Thursday, 29 November 2012

NASI LEMAK PANDAN BERHALBA BUNGKUS DAUN PISANG.. GHAU GHAUU BAU DIA..



Wahhh.. Panjangnya tajuk.. Amekkoww.. hehee.. ASSALAMUALAIKUM.. Watper tu?? Cuaca Mendung jer sekarang kann.. Best jer sesejuk ni layan mata. Perot pun tak benti benti keroncong. Bila duduk duduk aritu tetiba saya teringat sangat nak makan Nasi Lemak yang dibungkus ngan daun pisang. Cam terbau bau harumnya tu. Lama betul saya tak jumpa yang bebetul sedap macam yang Mak saya buat meniaga dulu.

Nostalgia betul Nasi Lemak ni, saya membesar dengannya. Perjalanan hidup sebagai seorang anak pegawai polis berjawatan rendah dulu tidaklah mudah. Berapa jer gaji Abah dulu untuk melengkapi kehidupan kami seharian. Tak macam tanggagaji pegawai sekarang yang jauh lebih tinggi. Untuk menampung pendapatan keluarga Mak terpaksa menjual kuih muih dan nasik lemak. Ingat lagi, dulu balik sekolah kena lap daun pisang dan gunting sesiap tuk memudahkan Mak membungkus nasi lemak seawal jam 4 pagi esoknya. Zaman kanak kanak saya tak semudah kanak kanak sekarang tapi apa pun saya amat bersyukur dan itu semua adalah kenangan yang sangat manis buat saya hari ini.




Siap bab daun pisang, gunting cili dan siapkan sambal tumisnya pulak. Bila saya kenangkan balik macam tak percaya pun ada. Satu kuali besar tu saya buat sambal tumis ikan bilis untuk jualan 2 hari. Cer suruh dak Farrah tu buat arini, memang haruslah kann.. Masa itu kengkadang hati ni merungut jugak, orang lain seumur saya boleh gi main beskal ngan kengkawan pepetang tapi saya hanya di corok dapo. Kisah benar ni taww.. Menyanyat betul tapi itulah hikmahnya mungkin cukup besar buat saya hari ini.

Buat melepaskan rindu saya pada nasi lemak bungkus daun pisang Mak tu saya buatlah jugak sikit takat makan tiga beranak tapi kalini saya tengah kemaruk daun pandan kot.. hehehh.. Abih semua berdaun pandan dari CREPE PANDAN DURIAN, BENGKANG PANDAN sampailah ker NASI LEMAK PANDAN BERHALBA ni pulak. Takperlah, musim ujan ni daun pandan akak menjadilah pulak. Saya sharelah recipenya kat sini yer..




BAHAN BAHAN :

3 pot rice cooker Beras Basmathi
200 ml Santan Kotak ~~ Ayam brand
5 helai Daun Pandan dikisar dgn 2 cwn air
2 helai Daun Pandan ~~ disiat n disimpul
2 sudu kecil Garam atau secukup rasa
2 ulas Bawang Putih ~~ hiris nipis *
3 ulas Bawang Merah ~~ hiris nipis *
1/2 biji Bawang Besar ~~ dihiris nipis *
1 inci Halia ~~ dimayang halus *
1 sudu kecil Halba
Sedikit Minyak Jagung untuk Menumis
Sedikit Pewarna Hijau ~~ jika suka




Beras tu dibasuh dan ditoskan. Daun Pandan tadi dikisar kasar jer dan perah ambil airnya. Panaskan kuali dan tumis semua bahan bertanda (*) hingga layu. Ini untuk menaikkan bau wangi dalam nasi lemak kita nanti dan juga nasi akan lebih cantek. Tak perlu banyak minyak tu, sekadar dapat melayukan tumisan sudah mencukupi. Kemudian satukan semua bahan di dalam rice cooker dan masak sehingga masak. Saya tak rendam berasmathi tu yer sebab bila masak dalam rice cooker beras tu akan terendam juga pada awalnya. Takut terlebih rendam nanti dia mudah hancur pulak. Sesekali dikacau supaya semua bahan tu sekata. Paling sesuai dimakan bersama Sambal Tumis. Tak kiralah apa jenis sambal pun. Kalini saya buat Sambal Cumiq atas permintaan hubby. 




