Showing posts sorted by date for query nasi ayam kukus. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query nasi ayam kukus. Sort by relevance Show all posts

Thursday, 9 October 2014

NASI KERABU BIRUKU

Serius Terlajak Sedap!!!
Memang tak hengat makannya.. 




ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Seperti yang saya janjikan dikala ada kelapangan ini akan saya tulis Al kisah Nasi Kerabu Biru yang pertama kalinya saya mencuba untuk membuat sendiri. Sebenarnya dari dulu saya memang suka sangat makan nasi kerabu tapi hanya beli di kedai atau makan di Restoran. Saya ingatkan itulah Nasi Kerabu yang terbaek dah. Tetapi bila saya mencuba buat sendiri dengan menggunakan resepi dari teman saya ROZILAH ABDULLAH adalah jauh lebih sedap dari yang saya pernah makan sebelum ni walau di Restoran yang ala ala 5 bintang harganya tu. Sungguh uols.. Kalau tak sungguh saya tak cakap.. Well, u know me kann.. :)




Pergghh.. Sambil menaip ni boleh pulak terbau bau keharuman ulam ulaman untuk Nasi Kerabu ni. Padahal dah berapa minggu yg lepas saya membuatnya. Mekasih Rozi.. Memang terbaek resepi Nasi Kerabu Rozi tau. Tak lupa juga pada Kanda DATIN ELANI AB KADIR yang juga banyak memberi tunjuk ajar untuk menghasilkan Nasi Kerabu yang sangat sedap ini. Maklumlaa saya bukan berasal dari Pantai Timur dan tak pernah langsung melihat bagaimana orang memasaknya. Hanya berpandukan resepi sahaja. Ada yang agak blur tu terpaksalah hello hello kengkawan.. Dengan itu saya mohon resepi Nasi Kerabu ini dikongsikan di sini buat rujukan saya dan teman teman.




NASI

4 pot Beras Siam Serindit (Saya guna basmathi)
5 pot Air - bergantung kepada beras masing2
3 helai Daun Limau Purut - dikoyak2
3 helai Daun Pandan - disiat & disimpul
Segenggam Bunga Telang - direndam




Beras dibersihkan dan rendam sebentar dengan air bunga telang untuk menyerapkan lagi warna biru pada beras. Kemudian ditanak seperti biasa bersama-sama daun limau purut, daun pandan dan air bunga telang yang memberi aroma semulajadi pada nasi. Saya masukkan sedikit garam.




SAMBAL KELAPA IKAN

5 ekor Ikan Kembung @ Ikan Sardin
5 biji Bawang Merah
Sehiris Halia
1/2 biji Kelapa
3 batang Serai
10 biji lada hitam (boleh letak lebih sekiranya suka)
Sedikit Garam
Sedikit Gula (Saya tak bubuh)




Goreng kelapa seperti buat kerisik tapi jangan terlalu garing. Kemudian tumbuk kelapa hingga halus (saya guna mesin kering) tetapi jangan sampai pecah minyak.


Bakar ikan @ rebus ikan. Asingkan isi dan ketepikan. Saya suka sangai dulu isi ikan ini (setelah direbus) di dalam kuali hingga kelihatan isi ikan itu seperti kapas.


Tumbuk bawang merah, halia, serai, garam dan sedkit gula hingga lumat dan sebati. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali bersama2 ikan yg telah disangai terlebih dahulu dan sangai lagi hingga kering. Rasakan garamnya. Ketepikan.

Note: Sambal Kelapa Ikan ni biasanya orang buat tak garing sangat tapi saya suka garing sikit camni sebab dah isi kelapa dan ikan yang lembab pada Solok Lada. Ini selera saya lah yer.. Maaf bukan nak derhaka pada resepi asal. 




KUAH TUMIS (Kuah Nasi Kerabu)

Santan Pekat dari Sebiji Kelapa
10 tangkai Cili Kering
5-8 ulas Bawang Merah Kecil
1 ulas Bawang Putih
2 batang Serai - di ketuk
Sehiris Lengkuas
2-3 keping Asam Keping/Gelugur
Sedikit Budu
Sedikit Minyak utk Menumis

Semua bahan dikisar hingga lumat kecuali serai dan asam keping. Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis kesemua bahan kisar hingga naik bau dan masak cilinya. Kemudian masukkan serai yang diketuk tadi bersama santan. Masukkan asam keping, gula dan garam. Didihkan dengan api perlahan hingga naik minyak.




