Curry Mee .. mmm.. yummyyy... :P
Bahan Bahan :
25 gm serbuk kari 'Raja Curry' (Faizah brand, guna yg ni sedap pedas sikit)
25 gm Seafood curry spices (saya guna mak siti, klu tkde guna rempah kari daging Babas pun boleh)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai (dititik)
2 ekor ketam (saiz kecil atau sederhana)
10 ekor udang (saiz sederhana, ikut suka)
Sedikit ayam (dipotong kecil)
sedikit tahu lampung
400 ml santan kotak (Ayam brand)
Sedikit daun kari
Sedikit daun Pudina (klu suka)
Sedikit kulit kayu manis n bunga lawang (klu suka)
Satu mangkuk air (pun ikutlaa nk pekat atau cair takat mana)
Garam secukup rasa
Cara Cara :
Tumiskan kulit kayu manis n bunga lawang, diikuiti dgn bawang merah, bawang putih dan halia yg telah dikisar, serai, daun kari hingga kuning keemasan. Kemudian masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air dan masukkan sedikit garam supaya rempah tidak mudah hangit. Goreng rempah dgn api perlahan hingga garing dan naik bau.
Pastu bolehlah masukkan ayam n ketam utk dapatkan manis ayam dan ketam tu. masak seketika bersama rempah tu kemudian masukkan air, diikuti dgn santan. setelah mendidih baru masuk udang dan sedikit daun Pudina utk aroma yg wangi. Akhir sekali baru masukkan tahu lampung. Siappp.. :)
Hidangan ini cukup utk 1kg mee kuning. serve bersama sayur2 n bawang goreng mengikut pilihan masing2..
~~Selamat Mencuba~~
No comments:
Post a Comment