Pernah dengar tak Sotong Cumiq ni? Biasa kat Langkawi atau kawasan yang berhampiran dengan laut ada. Saya beli kat kampung hubby. Dia anak sotong yang dikeringkan. Sedapp.. layan jer kunyahnya sampai susah nak benti selalu tu. Sebelum masak kena rendam dulu dengan air biasa sampai kembang dan lembut. Tak lama sangatlah rendamnya. Buh air lebih sikit supaya jika ada pasir akan mendak ke bawah. Bila basuh tu, angkat sotong tu perlahan lahan dan alihkan ke bekas lain dan buang air rendaman tadi yang mungkin berpasir tu. Jangan digaul balik dengan air rendaman tu takut pasir tu akan ikut naik balik. Pastu baru bilas sotong tadi. Biasanya saya ulang rendam ni 2-3 kali dan bilas. Insyaallah takkan ada masalah berpasir.




Bila dah bersih sotong tu bolehlah kita buat sambal tumis. Rasanya semua tau kan nak buat sambal tumis. Cuma satu pesan saya untuk mendapat sambal tumis yang sedap, pastikan bawang tumbuk atau kisar yang ditumis tu ditumis sampai keperangan baru masuk cili mesin pulak. Masa tumis cili tu masukkan sedikit garam supaya dia garing cantek. Api kena kecik jer dan biar dia garing perlahan lahan. Dikacau selalu, jangan sampai cili tu hangit. Kalau cili tu tak masak betul atau hangit itulah kegagalan besar dalam membuat Sambal. Pastu masukkan air asam jawa, sotong dan bawang hiris. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Bawang tumbuk atau kisar tu tadi pun sangat penting. Kalau tak, tak sedap rasa sambal tu dan jangan bubuh banyak sangat bawang putih. Saya biasa buh seulas kecik jer. 


Buah Rambutanku yang membuahkan hasilnya tahun ini.. Alhamdulillah..


Sebagai pelengkap saya buh togeder geder dalam bungkusan daun pisang tu ikan bilis goreng, telur rebus yang dibelah 4 dan hirisan timun. Apa yang ada dalam dapo tu jerlah, janji hilang kempunan saya tu. Bila nak makan, bukak jer daun pisang ituuu, Wallahwehhhh.. tak dapat nak kugambarkan keharumannya.. Puas rasa tekak sampai ke hati ni.. hehee.. Kalau nak gi piknik cuti cuti ni buat camni pun best kann.. Senang takyah basuh pinggan. Sesuailah sangat sangat.


Perghhh.. Bau dia laa bila bukak bungkusan daun pisang ni kan.. Tak yah cerita lagi lah.. ;P


Okaylah.. Buat makluman semua, mungkin ini adalah N3 terakhir saya buat bulan dan juga tahun ini.. Mungkin yer.. Saya nak berehat seketika sambil menguruskan segala yang lebih penting dan perlu diutamakan dalam hidup saya. Insyaallah ada rezeki, ada masa saya tampil lagi dan berkongsi lagi buat teman teman yang saya kasihi. Mohon doakan agar dipermudahkan segala urusan saya dan jua maafkan sekiranya ada salah dan silap yang pernah saya lakukan walaupun tanpa sedar di laman ini. Apapun segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari saya, hambanya yang serba kekurangan. Jumpa lagi.. Kalau tak berkesempatan bertemu di sini lagi bagi tahun ini, saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 juga buat semua.. Luv uol.. Muahhh.. :)





Monday, 26 November 2012

TORTILLA AYAM PANGGANG



ASSALAMUALAIKUMMMM.. SELAMAT BERCUTI JUGA PADA YANG BERCUTI.. :)

"Ibuuuu!!.. Girl dah Gemokk".. Tetiba gitulah beh kurang bunyiknya dak Farrah mengaruq pada satu pagi sejurus turun dari mesin timbang. Mana tak gemok asyik makan jer. Kejap kejap ada jer yang digodeknya melayan perot dia yang tak benti benti lapar. Ibu dia yang asyik tumpang semangkok dua ni pon dah rasa kembang setaman dah ni. Adoyyaiii.. Kalau nak naik tu kemain cepat, pantang terlebeh sikit jer makan. Nak turunkan balik punyalaa seksa. Farrah pun dah risau sangat takut jadi cam ibu dia kot.. hehee.. Tu yang dia decided takmor makan nasi aritu. Terpaksalah fikirkan option lain. hmmm..




