Friday, 19 October 2012

PAVLOVA Citarasa SPICES JOURNEY



Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang penuh barokah buat Semua.. :)

Apa khabar? Alhamdulillah dengan izin Allah ku masih disini. Pertamanya, mohon maaf pada teman teman yang menanti agak lama akan resepi PAVLOVA dari saya ni. Bukan apa, saya terlalu sibuk dengan macam macam hal. Asyik tergendala jer projek Lova Lova saya ni. Lagi satu sebab utamanya sebab saya belum jumpa formula yang betul betul menepati citarasa saya yaitu kurang manis. Pada recipe yang lepas, kalau perasan memang saya dah dapat kurangkan manis pada topping tu tapi silap pada masa tu sebab saya guna UHT Whipping Cream. Rasa dia cam lemak melekat laa pulak. Naik kembang tekak ni dibuatnya. Tu yang saya takmor share dulu resepi tu hingga saya betul betul berpuas hati.




Pada Meringue atau Pavlova tu tak dapatlah nak adjust banyak, saya cuma kurangkan gula dari 1 cawan ke 3/4 cawan saja dari resepi asal JOY OF BAKING tu. Takut kalau kurang sangat nanti dia tak rangup pulak kulit luarnya. Cuma yang terdaya saya adjust tu hanya pada Topping jerlah. Terima kasih banyak banyak pada kenalan baru saya Adeq AYU TULIP RAUQAH yang saya tetiba terserempak di kedai Bakery tempohari. Sempat bersembang dan korek resepi lagi tu. Beliau lah yang banyak membantu dan memberi cadangan pada saya untuk mendapat Topping yang sedap. Dan tak lupa juga pada Adeq Alam Mayaku MILA yang memberi tunjuk ajar masa membuat Meringue tu. Maklumlah akak ni orang kampong.. Manalaa pernah makan Pavlova ni bagai. Lempeng ngan Coqkodoq tu retilaa.. hehehh..




~~ PAVLOVA ~~

150 gm Putih Telur (dari 4 biji Telur size A)
3/4 cawan Gula Castor
1 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu kecil Cuka Makan/Jus Lemon

Buang tali pusat pada telur semasa memisahkannya kuning telur supaya tidak hanyir. Hati hati jangan sampai termasuk walau sedikit pun kuning telur. Saya tak bubuh vanilla extract/essence untuk mengekalkan keputihannya. Alhamdulillah tak hanyir pavlova saya ni.




Panaskan oven pada suhu 150C selama lebih kurang 10-20 minit atau mengikut kapasiti oven memasing. Oven saya lambat panas, terpaksa panaskan selama 20 minit dan pada suhu tu. Letakkan jaring pembakar di rack yang tengah. Lukis bulatan pada baking paper dengan pencil dan kemudian terbalikkan, guna bahagian bawah masa membentuk pavlova. Saya lukis bulatan sebesar lebih kurang 5 inci sebanyak 2 bulatan sebab saya berhajat nak buat ala ala double storey gitu. Kononnyalah.. hehee..




Dengan menggunakan electric mixer, pukul putih telur sehingga menjadi soft peak. Kemudian baru masukkan gula 1 sudu besar setiap kali hingga habis dan terus pukul hingga ia betul betul kental dan berkilat. Saya pukul selama lebih kurang 10 minit jugaklah. Pastikan juga semua perkakas yang digunakan betul betul kering dan tidak berminyak. 




Ayakkan tepung jagung ke dalam adunan dan kacau rata perlahan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu. Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata. Paipkan adunan ke atas baking paper yang telah kita lukis tadi membentuk bulatan. Terbaek jika dibuat kelilingnya lebih tinggi dari bahagian tengah. Saya pipekan dengan menggunakan nozzle Wilton 1M.




Turunkan suhu oven kepada 110C dan bakar selama 1 jam 30 min atau mengikut kapasiti oven memasing. Saya guna api atas bawah. Setelah masak, biarkan ia sejuk di dalam oven. Untuk simpan, masukkan dalam bekas kedap udara dan bubuh dalam frigde. Jangan biarkan lama kena angin diluar nanti gulanya akan keluar. Hati hati juga ketika memindahkan Pavlova itu kerana ianya sangat rapuh di luar dan sangat lembut di dalamnya. Jika ingin dihidangkan baru paipkan whipping cream dan tabur buah buahan.




