Tuesday 30 October 2012

KETUPAT, RENDANG KERANG CILIAPI, KUAH KACANG & CAKE BOBOIBOY



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Haiiii.. Masak apa tu? Saya cuti laa arini. Nakdara tu yang masak, tahlaa apa angin dia. Apalaa yang ko masak tu yer labu.. hehee.. tak kesahlah janji mau ke dapo pun ibu dah bersyukur sangat sangat. Saya seawal pagi dah keluar tulang lembu, ingat nak masak sup jer. Bila dia bangun semua dia kasi kensel sampai sanggup buat sendiri Masak Lemak Cilipadi Tulang peberet dia. Kalau ada yang berhajat nak menerai boleh skodeng resepi ibu dia KAT SINI yer. Pastu dah terlanjur dia ketung ketangg kat dapo tu, suruhlah dia goreng sayur tu sekali kan. Thank you so much my darling.. Sedapp sangatt.. :)


nilaa yang Farrah masak tadi.. MLCP Tulang ngan Sayur tu.. Rupa ada gak kann.. :)


Actually arini saya nak masukkan Menu Raya Aji aritu. Semuanya ku buat sendiri dari mengayam Ketupat, Masak Rendang, Kuah Kacang dan juga Cake Boboiboy atas permintaan anak anak buah. Ada gaklah sikit tu dapat pertolongan dari nakdara ngan hubby. Dah kenyang perot ni makan lauk nakdara tu masak tadi mata pun dah mula layu ni. Jomlah nengok projek Raya Aji saya aritu ngan resepi resepinya serba sikit yang saya tau.




Memula saya anyam daun kelapa untuk KETUPAT dulu. Untuk 30 biji ketupat ni saya perlukan lebih kurang 1kg Beras. Beras tu dibasuh dan direndam dalam air. Kemudian isikan beras tu separuh dari kelongsong ketupat tu. Rebus selama 3 jam dulu bersama beberapa helai daun pandan dan 10 sudu kecil garam. Air tu didihkan dulu dan pastikan hingga tenggelam ketupat tu semua. Selepas 3 jam, keluarkan dulu semua ketupat tu, bilas sedikit dan tukar air rebusannya. Didihkan semula air bersama daun pandan dan sedikit garam dan sambung memasaknya selama 1 jam lagi. Ini adalah cara yang saya pelajari dari Abah saya sendiri dari dulu lagi untuk mendapatkan ketupat yang cantek dan tahan lebih lama.





~~ RENDANG KERANG CILIAPI ~~




BAHAN BAHAN :

8 kilogram Kerang
3-4 biji Kelapa Parut
200 gm Cili Padi *
2 inci Kunyit Hidup *
1/2 inci Lengkuas *
1 inci Halia *
5 batang Serai *
1 biji Bawang Besar *
6 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
6-9 ulas Bawang Merah ~~ dihiris
3 ulas Bawang Putih ~~ dihiris
2 helai Daun Kunyit
2-3 sudu makan Kerisik
1-2 keping Asam Keping
Garam Secukup Rasa




Kerang ni nama jer 8 kg tapi bila dah kopek tinggallah dalam lebih kurang 2 kg jer kot. Agaknyalah, saya pon tak timbang lepas kopek tu. Rebus sekejap kerang tu dan kopek ambil isinya. Jangan rebus lama sangat, nanti kecut kerang tu tak best. Dan lagi satu yang sangat penting, bila mengopek tu jangan lagi banyak yang masuk dalam mulut dari yang dalam mangkuk yer.. kang tak jadi pulak rendang kerangnya. hehee.. Ni tangan anak dara saya sorang tu lah tolong ibu dia kopek kerang yang 8 kilo tu. Sian dia sampai kecut dan gatal gatal tangan dia. Thank you so much my dear.




Perah santan dari 3-4 biji kelapa. Nengoklah kalau kelapa tu besar guna 3 biji cukup. Kalau yang sedang sedang tu, gunalah 4 biji baru sedap. Kalau guna santan segera tu dalam sekilo cukuplah rasanya. Tapi nengok gak, kadang tu santan segera tu cam cair sikit takut orang yang jual tu campo ngan air. Saya banyak kali terkena camtu. Geram betol, tu yang kalini saya beli kelapa dan kukoq sendiri dan perah dengan tangan sendiri. Kerisik pun saya buat sendiri. Fresh dan wangi bau dia.




Hiris kasar semua bahan bertanda (*) dan blend halus. Serai tu ambil bahagian yang putih dia jer, yang bahagian hijau tu nanti diketuk dan masuk dalam rendang untuk aromanya. Cilipadi tu juga bolehlah dikurangkan jika tak kuat pedas. Kami kat umah ni kuat pedas. Dalam kuali yang bersesuaian keringkan dulu santan cair. Kemudian masukkan santan pekat, asam keping bersama bahan yang dikisar dan dihiris tadi. Bila dah betul betul kering masukkan kerisik garam dan kerang rebus. Kacau hingga kering dan terbit minyak. Hiris rampai daun kunyit dan masukkan ke dalam rendang. Rasa garam, jika dah secukup rasa tu kita siaplah rendang kita. Senang kann.. :)


~~ KUAH KACANG ~~




BAHAN BAHAN :