Seawal pagi Farrah dah kuarkan ayam. Roti Tortilla memang dah ada kat dapo tu. "Apa kata kita Grill jer ayam ni pastu makan ngan Tortilla ngan Salad".. kata nakdaro den tu. Bagus gak tu, idea yang menarik. Dia pun teruskanlah operasi membersih, memerap dan memanggang ayam tu. Saja saya biarkan dia buat, bila lagi nak belajar ke dapo kalau tak masa cuti sekolah ni. Bukannya susah sangat pun, lumur lumur ngan bahan bahan tu jap pastu sumbat jer masuk oven. Ibu dia hanya bagi verbal instruction jerlah.. Alhamdulillah bolehlah diharap dahh.. Kalau nak tau apa yang dilumur dek Farrah, jom nengok recipenya. Just guna apa yang ada kat dapo jer..




BAHAN BAHAN :

1 Ekor Ayam 
5 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Lada Itam
1 susu besar Oregano
1 sudu besar Rosemary 
3 sudu besar Minyak Zaitun
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Honey
1 biji Lemon ~~ ambil jusnya
Garam Secukupnya




Bersihkan ayam yang dikerat kepada 4 bahagian dan toskan. Tumbuk kasar lada hitam dan bawang putih. Gaul rata semua bahan dan lumurkan pada ayam. Tutupkan dengan Cling wrap atau masukkan dalam bekas bertutup dan perapkan sebentar dalam setengah jam dalam fridge.




Panaskan oven selama 10 minit. Keluarkan Ayam yang diperap tadi dan bakar selama lebih kurang sejam pada suhu 170C atau mengikut kapasiti oven memasing. Guna api atas bawah dan Sejukkan sebentar setelah masak.




Bila nak makan, potong isi ayam kecil kecil. Kemudian gaulkan dengan Salad dan Mayonis. Kemudian gulung dalam Tortilla dan sedia untuk dimakan. Tortilla tu saya beli jer kat pasaraya. Panaskan dulu sebentar di atas pan sebelum digulung. Senang kann.. Kalau selalu makan camni pun bagus gak kann.. Bolehlah ibu dia ni tumpang slim sekali ker.. hehehh.. Boleh ker?? Apa apa pon, Selamat Mencuba yer.. (",)






Saturday, 24 November 2012

HAPPY BIRTHDAY CHENTA HATIKU..



ASSALAMUALAIKUM & SALAM CERIA SEMUA.. :)

24th NOVEMBER datang lagi.. Happy Birthday My Sayang.. Chenta Hatiku. Semoga dilindungi, dirahmati dan diberkati Allah sentiasa. Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga dan juga tak terucap dengan kata kata atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan pada kami selama ini. Hmm.. Ayat ayat jiwang karat ker ni? hehehh.. Tapi inilah yang seikhlas ikhlasnya from the bottom of my heart. Apa pon, sila abaikan tulisan yang hodoh atas black board itu. Maklumlah dah lama tak menulis.




Pada suatu pagi, kala ujan renyai renyai.. (;
Farrah :  Ibu, Esok Birthday Ayah
Me : Esok berapa haribulan?
Farrah : 24 laa ibu"..
Me : Hahh.. Yeker?? Apa kita nak buat ni??
Me & Farrah : Diam seribu bahasa..

Tak taulah saya ni isteri mithali ker yang disesali.. hehehh.. Nak wat camner darling, ginilah bila usia makin remaja ni kann.. Seb baek ada anak yang mengingatkan. Selalunya birthday dia saya akan buat juga pulut kuning walau sedikit tapi tahun ni tah macam mana boleh terlupa. Nak buat cake pun banyak bahan dah tak berapa ada. Malas pun yer jugak dengan keadaan rumah yang tunggang terbalik dengan hal nak pindah ni, takut ilham nak mendeco cake pun jadi tunggang terbalik jugak.




Penyudahnya pikir punya pikir dengan bahan yang ada dalam umah ni jer saya plan nak buat STRAWBERRY CUSTARD PIE. Sedap gak tu, dia pun suka makan dan saya pun memang teragak jugak nak makan. Lama betul dah tak mengePIE ni. Strawberry tu aritu saya beli ingat nak buat Strawberry Crepe tapi udah udahlah kot mengerepe ni kann.. Kasi tukar yang lainlah pulak.. hehee.. Kalau kengkawan perasan dulu saya dah pernah masukkan N3 STRAWBERRY GLAZE PIE ini tapi dalam bahasa omputihlah sebab saya kopipes dari Pakcik Google jer. Kalini saya share recipe dalam bahasa malaysia pula yang mana telah diadjust sikit sikit mengikut citarasa saya. Original recipe tu manis melekat, tak larat nak makan. Orait.. Jom checkidauddd my latest STRAWBERRY GLAZE PIE recipe ni..