~~ TOPPING ~~

Bahan A :
200 gm Fresh Milk

Bahan B :
2 biji Kuning Telur
25 gm Tepung Jagung
20 gm Fresh Milk
20 gm Gula Pasir
1 sudu kecil Vanilla Extract/Essence

Bahan C :
300 gm Non Dairy Whipping Cream
~~ Saya guna jenama Value Pride yang kurang manis




Bahan A dan B adalah untuk membuat Vanilla Cream. Satukan semua Bahan B dan kacau sebati hingga tiada yang berkutil. Ketepikan. Panaskan Bahan A dengan kaedah double boiler hingga berbuih buih kecil kelilingnya. Masukkan Bahan B tadi dan kacau hingga pekat. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam fridge selama 3 jam sebelum hendak digunakan.

Bila hendak dihidangkan, pukul Bahan C dan Vanilla Cream (A+B) tadi hingga kental. Saya pukul lebih kurang 10 minit. Paipkan ke atas Pavlova dan taburkan buah buahan. Sebaiknya, gunakan buah yang masam  seperti Strawberry, Kiwi, Rasberry, Blueberry atau apa jerlah yang senang didapati.




Buat pengetahuan teman teman, topping ni sangatlah sedap dan tak manis sangat. Farrah pon suka sangat. "Sedap gilerr" katanya.. Jangan sampai giler dahlah yer anakku. Yang belen tu dia siap buat topping Ice Blended dia pulak.. Terbaekkk!!!.. Ibu dia pon seronok dapat tumpang sesedut dua.. ;P




Selamat Mencuba yer lalingku semua.. Ini jerlah yang dapat saya kongsikan. Nak snap pic in da making tu nak tercapai tanganku laa pulak sebab masa membuat tu sengsorang kat umah. Kalau Farrah ada, bolehlah tolong ibu dia snap. Harap jelaslah semua penerangan di atas yer. Salam Ceria dari saya dan Happy Baking!!.. Luv uols & Thank you so much for all the support.




14 comments:

zila norazila said...

salam syg kak shiela ..wahh baru bbrapa hari x kemari ada hidagan best2..uitsss kecur la kak..zila keep resepi nnt2 nk cuba buat jgk nie:))

ibundo said...

salam shiela. Sedapnya. Pernah buat sekali tapi tak tahan dengan manisnya. Mungkin boleh cuba versi shiela ni pula.

ummiakid-lily said...

adoii, x tahan nengok. belum pernah cuba buat. insyaAllah akan cuba nanti...

rahel said...

Tetiba jer terasa nak mamam pavlova...adeiii menggoda sungguh..ambo tak tahan..

Mas said...

memang sangat menggoda pavlova nie ..

Qasey Honey said...

kalau tgk rupa pavlova ni mmg terasa nak mkn lg kan...sgt mewah dgn buah2an...QH penah juga buat pavlova ni dlu...tp sbb manis xmkn byk pon..hihitp bile tgk org buat...jd mcm nk buat lg..hehe

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
sedap tgk nak lg byknya buah2 tu, kalu sy ni habiskan buah2 je dulu
ooo nk try k.sheila punya sb gulanya kurang. kalu resepi yg sy ada ni mak aiii tak sanggup rasanya, byk gulanya

Shiela said...

Wsalam Semua.. terima kasih sudi singgah n memberi komen yang sungguh bermakna buat saya.

Cubalah resepi ini. Bagi saya sangat sedap dan taklah manis sangat. Anak saya sampai tak benti benti pulak ni, "Ibu nak Pavlova.. Ibu nak Pavlova.. Ibu nak Pavlova".. duhh.. pening dengar.. :)

asmahyusof said...

aduhhh...mmg mngancam tekak la kak...same la dulu pnh wat skali...tp x kn rase...ngn rsenya yg manis....kn try resepi nie..;))

Anonymous said...

akak...topping tu masuk peti beku atas ke atau beku sederhana

Anonymous said...

Vanilla cream tu bila dah sejuk dan campurkan dlm whiped cream, ianya berketul ketul tak sebati dgn whipped cream. Mcmana ye kak

Shiela said...

Anony : simpan kt chiller jer..

Anony : macam mana pulak boleh berketul.. Akk buat elok jer.. Pekat sgt kot..

Unknown said...

Aslmkum! Sy dah try td buat topping pavlova awak ni. Sedap! Lemak2 berkrimmm😊

Indah said...

Saya dah buat pavlova n topping. Customer semua puji sedap! Alhamdulillah. Terima kasih ye kak sheila. Semoga murah rezeki 🤗🤗