Wednesday, 11 July 2012

Nasi MANDY Ayam Lagi..


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Arini saya masak Nasi Mandy Ayam lagi.. Asyik nengok kengkawan dok mengepos Nasi Mandy hasil yang dorang cuba dari resepi saya tu terlioq laa pulak. Lama gak dah tak masak nasi ni. Bukan apa, dulu punya tak benti doq keja masak ni jer sampai naik jemu. Tapi kann.. yang paling strong reason nak masak menu ni sebab excited sangat nak menggayakan pinggan antik ni yang my hubby baru belikan kat Melaka aritu. Thank you my darlink, suka sangat.. Kami berdua ni  memang antique lover. So, kalau ada permintaan untuk barang barang antik tu taklah susah sangat nak dapat sebab kami berkongsi minat yang sama.




Recipe NASI AYAM MANDY ni dah ada kat SINI yer.. Jemputlah skodeng kalau nak mencuba. Oleh kerana dah lama tak masak menu ni, arini memang terlebih sudahh laa saya makan.. sangat sangat berselera laa pulakk.. duhhh..  Memang kembang setaman lagi laa jawabnya. Dahlaa doq sedia kembang ni.. huhuu..




Bila dah buat Nasi Mandy ni teringatlaa pulak nak buat Puding Caramel lagi. Farrah suka sangat tuu.. Dulu masa saya tak pandai lagi masak Nasi Mandy ni, setiap kali bila pegi makan kat Restoran Nasi Arab SABA di Cyberjaya tu anak saya Farrah mesti request Puding Caramel dia. Makanya, saya buatkanlah untuk anak bertuah tu. Bukannya susah sangat pun kann.. Recipe PUDING CARAMEL tu pulak boleh nengok kat SINI yer..




Lagi satu yang sangat saya suka dan telah lama saya idamkan ni lah dia Tiffin Antik bertangkai tembaga. Lama betul saya doq menjeling menjeling kat dapo Cik Mat Gebu. Dalam hati punyalaa teringin untuk memilikinya. Tapi taklah mengharap sangat sebab faham jerlah barang dah lama ni bukan senang nak dapat lagi. Sungguh tak disangka ketika saya berjalan jalan di Dataran Pahlawan Mall, Melaka boleh saya terpandangkan tiffin ni. Buntang mataku memandangnya.. umpama pucuk dicita ulam mendatang.. hrmm harganya boleh tahanlah jugak. Lama jugaklah ku gosok gosok, pegang letak, pegang letak.. memikirkan duit yang nak keluarlah. Tapi hati kecil ni berkata, jika tak grab tak taulah bila akan jumpa lagi. Lama agaknya my hubby sian nengok kan muka seposenku tu, dia pun belikanlah.. Yahooooo!!!.. Dapat jugak akhirnya.. Alhamdulillahhh.. again.. Thank you so much my dear.. Hanya Allah Maha Mengetahui, How Deep is my Love~~ ;D




Monday, 9 July 2012

Puding CARAMEL Sempoi tapi MABELES




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pejam celik pejam celik ku masih di sini. Hrmm.. Something happened.. but i guess that's the best for us. Segala ketentuan pasti ada hikmahnya, hanya DIA yang Maha Mengetahui segala yang terbaek buat hambanya. Keputusan yang harus kami ambil tadi memang agak berat tapi demi masa depan yang lebih baik rasanya itulah jalan yang paling tepat. Alhamdulillah dengan petunjuk dari Allah segalanya berjalan dengan lancar. Yang pasti aku harus kuat kerana diriku jua adalah semangat untuk anak dan suami tercinta. Seandainya aku lemah, memang segalanya akan tumbang. Mudah mudahan Allah akan terus memberi aku kekuatan. Segala yang baik itu adalah dari ALLAH swt dan yang buruk itu dari saya, hamba yang lemah. Well.. That's LIFE..




Oleh kerana terlalu sibuk ke sana ke mari dan terlalu semak dalam kotak fikiran ni beberapa hari yang lalu baru hari ini saya dapat masukkan N3 PUDING  CARAMEL ni. Mudah jer cara penyediaan caramel ni tapi tetap sedap. Actually, semenjak kecil lagi anak saya Farrah suka sangat makan caramel dan juga sangat cerewet memilih caramel. Kalau ada lubang lubang tu kompom dia bising. Kebetulan hari tu dia posa, biasalah posa ganti. Tetiba saya tergerak hati untuk buatkannya Puding Caramel peberetnya. Hepi betul lah dia, siap cakap, "Caramel ibu harini lagi sedappp.." Kata kata itu sangat membahagiakan hati saya seorang ibu.. apalagi ianya dijamah oleh seorang anak tatkala berbuka puasa.




