Bismillah Arrahman Arrahimm.. :)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Alhamdulillah dengan izin Allah bertemu lagi kita di sini.
Menu cheq arini memang Baekkk Punyer taww.. Orang lain tak taulaa tapi cheq ni, Gulai Parpu Munggai kalooo memang crazy sangatlah. Kena pulak dengan Ikan Kurau Masin tu, goreng buh bawang ngan cabai burung sikit pastu perah pulak limau.. perghh memang tak hengatlah.. Bertambah tambah laa anak dan hubby makan. Tu dalam pada dorang cakap dah kenyang tu, kalau lapaq tak taw nak habaq laa kann.. hehee.. Lepas makan minum pulak Ayaq Jus Roselle.. hmm segarrrr.. Semua Homemade and my Handmade taww.. hikhik..
Kat sini cheq nak story laa sikit, lagu mana masak Gulai Parpu Munggai ni. Kalau bukan orang Utara depa panggey Buah Kelo masak Dalca kann.. Sebenaqnya, ni pon festaim masak gulai ni, selalu tu Mak yang masak. Balik nengok dah siap ja, tinggai chedok buh dalam pinggan ja. Bila buat sendiri ni berkali kali laa jugak duk keja nalipon Mak tanya camna nak buat.. Seb baek jadi gak.. hehehh.. Jom jom pi dapoq.. kita chechidauddd apa nak kena buad ;)
BAHAN BAHAN :
6 batang Buah Munggai aka Buah Kelo
200gm Udang size sederhana (nak buh lebih pun boleh)
100gm Kacang Parpu aka Kacang Dal
2 sudu besar Rempah Kari Daging
200ml Santan Kotak (Ayam Brand)
500ml Air atau secukupnya
1 biji Bawang Besar *
3 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia *
Garam secukup rasa
Utk TUMIS DARAT :
6-8 Ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1 sudu kecil Jintan Putih
1/2 inci Halia (dimayang halus)
Sedikit Daun Kari
Sedikit Minyak (bugjet cam nak menumis tu)
1 sudu makan Minyak Sapi
CARA CARANYA :
Mula mula kita bersihkan dulu Buah Munggai kita tu. Rautkan sikit kulit luar tu, potong potong dalam 3-4 inci camtu dan celurkan sekejap untuk buangkan sikit rasa getah dia yang kelat tu. Tos dan ketepikan.
Kemudian rebus kacang parpu tu bersama rempah kari dan bahan bertanda * yang telah ditumbuk atau diblend hingga kembang. Selepas tu masukkan Buah Munggai tadi dan masak seketika hingga agak lembut. Masukkan santan dan masak hingga menggelegak, baru masukkan udang. Jangan masak udang lelama sangat, nanti dia kecut tak sedap. Kecilkan dulu Api dan bubuh garam secukup rasa.
Sementara tu bolehlaa kita siapkan bahan untuk Tumis Darat. Hiris atau mayang halus bawang merah, bawang putih dan halia. Panaskan minyak bersama minyak sapi dan goreng semua bahan tumis darat. Bila dah garing, berwarna coklat keemasan tu, tuangkan terus ke dalam gulai kita tadi dan tutup periuk tu, supaya aroma yg harum tu tak keluar dan matikan api.
Yeayyy.. siap laa sudah.. Pastu kuali tadi takyah nak basuh lagi, bolehlah terus buad goreng ikan masin pulak.. Mmmm.. chedapnyaaaa.. ;P
Chop chopp.. ada PESANAN ringkas, kalau ada sesapa yg tak pernah makan buah ni, makan dia cuma makan yang belah dalam dia jer yer.. Kulit dia keras, takleh makan.
Chop chopp.. ada PESANAN ringkas, kalau ada sesapa yg tak pernah makan buah ni, makan dia cuma makan yang belah dalam dia jer yer.. Kulit dia keras, takleh makan.
Jom Pekena baekkk punya.. Pastu minum pulak Ayaq Jus Roselle tu.. HOHOHO.. Alhamdulillah.. syukur pada rezeki yang Allah Taala berikan...
7 comments:
Salam...memang terbaek punya resepi..gue suka makan isi buah kelo tu..adoiii tak tahan tenung lama2.
Wsalam Rahel.. Thanks sudi singgah kt my dapo ni.. Memang sedap isi dia Rahel.. saya pon suka sangat..
Salam,
saya pun suka makan kari parpu mcm nie. Masa sekolah dulu jika mak masak kari nie mesti makan bertambah. Kadangkala mak hanya pecah telur saja pun dah cukup.
Wsalam.. :)
Sedap kan CitarasaKU..
harini sya. nak try. . ada tips2. ka. x
Terima kasih bagi resepu
Terima kasih share resepi, sat lg nk buat...terliuq ayat liur dah ni belum buat lg....hihihihi
Post a Comment