SOLOK LADA

10 biji Lada Hijau
(dibelah jangan sampai putus dan buang biji)
½ biji Kelapa Parut Putih
5 biji Bawang Merah
Sehiris Halia
1 ekor isi Ikan Tenggiri size kecil
Sedikit Garam
¼ cawan Santan Pekat
Sedikit Lada Hitam(ditumbuk kasar) - Saya tambah
Sedikit Kerisek - Saya tambah
Sedikit hirisan Daun Kunyit - Saya tambah




Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Campurkan semua bahan dan sebatikan. Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi. Susun dalam kukusan dan kukus sebentar hingga isi lada tu masak. Ni cara saya yer.. Saya rasa lebih mudah. Kalau tak, susun dalam periuk dan masak dengan santan.




IKAN GORENG CELUP TEPUNG

5 ekor Ikan - dibersihkan dan tos
½ cawan Tepung Beras
Sedikit Air Kapur
Sedikit Serbuk Kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Saya perap sebentar ikan dengan sedikit garam dan serbuk lada sula. Kemudian bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang. Panaskan minyak. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.




ULAM-ULAMAN

2 helai Daun Kunyit
5 helai Daun Cekur
1 batang Bungan Kantan
10 tangkai Daun Kesum
5 tangkai Daun Selasih
5 batang Kacang Panjang
5 batang Kacang Botol
Sedikit Daun Selom
1 biji timun - Saya lupa beli
5 biji bawang putih jeruk - Saya tkder
1 labu Bawang Besar - Saya tambah
1 mangkuk kecil Taugeh, dibuang ekornya

Hiris halusss kesemua bahan ulam halus kecuali taugeh.




DAGING BAKAR 

1kg Daging Batang Pinang
1 sudu besar Ketumbar *
1 sudah besar Jintan Manis *
1/2 sudu besar Jintan Puith *
3 ulas Bawang Putih *
Sedikit Minyak Zaitun

Basuh dan toskan betul betul daging. Blend semua bahan bertanda (*) dan kemudian lumurkan pada daging. Titiskan sedikit dengan minyak zaitun. Perap semalaman di dalam fridge dan bolehlah membakor. Bakar ikutlah nak masak tara mana. Kemudian angkat dan hiris nipis.




CARA HIDANG

Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkkan sedikit sambal kelapa ikan, cili padi jeruk (air lada), kuah tumis, budu diakhiri dengan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin,keropok goreng, daging bakar, ayam bakar, ayam goreng berempah dan juga ikan goreng celup tepung. Terpulanglah pada selera memasing atau apa stock lauk yang kita ada. SELAMAT MENCUBA!


Saturday, 11 August 2012

SERIMUKA jer Ramadhan.. :)




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Asal Serimuka jer Ramadhan, Asal Ramadhan jer Serimuka.. hehehh.. Camtulah kesahnya, memang bila bulan posa jer lah yang terjadinya Kuih Serimuka ku ni. Kali terakhir saya buat pun Ramadhan tahun lepas. Setahun derr, baru dapat makan Serimuka lagi. Patutlah En Somi beria ia cakap, "Wah!!.. Sedapnyer Serimuka awak arini".. ngeee.. Berseri serilah muka hakaq ni tadi deknon.. Rupa rupanyer baru terkenang, Setahun laki den tak makan Serimuka.. Ya Ampunn.. Memanglah isteri yang disesali sungguh ni.. kehkehkehh..




Kali ni kuih Serimuka teman dah upgrade sikit cara membuatnya. Nilaa juga pekdahnya berteman teman di alam maya. Dapat gak tumpang skodeng cara teman teman buat. Kalau dulu, kepala serimuka yang hijau tu selepas bancuh saya terus kukus jer cam yang Mak saya selalu buat. Tapi kalini saya kacau dulu sekejap hingga agak likat sikit, baru lah tuang atas pulut tu dan kukus. Bahan bahan dan yang lain tu sama jer cam resepi saya yang KAT SINI. Tapi takperlah, malam ni bateri saya terlebih sikit. Saya arrange balik recipe SERIMUKA ni kat sini. Jom pi dapoq!!..




