Thursday, 8 October 2015

LAKSAM @ My First Attempt ;)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar??

Perghh.. Jenuh nyelak sawang ni.. Yang sangkut kat idung pun ada ni. hehee.. Maklumlah lama betoi tinggai.. Korang pun tinggai gak ker umah makchiq ni.. Alaa janganlaa.. kan banyak tu resepi resepi yang makchiq dah wasiatkan.. Dah try abis lum. Try jangan tak try tau.. Kalau tak kompom nyesal.. hehehh..

Okeylah.. bak kata anak saya Farrah, "ibu tulis panjang panjang bajet ada ke orang nak baca?" haa.. tu dia bahsa anak anak zaman melenium nih.. dengan kita kita pon jahnam bahasa jadinya.. So, kita go straight to the point yang tah yer tah tidak laa straightnyer pun.. Piss YO!!


ni kita taklaa buh kuah banyak.. kang buh banyak tenggelam semua mana cungg picture kann.. 


Sebenornya saya memang suka sangat makan Laksam Kelantan tapi belum ada keberanian nak mencubanya sendiri.. chehwahh.. tak berkeberanian ke kemalasan yang besor yer.. Sama naik laa tu.. Tah macam mana tetiba bersemangat waja pulak nak menerai sendiri. Sebelum ni adalaa risik risik dari akak Datin kesayangan saya tu.. ehem ehemmm.. Datin Elani yang berasal piyau dari Kelantan. Selalu gak gi makan kat umah dia. Kalau tak pegi, dia anta ke rumah.. cayang kak nie.. Memang sedap Laksam airtangan akak Datin tu. Sebelum ni kalau teragak saya gi makan jer kat food court Giant Sec 13 Shah Alam tu, but lepas dok keje makan Laksam akak Datin tu, hmmm.. tak sior dah Laksam kat Kedai, Biasalaa kan.. Malas nak komen, buek nambah saham yo. Lue pikirlah sendiri.. pinjam ayat sat naa Nabil.. Jangan Saman den lak.. kikiki.. hmm.. kan den dah koba tadi.. tak gak straight laie kann.. Ok ok.. let's checkidaudd recipe and the making of My Homemade Laksam.

Saya buat kuahnya dulu sebab jika dimakan esoknya lebih sedap. Semua rasa dah mesra dan sangat mantopp bila dimakan. Maaf juga jika ada yang tak exactly macam pantai timur punya resepi sebab saya terpaksa masak ikut citarasa keluarga saya especially 'no sugar' & 'no ajinomoto' added. All so natural. Kami tak biasa makan lauk yang manis. Kalau berminat, silakan.. or else sila skodeng blog blog ori Kelantanese.




BAHAN BAHAN (KUAH):

500gm Ikan Selayang 
500gm Ikan Pelaling
500gm Santan Segar
1 sudu kecil Lada Hitam*
1 sudu kecil Lada Putih*
1/2 inci Halia*
3 batang Serai*
9 ulas Bawang Merah*
1 ulas Bawang Putih*
Asam Keping
Air Secukupnya
Garam Secukup Rasa

Rebus kedua dua jenis ikan tu dengan sedikit garam dan asam keping. Asingkan isi dari tulang dan blend dengan air rebusan tadi. Tulang yang diasingkan juga diblend dengan air rebusan untuk mendapat manis ikan yang lebih lagi. Tapiskan yer, amik air jer sahaja.. Jangan pulak pi terejun sekali ngan tulang ikan tu.. nayyya haihh.. Blend juga semua bahan bertanda (*). Lada hitam dan putih tu pastikan guna yang biji yer. Kalau guna yang serbuk kurengg.. bau dia tak berapa kow dan kesegarannya pun kurengg. Tak perlu sampai halus sangat juga. Kalau rajin tumbuk dengan lesung batu lagi power. hehehehh.. ada berannn..

Next.. Masak santan bersama bahan kisar tadi. Kalau santan perah, masak bersama santan cair dulu. Bila dah menggelegak masukkan isi yang telah diblend tadi. Pastu masukkan santan pekat. Masak lagi sehingga mendidih. Tambahkan air jika perlu ikut kepekatan. Owh jangan lupa masukkan garam secukup rasa dan asam keping ikut tahap kemasaman yang anda suka. Saya buh 3 keping. Api jangan kecil sangat nanti dia terbit minyak, tak cantik kuah kita. Tapi janganlaa besar sangat nanti membuak buak melimpah pulak. Yang sedang sedang ajer yer.. :)

Senang jer bab kuah ni. Macam saya cakap tadilah. Kalau nak makan besok, buat kuah sebelah malam. Lagi sedap bila dimakan. Jom kita buat Laksam gulung tu pulak. Yang ni agak mencabar kesabaran jugak tapi setelah beberapa kali mencuba saya rasa mudah.




