Sunday, 21 July 2013

TEMPAHAN KECIL KECILAN.. ;)





Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua yang saya sayang. Wahhh.. Rindunyaaa nak membebel.. Harap masih belum terlambat juga untuk saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada teman teman yang beragama islam. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas lepas. Insyaallah..

Ramai juga yang dok komplen nape saya dah lama tak hapdet blog ni. Bukan saya taknak hapdet tapi semenjak saya mula menerima tempahan cake dan masakan lain, masa 24 jam dalam sehari tu tak cukup buat saya. Saya run biz ni seorang diri.. Achik laa piyon, Achiklaa jugak manufacturer, Achik jugaklah purchasing dan marketing department.. Pendek citer cam omputih cakap tu 'One Man Show' lah tapi Achik ni kena tukar 'One Woman Show' ler pulak kann.. hikhikhik..



Blueberry Filling Layer Cake with Fresh Cream & Fruits



Sebelum saya lupa ada sesuatu yang ingin saya katakan.. Dah terlanjur ada masa mengadap lappy usang ni.. Saya ingin mengucapkan setinggi tinggi terima kasih buat Kjee yang memberi ruang buat saya dalam blog Kjee @ Fauziah Abd Samad. Sungguh terharu saya membacanya tak berasa sama naik air mata keluar dan bibir mengukir senyuman tatkala menyudahkan tulisan Kjee tu. Berulang ulang kali saya membacanya Kjee. Insyaallah akan saya print dan kalau boleh nak saya framekan. Sesungguh sungguhnya saya tak sangka akan mendapat tempat di hati Kjee walhal pada awalnya dicemuh juga oleh teman teman yang tak memahami. Ada yang kata saya ni asal masak jer nak tunjuk, nak tayang atau omputih cakap nak 'show off' tapi dalam hati saya tahu apa yang saya buat dan hanya Allah SWT saja yang tahu niat dalam hati ni. Saya tak pernah peduli apa dorang nak cakap atau fikir.. Lantak koranglah.. Alhamdulillah dengan cara ini juga, saya mula dikenali dan menerima tempahan dari teman teman yang tak kurang juga follower follower saya sendiri.



Choc Moist Cake untuk Anniversary.. Saya tak bagi tulis apa apa sebab bagi saya kek ni sudah cukup menyatakan segalanya dengan bentuk heart yang berbunga bunga ni kann.. :)



Saya ni taklah pandai sangat nak buat cake yang kababoom macam kengkawan lain. Tapi bila dah ada yang beria nak saya buatkan saya cubalah juga sedaya upaya saya. Actually apa yang saya buat bukanlah kerana 'Ringgit Malaysia' semata mata tapi saya rasa honoured kerana diberi kepercayaan untuk menyediakan cake cake untuk hidangan keluarga especially untuk hari hari istimewa. Alhamdulillah sekarang dah mula ada juga yang menempah lauk pauk seperti Rendang Ayam Kampung dan Kari Ikan saya. Tak berdaya nak menolak bila orang beria ia nak merasa air tangan saya. Tak tahan katanya dok menengok gambar di blog. hmm.. yeker?? hehee.. Apa apa pu terima kasih banyak banyak pada yang sudi menempah tu. Dapat jugak akak mengisi masa terluang saban hari.



MASCARPONE CHOC MOIST CAKE



Antara cake saya yang malatop sekarang ni selain Moist Fruit Cake dan Red Velvet adalah Mascarpone Choc Moist Cake. Ramai yang suka pada cake ni termasuklah saya sendiri. Rasa cam makan choc cake ngan eskrem. Betulll.. tak tipu punyerr.. hehee.. Pada yang tanya recipenya, saya mohon maaf banyak banyak sebab tak dapat nak kongsikan kerana menghormati permintaan hakmilik resepi itu walaupun saya dah adjust ikut citarasa saya. Selain tu yang tak kurang juga demandnya adalah Moist Choc Cake. Yerlah ramai yang suka kan cekelat. Saya share juga kat N3 ni beberapa cake dari hasil kerastangan saya yang tak seberapa. Saja laa buat kenang kenangan.. 








Ni pulak tempahan yang terbaru versi Lauk Pauk pulak. Rendang Ayam Kampung dan Gulai Kari Ikan yang saya cakap tadi.. Siap dengan Sambai Vellacann sekali diordernya.. Apapun terima kasihlah banyak banyak kerana percaya pada saya dan sudi mengorder. 






Okaylah.. Mata pun dah ngantuk sangat. Waktu sahur pun dah berlalu.. Semalaman saya nak sudahkan N3 ni dengan laptop antik ni.. Alaahaaiii.. Sabar jerlah.. Ada rezeki, ada masa, ada umur kita jumpa lagi. Maaflah Ramadhan kali ini saya tak sempat nak berkongsi resepi sangat tapi dalam blog saya ni dah banyak juga resepi yang saya kongsikan. Kalau takder ilham untuk masak berbuka puasa tu, rajin rajinlah skodeng yer.. Sebelum tu layan gambar tempahan Pulut Kuning dan Choc Moist Cake with Nuts ni. 



Customer request ceklat dia takmor tebal tapi nak nuts banyakkkk.. :)




7 comments:

Unknown said...

wah tahniah utk Sheila yg semakin fofulor sekarang dengan masakan yg sangat cantik,dan pasti nya sangat sedap syg lah kak noor tak dpt nak rasa terutama segala kek2 tu adusss teringin nya nak rasa, in sya allah kalau rajin nak try jugak buat macam Sheila heee itupun kalau jadi lah..

Fauziah Samad said...

Wow dah jadi usahawan cake terkenal. Tahniah. Jaga kesihatan sis.

Azie said...

Memang hebat sahabat saya ini. Sangat bangga dg kebolehan Shiela

Anonymous said...

Saya dh cuba byk resepi dr blog ni.. Mmg menjd dan sedap bangat.. Terima kasih Shiela. Hanta Allah membalas kebaikan sheila yg tk kedekut ilmu ni. Moga shiela terus maju & dimurahkan rezeki oleh Allah..

Tengkubutang said...

hai.. salam kenal,
follower no.652
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
http://honeyoyeke.blogspot.com/

Tengkubutang said...

sedap2 semua masakan kat sini.. aduiii.. jelesnyee.. klu lea teman pandai masakk.. =(

Amie said...

Hai Sheila.... makin lama makin ligat dia berbisnes ye, he heheh lawa2 semua hasil tangan Sheila tu, tak rugi selalu bereksperimen, hasilnya sangat berbaloi! Jangan lupa tidur mesti cukup ya darling!