Tuesday, 8 May 2012

Kari Kepala IKAN JENAHAK & TEMPE Goreng


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera   :)


Pertama tamanya di sini saya ingin mengucapkan Salam Takziah pada teman rapat saya Zai Hashim sekeluarga  kerana pada hari ini ibunda tercintanya telah kembali ke Rahmatullah. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan Para Syuhada. Al Fatihah..




Kami dua dua beranak puasa arini. Selepas melawat jenazah, amik anak baru bekejar balik untuk masak juadah berbuka kami. Sudah agak lewat juga tadi. Makanya yang ni jerlaa yang sempat saya siapkan dengan bantuan anak saya, Kari Kepala ikan Jenahak dan Tempe Goreng. Alhamdulillah.. cukup syukur atas rezekimu pada kami Ya allah. Paling chomeyy arini picture saya snap semua dari atas dapo dalam kuali jer.. hehee.. tak sempat dah nak posing lelawa. Siap jer ni tadi, dah dekat nak azan maghrib. Dah ketaq lapaq pong.. kuali pon kuali laa yer.. :)




Resepi Kari Kepala Ikan ni saya pernah juga berkongsi sebelum ni, cuma kelainannya pada kali ni saya cuba tambah sedikit Rempah Soto Tok Mak. Masa saya bukak rempah tu untuk digaulkan bersama Tempe tu, baunya yang sungguh harum tetiba membuat saya teruja untuk cuba mencampurkannya bersama rempah kari ikan tu. Setelah merasa kari tu tadi masa berbuka tadi, mmm.. sedapnyerr.. Hubby balik kerja makan pun cakap sedap. Memang serbaguna betul laa Rempah Soto Tok Mak tu.. Macam macam saya dah buat. Kalau nak tahu resepinya, jomlaa kita ke dapo yer.. (:



BAHAN BAHAN :

1 Kepala Ikan Jenahak
50gm Rempah Kari Ikan Babas
1 sudu besar Rempah Soto Tok Mak
3 sudu besar Cili Mesin
1 biji Bawang Besar
5-6 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia (dimayang halus)
3 batang Cili Hijau
100ml Santan kotak (Ayam Brand)
1 liter Air
1 sudu besar Halba Campur
1 sudu besar Beras sangai 
Sedikit Daun Kari
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Segenggam Asam Jawa



Mula mula saya cadangkan, goreng dulu beras secara sangai atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan dan ditumbuk halus. Cuci bersih kepala ikan tersebut. Sebaik baiknya ia dicuci dgn cara direndam dulu dengan air perahan asam jawa, garam dan air beras ataupun boleh dimasukkan sedikit beras yang ditumbuk tadi. Selepas seketika, bilas bersih dan toskan. Kepala Ikan tu juga bolehlah dipotong mengikut citarasa memasing. Saya belah dua jer.




Sediakan periuk yang bersesuaian, panaskan minyak dan tumis dulu halia yang dimayang halus, bawang merah, bawang besar, bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus juga. Kemudian masukkan halba campur dan daun kari. Tumis hingga bawang menjadi keperangan, baru dimasukkan rempah kari yang dibancuh dgn rempah soto dan cili mesin menjadi pes. Masak rempah tu hingga garing dan naik bau. Api kena kecik jer, bagi dia garing pelan pelan sampai bebetul garing. Kalau tidak nanti tak sedap.. macam rasa minyak urat nanti kari kita. Boleh juga masukkan sedikit garam dulu untuk menggaringkan rempah tu dgn baik. Pastu bila rempah dah garing, masukkan beras sangai yang dah ditumbuk halus tu dan kacau rata sebentar.

Kemudian masukkan pula air asam jawa yang mencukupi mengikut citarasa masing masing. Selepas itu, masukkan pula santan dan air secukupnya. Nak lagi kick, ramas asam jawa bersama santan tu sekali. Bila sudah menggelegak bolehlah dimasukkan kepala ikan dan garam secukup rasa. Patah patahkan cili hijau, masukkan ke dalam gulai tu. Bila kepala ikan tu dah masak, kecilkan api masak seketika bagi terbit minyak supaya nampak menarek gulai kita nanti. Akhir sekali, baru masukkan kacang bendi dan buah tomato. Sebelum matikan api, rasa dulu.. kalau dah cukup semua rasa siaplah sudah. Cubalah kengkawan.. Insyaallah pasni tak heran dengan Kari Kepala Ikan kedai mamak dahh..




Owh yaa.. Untuk Tempe Goreng tu pulak saya gaulkan 1 sudu besar Rempah Soto Tok Mak tu juga dengan sedikit garam pada 2 packet tempe yang dalam plastik tu. Tempe tu kita bilas sedikit sekali lalu dengan air supaya dia lembab sedikit dan rempah tu boleh melekat. Kelar kelar laa sikit dan dipotong nipis supaya serap rasa rempah tu.  Sebaik baiknya diperap sebentar dalam setengah jam camtu, lagi in rasa rempah tu tapi tadi saya tak dan nak perap dah. Goreng jer terus sampai garing. Haa.. Sempoi jer kann..