Resepi Puding Caramel kali ini saya gabungkan dari resepi yang saya pernah cuba sebelum ni. Lagi 'Gabungkan" tuu.. ayat Masterchef lagi tu.. hehee.. Alhamdulillah saya rasa cara ni paling mudah, lebih sedap dan sangat puas hati dengan texturenya. Mula mula saya taburkan lebih kurang 2 sudu besar Gula ke dalam bekas silikon tu. Jika guna bekas silicone yang kecil kecil macam saya kali ni, agak agaklah gula yang ditaburkan dari 2 sudu besar tu ke dalam setiap bekas comel tu yer. Kemudian, bakar dalam oven dengan menggunakan Api Atas sahaja pada suhu 160 deg Celcius selama lebih kurang 5 min sehingga jadi gula hangus. Kena tengok juga sesekali sebab ia bergantung pada oven memasing jugak. Oven akan berasap sekejap, sebab kita bakar gula kan.. tapi no hal lah.. kejap jer. Jika tiada bekas silicon ni atau guna loyang, taburkan rata gula di dalam loyang dan masak di atas api hingga keperangan atau sepeti menjadi gula hangus. Gula akan mengeras bila sejuk. Ketepikan dulu.




Selepas itu kita sediakan bahan untuk Puding pula. Kacau sebati dengan lembut jer (jangan sampai berbuih) 4 biji Kuning Telur, 1 cawan Susu Cair, 1/2 cawan Susu Pekat dan 1/2 sudu teh Vanila Ekstract/Essence. Telur tu sebaiknya dibuang dulu tali pusatnya supaya tidak hanyir Caramel kita nanti. Kacau 1 sudu kecil Tepung Custard dengan 1/4 cawan air panas hingga larut. Sejukkan sebentar dan tapiskan masuk ke dalam bancuhan puding tadi. Kacau rata dengan perlahan. Kemudian tapis bancuhan puding itu lagi terus ke dalam bekas yang berisi Gula hangus tadi. Seterusnya bakar dalam oven dengan kaedah bain marie (letak bekas puding ke dalam loyang berisi air panas mendidih) pada suhu 170C lebih kurang 50-60 min atau hingga Caramel tu pekat dan keras sedikit. Saya guna api atas bawah jer, sebab oven saya takde api bawah sahaja. Boleh juga jika hendak dikukus selama lebih kurang 30 min tapi saya lagi suka jika dibakar dengan kaedah bain marie ni kerana tidak hanyir bau telur tu.




Setelah masak, sejukkan sebentar lebih kurang 30 minit barulah ditelangkup dan keluarkan dari bekas. Lakukan dengan hati hati kerana puding caramel ini agak lembut. Enak dimakan ketika sejuk. Senang jer kann.. Paling ringkas dan mudah untuk disediakan juga enak dijadikan juadah pencuci mulut ketika berbuka puasa nanti. Selamat Mencuba (",).





Thursday, 5 July 2012

KARIPAP PUSING SARDINE


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Salam Nisfu Syaaban juga buat semua sanak saudara dan teman teman yang beragama Islam. Di kesempatan ini, sempena buku rekod tahunan saya akan ditutup dan akan dibuka buku yang baru saya menyusun jari jika ada salah dan silap saya sepanjang berada di sini biarpun yang disedari atau tanpa disedari dalam tutur kata dan juga gurauan saya. Moga kita dapat teruskan amalan dan mendapat keberkatan dariNYA. Ameennn.. ~~NEW BOOK TO BE FILLED WITH NEW STORIES~~





Gara gara penonton dan peminat setia Masterchef Selebriti, saya takleh tahan sungguh bila nengok Karipap Pusing Sardine yang dibuat oleh Dato' Fadzley untuk Dato' CT aritu. Meleleh ayaq lioq cheq nengok malam tuu.. Beberapa hari gak dok tahan sebab tak berkesempatan nak membuatnya lagi. Kebetulan harini ada masa sikit saya usahakanlah juga demi panggilan tekak ni. Seawal pagi saya dah menalipon Mak saya, biasalah.. my main reference tu kalau nak masak apa apa.. hehee.. Bukan apa, cuma nak pastikan, samada nak guna margerin atau vegetable shortening untuk bahagian tengah untuk mencantekkan lapisan tu.. Mak jawab, "Kalo nak cantek, guna vegetable shortening.. Kalo nak sedap, guna margerin.. Butter toksah, tak sedap.." hmm.. jawapan Mak sungguh tepat sampai saya pening untuk memilih, Sedap ka Cantek?? By right, dua dua kita nak kann.. Ushar punya ushar dengan kengkawan, maka inilah hasilnya.. 




Alhamdulillah jadi jugak KARIPAP PUSING SARDINE cheq Makk.. Dulu kalau cheq buat, mesti Mak gelakkan, "Mana pi hang punya pusinn??".. tapi Mak, U must be so proud of your daughter today.. Karipap cheq pusinn sungguh harini.. Kerangupan tu takyah cerita laa kann.. Pandanglahhh~~ Lihatlahhh~~ Kalo Dato' CT makan, kompom terkedulah kann.. kehkehkeh.. melawak nooo.. Demi permintaan kengkawan saya sharelah resepi tu kat sini yer.. Sumber utama resepi ni adalah dari Mak saya sendiri dimana saya gabungkan juga dengan pendapat dan pengalaman teman teman fb saya. echechehhh.. 'Gabungkann' tuu.. ni lah hasilnya dari program Masterchef. hehee.. memang sangat berkesan kann.. kay kayy.. jom kita pi buat inti dulu..