300 gm Kacang Tanah
5 sudu besar Cili Mesin
5 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1 inci Belacan *
2 batang Serai ~~ dititik
1/4 inci Lengkuas ~~ dihiris
1 keping Asam Keping
1 keping Gula Kabung
2 kiub Pati Lembu Knorr
Garam dan Gula Secukup rasa
Minyak untuk Menumis
Air Secukupnya




Goreng sangai (tanpa minyak) kacang, buang kulitnya dan kisar bersama air. Blend juga bahan yang bertanda (*) dan tumis bersama serai yang dititik sehingga keperangan dan naik bau. Kemudian masukkan cili mesin bersama sedikit garam dan masak hingga garing dan hilang bau cili. Selepas itu masukkan kacang tanah yang dikisar atau diblend tadi dan masak hingga kembang. Tambahkan air jika perlu supaya kacang betul betul kembang. Masukkan juga gula kabung, pati lembu, asam keping dan lengkuas yang dihiris. Masak hingga pekat dan tambahlah garam dan gula secukup rasa.


nama saya Haiqal.. nilaa budaknya yang tak benti benti nak cake Boboiboy tu.. :) 


Lagi satu, CAKE BOBOIBOY atas permintaan anak anak buah saya. Lama dah dorang dok menyebut mintak cuma belum ada masa yang sesuai jer lagi nak membuatnya. Kebetulan ni dorang balik raya saya usahakan jugaklah. Buntu jugak camner nak digayakan dengan badan yang dah penat masak semua tu tadi. Cuba cuba jerlah apa yang boleh tuk bebudak kan.. tu pon dorang dah happy sesangat. Saya pun happy gak nengok dorang happy.




Buat kalini untuk cakenya saya guna resepi Super Moist Eggless Choc Cake Dayang DJ. Saya menggunakan butter bermutu tinggi yang dicairkan kalini, lebih sedap dari menggunakan minyak jagung yang pernah saya cuba dulu. Manakala untuk toppingnya saya guna sama seperti topping pada PAVLOVA saya aritu cuma saya tambahkan dalam 2 sudu kecil choc emulco jer. Sedapppp.. macam rasa makan choc cake ngan ice cream.. Berebut rebut dorang makan, suka saya nengok. Hilang rasanya penat semalam tu. Okaylah.. takat ni dululah karya merapu saya buat kalini. Insyaallah, ada rezeki saya kembali berceloteh dan berkongsi lagi apa yang saya reti yer.. Salam ceria buat semua.. Take Care.. :)



10 comments:

ibundo said...

buat rendang kerang ni sedap tapi nak mengopeknya tu alahai... sakit belakang. 8 kilo? banyak tu...

meleleh air lio tengok tulang masak cili api tu.

Shiela said...

memang yer bundo.. kalau saya memang tak sangguplah nak mengopeknya. tu anak dara tu yg beria ria nak makan, kenalah dia kasi settle bab tu.. hehee..

Amie said...

Comel betul boy tu Sheila... cubitlah pipinya sikit bagi nampak merah2!
Ketupat tu kan Sheila... lama sangat Amie tak jumpa...sebab versi Sabah ni lain (mentua buat ketupat pulut), di sini biasanya makan buras (Bugis punya hidangan tradisi)... dulu kan kalau di kampung Amie, ketupat gini tersusun tergantung sepanjang dapur! Makan dengan serunding pun sodap... apalagi kalau ada rendang atau sambal kacang!

Qasey Honey said...

slm syggg kak Sheila...
rajinnya akak...byk btul menu yg akak sediakan...sedap2 pula tu..siap ade kek lagi..tp syg xdpt tgk cmne dlmnya tu..hihi...
geram tgk budak bolaaat gebus tu..

Shiela said...

Amie.. boy tulaa pengorder tetap cake ku.. ikut sedap mulut dia jer nak order.. ikutlah cartoon apa yg tengah musim.. selagi tak dibuat, selagi tulah tak benti diucapnya.. hehee.. tapi seronok gak melayan kerenahnya..

Bebila sharelah macam mana rupa buras tu Amie.. tak pernah nengok, apa lagi merasa walaupun Abah saya mmg berketurunan bugis.

Shiela said...

Wsalam QH sayang.. buat ada ada jer QH untuk makan keluarga. tp jenuh gak membuatnya.. hehehh..

Cake tu dalam dia cake ceklat jer.. akak guna resepi egless Dayang DJ. Masa tu akak dah tak sempat nak snap lagi dgn dorang dok makan, pastu akak pulak nak rush balik umah mertua. Insyaallah nanti akk buat lagi, akk snap pic baekkk punyerr.. :)

Choco Ani said...

Salam Dik Shiela.. Kak Ani datang ni n follow sekali ya.. wah tertarik ni dgn rendang kerang tu.. ;)

Shiela said...

Wsalam kak Ani.. terima kasih banyak banyak kak, sudi singgah n follow dapo saya yg tak seberapa ni. :)

mama sara nur @ Cik Nor said...

lama tak makan ketupat daun nyiur tu ..rindu arr. masa arwah tok ada blhlah suh dia anyam he he sb org tua dulu memang rajin dan pandai bab menganyam ni kan
kalu skrg snang ketupat daun palas je hu hu

Shiela said...

mama sara nur.. akak ni ketupat daun palas tu yg fail lagi ni.. tak pass pass lagi.. malunyaaa..