~~ SELAMAT MENCUBA ~~


Monday, 7 May 2012

Apam BERAS


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  :)

Apa khabar? Nampak gayanya dah memalam cenggini jugaklaa saya dapat menonggok depan lappy ni nak menghapdet N3 ni. Dah bersusun dan panjang dah queue tu tunggu nak masuk, cuma masa jer yang sempat sempat lagi. Kali ni saya nak share pengalaman pertama saya membuat APAM BERAS yang sangat bersungguh sungguh taww.. Siap gi kait buah Kelapa tepi umah taww.. Pastu kukur sendiri lagi tuu.. haaa.. Jangan tak percaya.. Malaysia BOLEH!!.. :D




Tapi kali ni saya berjaya melatih anak saya mengukur kelapa untuk digaul pada apam tu. Farrah really did it!!.. Siap dia kukur 2 biji kepala yang sedang sedang tu. Memang saja saya nak bagi dia merasa pengalaman itu.. Mungkin hari ni dia tak tau nilainya lagi, tapi satu hari nanti dia akan merasa bahawa itu adalah satu pengalaman yang so sweeeettt.. percayalaa cakap Ibu ni. Mula dia merungut jugak, "Tak reti laa ibu.." kata dia.. Saya biakan ajer.. "Cuba dulu, memula Gurl kukur keliling dia dulu, perlahan lahan, lepas tu baru kukur sehala pulak dari atas ke bawah.." Saya cuba ajar dia.. :)




Alhamdulillah berhasil jugak.. boleh jugak diharap dah anak dara ibu ni.. I'm proud of you my Sweetheart.. Jadilaa.. bukannya besar mana pon buah kelapa pandan tu tapi bau dia memang wangi dan sedap untuk dibuat inti atau kuih. Kalau tak dikenalkan pada anak anak kita, pasti di masa akan datang mereka takkan kenal apa itu 'Kukur Kelapa' ni dan cara nak 'Mengukur' tu kann.. Sayang sangat sangat.. Lagi satu, kukur ni pon cukuplaa antik dah. Dari moyang saya lagi ni. Mak saya bila dah dapat mesin kelapa letrik, kukur tua ni terbiar berabuk gitu jer.. Saya amik bawak balik, basuh bersih bersih cantek pulak nampak. Sayang kalau terbuang kann.. Matanya pun masih kukuh dan tajam. 




Hmm.. Saya ni tak boleh mula membebel.. dah tak boleh benti pulak.. kayy lah, jom nengok resepi Apam Beras ni yang saya dapat dari teman alam maya saya Reen Khan. Maseh yer share recipe ni ngan saya. Memang bebetul festaim buat apam ni. Selalu tu kalau nak makan apam ni Mak yang buatkan ajer. Kali ni bila nengok Reen buat aritu, teringin pulak nak mencuba.. :)

BAHAN BAHAN : 
2 Cawan Nasi *
3 Cawan Air *
3 cawan Tepung Beras
1 cawan Tepung Gandum
1 1/2 cawan Gula
11 gm Yis kering
Kelapa Parut dengan sedikit garam




CARA PENYEDIAAN :

Blend nasi* dan air* sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus). Dlm bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras, gula dan yis kering.

Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 1 jam dalam bekas yang lebih besar kerana ia akan mengembang.

Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.

Hidangkan bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam atau enak dimakan begitu saja.




Senang jer kann.. Seronok pulak bila buat sendiri. Takder laa dok kejer memerap kat Mak jer.. hehee.. Memang layan tol buat minum petang.. Kenyangg sampai malam.. Apa apa pon, Selamat Mencuba yer..




Wednesday, 2 May 2012

MEE Goreng MAMAK


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera   :)


Alhamdulillahhhh.. Ujan dah turunnnn!!!.. Angkat Jemurannn.. hehee.. bestkan.. Sejuk sikit rasa bumi Allah ni. Dah berapa lama dah panas terik semacam. Syukur sangat sangat dan marilah kita berdoa.. Allahumma Soyyiban Na’fian "Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat (HR. Bukhari) Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab: “Dua doa yang tidak pernah ditolak adalah doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim, disahihkan oleh Adz-Dzahabi).. Ameen.




Ujan ujan ni pekena MEE GORENG MAMAK best wooo.. layan kann.. Sempoi jer kann.. Jadilaa untuk kami tiga beranak. Saya kalau buat mee goreng style mamak ni benda yg penting kena ada cili hijau dan kentang rebus. Barulaa ada kick.. Macam makan Mee Goreng Mamak kat Tanjung dulu. Jom kita pi dapoq nengok sat.. (:




BAHAN BAHAN :

500 gm Mee Kuning
250 gm Sotong (atau apa jer suka)
3 sudu besar Cili Mesin
5-6 ulas Bawang Merah (ditumbuk)
3 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 sudu besar Kicap Mee (Tamin)
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Sos Tomato

2-3 keping Tahu (digoreng)

1 biji Kentang (direbus)
1 biji Buah Tomato (dipotong)
2 batang Cili Hijau (dihiris)
3-4 biji Telur 

Minyak untuk menumis
Sedikit Air
Sayur ikut citarasa
Garam Secucup rasa
Sedikit Serbuk Lada Sulah



Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi hingga keperangan. Kemudian masukkan cili mesin, sedikit garam dan masak cili hingga garing dan hilang bau cili tu. Pastu bubuhlah kicap mee, Sos Tiram dan Sos Tomato. Masukkan sedikit air dan bagi dia mesra seketika. Kemudian masukkan sotong atau udang. 




Okayy.. bila sotong tu sudah masak pecahkan telur dan kacau agak separuh masak. Masukkan mee dan sayur sayuran. Kacau rata sebentar dan masukkan pula kentang rebus yang dihiris, tahu goreng, cili hijau dan buah tomato. Kacau rata, biarkan masak sebentar dan bolehlah dihidangkan. Taburkan dgn sedikit lada sula jika suka. Enak juga dimakan dengan perahan limau.  Kalau nak sedap lagi, taburkan dengan sedikit bawang goreng tapi yang sandiri bikin taww.. beli punyer, mana ada ummpphh. SELAMAT MENCUBA!..