Sunday, 5 August 2012

NASI ARAB Lagi..




Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu semua. Alhamdulillah dengan berkat dan izin Allah SWT kini kita sudah berada di pertengahan Ramadhan. Ramai juga kengkawan yang saya nampak sudah mula membuat persiapan untuk kedatangan Syawal yang semakin hampir. Saya ni apa pun belum buat, baju raya anak pun belum beli. Tak taulah kenapa, untuk yang ke sekelian kalinya raya tahun ini saya tak kesah langsung nak menempah baju raya macam tahun tahun yang sudah. Bukan apa, baju raya tahun lepas pun tak habis pakai lagi. Baju Farrah pun saya nak cari yang readymade jerlah takat sepasang dua. Jadilah.. Kalau tak nanti baju tu pun dipakainya sekali jer, pastu dok laa tergantung jer baju baju tu. Memang takder maknanya laa dia nak pakai baju kurung selalu.




Atas permintaan anak saya Farrah juga, semalam saya buat NASI ARAB lagi. Tak jemu jemu dia dengan Nasi Arab ni, pelek betul saya nengok. Dulu saya pun dah pernah buat versi daging ni, boleh nengok kat SINI. Cuma pada kalini saya ada olah sikit, saja nak mencuba cuba untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Alhamdullillah sedap jugak dan saya rasa amat berpuas hati atas percubaan kali ini. Kalau ada kengkawan yang berminat nak mencuba, jomlah nengok resepi dari saya yang tak berapa nak Arab ni.. hehehh..




BAHAN BAHAN :
6 pot(rice cooker) Basmathi
1 kg Daging
3 biji Bawang Besar
2 inci Halia
3 biji Buah Tomato yg masak
Minyak Sapi + Minyak Zaitun ~~ utk menumis
Sedikit Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis
Buah Pelaga dan Cengkih
2 sudu besar Rempah Sup 
Garam secukup rasa (lebeh kurang 3 sudu kecil)
2-3 helai daun pandan
Sedikit Lada hitam biji (jika suka) 
Sedikit Saffron
Sedikit Pewarna Kuning
Sedikit Daun Pudina




Rebus daging yang dipotong sebesar 3 jari dengan air yang banyak. Masukkan bawang besar, buah tomato dan halia yang telah diblend, serta rempah sup dan sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Masak hingga empuk.

Kemudian sediakan periuk untuk memasak nasi. Panaskan minyak sapi dan minyak zaitun. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Kemudian masukkan pula daging yg telah direbus tadi bersama daun pandan yang telah disiat dan disimpul. Goreng sebentar daging tu bagi agak garing sedikit. Perisakan dengan sedikit garam dan saffron, kacau rata dan bolehlah diangkat keluar. Kalau suka boleh juga bubuh sedikit lada hitam biji. Selepas itu, masukkan pula sedikit saffron (jika ada) dan air rebusan daging tadi dalam 8 pot rice cooker. Tapi ini bergantung pada jenis beras jugaklaa.. Beras tu kena rendam dulu selama 10 min, kemudian basuh dan toskan sebelum dimasak. Bubuh garam dan transfer ke rice cooker, biarkan sampai masak. Sesekali kacau perlahan supaya masak sekata. Jangan kacau kerap sangat bila dah kering, nanti dia hancur, tak cantik nasi kita. Bila dah masak betul, titik titikkan sedikit pewarna kuning ke atas nasi tadi untuk mencantekkan warna nasi tu. Jangan dikacau dulu, tutup balik periuk tu. Masukkan sedikit daun pudina untuk menaikkan aromanya. Hidangkan bersama daging tadi.




Untuk SOS dia, blend lebih kurang 3 biji buah tomato (buang bijinya) dgn sedikit cili padi/cili merah, daun pudina, daun ketumbar dan garam mengikut citarasa. Perahkan sedikit lemon (ikut selera laa, nak masam takat mana). Tambahkan juga sedikit minyak Zaitun dalam bahan yang diblend tu.

Untuk Salad pula, potong dadu timun (saya suka timun jepun), traffic light capsicum dan tomato (buang bijinya). Kalau suka boleh juga bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kemudian gaulkan bersama sedikit garam, minyak zaitun, daun pudina dan daun ketumbar yang dicincang halus hingga rata. 

Kalau suka, boleh juga buat yogurt.. Saya guna Natural Yoghurt yang digaul rata dengan sedikit daun pudina dan daun ketumbar yg dicincang halus. Perisakan dengan sedikit garam. Siap!!.. Senang kann.. Jika ada yang tak suka atau tak boleh makan daging, boleh juga mencuba versi Ayam seperti yang pernah saya buat suatu ketika dulu. Boleh juga rujuk ker N3 NASI MANDY AYAM ini jika berminat.




Saya juga menyediakan kuih Coqbadak semalam. Insyaallah pada next N3 saya kongsikan pula resepi Coqbadak saya tu yer. Selamat Berpuasa.. :)


8 comments:

Azie said...

As salam. Sebenarnya tak sanggup nak tengok blog Shiela. Bkn sebab masakan tapi sebab gambar gambarnya yg membuat jiwa saya kacau

Mieza said...

assalamualaikum shiela..salam kenal..mieza datang tengok nasi arab ni..mieza mmg suka nasi arab..terliur nengoknya..insyaAllah nak cuba :)

ibundo said...

salam shiela. Sedap sungguh ni. Sebelum puasa habis, mesti bundo nak cuba buat .. tq.

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Kak Shiela.. sha dah follow blogs akak.. memang sedap nasi Arab fav sha tu.. Insya~ALLAH nanti nak cuba... tq kak

Shiela said...

Azie : Wsalam dear.. gambar i ni biasa biasa jer.. main amik mana dan. naknak pulak bulan posa ni yg sentiasa kelam kabut jer.

Shiela said...

Mieza : Wsalam dan salam perkenalan juga.. terima kasih sudi singgah n follow.. :)

Shiela said...

ibundo : wsalam bundo.. cubalah, insyaallah sedap.. :)

Shiela said...

Shahriah : wsalam n thank you very much Sha.. klu peminat nasi arab, kena cuba ni Sha.. :)