BAHAN BAHAN (LAKSAM) :

6 cawan Tepung Beras
5 sudu besar Tepung Gandum
2 sudu Kecil Garam Halus
6 cawan air panas mendidih
4 cawan air biasa

Satukan kedua dua jenis tepung dan gaulkan bersama garam. Dalam bekas berasingan campurkan air panas mendidih dan air biasa tadi dan akan menjadi suam suam. Masukkan sedikit demi sedikit air ke dalam tepung tadi dan kacau rata. Lakukan hingga air habis dan kacau rata hingga tiada yang berkutil. Ketepikan.




Panaskan kukusan. Terpulanglah nak guna kukus macam mana pun. Janji wapnya sampai dan boleh masak. Saya guna kukus buluh jer. Lenserkan non stick pan dengan sedikit minyak. Biasa orang kata guna tudung periuk pun boleh tapi saya yang amatur ni lebih confident guna non stick pan yang biasa orang guna buat pizza tu. Kalau saya guna tudung periuk kang kot pandai menari tudung periuk tu jadinya. hehee.. Ok selepas dilenserkan dengan sedikit minyak, panaskan sebentar pan tu di dalam kukusan. Berapa minit? saya tak record.. agak agak jerlah. 




Kacau rata dulu adunan tepung tadi dan tuang atas pan yg panas dalam kukusan tadi. Janganlah terlalu tebal sangat dan janganlah terlalu nipis sangat. Kalau tebal sangat, bila digulung nanti dah rupa bantal pelok pulak dan kalau nipis sangat payah jugak nak menggulung nanti. Apapun practise make perfect! Dah beberapa kali buat nanti pasti dapat agak. Saya punya camni jerlah. Tak suka pulak kalau tebal, macam ni best jer licin masuk ke tekak. Lepas tu, tutup kukusan dan biarkan masak dalam 7-8 minit atau sehingga masak. Bila nampak dia gelembung gelembung tu tanda dah masaklah. Kalau ada yang tak gelembung tu, jangan panik.. Sentuh permukaannya, jika tak lekat di jari maknanya masaklah dah tu. Jangan terlebih masak nanti keras tak best makan. Keluarkan pan tadi dari kukusan, umpil sedikit kelilingnya dengan pisau plastic dan gulung perlahan lahan sambil diumpil atau ditolak dengan pisau plastik. Ulangi sehingga habis adunan tepung.




Bila nak makan potong potongkan dan hidangkan bersama hirisan ulam ulaman seperti Kobis, Kacang Pancang, Timun, Bunga Kantan, Daun Kesum, Daun Selasih, Bawang Besar dan Taugeh. Saya tak bubuh taugeh, malas nak buang bontot dia. Paling penting jangan lupa sambal belacan dia. Kalau takde memang tak bangkit laa rasanya. Yang uniknya bagi saya sambal ni belacannya dibakar dan diasingkan dari lada yang dimesin bersama perahan limau. Bila nak makan baru digaul dengan belacan bakar tadi. Pertama kali jugak saya mencuba ini tapi memang sedap. Kalau tak caya, cubalah sendiri tau.. 




** Picture snap guna fon pekak jer.. malas guna DSLR..  Asyik kena rembat jer.. bye..




Thursday, 16 April 2015

ANIKA TEMPAHAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama jugak saya tak update kann.. Mood agak ke laut dan dalam pada tu banyak perkara terjadi yang tetiba saya terpaksa beri keutamaan. Buat hilangkan kerinduan, saya nak share sebahagian Tempahan cake cake yang telah saya buat. Sian dia doq terperap dalam SD card tu. Jemputlaa nengok yer hasil keras tangan saya ni.. :)




RAINBOW CAKE.. Butter cake with cheesy filling. 




CUPCAKES for HANTARAN fully fondant and fingurine.




Special Custom Cake Fondant berbentuk Kereta




MOIST CHOC CAKE with Kit Kat and lil Princess




MOIST CHOC CAKE with Basket & Flower deco




CHEESY CARROT CAKE




RED VELVET CUPCAKES for HANTARAN



PULUT KUNING BERHIAS




MOIST CHOC CAKE with RICH CHOC & CHEESY FROSTING




RVCB for HANTARAN




RED VELVET CUPPIES with Cheese Frosting




Cake paling berat pernah buat.. 6kg MOIST CHOC CAKE utk Majlis Hari Lahir YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di KDN Putrajaya.



