Tuesday 8 April 2014

Terima kasih 'JELITA'.. :)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.. :)

Apa khabar? Maaf lama saya tak timbul timbul.. Rindu ker? hikhik.. Apapun terima kasih banyak, walau saya lama tak update resepi baru tetapi tetapi laman ini tidak putus juga dengan pengunjungnya saban hari.. Tq again uols.. muahhhh.. Singgah singgahlaa jika ada resepi yang ingin dicuba. Banyak yang telah saya abadikan di sini. Cuma taip jer nama menu yang ingin dicari dalam 'Search' box yang kat sebelah kanan tu nanti keluarlah link menu yang dicari tu. Senang kann.. "Now everyone can cook!".. 




Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada Majalah Jelita terutamanya kepada penulisnya Norashikin M.Nor yang telah menulis serba ringkas mengenai perjalanan dan aktiviti kedai kecik saya pada keluaran April ini. Syukur Alhamdulillah.. Sesuatu yang saya tak pernah sangka dalam hidup saya. Kalau dulu saya cuma pelanggan kepada majalah ini, kini macam tak percaya pun ada bila muka bambam ni ada dalam salah satu mukasuratnya. Harap tak banyak sikit, ini dapatlah membanggakan hati ibunda tercinta saya dan menyejukkan perutnya yang mengandungkan saya selama 9 bulan dulu. 




Saya bukan pelajar cemerlang di sekolah dulu yang boleh menjawat jawatan tinggi. Sukan? Lagilaa yang hado.. hehehh.. Tetapi tahlaa.. bila terjebak dalam dunia 'Kecoh Kecoh Masak' ni tetiba hidup saya pun jadi kecoh.. 24 jam sehari macam singkat sangat. Banyak lagi tu yang masih pending. Tak terkejor dengan 2 tangan dan 2 kaki ni nak pulun semua. Dahlaa baru jari telunjuk pulak terkapit pintu keta, dari ada 10 jari tinggal 9 jer yang boleh bekerja. Tapi apapun ini tidak mematahkah semangat saya.. i'm still working with my 9 fingers! Usaha tangga kejayaan. Dimana ada kemahuan pasti ada jalan asalkan kita bijak menggunakan peluang yang ada. Itu janji Allah SWT. Insyaallah.. Jangan kita hanya tau duduk, tido dan memberi seribu alasan tanpa berusaha. 




Pada Ogos tahun lepas pula Majalah Jelita telah memilih 4 resepi saya yang berasaskan Tomato Puree dari Jenama Leggo's. Ada 31 jenis resepi dari blogger pilihan Jelita dikompilkan berbentuk sebuah booklet comel termasuk resepi dari blogger terkemuka Kjee FAUZIAH ABD SAMAD. Terima kasih yang tak terhingga juga pada Kjee yang telah kerap mengenengahkan saya ke dunia media ni. Hanya Allah yang dapat membalas jasa Kjee. Moga Kjee dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.. Ameenn..





Tidak lupa juga pada teman teman yang sering memberi sokongan dan dorongan tanpa jemu. Moga anda semua mendapat limpah kurnia dari Allah SWT sentiasa. Jika ada kelapangan saya akan terus menyumbang resepi tetapi jika ada yang saya tidak dapat kongsi harap dapatlah memahami situasi saya. Bukan semua itu milik saya, terkadang tanganku terikat jua.. :)

Cukuplah buat kali ini. Insyaallah jika ada rezeki, ada umur saya muncul lagi. Saya harap ini juga dapat menjadi pembakar semangat buat teman teman lain. Apapun yang kita ceburi, kita bersungguhlah.. insyaallah.. Jangan takut pada kegagalan kerana itu juga adalah antara kos pembelajaran yang kita harus bayar dalam kehidupan ini. Akhir sekali, maafkanlah salah silap saya.. Segala yang baik itu hanya dari Allah dan yang buruk itu dari saya hamba yang lemah. Assalamualaikum..




** JANGAN LUPA DAPATKAN 'JELITA 'APRIL INI.. ;)


19 comments:

Unknown said...

tahniah Sheila wah hebat lah semoga terus berjaya dan berjaya aminnn

Shiela said...

kak noor lagi hebat!..
Maseh kak noor.. :)

Nani said...

tahniah shiela..moga terus berjaya dan berjaya...harapnya jari yg satu tu cepat sembuh....

Shiela said...

Tq Nani.. :)

REEN KHAN SHARIFF said...

Tahniah beb.. bangga sgt2

Shiela said...

Tq Reen.. :)

Amie said...

Tahniah Sheila... terus ke depan ye darling! Moha Allah sentiasa kurniakan rahmat kesihatan buat Sheila... amin.

Shiela said...

aameenn.. terima kasih sahabatku Amie.. :)

umi's cup cake said...

Tahniah sekali lagi kak...teruskan usaha dan perjuangan akak...ramai yang sokong..

Fauziah Samad said...

Salam Shiela. Kjee masih ingat ketika mula2 skodeng FB Shiela dulu. Masa tu Kjee hanya fren biasa di FB.
Shiela luahkan keresahan... boring duduk rumah tak buat apa2 sebab your princess belajar di Seremban. Hanya ada teman berbicara di petang hari ketika suami kembali dari pejabat.
Masihku ingat masa tu Shiela tulis di FB, kalau ada peluang kerja, Shiela serius mahu kembali ke alam pekerjaan yang telah lama ditinggalkan.
Kjee follow saban hari baik di FB mahupun di blog. Nak tegur sapa, timbul rasa malu...
Kemudian...tidak berapa lama selepas itu, tetiba Shiela mula menerima tempahan buah kek. Kalau tidak silap Kjee, kek Shiela yang meletops ketika itu ialah kek buah kukus.
Dari situ kita berkenalan dan terus mesra Alhamdullilah hingga ke saat ini dengan izinNya.
Naluri seorang wartawan ketika nampak sesuatu yang lain daripada yang lain, dia akan terus menulis (kalau dah pencen macam Kjee) terus sampaikan kepada teman2 seperjuangan yang lain.
You deserve the limelight sis.
Seorang yang berbakat besar dalam bidang baking dan jugak masakan. Pada Kjee you have magic hands!
Mudah2an segala apa yang Shiela idamkan dalam dunia masakan akan Shiela capai. Insya Allah.
Love you sis. Bangga ada sahabat seperti awak!

Shiela said...

Wsalam Kjee.. Allah.. Terharu sungguh saya membaca tulisan Kjee.. So touching.. Only word.. I love u MORE my dear sis.. Will allways pray for your happiness and healthiness.. ❤️

Shiela said...

Terima kasih umi's cup cake.. ☺️

Nasa Mulia said...

salam kenal, tahniah semoga lebih maju lagi...

Gee® said...

Tahniah Shiela... hebat!!

Rose@QasehNurlisa said...

Assalam..teruja baca ulasan Kjee ttg shiela.sy dah lama intai tp maluuu nak say hi!
Harap salam prkenalan ini tidak bertepuk sebelah tgn. Almklum sy baruu sgt dlm bdg blogger masak ni wpun sgt suka memasak.tahniah ats kejayaan sheila n hrp terus berkarya n berkongsi respi hebat

Kak Nita said...

Tahniah kak sheila dan teruskan usaha...

Unknown said...

Salam prkenalan kak sheila..semoga terus maju kedopan..sey pon org nismilan gak..hihi

zila norazila said...

maap kak ..agk terlwat nk ucap..thniah dr zila. akk mmg layak tau.

Lisa Ho said...

Tahniah Shiela :D