~~ BAHAN BAHAN ~~

Lapisan Atas:
200 ml santan kotak (Ayam brand)
1 cawan Gula Pasir
4 biji telur
2 cawan Air
10 helai Daun Pandan
3/4 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
Secubit Garam
Sedikit Pewarna Hijau
Sebatang Kulit Kayu Manis (jika suka)


Lapisan Bawah :
3 cawan Beras Pulut Susu (direndam 1 jam)
200 ml Santan kotak (Ayam brand)
1 cawan air
Garam secukup rasa (lebih kurang 2 sudu kecil)


* Note : Saya nak cepat, guna santan kotak Ayam brand tu jer. Bagi tekak saya takder masalah sebab kalo cap tu okay, tak tengik cam yang lain tu. Rasanya pun sama jer cam santan segar. Tapi kalau ada yang tak berkenan, nak guna santan segar atau perah pandai pandailah mengagaknya yer asalkan sukatannya tak lari insyaallah takder masalah.




CARA Bahagian Bawah :
Toskan beras pulut yang telah direndam tadi. Saya guna pulut susu, tak perlu rendam lama sangat. Cukup direndam dalam sejam sahaja. Kalau guna pulut biasa, rendamlah lebih lama. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan ratakan. Satukan santan, air dan garam, kacau dan masukkan ke dalam pulut. Kukus selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga pulut masak dan kembang betul. Selepas itu diangkat keluar dari kukusan, tekan tekan dan mampatkan pulut tu. Ketepikan dulu.




CARA Bahagian Atas :
Blend daun pandan bersama 2 cawan air dan kulit kayu manis (jika suka), perah ambil airnya. Hati hati bila memerah, takut kena kulit kayu manis tu. Daun pandan tu pula jangan blend sampai halus sangat yer nanti terasa cam perat. Pernah dengar tak perat tu eak? Saya pon tak taulaa istilah lain nak nyebutnya tu, pasai selalu mak saya cakap tu lah. Dia cam terasa getah dia kowt, beh kurang camtu lah.




Satukan santan, gula, telur, garam, air daun pandan dan pewarna hijau kacau hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung kacau lagi hingga sebati dan tapiskan agar tidak berketul. Kacau sebentar dengan kaedah double boil hingga agak likat. Saya kacau dalam bekas kukusan yang berisi air tu. Selepas itu baru tuangkan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi dan kukus selama lebih kurang 30 minit. Api kukusan jangan kuat sangat, nanti takut banyak sangat wap jatuh ke atas permukaan kuih kita. Tak cantik jadi permukaan kuih tu nanti. Sebaiknya, balut pengukus dengan kain atau tuala supaya wapnya tak jatuh atas permukaan kuih tu. Bila sudah masak, jangan terus matikan apinya. Biar dikukus sebentar dengan tutup terbuka lebih kurang dalam 10 minit untuk mengeringkan air yang ada dipermukaan kuih tu. Sejukkan dulu betul betul baru dipotong. Kalau dipotong panas panas pun boleh gak kalau dah tak sabar, tapi tak chomey lah rupanya nanti. hehehh..




Menu saya untuk Iftar kalini sempoi jer.. Selain kuih Serimuka ni, masak kan NASI GORENG SEAFOOD jer. Tak tau dah hapa nak dimasak, buntu sudah. Pastu anak saya Farrah buatkan SIRAP BANDUNG SODA. Hohoho!!.. Terbaek ayer Sirap Bandung anakku.. am so PROUD of you.. Alhamdulillahh.. :)




Okaylah.. jadilah buat kalini membebelnyer yer.. Saya nak gi landing jap sebelum taim sahur. Besok rasanya dah mula sibuk. Nak mencari baju raya anak bertuah tu. Selai pun tak berbeli lagi kat dia. Insyaallah kalau takder aral minggu depan sudah mau mula projek biskut raya pulak. Alaa biskut koboi jer pun yang nak dibuat. Saya memang tak buatlah biskut yang banyak banyak kerja tu.. Tak kuasa Mak.. hehehh.. bukan apa, dorang tak suka sangat. Kalau buat pun selalu tu biskut yang betul betul dorang nak makan jer. Kalau tak nanti sampai raya haji sok pun ada lagi kuih tu dalam balang. Sayang jer terbuang. Hmm.. tak gak benti ni.. adoyyyaiii.. dahlah.. Apa apa pun pada yang ingin membuat Kuih Serimuka tu,  SELAMAT MENCUBA yer.. Insyaallah jadi, MALAYSIA BOLEH!!.. Daaaa..




