Saturday, 25 February 2012

My Homemade BREADs


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat Semua yang saya sayangg.. :D


Selamat berhujung minggu juga buat semua. Percaya ke tak, saya buat ROTI.. hehee.. Tu yang poyo lebeh ni, nak share jugaklah kat sini hasil roti roti sulungku ni. Macam macam pesen ada. psst pssstt.. yang kena sensot pon ada gak.. biasalah festaim kann..




Walaubagaimanapun ia satu pengalaman yang sangat menyeronokkan bila dapat buad roti sendiri, puas makan dan boleh jer bubuh apa apa filling yang kita suka tanpa meragui kebersihannya. Paling seronok bila anak dan suami cakap sedap. Siap suruh buat lagi pulak. huhuu.. besar sebelahlaa jawabnya lengan saya nanti. Bukannya ada breadmaker, just from my lengan to my jari taww.. hehehh.. :D




Seperti biasa, saya nak sharelah juga kat sini resepi yang saya guna untuk buad semua ROTI ni. Sumber resepi saya dapat dari kengkawan sana sikit, sini sikit.. adjust adjust ikut apa yang saya ada dan sukalah. Kayy.. jom nengok..




DOH ROTI :
150gm Tepung Gandum
100gm Tepung Superfine
50gm Gula Halus
1/2 sudu teh Garam Halus
1 sudu besar Susu Tepung
1/4 sudu teh Bread Improver
1/4 sudu teh Bread Softener
30gm (pukul sebiji telor dan timbang, ambil 30gm sahaja)
6gm Yis Kering (MAURIPAN)
20gm Mentega
20gm Shortening
125ml Air Suam
Inti Secukupnya (Ikut citarasa)
Telur Lebihan tadi masukkan 1/4 sudu kecil susu pekat dan gaul sebati
(utk disapu atas roti)
Bijan atau apa saja yg suka untuk ditabur atas roti




Untuk Roti Sardine, gula halus saya guna 30gm jer sebab inti sardine kalau manis, saya tak suka.. kembang tekak nanti.




CARANYA : 
Satukan Semua bahan kecuali air dan gaul rata.
Tuangkan Air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
Uli sehingga doh jadi elastik, lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
Uli tanpa henti selama 10 hingga 15 minit.
Rejatkan doh sebentar dalam 20 min.
Ambil doh, tumbuk tumbuk untuk keluarkan angin.
Bahagikan doh jadi kecil dan masuk inti.
Leperkan dan gunting mengadi seperti bunga atau apa jer bentuk yang diingini.
Kalau nak buat yang macam ulat bulu naik daun tuu, mula mula isikan intinya dan bulatkan. Kemudian leperkan dan hiris hiris, tp jangan sampai putus yer. Selepas itu terbalikkan dan gulung.
Panaskan oven pada suhu 190c selama 10 minit.
Sapukan telor lebihan tadi dan taburkan bijan atau apa yg suka.
Bakar selama 25 minit pada suhu 190c atau sehingga kuning keemasan
Keluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti dengan sedikit mentega





Simpan juga dalam bekas bertutup dan kedap udara supaya kekal lembut dan tahan. Setakat ni, roti saya boleh dimakan walau disimpan selama 2 hari tanpa sebarang pengawet. Cuma panaskan sekejap sebelum dimakan.






~~ SELAMAT MENCUBA ~~

6 comments:

sHa AhM@d said...

nak gunting tu setelah doh naik ke..atau masa kita letak inti dia n gunting..

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
homemade breads...mesti sedap ni namapun homemade kan
pandai k.sheila mcm2 rupa dan bentuk yg menarik2
sy tgk pun rasa nak ngap seketul he he

Shiela said...

wsalam mama sara nur.. mekaseh.. :)

sHa.. gunting terus. Isi inti, leperkan doh, pastu gunting.

sHa AhM@d said...

tq yer...

Shiela said...

u're most welcome sHa..

Anonymous said...

assalam

tumpang tanye kat mana beli cawan kopitiam bermotif roses tu? kite berkenan sgt...

julie
aberdeen