Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah dapat juga saya menjalani ibadah puasa semalam walaupun ada sedikit gangguan kesihatan. Bukanlah serious sangat, cuma biasalah.. Saya ni memang pengidap Gastrik yang agak lama juga. Bila dia attack tu macam macam rasalah, cuma yang tahan sangat semalam tu sampai kebas jadi kepala saya. Nasib baiklah my princess ada, jadi bolehlah membantu dan meringankan beban saya. Sampai snap gambar gambar untuk N3 kali ni pun saya harapkan Farrah jer. Saya tak sempat nak kayuh dah tadi. Tenkiu my dear.. :)
Tekak ni tetiba teringin sangat nak makan Asam Pedas harini. Lama jugak saya tak masaknya. Bila teringat ada Ikan Parang dalam fridge tu, bolehlah di Asam Pedaskan. Sedap gak tu Ikan Parang wat masak Asam Pedas. Oleh kerana agak kurang sihat tadi, bahan untuk memasak ni tadi pun Farrah yang tolong sediakan juga. Sedap asam pedas arini, nak tau nape? Sebab, bumbu nyer tu ditumbuk halus oleh Farrah dengan lesung batu. Ibu dia ni pun selalu blend jer. Memang sedap betul rasanya dan tak perlu menumis lama sangat sebab tak guna air. Jika kita blend biasanya kena guna air. Kalau ada yang ingin mencuba boleh lihat resepinya kat SINI. Ada sedikit perbezaan pada kali ini, saya tambahkan 1/2 inci LENGKUAS yang dihiris ke dalam kuah itu. Bagi tekak saya dan keluarga memang lebih sedap Asam Pedas jika ada buh lengkuas. Cuma sebelum sebelum ni saya tak masukkan sebab tak ada stock lengkuas kat dapoq.
Bagi resepi ni saya menggunakan Rempah Homemade 'TOK MAK'. Jika ada yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Rempah ini yang sering saya guna dalam berbagai masakan saya bolehlah ke Page Tok Mak ini. Ia juga boleh dibeli secara online. Tetapi pada kengkawan yang tidak ada Rempah ini dalam simpanan boleh juga rujuk resepi KAT SINI dimana rempahnya saya blend sekali dengan bahan lain. Pada yang gemarkan Masakan Asam Pedas ni bolehlah mencuba. Insyaallah berbaloi baloi.. Abah saya cukup suka makan Asam Pedas saya ni. Nak pula kalau dapat Ikan Terubuk, memang seronok nengok Abah makan. Seronok dapat membahagiakan kedua Mak dan Abah tatkala hayat mereka ini. I'll try my best for both of them. Insyaallah.
Masa berbuka puasa kat rumah haritu anak saya, Farrah sibuk merungut tak cukup Kuih Keria tu. Arini dia mengaruk suruh buat lagi. "Dah terasa rasa kat tekak ni ibuu".. kata dia. Hmm.. Ayat standard dia laa tu.. Nasib baiklah kuih tu tak susah sangat. Dialah yang siapkan sampai melenyek keledek tu. Saya tinggal bentukkan, goreng dan sira gula jer. Abiss licin dah tadi, beria ria betul dia makan. Suka sangat pulak. Kalau ada yang ingin mencuba, resepi KUIH KERIA tu dah ada KAT SINI juga. Jemput skodeng yer.. :)
Untuk melengkapkan hidangan harini saya goreng Sayur campur campur apa yang saya jumpa dalam fridge tadi dengan Tahu Jepun. Saya tumis bawang putih yang dicincang dan sedikit cilipadi. Kemudian masukkan sedikit sos tiram, lada sula dan garam secukup rasa.. Sempoii.. Jadilah 3 jenis hidangan yang sederhana untuk kami tiga beranak. Alhamdulillah.. dapat ikut sunnah Nabi, menyediakan hidangan dalam jumlah yang ganjil.
Untuk minuman, saya sediakan Jus Roselle yang saya buat sendiri dengan Laici. Memang sedap dan nyaman sangat. Tapi saya pun tak tau nape bila saya masukkan laici ke dalam jus roselle yang berwarna merah itu, warnanya terus bertukar ke warna purple. Subjek Kima pun tak berapa terror masa sekolah dulu. Takperlah, janji sedap sudah laa kan. hehee.. Okaylah saya mintak diri dululah, nak nengok apa yang nak disediakan untuk sahur japgi pulak. Stori terakhir, gambar tak berapa cungg laa arini. Tak cukup cahaya, cuaca berjerubu. Apakan daya.. Hanya Allah yang Maha Berkuasa.
Serious, I really love all your photos. Rasa tak tertahan tahan menengoknya.
ReplyDeleteBawa-bawalah berehat ye Shiela.... syukur ada anak dara, rajin pula tu tumbuk bahan asam pedas....
ReplyDeletetang asam pedas yg x nole tahan tgknya tu kak...nmpk sungguh menyelerakan !
ReplyDeleteHi Shiela,
ReplyDeleteSbg penderita gastrik, sy tahu benarlah rasenye kalau gastrik tu dah mula attack. Perut mcm kena cocok ngan peniti. Hmmm, nasib ada Farrah dtg rescue. Do really take care of ur health ok.
Assalamualaikum Shiela
ReplyDeleteIkan parang asam pedas tu terangatlah sedapnya...walaupun ikan tu banyak tulang tapi isinya lemak2 gitu..
Azie : Thank you very much.. :)
ReplyDeleteAmie : Terima kasih.. Alhamdulillah, bolehlah diharap sikit sikit tu.
ReplyDeleteAsyifa : Memang tak tahan.. :)
ReplyDeleteZubedah : Thanks yea..
ReplyDeleteLinRosly : Wsalam.. setuju sangat, sedap kan ikan parang.. :)
ReplyDelete