Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah 23rd September datang lagi dan menambahkan usiaku. Makchiq dah genap 44 tahun harini uols.. Tua lagi.. Tapi makchiq OK jer.. Well, besday orang tetua ni apalaa sangat kann.. Apapun saya bersyukur kerna dilahirkan ke dunia ini.. Tq Mak.. Tq Abah.. yang telah membesarkan dan mengenalkan kepada saya erti DONIA ini yang sebenarnya. Jasa kalian tidak pernah kulupakan. Moga diberkati Allah sentiasa dunia dan akhirat. Ameenn..
Sebenarnya saya tidak punya banyak masa untuk menulis dan membebel. Ada sesuatu yang agak penting bagi diri saya perlu saya siapkan ASAP. Saya cuba curi masa jer ni nak stori sikit dengan uols. Sesaja laa nak bagi spesel sikit on my besday ni kann.. saya buatlaa Pulut Kuning dan Kari Teloq peberet saya. Haa.. tak peduli laa orang lain suka ker tak kann.. Yang penting besday den, tokak den laa kann.. hahaa.. Memang selamat betul laa kann.. tah berapa kali makchiq dok ngulang makan.. Tapi yang best tu harini ada class ngaji. Pak Ostadz datang ngajar. Dapatlaa dia merasa sama dan membaca doa sempena hari lahirku.. Ameen Ameenn Ya Rabbal Aa'lameenn.. Alhamdulillah.. Syukur.. Moga segalanya dimakbul Allah SWT.
Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua teman teman serta sanak saudara atas ucapan dan doa buat saya. Terharu sungguh atas ingatan kalian semua yang dari berbagai corong dan siaran.. Terbaekk sehh.. Maaflah jika ada yang saya tak sempat membalasnya satu persatu. Moga Allah SWT memberkati kalian semua. Ameenn..
Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua teman teman serta sanak saudara atas ucapan dan doa buat saya. Terharu sungguh atas ingatan kalian semua yang dari berbagai corong dan siaran.. Terbaekk sehh.. Maaflah jika ada yang saya tak sempat membalasnya satu persatu. Moga Allah SWT memberkati kalian semua. Ameenn..
Resepi Pulut Kuning dan Kari telur ni sebenarnya saya dah pernah kongsikan dulu. Boleh rujuk N3 INI untuk melihat gambar yang lebih mantop.. echechehh.. Mantop ker?? hehee.. Anyway saya kopipes laa jugak pada N3 ni..
Untuk menyediakan Pulut Kuning ni, memula 1kg pulut yang telah dibersihkan tu hendaklah direndam bersama sedikit serbuk kunyit dan sekeping asam keping, seeloknya semalaman baru dia betul kembang dan warna kuning tu akan serap dengan cantek. Asam keping tu untuk mengilatkan pulut tu bila sudah dimasak nanti. Keesokan paginya, pulut tu dibilas sekali dan dikukus sehingga 3/4 masak. Sambil tu masak 400ml santan pekat dengan beberapa helai daun pandan dan 3 sudu kecil garam (ikut citarasa) dengan api perlahan hingga mendidih.
Kemudian keluarkan dulu pulut dari kukusan dan gaul rata bersama santan tadi. Tuang santan tu sedikit demi sedikit dan biar dia serap sekejap dan Siap.. Boleh juga kalau nak kukus balik sekejap tapi saya yang menurut perintah Mak saya, tidak suka kukus lagi selepas dibagi santan tu. Nanti manis dia hilang. Lagipun santan tu pun kita dah masak pun tadi. So, terus hidangkan atau boleh juga dimasukkann dalam acuan untuk mencantikkan lagi hidangan kita.
Kari Telur ni pulak, macam kari biasa jugak cuma yang lainnya saya ada letak kerisik dan serai. Jom nengok cane saya buatnya.. :)
BAHAN BAHAN :
10 biji Telur Rebus
3 biji Ubi Kentang (dibelah 4)
300ml Santan
600ml Air (blh adjust ikut kepekatan yg suka)
5 sudu besar Rempah Kari Daging
5-7 ulas Bawang Merah*
3 ulas Bawang Putih*
1 inci Halia*
3 sudu Besar Kerisik
2 sudu Besar Tomato Puree
1 cawan Minyak utk menumis
3 batang Serai (dititik)
3 kuntum Bunga Lawang
3 biji Buah Pelaga
Sebatang Kulit Kayu Manis
Sedikit Daun Kari
Garam secukup Rasa
Hiasan : boleh bubuh buah Tomato
Tumbuk atau blend semua bhn bertanda *
CARA CARA :
Mula mula panaskan minyak dan tumis serai, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian tumis pula bahan yang telah ditumbuk atau diblend tadi hingga kuning keemasan. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes dan daun kari. Tumis dengan api perlahan supaya rempah tu tidak hangit dan pahit. Masukkan sedikit garam dulu. Bila rempah tu dah mula garing dan naik bau, masukkan tomato puree dan kerisik tadi dan masak sebentar. Selepas itu masukkan sedikit air dulu dikuti dengan ubi kentang dan telor. Bila ubi kentang hampir empuk masukkan pula santan. Teruskan memasak hingga menggelak, kemudian kecilkan jer api dan masak sekejap hingga terbit minyak. Barulaa cantek rupa kari kita tu nanti. Sebelum matikan api baru masukkan buah tomato yer. Kari ni bagi dia pekat sikit, baru laa kick makan dengan Pulut Kuning tu. Haaa.. sempoi jer kannn.. Cubalaa.. Tak payah tunggu besday. Sesekali sedap jugak makan Pulut Kuning dengan Kari Telur ni. Selalu takleh laa.. Bahayaa.. OK.. Selamat Mencuba.. ;)