Sunday, 5 February 2012

NASI AYAM KUKUS Bintang Hatiku


Assalamualaikum dan Salam Maulidul Rasul buat semua rakan yang beragama Islam.

Hujung minggu lagi dah kita nampaknya. Cepat betul masa berlalu. Apa citer arini? hmm.. Saya, citer apa lagi?? Citer dapo sweet dapoku laa.. Arini saya masak Nasi Ayam Kukus Bintang Hatiku taww.. Nak tau tak nape saya bagi nama tu.. sebab saya nengok suami dan anak saya makan beria ia betol.. Memasing sampai dua kali tambah.. Seronok sangat saya nengokkan kejadian itu sampai berbintang bintang di hatiku.. hehehh.. Tapi memang itulah hakikatnya bagi sesiapa jua yang bergelar ibu.. Perasaan gembira tu memang tak dapat digambarkan sekiranya seiisi keluarga beria menikmati masakan kita kann.. Setinggi bintang di langit sana.. Wahhh.. terlebeh sudahh.. ;P




Kat sini saya nak kongsilah recipe atau saya menggayakan Nasi Ayam Kukus saya ni.. Bukanlah nak kata handal sangat, tapi sekadar berkongsi apa yg saya ada dan tahu. Kita mulakan dengan Ayamnya dulu. Saya terpaksa buat dua versi ayam dia, sebab anak nak ayam steam manakala ayah dia pulak nak yang panggang. Layan jerlaa..




BAHAN BAHAN :
1 ekor Ayam (saya kena ptg 4 sbb ada dua versi)
1 sudu makan serbuk Rempah Soto Tok Mak (rempah sup pun boleh)
1 ketul kiub pati ayam
1 biji buah tomato (klu buah besar, separuh cukup)*
1/2 batang Carrot (size sederhana)*
2-3 kelopak sayur kobis *
1 biji Bawang Besar (klu kecik buh 2 biji)*
2 ulas Bawang Putih *
2 inci Halia *
Sedikit Daun Sup dan Daun Bawang *
Sedikit serbuk Lada Sula
Air secukupnya
Garam Secukup Rasa




CARA CARA :
Bersihkan Ayam dgn cara lumur dengan sedikit serbuk kunyit, bilas dan toskan. Serbuk kunyit tu boleh menghilangkan bau hanyir pada ayam tu selain menyegarkan lagi ayam kita. Kemudian blend semua bahan bertanda (*). Masukkan kedalam periuk dengan air secukupnya dan juga bubuh rempah sup. Air tu agak biarlah cukup untuk kita gunakan bagi memasak nasi nanti dan pastikan sampai tenggelam ayam itu. Bubuh garam, serbuk lada sula dan kiub ayam. Masukkan Ayam dan rebus hingga masak.




Setelah masak ayam itu bolehlah diangkat. Sup tu bolehlah kalau nak bubuh potongan carrot atau kentang kalau suka untuk dimakan bersama Nasi Ayam ini nanti. Saya bahagikan kepada dua ayam itu, separuh untuk steam dan separuh untuk dipanggang. Yang untuk steam tu, ketepikan dulu. Yang untuk dipanggang, saya perapkan sebentar dengan bahan di bawah ;

1 inci Halia
2 ulas Bawang Putih
1/2 biji Bawang Besar
1 sudu makan Sos tiram
1 sudu kecil Madu
1 sudu kecil kicap Seasoning Maggie
1 sudu makan Minyak Bijan
1 sudu kecil Kicap masin
Garam jika rasa perlu

Blend semua bahan di atas dgn sedikit air. Lumurkan pada Ayam tu dan perap sekurang kurangnya setengah jam dan bakar sebentar dalam setengah jam atau ikutlah nak garing takat mana. Actually tak perlu lama sangat sebab ayam tu dah direbus masak. Bahan lebihan rempah yang ada dalam bekas yang kita perap ayam tadi juga JANGAN dibuang dulu. Nanti saya akan bagi tau kemudian kegunaannya.