INTI SARDINE : 

1 tin Sardine/Mackerel size sederhana
2 biji Bawang Besar *
2 ulas Bawang Putih *
1/2 inci Halia *
6-8 tangkai Cilipadi *
3 sudu besar Cili Mesin
1 sudu besar Jus Lemon/Limau
Sedikit Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa



Hiris nipis semua bahan bertanda (*). Panaskan minyak untuk menumis. Tak perlu banyak sangat nanti minyak tu meleleh sangat kat celah lapisan karipap. Tumiskan semua bahan yang dihiris tadi hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan cili mesin dan sedikit garam dulu dan goreng dengan api perlahan hingga cili betul betul garing dan hilang bau cili. Kemudian masukkan sardine bersama sosnya sekali dan hancurkan. Saya buat tak hancur sangat, suka terasa sardine masa gigit tu. Masak sambal hingga kering. Masukkan garam secukup rasa dan jus lemon/limau. Kacau rata hingga kering dan bolehlah diangkat. Sejukkan betul betul dulu inti sebelum dimasukkan kedalam doh karipap.




BAHAN DOH A :
1 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
2 sudu besar Veg Shortening
2 sudu besar Margerin


BAHAN DOH B :
2 cawan Tepung Gandum
1/4 cawan Minyak Jagung
1 sudu kecil Garam atau secukup rasa
1 1/2 cawan Air ~~ Anggaran




CARA MEMBUATNYA :

Satukan semua bahan untuk doh A. Gaul hingga sebati dan boleh dikepal atau dibulatkan. Kemudian dibahagikan kepada 4 bahagian dan dibentukkan menjadi bulat. Ketepikan.

Untuk doh B, panaskan minyak dan tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung. Buat satu kawasan lekuk di tengah tepung tu untuk menuangkan minyak panas. Gaul rata dengan senduk atau sudu dulu (awas minyak PANAS) sehingga menjadi seperti serbuk roti. Bancuhkan garam bersama air dan tuangkan ke dalam tepung dan minyak tadi sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tidak melekat di tangan. Kemudian doh itu dibahagikan kepada 4 bahagian yang dibulatkan juga.

Gelekkan 1 bahagian doh B yang telah kita bahagikan tadi dan dan masukkan pula 1 bahagian dari doh A pula. Bungkuskan menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh doh seterusnya. Rujuk gambar untuk gambaran yang lebih jelas.




Doh yang telah dibungkus dan disatukan tadi, digelek agak sederhana, tak tebal sangat dan tak nipis sangat. Kemudian digulung dan digelekkan lagi sekali di atasnya. Sama juga macam tadi, sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya. Selepas proses ini direhatkan sebentar dalam 10-15 minit gulungan gulungan doh supaya dia agak mesra dan lembut. Boleh juga rujuk gambar untuk gambaran yang lebih jelas.

Selepas itu, ambil gulungan doh tadi dan dipotong kepada 6 bahagian. Gelekkan jangan terlalu nipis dan tidak terlalu tebal yer.. Kalau nipis sangat, takut pecah dan agak payah untuk dikendalikan dan jika tebal sangat pun tak sedap rasanya nanti. Yang sedang sedang saja~~ Isikan inti secukupnya, juga jangan penuh sangat takut pecah lapisan tu nanti. Manja betul lah karipan ni kann.. Seb baek sedap. Anggaran yang boleh dihasilkan untuk satu adunan ini adalah dalam 24 biji karipap. Banyak gak untuk kami tiga beranak.




Panaskan minyak untuk menggoreng. Pesanan dari Mak saya Karipap Pusing kena goreng dengan minyak yang betul betul panas. Api tak boleh kecil sangat tapi janganlah besar sangat pulak yer.. Kalau api kecil, minyak akan menyerap masuk ke celah celah lapisan tu dan ini akan menyebabkan karipap tu cepat pecah ketika menggoreng. Penyudahnya kang tinggal rangka jer karipap kita, isi semua dah terburai keluar.. hehee.. Kena goreng dengan api kuat jugaklah dan kena pantas balikkannya. Lagi satu jika goreng dengan api yang kuat karipap pusing ni akan kurang serap minyak. Taklah berminyak sangat masa nak makan nanti. Goreng hingga berwarna keperangan. Toskan perlahan minyak di tepi kuali sebelum diangkat keluar. Letakkan dulu ke dalam bekas yang berisi kertas serap minyak atau tisu dapur. Bolehlah dihidangkan. Pekena dengan ayaq Teh ka Kopi hangat kaa.. pergghh.. Terbaekkk.. ;P




~~ SELAMAT MENCUBA ~~