PULUT KUNING BERHIAS.. 3 Tier for WEDDING




MOIST CHOC CAKES for Souvenier




Cake yang digilai ramai.. My CHEESY CARROT CAKE





Bagi yang di sekitar Shah Alam atau kawasan berhampiran, jika berminat untuk membuat tempahan bolehlah pm saya di facebook @  Shiela d'Dapoq or whatsapp @ 0132096113. Untuk melihat latest update boleh juga follow instagram saya @ chahayashiela. Tq


Thursday, 15 January 2015

MY HOMEMADE SOTO



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Arini saya taknak cakap banyak yer.. Makchiq banyak koje menanti. Cuma nak update resepi SOTO kebaboom saya yang menggunakan REMPAH DIRAJA artis tersohor Noorshila Amin. Ingat tak pada lagu "Rambu Ramba" dan "Dadiduu" yang hot masa zaman makchiq remaja dulu? Tahun berapa eak? beh kurang sekitar era 80an kot kalau tak silap. Kalau nak pasti lagi cergugel. Sekarang ni taip jer apa nak pastu click 'search' tu semuanya kuar. Takyah sesusah lagi. Sekarang kak Shila dah jadi tokey rempah tau.. haa.. don't play play! Saya dengar tak lama lagi nak bukak kilang Rempah lagi.. Syabas kak Shila dan Hubby sekeluarga atas usaha mengenengahkan Rempah dari rahsia keenakan turun temurun kepada umum. Since 1860 tu.. Den tumpang banggo dan mendoakan agar terus sukses dalam bisness yang diceburi.


makchiq posing ngan kak Shila.. Dadiduu~~


Hmm.. tadi cakap tkmo cakap banyak, ni macam banyak jugak.. achaner?? dulu kendian jari ni menaip mengejar masa. Seb baek makchiq ni bekas Setiausaha tau.. Ujung jari ku masih lancar akan huruf huruf di keyboard ni. Owh terbukak sejarah pulak. Oklah back to Soto Kebaboom ni kann.. Yess.. Memang laa saya yang puji diri sendiri, dah tetentu saya yang makan. hehee.. Kalau nak tau, cubalah. Sekarang ni susah sangat nak cari Soto yang sedap kat luar sana atau dalam ertikata lain mungkin saya yang cerewet. Maka, padanlah ngan muka.. Apa pun kenalaa buat sendiri dari gi makan kat luar pastu tak puas hati mulut mengata mengutuk buat nambah dosa. Kurang kurangkanlah yo.. Umur kita pun makin kurang dah.. 

Soto ni sebenarnya tak susah, senang jer membuatnya cuma banyak kerja kerja rumit jerlaa sikit. Tapi kalau pandai menyusunnya insyaallah akan jadi mudah. Saya biasanya malam sebelum tu dah siapkan rebus nasi impit, bergedil dan kuahnya. Kuahnya ni kalau lagi lama lagi sedap, tu yang malam saya buat sesiap. Besok semua bahan dalam kuah tu dah betul mesra, barulaa Ho Liauuu.. Saya kongsikan di sini resepi SOTO saya. 




BAHAN BAHAN :

1/2 ekor Ayam
3 sudu besar Rempah diRaja
2 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
1 inci Lengkuas
5 batang Serai
Air secukupnya
Sedikit Serbuk Lada Sulah
Sedikit Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
Garam secukup rasa
Bawang Goreng (buat sendiri jgn malas.. lg sedap)




Memula cam biasalaa bersihkan ayam dan dipotong 4. Saya guna setengah ekor ayam jer ni yer sebab kami tiga beranak jer yang ada nak makan. Blend bawang besar, bawang putih dan halia. Kemudian panaskan sedikit minyak dan halia dan lengkuas yang dititik, kulit kayu manis dan bunga lawang. Masukkan rempah diRaja dan masak sebentar hingga naik bau. Bubuh sedikit garam dulu supaya rempah elok garing.