Sementara menunggu ayam dipanggang dalam oven kita siapkan nasi pula. Bahan bahannya seperti di bawah ;
4 pot Beras Basmathi
6 pot Air Rebusan Ayam
1 biji Bawang Besar *
2 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia *
2 btg Serai
2 helai daun Pandan
Sedikit Kulit Kayu Manis
Sekuntum Bunga Lawang
Garam Secukup Rasa
Sedikit Minyak utk menumis
Satu sudu makan Minyak bijan
** Saya guna garam dlm 1 1/2 sudu kecil. Rasa dulu sbb dlm air rebusan tadi pon ada garam. Takut masin lak nasi kita nanti.




Kalau guna beras basmathi, rendam dulu selama 10 minit, kemudian bilas dan toskan. Masukkan ke dalam periuk rice cooker bersama air rebusan dan ON rice cooker tu. Sementara tu dalam kuali berasingan panaskan sedikit minyak bersama minyak bijan tadi dan tumis bahan bertanda (*) yang dihiris halus. Masukkan juga serai yang dititik, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun pandan. Goreng hingga layu dan naik bau. Kemudian tuangkan ke dalam rice cooker tadi dan masak hingga air dia kering jer. Jangan sampai dia masak sangat, dalam 3/4 masak tadi, dia belum berkerak lagi pindahkan ke dalam kukusan dan kukus hingga masak sepenuhnya. Ayam yang saya ketepikan tadi untuk disteam saya masukkan sekali ke dalam kukusan dan renjiskan sedikit dengan minyak bijan. Saya kukus dengan air rebusan Ayam di bawah dia tu. Kelebihan mengukus nasi ni, nanti nasi kita akan jadi cantek berderai dan tidak hancur. Kalau kita masak terus dalam rice cooker, kita kena kerap balikkan supaya tak mentah.. tu yang buat dia hanco.. Selain itu ia dapat mengelakkan nasi dari terbuang menjadi kerak yang tebal. Insyaallah.. cubalah.. nampak cam susah kann.. tapi taklah susah sangat.. Memang berbaloi dan puas hati.




Kemudian kita boleh lah menyediakan SAMBALnya. Bahan bahan seperti di bawah ;
5-6 batang Cili Merah
5-6 batang Cili Padi (klu nk pedas)
1/2 inci Halia
2 ulas Bawang Putih
1 sudu makan Sos Cili
1/2 sudu makan Cuka
1 sudu makan Minyak Bijan
Garam secukup rasa
Sedikit Air
Blend semua bahan diatas dan masak hingga pekat dan hilang bau cili.




Akhir sekali saya sediakan KICAP untuk disiram pada Ayam tu nanti. Ingat tak yang saya cakap suh simpan dulu saki baki serdak rempah yang kita perap ayam tadi. Haa.. kita amik yang tu, tumiskan dengan sedikit minyak dalam kuali lah yer.. Pastu masukkan sedikit air rebusan ayam tadi, agaklaa banyak mana nak guna kicap tu. Bubuh juga sedikit sos tiram, serbuk lada sula dan kicap masin secukup rasa. Kalau suka ada rasa manis sikit, bolehlaa bubuh kicap manis juga sikit.. saya tak suka..

Hmm.. rasanya nasi dah tentu dah masak, ayam pon confirm dah cukup panggang. Ayam tu bolehlah dipotong potong, lagi senang hendak makan dan disiram dengan kicap tu. Boleh juga dihidangkan bersama daun Salad, hirisan buat Tomato atau apa saja yang menjadi pilihan masing masing.




