Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. :)
Petang semalam kat tempat saya hujan ngan ribut Subhanallah.. Punyalah menakutkan tapi masa tu saya takder kat umah. Saya kuar gi amik anak sekolah dan terus menyinggah ke kedai bahan bakery. Kat area tu elok pulak tak turun hujan lagi. Setibanya berhampiran kawasan rumah saya, nengok banyak air melimpah limpah atas jalan macam nak banjir pun yer. Dengan dahan dahan pokok patah bertaburan atas jalan. Wahh.. saya cakap ngan Farrah dalam keta tu, "Lebat betul ker ujan kat sini tadi? Mesti kuat betul ributnya". Nasib baiklah masa tu saya takder kat atas jalanraya. Kalau tak cemas gak rasanya. Bila sampai umah saya nengok pokok pisang kat belakang umah saya tumbang. Habis pisang setandan, apakan daya takder rezeki tapi saya dapatlah merasa jantungnya. Bolehlah dibuat sayur lemak ker ulamkan ngan sambai belacan ker kann..
Pada N3 kali ni saya sebenarnya nak berkongsi beberapa petua dan tips untuk memasak KARI IKAN yang sangat sedap. Kari daging atau ayam pulak nanti besok besoklah. Duhh.. risau gak ni kalau cuma sedap bagi tekak saya pulak ni. Cubalah dulu yer kengkawan, tapi ni memang petua turun temurun lagi dari kami yang dilahirkan di Tanah PULAU PINANG. Nak kata Mamee Tanjung tu hidung tak berapa nak mancung laa pulak kan.. hehee.. Saya memang follow dari dulu lagi sampai hubby dan anak saya memang tak sukalah makan yang lain dari cara ini. Dorang siap boleh hirup lagi kuahnya tu.
Saya mulakan dengan MENUMIS. Pastikan minyak betul betul panas sebelum mula menumis. Tumis semua bawang yang dihiris dan halia yang dimayang halus hingga layu kejap. Kemudian baru masukkan halba campur juga daun kari hingga dan teruskan menumis sehingga betul betul garing dan bewarna keperangan gitu. Kalau tak, tak berapa berasa kalau sekadar layu jer bahan tumisan tu terutamanya bawang dan halia. Halba campur tu cuma gunakan Biji Sawi, Halba dan Jintan Putih/Halus. Jangan guna Jintan Manis yang kasar tu, lain rasanya. Tu sebab saya jarang beli yang dah siap campo, tak berapa sukalah. Ada bahan yang cam kuat sangat baunya dan macam tengik pon ada. Untuk sukatannya, cuma ambil ketiga tiga jenis tu tadi dengan sukatan yang sama rata jadikan 1 sudu besar sudah memadai. Kalau banyak sangat takut perut tak tahan.
Salah satu bahan utamanya yang amat penting dan juga mungkin ramai yang belum pernah dengar ialah BERAS yang diSANGAI atau digoreng tanpa minyak hingga keperangan. Beras ni kemudiannya ditumbuk atau dikisar halus. Memang kompom lain sedapnya kuah kari tu bila atau digoreng bubuh beras tumbuk ni. Selain itu ia juga boleh memotong hanyir ikan dan juga dapat mengurangkan penggunaan santan. Bila dah buh beras tumbuk ni, kuah tu akan memekat sikit, jadi santan tak perlu buh banyak lagi. MASA bila nak bubuh tu? haaa.. Selepas rempah kari yang kita tumis tu betul betul garing dan hilang bau, kita masukkanlah dan kacau rata cepat cepat sebelum dimasukkan air atau santan atau ditabur pada permukaan kuah selepas ikan masak dan kacau rata. Pilih lah mana yang rasa mudah.
API semasa MENUMIS REMPAH tu pulak pastikan jangan kuat sangat. Kecik jer pon takper. Dikacau selalu, JANGAN TINGGAL sebab rempah mudah hangit dan melekat pada periuk masa ni. Kalau api besar juga, rempah tu akan masak mengejut. Kalau makan kuah dia akan rasa cam minyak urat dan jika hangit kuah tu pulak akan rasa pahit. Bab ni agak penting jugak nak diberi perhatian.
REMPAH KARI yang akan dibancuh menjadi PES tu pulak, dicampurkan dengan sedikit santan cair dan garam. Bila ditumis pun nanti cantek dan elok jer jadinya. Rempah tu juga pastikan yang baru dan segar. Jangan guna rempah yang dah dibuka dan terbiar lama kat luar walaupun belum tamat tempohnya. Cara terbaek untuk mengekalkan kesegarannya simpanlah dalam peti sejuk. Garam yang dibubuh tu juga dapat membantu supaya rempah tu tidak mudah hangit. Jika nak masukkan sedikit bawang yang dikisar dalam pes rempah ni pon boleh jugak.
