terus keluarkan dari oven yer. Renggangkan sedikit dulu pintu oven tu sedikit dan lalukan keliling cake tu dengan pisau. Ini adalah juga satu petua supaya cake tu tidak turun. Kemudian biarkan dia sejuk sebentar di dalam oven selama lebih kurang 15-20 minit dulu sebelum dikeluarkan. Kalau terus dikeluarkan dari oven, dia akan mendap atau turun.

** Note : Kaedah Bain Marie atau Steambath maksudnya, kita letakkan loyang cake tu dalam tray yang berisi air panas MENDIDIH dulu dan terus bakar dalam oven yang telah siap dipanaskan terlebih dahulu.





Monday, 1 April 2013

31.3.13.. OUR 17th ANNIVERSARY



ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Alhamdulillah.. Syukur sangat sangat pada hari ini, tanggal 31.3.13 genaplah sudah 17 tahun rumahtangga yang kami bina. Suka jugak pada turutan nombor yang sangat cantik tu. Tak ada apa yang dapat saya ucapkan lagi selain bersyukur pada ALLAH SWT dan berdoa agar kami diberkati, dirahmati dan dilindungiNYA sentiasa. Ameen Ameen Ya Rabbal A'lameen..




Sekadar N3 yang ringkas dulu.. takderlah apa yang special sangat buat hari ini. Maklumlah dengan keadaan yang sungguh kelam kabut dan sungguh sibuk. Mana yang nak siapkan bekalan buat Farrah dan juga mengejar masa nak hantar dia balik ke hostel di Seremban. Kengkawan farrah dari sebelum cuti dah pesan kat dia mintak saya buatkan spaghetti meatball dan pavlova. Farrah cakap, "Kengkawan girl teringin sangat nak makan bu.. dorang tak tahan nengok gambar kat blog ibu".. hehee.. chomel jer anak anak itu. Tak sampai rasanya di hati ini nak menolak permintaan mereka. Buatlah jugak kami bersama.. The best part is, MINI PAVLOVA tu Farrah yang deco sendiri. Ibu dia dah tak terkejar masa dah tadi. Hantam sajalah Labuu.. :)




Buat kami, untuk hari yang indah ini saya hanya buat GREEN TEA & LEMON MARBLE CHEESE CAKE. Kununnyalah.. hikhik.. Tak taulah apa rasanya. Saya tak sempat nak potong dan rasa lagi. Tadi dah bergelut nak keluar, pastu sampai ke rumah ni dah malam. Seramlaa pulak nak makan cheese cake memalam ni kann.. Besoklah saya potong dan rasa. Kalau semenggah, insyaallah pada next N3 nanti saya share recipenya. Saya main agak agak jer base on experience membuat cheesecake yang sudah sudah. Harap harap boleh diterima tekaklah. Okayy.. saya pun nak rehat dulu.. Letehnya bergelut seharian.. Jumpa lagi.. Daaa.. Muahhhhh.. :)