~~ PIE CRUST ~~

Bahan Bahan :
1 1/4 cawan Tepong Gandum
125 gm Unsalted Butter (sejuk dr fridge)
1/4 cawan Gula Icing
1/4 sudu kecil Garam halus

Gaul semua bahan di atas hingga sebati dan mesra. Masukkan ke dalam acuan pie yang removable berukuran 20cm dan ratakan mengikut bentuk acuan tu. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 15-20 min. Apabila dikeluarkan dari peti sejuk, cucuk cucukkan sedikit permukaan pie tu dengan garpu dan bakar selama 25-30 min pada suhu 170 deg Celcius. Tapi ni bergantung jugak pada oven memasing yer.. Kena checkidauudd selalu. Agak agak dah bertukar ke warna kuning keemasan tu kira masaklaa dah tu. Lagi satu, kalau masa masak tu nampak pie tu cam naik kat tengah dia tu tekan tekan sikit dengan senduk kayu. Kalau ada bahan pemberat yang bersesuaian juga kita boleh letak di tengahnya ketika memasak. Apa yang saya buat, bila nampak naik saya bukak oven kejap dan tekan tekan jer permukaan pie tu perlahan ngan senduk kayu.




~~ CUSTARD ~~

Bahan Bahan :
2 biji Kuning telor
2 sudu besar Gula
3 sudu besar Tepung Jagung
1 cawan Susu Sejat
1 susu kecil Vanilla Essence
1 sudu besar Butter

Mula mula pukul dulu 2 biji merah telor bersama 1 sudu besar gula hingga agak kembang. Kemudian masukkan 3 sudu besar tepung jagung sedikit sedikit dan pukul hingga sebati. Masak dengan kaedah double boiler 1 cawan susu (saya guna susu ideal) dgn 1 sudu besar gula. Kalau suka manis, bolehlaa tambah lagi 1 sudu besar gula, saya tak suka memanis sangat. Suka yang sedang sedang ajer. Bila susu dah hampir mendidih, masukkan bahan telur kuning tadi dan kacau cepat cepat dgn api perlahan. Bila dah agak pekat, masukkan 1 sudu besar butter dan kacau rata. Matikan api dan tuang ke atas permukaan Pie tadi, ratakan dan sejukkan sebentar custard.




~~ STRAWBERRY GLAZE ~~

3 cawan Buah Strawberry
1/2 cawan Gula Pasir
3 sudu besar Tepung Jagung
1/2 cawan Air

Cincang halus atau lenyek buah Strawberry hingga cukup satu cawan. Dalam mangkuk kecil, bancuh sesiap tepung jagung bersama air dan ketepikan. Masak dulu buah yang dicincang itu bersama gula dengan api perlahan dan dikacau sentiasa sehingga gula larut dan buah tu hancur. Kalau suka manis, boleh ditambah sukatan gula mengikut citarasa sendiri. Rasalah masa memasak tu. Saya ni tak suka manis sangat. Selepas itu masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Kecilkan api, biarkan masak perlahan hingga pekat dan tuangkan sebahagian dulu ke atas pie yang bercustard tadi dan ratakan. Susunkan lebihan buah Strawberry tadi yang dibelah 2. Akhir sekali tuang dan ratakan atas permukaan buah strawberry baki glaze tadi. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Sedap dihidangkan ketika sejuk atau Omputih cakap 'Serve Chilled' :P




Selamat Mencuba yer.. Memang berbaloi baloi. Mudah jer dan sangat sedappp.. Tekak saya laa.. Suka sangat bila makan tu ada rasa lemak lemak masin, manis dan masam tu bersatu.. Yummeyy.. Akhir sekali, doakan saya buat Suami terchinta, semoga diberi kesihatan yang baik dan terus menyayangi kami seadanya. Dia sangat suka nengok pic kalini, nak tau kenapa? Sebab.. Saya selitkan botol Coke yang menjadi salah satu koleksi peberetnya. Ada banyak dalam simpanannya tapi yang yang ni jer tercapai dek tangan ni masa nak snap tadi, mana yang berkejor hari dah nak gelap walau masih awal kerana hujan sepanjang hari. Alhamdulillah.. Setakat ini sajalah yang dapat ku abadikan di hari lahirmu Sayangg..