ASAM JAWA kita ramas sekali dengan SANTAN sesiap sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Kalau masak ikan yang agak kuat hanyirnya seperti IKAN SEMBILANG boleh lebihkanlah sedikit asamnya. Okay, bila santan dah betul betul baek punyer menggelegak baru masukkan ikan. Kalau tak, nanti ikan kita akan mudah hancur dan kuah jadi hanyir. Api pun boleh dikuatkan sedikit, kalau api kecik sangat air ikan tu akan keluar dengan perlahan dan kuah tu akan rasa kuat hanyir ikan. Mau kembang tekak kalau makan nanti. Bila ikan dah masak, kita kecilkan api supaya gulai kita nampak cantek jer terbit minyak dan menyelerakan. Tak perlu lelama sangat, kejap jer dalam 5 minit camtu. Kalau lama sangat kang hancur pulak ikan kita.
Lagi satu bahan penting untuk menyedapkan Kari Ikan saya, mesti ada CILI HIJAU. Just PATAH PATAHKAN 2 atau 3 dan masukkan dalam kuah selepas masuk ikan tadi. JANGAN dipotong dengan pisau, lain nikmat aromanya tu. Patah patahkan jer, meletup letup bunyiknya pun nanti. hehee..
SAYURNYA pula kalau guna KACANG BENDI, jika nak kelihatan segar dicelur jer dalam air yang dicampo sedikit minyak dan garam. Jangan sampai lodoh sangat. Bila nak makan baru letak sekali dalam mangkuk hidangan. Tapi ini terpulanglah, kalau taknak buat camni pon boleh jer masukkan dalam kuah sebelum dimatikan api. Jika guna TERUNG saya lebih suka goreng dulu terung tu sehingga layu dan dimasukkan dalam kuah.
IKAN yang ingin dimasak juga sebaiknya yang SEGAR baru sedap dan terasa lagi manis ikan. Ini jerlah yang saya teringat yang dapat saya kongsikan dengan kengkawan. Jika ada apa apa yang saya teringat lagi nanti saya update. Maklumlah, dah tetua ni kengkadang ada jer terlupa. Bunyi cam rumit ker Kari Ikan ni? Tak kann.. Sempoi jerr.. Cuma saya punya penerangan yang berjela kot. Resepinya sebenarnya saya dah pernah masukkan tapi takperlah, saya kopipes sekali lagi kat sini yer.
BAHAN BAHAN :
1 kg Ikan ~~ Apa apa yang suka
50gm Rempah Kari Ikan Babas
3 sudu besar Cili Mesin
1 biji Bawang Besar
5-6 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia (dimayang halus)
3 batang Cili Hijau
100ml Santan
1 sudu besar Halba Campur
1 sudu besar Beras sangai ~~ ditumbuk halus
Sedikit Daun Kari
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Segenggam Asam Jawa
Air Secukupnya
Mula mula saya cadangkan, goreng dulu beras secara sangai atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan dan ditumbuk halus. Cuci bersih kepala ikan tersebut dan boleh juga dipotong mengikut pilihan memasing. Sebaik baiknya ia dicuci dengan cara direndam dulu dengan air perahan asam jawa, garam dan air beras ataupun boleh dimasukkan sedikit beras yang ditumbuk tadi. Ini boleh memotong hanyir ikan. Selepas seketika, bilas bersih dan toskan.
Sediakan periuk yang bersesuaian, panaskan minyak dan tumis dulu halia yang dimayang halus, bawang merah, bawang besar, bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus juga. Kemudian masukkan halba campur dan daun kari. Tumis hingga bawang menjadi keperangan, baru dimasukkan rempah kari yang dibancuh dengan dan cili mesin menjadi pes. Masak rempah tu hingga garing dan naik bau. Api kena kecik jer, bagi dia garing pelan pelan sampai bebetul garing. Kalau tidak nanti tak sedap.. macam rasa minyak urat nanti kari kita. Boleh juga masukkan sedikit garam dulu untuk menggaringkan rempah tu dengan baik.
Kemudian masukkan pula air asam jawa yang mencukupi mengikut citarasa masing masing. Selepas itu, masukkan pula santan dan air secukupnya. Nak lagi kick, ramas asam jawa bersama santan tu sekali. Bila sudah menggelegak bolehlah dimasukkan kepala ikan dan garam secukup rasa. Patah patahkan cili hijau, masukkan ke dalam gulai tu. Bila kepala ikan tu dah masak, taburkan beras sangai dan kacau rata. Kecilkan api masak seketika bagi terbit minyak supaya nampak menarek gulai kita nanti. Akhir sekali, baru masukkan kacang bendi dan buah tomato. Sebelum matikan api, rasa dulu.. kalau dah cukup semua rasa siaplah sudah. Cubalah kengkawan.. Insyaallah pasni tak heran dengan Kari Ikan kedai mamak dahh.. hehee.. Apa pun, Selamat Mencuba yer.. :)