Selepas itu masukkan Ayam tadi dan biarkan dia masak sebentar dengan Rempah tu. Kecilkan api sedikit supaya jus Ayam tu keluar. Kalau ada kaki atau rangka ayam pun boleh bubuh. Lagi sedap.. Masukkan air secukupnya. Agaklah nak pekat atau cair takat mana. Kuah tu kita biarkan reneh dengan api perlahan untuk mendapatkan pati ayam secukupnya dan supaya segala rempah dalam kuah tu mesra. Baru terasa sedapnya. Kalau air dah berkurangan, bolehlah di tambah sedikit demi sedikit. Bubuhlah juga garam secukup rasa dan serbuk lada sulah. Bila ayam tu sudah masak, keluarkan dan goreng sebentar. Ada orang tak goreng kann.. pun boleh juga.. tapi saya lagi suka ianya digoreng sebab rasanya lagi sedap dan tahan lama. Takyah buh garam lagi yer.. Goreng jer camtu. Bila dah sejuk bolehlah kita siat halus isi ayam tu untuk ditabur di dalam soto kita nanti. Tulang tulang ayam tadi, masukkan balik ke dalam kuah tu dan biarkan terus memasak dengan api kecil. Bila hampir masak, masukkan sedikit bawang goreng yang kita siap buat tadi ke dalam kuah.




Bahan lain yang perlu disiapkan, hiris daun sup dan daun bawang, Taugeh dibuang ekornya (jangan malas) kacang tanah digoreng, sohun juga digoreng. Sohun ni kena goreng dengan minyak yang betul betul panas yer, kalau tak nanti dia tak kembang dengan cantik. Juga yang perlu Sambal Kicap.. Kalau takder, tak kicklah. Blend dalam segenggam cilipadi, 3 ulas bawang putih dan kicap manis. Kalau takder kicap manis, guna kicap masin tambahkan gula.


kentang goreng wedges yer ni.. jangan ada yang ingat manggo siam pulak.. :3


Lagi satu bahan yang paling penting bagi saya untuk Soto ni, kena lah ada Bergedil.. betul ker spelling ni.. saya pon tau nyebut jer.. Saya buat BERGEDIL camni ;


BAHAN BAHAN :

3 biji Ubi Kentang (saiz besar)
200 gm Daging Kisar
1 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu besar Rempah diRaja
Sedikit Daun Sup & Daun Bawang (dihiris)
Sedikit Bawang Goreng
Sedikit Lada Sulah
Garam secukup rasa (lbh kurang sudu kecil)
1-2 biji Telur




CARA CARA :

Ubi kentang yang telah dikupas bersih, dipotong wedges dan digoreng dengan api sederhana hingga masak. Kemudian dilenyek dan ketepikan.

Tumiskan daging kisar sebentar dengan sedikit minyak dan masukkan rempah di Raja. Kemudian masukkan sedikit garam dan lada sulah, goreng hingga masak. Sejukkan.

Satukan semua bahan, gaul hingga rata dan sebati. Perapkan sekurang kurangnya 30 min. Lagi lama lagi sedap. Bentukkan mengikut bentuk yang disukai, celup kedalam telur yang telah dipukul dan goreng dgn api sederhana hingga coklat keemasan.




Frankly speaking saya suka dengan Rempah kak Shila ni. Harum sangat bau rempahnya dan taklah keras sangat rasa rempah tu. Just nice jer. Saya juga dah mencuba berbagai menu dengan rempah ni seperti Asam Pedas dan yang terbaru ni saya juga menggunakannya dalam acar rempah saya. Memang terbaek hasilnya setakat ini dan sering mendapat pujian dari Abang sayang. Tu yang paling penting kann.. hehehh.. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut atau ingin membeli Rempah Di Raja Mak Mertuo Den kak Shila Dadiduu ni bolehlah ke Page REMPAH RENDANG DIRAJA MAK MERTUO DEN beliau atau boleh juga follow instagram beliau @ NOORSHILAMIN. Insyaallah alah membeli, menang memasak.. Saya difahamkan juga, kak Shila ada juga menjual Pes Soto tetapi saya belum cuba. Lagi senang kann.. Cepat dan mudah untuk disediakan. Ok baiiii.. Selamat Mencuba!!.. Jumpa lagi.. <3


Acar yg saya buat menggunakan Rempah diRaja juga.. serius sedap.. bang Jebat tkbenti benti cakap sedap tau kak Shila.. :)



Monday, 5 January 2015

TALAM KELADI BERLAUK


ASSALAMUALAIKUMMMM.. HAi HAi HAi.. HELLO HELLO.. :)

Apa khabar uols? Saya harap belum terlambat juga bagi saya mengucapkan Selamat tahun baru Masihi 2015. Moga tahun ini lebih dari yang lepas lepas. Insyaallah..




