Saturday, 20 October 2012

LABU OH LABUUU..



Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu Semua!!!.. :D

Abih citer Pavlova kita MeLabu pulak yer.. Hehee.. Tak ke mana mana ker arini? Cuaca pon maintain lembab jer nampaknya. Lepaq kat umah lagi best rasanya. Lagipun bukan senang kami tiga beranak ni nak dapat quality time camni dapat duk lepaq sesama kat umah. Kalau weekdays tu saya jerlaa yang duk lemau sengsorang kat umah ni. Makanya hari hari sebegini saya biasanya tak akan lepaskan peluang untuk memasak untuk mereka.




Labu ngan Mangga yang saya petik belakang dapo tu memang dah banyak hari dok posing kat dapo. Sudah tibalah masanya untuk dijadikan korban untuk menu hari ni. So, yang sempoi tapi tetap sesuai bagi tekak kami saya buat Masak Lemak Labu tu dan Mangga tu pulak saya ricih dan tumbuk tumbuk buat Sambal Mangga. Ikan Kacang yang ada sekor tu saya buat Goreng Berlado. NyummNyumm.. Sedappp.. :b




Masak Lemak Labu saya tu sempoi jer. Saya cuma masak setengah biji labu jer. Saya dan Hubby jer yang makan ni. Farrah tak reti makan labu. Tapi saya tulis jugaklah kot soksok nakdara Farrah tu nak masak senang dia nak refer.




BAHAN BAHAN :

1/2 Biji Labu ~~ Size Besar
1-2 helai Daun Kunyit 
200 ml Santan Pekat
300 ml Santan Cair
1 sudu Besar Ikan Bilis
5 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
2 tangkai Cili Merah *
5-6 tangkai Cilipadi *
2 batang Serai ~~ dititik
1 sudu kecil Lada Hitam
Sedikit Serbuk Kunyit
Garam Secukup Rasa




Buangkan kulit labu dan potong sederhana besar. Jangan kecik sangat nanti mudah hancur. Bersihkan dan Toskan. Hiris nipis semua bahan bertanda (*). Lada hitam tu untuk buang anginnya. Kalau nak diketuk pecahkan sikit pon boleh atau nak biarkan sebiji sebiji camtu pon boleh. Saya suka biarkan sebiji sebijik gitu dalam kuahnya nanti.

Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk yang bersesuaian bersama garam dan masak hingga labu tu hampir empuk. Dikacau selalu supaya kuah tidak pecah minyak. Akhir sekali masukkan santan pekat dan daun kunyit. Masak sebentar hingga mendidih. Rasa garam, jika sudah secukup rasa matikan api dan bolehlah dihidangkan.




Sambal Mangga tu yang buat menaik selera. Buatnyer pun mudah sangat sangat. Saya cuma tumbuk dalam tiga batang Cili Merah, 6-7 tangkai Cilipadi dan sedikit garam. Takyah tumbuk lumat sangat, biar dia ada kasar kasar sikit baru best gigit gigit masa makan tu. Akhir sekali masukkan buah mangga muda yang dihiris hiris dan tumbuk tumbuk sikit ala ala manja jer.




Gulai Labu ini memang cukup sedap digabungkan dengan menu yang bersambal bagi saya. Kali ni saya buat Sambal Ikan KACANG. Pernah dengar tak ikan kacang ni? Saya tak tau lah mungkin ada nama lain tapi dari kecik Mak saya sebut Ikan Kacang, saya follow jerlah. Sambal ni saya masak kering kering ala ala Goreng Berlado gitu. Jom nengok cara saya masak SAMBAL IKAN ni.


nilaa dia IKAN KACANG yang saya cakap tu.


BAHAN BAHAN :

1 ekor Ikan Kacang
1 biji Bawang Besar
6-7 ulas Bawang Merah
1 ulas Bawang Putih
9-10 sudu besar Cili Mesin
Sedikit Perahan Air Asam Jawa
Garam dan Gula Secukup Rasa
Minyak untuk menggoreng ikan
Sedikit Minyak untuk menumis
Sedikit Perasa jika suka




Bersihkan ikan dan Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan. Panaskan kuali dengan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk hingga keperangan. Masukkan cili mesin bersama sedikit garam dan masak hingga betul betul garing dan naik bau. Pastukan api jangan terlalu kuat nanti cili tu tak masak betul. Mak saya panggil masak terkejut. Tak sedap rasa sambal kita nanti dan kalau sampai hangit pulak nanti akan pahit jadi rasanya. Bab ni kena jaga dan paling penting untuk menghasillan sambal tumis yang sedap. Biarkan ia masak, atau bahasa Mak saya matikan rasa cili tu perlahan lahan dengan api yang kecik jer. Selepas itu baru masukkan perahan air asam jawa secukupnya dan bawang besar yang dihiris. Masak sebentar hingga mesra. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Kacau rata dan matikan api. Siap untuk nyum nyum.. :P




~~ SELAMAT MENCUBA ~~


6 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

selamat berhari minggu
masak lemak labu memang sedap, feberet sesi rumah sy jg he he memang kena dgn sambal cukup ngam kan
labu ni tanam sendiri ye k.sheila, wah bestnya kan dpt petik buah tu
mesti buahnya byk mcm mak sy tanam kat belakang umah di kg, menjalar-jalar pokoknya

Shiela said...

Selamat berhari minggu juga buat Mama sara nur dan keluarga juga esp buat nakdara mama yg chomey chomey tuu..

Adalaa tanam sikit sikit tu Mama, saja suka suka..

zila norazila said...

salam syg kak shiela,
dapnyaaa..teringat ada labu separuh krt esbok nie..blm sempat nk diapa-apakan..he hehee ikan kcg msk camtu mmg best kak:))

Lee said...

Hello Shiela, wow! First time I see a pumpkin dish. Only last week, my previous posting I went to a farm taking pics of our Canadian pumpkins....people buying for coming halloween. Maybe for making pies.

Love your excellent cooking, can see you have a black belt in cooking. Outstanding!
Have a great week and keep a song in your heart.
Lee.

Qasey Honey said...

slm syg Kak Shiela...

nice presentation...good job!!

suka tgk gmbo2 dlm n3 ni..cantik...paling suka tgk gmbo buah labu yg berisi tu...

makanan yg dihidangkan...nmpk sedap ke semuanya...

Gee® said...

Oh Labuuuu....my fav.... yummy!!