Nampaknya semua dah siap kann.. Apa lagi?? Jom lah kita Bismillah.. Jemputt..  :)



Sunday, 29 January 2012

Makan MEE KARI Arini

Assalamualaikum  :)

Apa khabar kengkawan semua? Masak apa arini? Saya punya cerita lagi best.. Percaya ke tak, boleh beras dah abis saya tak perasan.. duhhh.. sebab yang last masak nasik aritu anak dara saya yang sorang tulah.. Tak pulak dia bagi tau yg beras dah abis.. anak bertuah tu pulak.. Padan muka aku.. asyik sebok beli bahan buat cake jer kann.. huhuu.. Seb baek Kekande tak hangin.. ngeee.. :D




Nak ker Pasaraya beli beras, malaslaa pulak, ujung ujung minggu ni selalunya panjang queue nak bayar.. tu yang lemah sangat. Makanya, yang senang, buat Mee Mee jerlah nampaknya.. kat Kedai depan ni jer pon ada bahan sikit sikit.. Tu yang Mee Kari lah yang jadinya.. Bolehlaa jugak kann.. Jemu gak asyik makan nasi jer.. wahh.. Jawapan selamatlaa tu.. hikhik.. :)

Kalau nak tahu cane yang punya 'Cooking with Luv' utk Mee Kari ni kenalaa ke dapo sweet dapo ku.. Jom Jommm.. :)




BAHAN BAHAN :

50gm Rempah Kari Seafood jenama MAK SITI 
(klu tkde guna rempah kari daging Babas pun boleh)
6 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
3 batang Serai (dititik)
2 ekor Ketam (klu ada budget, nak bubuh lebih pun boleh)
10 ekor udang (ikut suka nak besar mana atau byk mana)
1/4 ekor Ayam (dipotong kecil)
Sedikit Tahu Lampung n Tahu keping
400ml Santan kotak (Ayam brand)
Sedikit daun Kari
Sedikit daun Pudina/daun Ketumbar (klu suka)
Sedikit kulit kayu manis n bunga lawang (klu suka)
Satu mangkuk air (pun ikutlaa nk pekat atau cair takat mana)
Garam secukup rasa
Minyak untuk Menumis
** Kalau rajin nak kopek kerang, boleh gak buh kerang.. tabur masa nak makan




Mula mula saya rebus dulu udang tu sekejap. Amik airnya, nanti boleh dimasukkan ke dalam kuah. Kopek sesiap kulit utk ditabur masa makan nanti. Boleh juga siapkan bawang goreng kalau suka. Kalau saya, bawang goreng ni yang paling penting utk menyedapkan lagi rasanya. Mesti buad sendiri, beli punya kurang sedap.

Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang, diikuiti dengan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar, serai, daun kari hingga kuning keemasan. Kemudian masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air menjadi pes dan masukkan sedikit garam supaya rempah tidak mudah hangit. Goreng rempah dengan api perlahan hingga garing dan naik bau.




Pastu bolehlah masukkan ayam dan ketam untuk dapatkan manis ayam dan ketam tu. Bagi saya kalau masak kuah mee kari ni, ketam ni paling penting utk menyedapkan rasa kuah tu.. tak dapat banyak, sekor dua yang kecik pun jadilaa.. lain rasa manis kuah tu kalau ada ketam.  Okay, masak seketika bersama rempah tu kemudian masukkan air rebusan udang tadi, diikuti dgn santan. Setelah mendidih masukkan sedikit daun Pudina dan daun ketumbar untuk aroma yang wangi. Akhir sekali baru masukkan tahu lampung.  

Senang jer kann.. Saya memang suka masak yang senang senang ni.. hehee.. Pasni bolehlah celur mee dan sayur sayur yang nak letak tu. Tapi kali ni saya terlebeh rajin, malas nak mencelur. Paling nyampah masa nak angkat mee tu licin.. dah tu, suami saya mesti nak makan mee kari ni campo ngan kueh teow.. mmg peberet style dia tu. Lagi laa leceh nak mengangkat kueh teow tu lepas celur.. Makanya saya steamkan ajer, senang.. tu yang dengan kukus kukus tu saya angkat buh atas meja.. heheh.. Senang citer.. sshhhh.. Jangan citer kat orang taww.. ;)




