Friday, 20 January 2012

BLUEBERRY TIRAMISU

Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang barokah buat Semua :)

Pepagi lagi dah ujan arini kann.. Mendung dan sejuk betul rasanya. Tapi Alhamdulillah menjelang tengahari sang mentari dah mula memberi cahayanya sikit sikit. Dapatlah jugak saya snap picture BLUEBERRY TIRAMISU yang chomel ni.. wahh.. chomel ker?? Masuk lift tekan sendiri laa plak ni.. hehee.. ;D.




Actually, resepi Blueberry Tiramisu ni saya jumpa kat blog Sis Azlita Aziz. Dari detik itu saya amat berminat untuk mencuba. Antara yang menarik minat saya, ianya nampak mudah, menarek dan bila dah dicuba sedap jugak. Terima kasih Sis sudi berkongsi resepi ni. Moga diberkati Allah sentiasa. Saya share resepi tu kat sini pula yer untuk rujukan saya akan datang dan juga untuk kengkawan saya yang ingin mencuba.




BAHAN UNTUK SYRUP :
(dapat 4 glass spt di atas)
150 gm Blueberry filling
80ml air suam
2 sudu besar Gula Icing (optional klu nak manis sikit)
sedikit parutan kulit lemon (optional)
 ** Saya guna blueberry filling terus, mmg suka masam




BAHAN CREAM :
250g cream cheese
250 gm whipping cream
50g gula icing (diayak)




BAHAN LAIN :
1 Packet Biskut Tiramisu (Savoiardi)
Buah Cherry (Optional)
Coklat Parut

Mula mula sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing dan pukul seketika. Dalam bekas berasingan, pukul whipping cream hingga pekat dan agak kembang. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi. Kacau dengan spatula hingga rata.

Cara untuk melapis : Mula mula letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jika ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Setelah siap masukkan ke dalam peti sejuk. Sedap dihidangkan ketika sejuk atau Omputih cakap 'Serve Chilled' :P




NOTE :
Jika nak lebih terasa masam, boleh celupkan biskut ke dalam jus oren sebelum disusun ke dalam bekas. Saya celup gak.. mmg peberet memasam ni.. :)
Boleh juga gantikan Cream Cheese tu dgn Mascarpone Cheese.
Resepi asal pada bahan cream tu guna 125 gm whipped cream dan 125 gm whipping cream. Saya guna 250 gm whipping cream jer terus pasal tu yg ada kt dlm fridge.. tu pon dah sedap.. ;P


~~ SELAMAT MENCUBA ~~



6 comments:

Kak Sam said...

Petang semalam memang duk study pasal tiramisu kat umah kak ita tu. Konon2 nak buat malam tadi tapi rasa malas sangat. Sudahnya lepak2 depan tv je

Shiela said...

takper Kak Sam.. nanti bebila boleh cuba.. senang n cepat jer.. sedap pulak tu.. :)

cik cek said...

Nak cuba buatlah nanti.....:)

Shiela said...

Selamat Mencuba cik cek :)

Ummi said...

Sheila, xleh tenung lama2 tau tiramisu th...boleh fengsaaaann akak...meh sini segelas... Adeeii bila la nak buat, hari nmpak dah Azlita buat nih...hehe

Shiela said...

hehee.. pilih jer gelas mana nak sis.. :)