Lama gak saya tak update blog ni.. Certinjau bersawang tak? hehehh.. Ampun laa awak awak semua, bukan taknak update tapi sibuk ya amat dengan tempahan musim cuti yang lalu. Saya ni bukannya ada pembantu. Semuanya one woman show. Adalaa kekasih d'hati bedua tu membantu tapi ikut angin doranglah.. Angin tak menyekoh kang saya soranglaa yang tersengguk sengguk tepi besen tu. Bila dah siap kerja tu mata pun udah rupa panda tua. Tak lalu dah nak ngadap screen laptop tu. Tapi apapun syukurrrr Alhamdulillah atas rezeki yang Allah taala anugerahkan buat saya. Terima kasih juga buat teman teman yang sentiasa menyokong dan memberi kepercayaan penuh buat saya dengan tempahan tempahan anda. Tanpa anda siapalaa saya.. wahhh.. mulalaa kalau dah start.. hehee..




Okaylah tumpang line clear sikit ni saya nak buat tayangan perdana sikit. Talam Keladi Berlauk yang tah bila saya buat pon dah tak hengat. TETAPi gambarnya tetap tersemat dalam SD Card. Banyak lagi ada tu, insyaallah akan menyusul.. One fine day!

Sebenarnya saya memang suka sangat makan Talam Keladi berlauk ni tetapi tak sempat sempat nak checkidauud kat pakchik gugel recipenya hinggalah pada suatu hari keladi saya yang telah siap didadu dan distimkan untuk tempahan talam keladi ada belen. Nak buang sayang.. nak kunyah gitu macam vengong sangat pulak kann.. hahaa.. So, gugel jumpalaa resipe dari CHEF NORZAILINA dan terus saya buat. Alhamdulillah.. memang sedap dimakan ketika panas. Saya juga ada mengambil sedikit tips dan cara dari kak Wan JP. Bila digabungkan memang mantop rasanya. tak percaya kalooo try ler.. apa saya nak cakap lagi kann..




BAHAN BAHAN :

200 gm keladi – dikiub 
175 gm tepung beras
40 g tepung jagung 
20 gm tepung gandum 
1 liter santan (dari 1 biji kelapa) 
Garam secukup rasa 




BAHAN LAUK :

2 sudu besar minyak masak 
200 gm udang – dikupas, dicincang 
10 gm udang kering – direndam, ditumbuk 
4 ulas bawang merah – dijadikan bawang goreng 
3 tangkai daun sup } 
3 tangkai daun bawang } dihiris
2 tangkai cili merah } 
Garam secukup rasa 




BAHAN SOS CILI : 

4 biji cili merah 
1 sudu besar pes cili 
1 sudu besar sos tomato 
1 sudu besar gula 
2 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar sos Hoisin
½ sudu teh kicap pekat 
1 sudu teh tepung jagung }
80 ml air } campur 
Garam secukup rasa 




BAHAN SOS KICAP : 

2 sudu besar taucu
250 ml air 
50 gm gula pasir 
4 sudu teh tepung jagung } campur 
60 ml air } 
1 sudu besar kicap cair 
1 sudu besar kicap pekat 




CARA MEMBUATNYA :

Untuk lauk : Panaskan minyak, goreng udang sehingga berubah warnanya. 
Masukkan udang goreng, kacau sehingga harum. Angkat. 
Gaulkan dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili dan garam. 
Sementara itu, kukus keladi sehingga empuk. Ketepikan.
Goreng sebentar keladi dengan minyak lebihan goreng lauk tadi.




Satukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, santan dan garam.
Kacau atas api perlahan sehingga naik wap. 
Angkat dan campurkan dengan keladi dan separuh bahan lauk.
Tuangkan ke dalam loyang 25 cm yang dilenser minyak.
Kukus sehingga ¾ masak. Taburkan baki bahan lauk di atasnya.
Kukus lagi selama 25 minit atau sehingga masak. Biar sejuk sebelum dipotong. 

Untuk Sos Cili : Kisar semua bahan sambil dikacau sehingga pekat. 

Untuk Sos Kicap : Kisar taucu dan air sehingga hancur. Campurkan dengan bahan lain. 
Kacau atas api perlahan sehingga pekat.

*p/s : Saya hanya guna udang kering jer sebab masa takde stock udang basah dalam freezer.




~~ SELAMAT MENCUBA ~~