Monday 7 May 2012

Apam BERAS


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  :)

Apa khabar? Nampak gayanya dah memalam cenggini jugaklaa saya dapat menonggok depan lappy ni nak menghapdet N3 ni. Dah bersusun dan panjang dah queue tu tunggu nak masuk, cuma masa jer yang sempat sempat lagi. Kali ni saya nak share pengalaman pertama saya membuat APAM BERAS yang sangat bersungguh sungguh taww.. Siap gi kait buah Kelapa tepi umah taww.. Pastu kukur sendiri lagi tuu.. haaa.. Jangan tak percaya.. Malaysia BOLEH!!.. :D




Tapi kali ni saya berjaya melatih anak saya mengukur kelapa untuk digaul pada apam tu. Farrah really did it!!.. Siap dia kukur 2 biji kepala yang sedang sedang tu. Memang saja saya nak bagi dia merasa pengalaman itu.. Mungkin hari ni dia tak tau nilainya lagi, tapi satu hari nanti dia akan merasa bahawa itu adalah satu pengalaman yang so sweeeettt.. percayalaa cakap Ibu ni. Mula dia merungut jugak, "Tak reti laa ibu.." kata dia.. Saya biakan ajer.. "Cuba dulu, memula Gurl kukur keliling dia dulu, perlahan lahan, lepas tu baru kukur sehala pulak dari atas ke bawah.." Saya cuba ajar dia.. :)




Alhamdulillah berhasil jugak.. boleh jugak diharap dah anak dara ibu ni.. I'm proud of you my Sweetheart.. Jadilaa.. bukannya besar mana pon buah kelapa pandan tu tapi bau dia memang wangi dan sedap untuk dibuat inti atau kuih. Kalau tak dikenalkan pada anak anak kita, pasti di masa akan datang mereka takkan kenal apa itu 'Kukur Kelapa' ni dan cara nak 'Mengukur' tu kann.. Sayang sangat sangat.. Lagi satu, kukur ni pon cukuplaa antik dah. Dari moyang saya lagi ni. Mak saya bila dah dapat mesin kelapa letrik, kukur tua ni terbiar berabuk gitu jer.. Saya amik bawak balik, basuh bersih bersih cantek pulak nampak. Sayang kalau terbuang kann.. Matanya pun masih kukuh dan tajam. 




Hmm.. Saya ni tak boleh mula membebel.. dah tak boleh benti pulak.. kayy lah, jom nengok resepi Apam Beras ni yang saya dapat dari teman alam maya saya Reen Khan. Maseh yer share recipe ni ngan saya. Memang bebetul festaim buat apam ni. Selalu tu kalau nak makan apam ni Mak yang buatkan ajer. Kali ni bila nengok Reen buat aritu, teringin pulak nak mencuba.. :)

BAHAN BAHAN : 
2 Cawan Nasi *
3 Cawan Air *
3 cawan Tepung Beras
1 cawan Tepung Gandum
1 1/2 cawan Gula
11 gm Yis kering
Kelapa Parut dengan sedikit garam




CARA PENYEDIAAN :

Blend nasi* dan air* sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus). Dlm bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras, gula dan yis kering.

Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 1 jam dalam bekas yang lebih besar kerana ia akan mengembang.

Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.

Hidangkan bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam atau enak dimakan begitu saja.




Senang jer kann.. Seronok pulak bila buat sendiri. Takder laa dok kejer memerap kat Mak jer.. hehee.. Memang layan tol buat minum petang.. Kenyangg sampai malam.. Apa apa pon, Selamat Mencuba yer..




8 comments:

Unknown said...

Betul2 antik pengukur tu Sheila. Bukan anak gadis je tak pandai mengukur, akak yg dah tua ni pun tak pernah mengukur kelapa. Pakai mesin pandai le...

Qasey Honey said...

alahai comeiii2 kuih apam tu...kaler pon mnarik...yg best tu...pengukur tu...antik! tu yg mahal tu...nk kena carik ni...arwah atok punya ntah ade lg ke x...hehehe...

Shiela said...

Zana : boleh cuba.. senang jer.. :)

Qaseh Honey : Cari dear.. Khazanah Warisan tu.. hehee..

rahel said...

Shiela,memang bagus buat kelapa parut tu..kukuran tu dapat kat mana?..hehe..sedapnya apam berasmu itu..gue suke..

Shiela said...

Rahel.. Dah turun temurun kukur tu.. Gue ambil dr rumah my mom.. :-)

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam k.Sheila
baguslah ank dara K.Sheila ni
mak sy kat kg pun masih guna kukur ni bila nak wat inti ataupun makan ngan apam ni he he
katanya lg sedap dari guna mesin tu, kukur arwah tok punya, turun temurun jg.
apam kegemaran mak sy he he skrg kalu beli 6 ketul kecik2 singgit, nak ambik resepi k.Sheila ye

Shiela said...

Wsalam mama sara nur.. :)
betul ckp mak tu, mmg utk inti atau mkn ngan apam ni mmg sedap lg kalau dikukur..

Micheal Jackson said...

We have the best and most trusted How To Finance A Car – A Complete Guide!
reviews and our trustworthy is guaranteed, we sell cancer drugs, research chemicals, pain tablets , cheap cancer medications and others at the most cheapest prices.