Monday, 20 February 2012

Masak Masak.. Makan Makan.. bersama AYAHBONDA


Assalamualaikum  dan Selamat Sejahtera   :)

Wat per tu? Ujan tengah lebat kat tempat saya ni. Borink betul rasanya duduk sengsorang, Suami ke opis, biasa malamlah baru sampai tu.. Anak ke sekolah, lewat gaklaa balik arini. Makanya layan diri kat sini jerlah nampaknya.





Ujung minggu baru ni kami anak beranak balik ke rumah orang tua saya. Temankan mereka berdua di ujung minggu, sunyi kata mereka kalau takder yang balik. Masa masa camni memang saya selalu masakkan mereka. Seawal pagi sesudah Subuh tu saya dah ke Pasar mencari apa yang di masak. Antara menu yang dapat saya masak tulah Kari Daging, Udang Goreng, Buncis Goreng Berlada dan Sambal Belacan bersama Ulam Raja. Jadilah untuk kami berlima jer aritu. Berselera nampak Mak dan Abah makan aritu.. Alhamdulillah.. bahagia rasanya dapat menggembirakan mereka berdua takat tu pon.




Kat sini saya nak kongsilah dengan kengkawan yang sudi cara saya masak KARI DAGING ni.. Ni cara saya lah yer.. yang memang menjadi kegemaran keluarga sentiasa...




BAHAN BAHAN :
1 kg Daging Pejal
5-6 biji Ubi Kentang (dibelah 4)
400ml Santan Segar
500ml Air atau secukupnya
6 sudu besar Rempah Kari Daging
3 sudu besar Cili Mesin
8 ulas Bawang Merah*
3 ulas Bawang Putih*
2 inci Halia*
3 sudu Besar Tomato Puree
1 cawan Minyak utk menumis
2 kuntum Bunga Lawang
3 biji Buah Pelaga
3 batang Cili Hijau
2 helai daun Pandan (disiat)
Sedikit Kulit Kayu Manis
Sedikit Daun Kari
Garam secukup Rasa
Hiasan : boleh bubuh buah Tomato
Tumbuk atau blend semua bhn bertanda *





CARA CARA :
Mula mula panaskan minyak dan tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian tumis pula bahan yang telah ditumbuk atau diblend tadi hingga kuning keemasan. Masukkan rempah kari dan cili mesin yang telah dijadikan pes, daun kari dan daun pandan. Tumis dengan api perlahan supaya rempah tu tidak hangit dan pahit. Masukkan sedikit garam dulu. Bila rempah tu dah mula garing dan naik bau, masukkan tomato puree masak sebentar. Selepas itu masukkan daging yang telah bersih dan dipotong, masak sebentar bersama rempah tadi. Dikacau selalu hingga bawah yer, supaya rempah tak hangit. 

Kemudian masukkan sedikit air, cili hijau yang dipatah patah. Tutup periuk dan masak hingga empuk daging tu. Kalau tak empuk lagi, bolehlaa ditambah air tu sedikit demi sedikit. Bila daging sudang empuk, bolehlah masukkan ubi kentang dan biar empuk sedikit, Kemudian masukkan santan dan garam secukup rasa, masak hingga menggelegak. Kecilkan jer api dan masak bagi dia terbit minyak, baru cantek Gulai kita tu nanti. Sebelum matikan api baru masukkan buah tomato yer.




 
Setelah siap bolehlah dihidangkan. Makan lak ngan sambai belacan dan ulam tu.. perghh.. memang tak hengatlah.. hehee.. Cubalah resepi ni kengkawan.. Insyaallah sedap. Pasni kompom takgi cari Restoren Nasik Kandar lagi. hehee.. Kalau tak makan ngan nasi, makan ngan roti atau chapati pon sedap kari pekat pekat ni. Kalau dapat makan ngan pulut kuning ker, lagi laa kababooomm.. duhh.. sedapnyerr.. ;P





Kuih Onde Onde ni pulak, Mak yang buadkan untuk minum petang kami. Sedap sangat Mak.. tapi tulah mak mak kita masak mana ada men sukat sukat ni kann.. Saya balik balik nengok Mak dah siap buad, frozen lagi tu. Bila saya tanya, dia cakap.. "Mak men teghejun jer semua".. hehee.. tapi teghejun teghejun Mak memang sentiasa menjadilah.. Air tangan Ibulah katakan..




Cuma yang dapat saya korek sikit sikit, ni laa yang Mak cakap, 1 kampit tepung pulut tu add 2 sudu besar tepung gandum.. Pastu bancuh ngan air garam hingga agak agak dia boleh dibentuk dan ada lembab2 sikit supaya bila digelek ngan bijan tu bijan tu boleh melekat. Garam dalam 1 sudu kecil camtu, bancuh ngan 1 cawan lbh sikit Air utk jadikan Air Garam.

Inti tu cam biasalaa, Amik dalam satu biji kelapa parut yang muda dan yang putih jer, masak dengan gula melaka n daun pandan.. Ikutlah nak manis takat mana yer, boleh tambah gula pasir sikit nutk naikkan manis dia. Bila dah hampir pekat, masukkan sedikit tepung gandum dalam satu sudu besar camtu utk memekatkan atau cam melekatkan inti tu.. camner nak cakap yer.. harap harap fahamlaa bahasa saya tu yer.. Saya cuba sedaya upaya saya ni setelah puas mengorek dari Ibunda tercintaku. Lagi satu, baru saya teringat.. Jangan digoreng lama sangat yer.. Bila dah keperangan tu cepat cepat angkat, kalau tidak nanti dia meletup. Haa.. bab ni saya terror laa.. sebab saya yang tukang goreng.. heheh.. :D





~~SELAMAT MENCUBA~~

11 comments:

garlutti said...

SHIELA ...kelihatan sangat menyelerakan resepi .... Saya suka .. saya perhatikan bahawa anda menghabiskan seminggu yang baik .. ciuman Marimi

Kak Sam said...

Wow best, mesti gembira hati mereka.

Ayam said...

Salam Sheila,
Sungguh menyelerakan pagi pagi nie bila saya dok menghadap laptop atas katil terus lapar...kari daging ,sambal belancan ..waaa lapar.

Shiela said...

Dear Garlutti.. Terima kaseh, saya amat menghargai anda yg sanggup mengalih bahasa untuk komen yang sungguh bermakna buat saya..

Shiela said...

Kam Sam.. Alhamdulillah.. nampaklah kegembiraan di wajah Mak n Abah.. :)

Shiela said...

Wsalam CitarasaKu.. Selamat pagi.. :)

Sheery Dream Cakes said...

sedapnya tgk lauk2 kat atas tu.... terliur pepagi nie tgk... terus lapar d buatnya

noorsafone said...

Salam Sheila...kuih tradisional yg sgt sedap...guna tepung pulut/keledek pun boleh kan...lauk2 diatas pun menyelerakan..

Shiela said...

Alhamdulillah Diana.. masak sendiri mmg puas.. sedap sbb memenuhi selera n citarasa kita kan.. :)

Wsalam Noorsafone.. boleh juga guna keledek, tp Mak saya tk berapa suka yang ada keledek. Biasalaa mak mak kita, mesti nak yang resepi asal juga.. :)

Ida,Japan said...

tak tahan tekak bila tgk sumer tu...comei2 jer la kuih bom mak Shiela tu..air tgn org tua itulah kan...sedapnyer

Shiela said...

Sedap Ida.. mmg tiada tolok bandingannyer air tangan ibu kann..