Owhh ada lagi satu.. hampir lupa pulak saya, cara nak buat sambal udang kering tu.. Kalau nak buadlah yer.. kalau taknak pon takper. Saya memang kena buadlah.. dah permintaan suami camtu.  Camni buat dia, tumbuk halus dalam 1 sudu besar udang kering. Tumbuk juga sekali 3-4 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih. Kemudian tumis dgn sedikit minyak hingga garing dan kuning keemasan. Pastu masukkan dalam 5-6 sudu besar cili mesin dan goreng hingga garing. Boleh masukkan sedikit air dan garam. Buh sekeping asam keping dan masak hingga kering. Garam jgn bubuh banyak sangat dulu yer, pasal udang kering tu pon masin gak sikit dan nanti kuah mee kari tu pon dah ada garam. Ni cara saya laa yer.. takder sapa ajar pon.. cuma agak agak sendiri ingatkan rasa yang biasa makan kat kedai tuu..

Hidangan ini cukup utk 1kg mee kuning. Serve bersama sayur sayuran dan bawang goreng mengikut citarasa masing masing.




Alhamdulillah.. saya dah kenyang dahh.. Kalau sudi Cubalah yer.. Cooking With Luv.. ;)



Tuesday, 1 November 2011

Nasi Lemak Kukus + Rendang Ayam + Sambal Sotong REX.. Terbaekk..


Sambal Tumis Sotong dari Sotong tin cap REX.. ilham dari Kak Fauziah Abd Samad.. Terimakasih Kak Jee, sudi berkongsi info mengenai sotong ni. Memang sedap dan mudah untuk dihidangkan bersama Nasi Lemak Kukus saya. 

Dulu dok KL nak mkn Nasi Lemak kukus boleh gi Kg Baru.. tapi sekarang kenalaa buat sendiri.. Aritu nengok Kak Fauziah Abd Samad buat, saya dah takleh tahan kak.. tapi kerana sibuk sikit, arini baru terlaksana.. Tqvm again for the idea KakJee.. Pada sesiapa yang berminat nak tau cara saya masak Nasi Lemak Kukus ni, jom jom nengok resepinya.. :)



~~ BAHAN BAHAN ~~

4 cawan Beras ** Saya guna basmathi
200 ml Santan Kotak ** Ayam brand
5 cawan Air ** adjust ikut jenis beras yg diguna
2 ulas Bawang Putih ** hiris nipis
3 ulas Bawang Merah ** hiris nipis
1/2 biji Bawang Besar ** dihiris nipis
1 inci Halia ** dimayang halus
2 helai Daun Pandan ** disiat n disimpul
1 inci Halia ** diketuk
2 sudu kecil Garam atau secukup rasa
Sedikit Minyak utk menumis ** Saya guna Myk Jagung
Daun Pisang ** Jika ada

Caranya pulak sangat mudah. Beras tu dibasuh dan ditoskan. Kemudian satukan dengan santan, air, garam, daun pandan dan halia yang diketuk ke dalam peruik yang bersesuaian atau rice cooker. Sementara tu tumis bawang bawang yang dihiris dan halia yang dimayang tadi dengan sedikit minyak hingga agak agak layu. Ni memang cara saya buat nasi lemak. Suka cara camni sebab akan lebih wangi baunya. Kemudian tuang jer ke dalam periuk nasi dengan minyak tu sekali tadi dan masak. Sesekali dikacau supaya ia masak sekata. Bila sudah dalam tiga suku masak, agak kering jer air santan tu, pindahkan ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Sebaiknya dilapik kukusan tu dengan daun pisang, harum aroma daun pisang tu pada nasi lemak tu nanti. Kukus hingga nasi tu betul betul masak dan lembut. Setelah siap dimasak, boleh dihidangkan. Enak sekali dimakan panas panas gitew ya buk.. hehee.. Selamat Mencuba.. :)



Arini bateri Achik telebeh sudah.. Achik buat Rendang Ayam jugak.. utk makan bersama Nasi Lemak Kukus ngan Sambal Sotong.. Semua dah ready, tunggu Mr Aseben jer sampai nak ngapp.. :P



Nasi Lemak Kukus + Rendang Ayam + Sambal Sotong.. Atas permintaan anak dan suami arini buat lagi.. tapi tinggal masak dan kukus nasik jer, yang lain masih ada stock.. Bismillahhh.. Alhamdulillah syukur pada rezekimu Ya ALLAH..