ASSALAMUALAIKUMMM.. Salam Sejahtera juga buat semua.. :)
DC DC DC.. Adoyaiii memang demam betoi dibuatnya. Dah naik pening saya ngan bau doyan ni. Seperti yang saya pernah cakap, saya dan keluarga memang kureng sikit ngan Durian Crepe tapi cam biasalah saya ni. Suka sangat mencuba sesuatu yang baru. Sebelum saya sudah mencuba yang mana CREPENYA tu menggunakan 4 jenis tepung. Sedap jugak resepi tu tapi bila saya dengar ada lagi resepi yang menggunakan 7 jenis Tepung saya pun mula mencari cari resepinya dan ingin sangat untuk mencubanya. Nak jugak tau dan rasa apa kelebihannya menggunakan tepung sebanyak itu yang pada mata kita hanyalah seperti lempeng jer rupanya kann..
Beberapa recipe Crepe ni saya dapat, dari 2 jenis tepung hinggalah yang 7 jenis tepung. Alhamdulillah ramai teman yang sudi berkongsi recipe mereka dan tak kurang juga yang saya terpaksa membayar untuk mendapatkan recipe itu. Demi semangat yang bersungguh untuk mencuba, itu semua tidak menjadi masalah tapi dalam banyak banyak recipe saya sgt teruja nak mencuba recipe yang menggunakan 7 jenis Tepung ni dulu. Apapun Syuqran Jazilan pada seorang sahabat alam maya saya REEN KHAN SHARIFF kerana sudi berkongsi recipe ini yang beliau dapat dari seorang teman lamanya. Moga kalian berdua dirahmati Allah dan dimurahkan lagi rezeki. Ameenn..
Bila saya teliti balik resepi yang saya dapat, ada bahan yang saya tak ada kat umah ni dan kalau nak dibeli pun cam alang alang jer pulak. Nak dipakai sikit jer. Jadi ada bahan yang saya tukar dan adjust mengikut apa yang saya ada dalam rumah. Contohnya kalau nengok dalam resepi ni nanti ada menggunakan Tepung Naik Sendiri. Saya buat jer sendiri tepung tu dengan sukatan 1 cawan Tepung Gandum + 1 1/2 sudu kecil Baking Powder + 1/4 sudu kecil Garam. Campurkan kesemua bahan tadi dan Ayak. Jadilah dah Tepung Naik Sendiri kita. Ada juga sukatan yang agak samar samar saya sudah sukat balik betul betul untuk kemudahan kengkawan mencuba nanti. Okaylah, jomlah kita nengok resepinya.
~~ BAHAN BAHAN ~~
3 sudu besar Tepung Hongkong
3 sudu besar Tepung Naik Sendiri
3 sudu besar Tepung Naik Sendiri
2 sudu besar Tepung Ubi Kayu
2 sudu besar Tepung Kastard
2 sudu besar Tepung Jagung
2 sudu besar Tepung Kentang
2 sudu besar Tepung Superfine
2 sudu besar Gula Icing
2 biji Telur ~~ buang talipusat
1/2 tin Susu Cair
1 sudu kecil Garam Halus
3 sudu besar mentega yang dicairkan
2 cawan Air
3 helai Daun Pandan
Sedikit Pewarna Hijau
* Utk MANGO CREPE saya guna sedikit Oren Emulco + Pewarna Kuning dan jika sukar untuk mendapatkan TEPUNG HONGKONG, boleh juga digantikan dengan TEPUNG PAU.
Blend kasar air bersama daun pandan dan tapiskan. Jangan blend sampai halus nanti terasa getah pandan. Kalau tak guna pandan, gantikan dengan 1 sudu teh Vanilla Essence yer. Bagi Crepe Mangga pula saya guna oren emulco dan sedikit pewarna kuning. Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati menggunakan whisker, tapiskan adunan dan biarkan pada suhu bilik selama setengah jam. Kemudian, kacau rata dan bolehlah mula melenggang.
Panaskan sebentar non-stick pan yang bersesuaian menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak. Untuk memudahkan melenggang supaya cantik terbentuk bulat, pastikan pan tidak terlalu panas masa menuang adunan ke dalam pan. Tak perlu terbalikkan masa mengangkat. Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih ketayap yang lembut. Bagi pan saya yang berukuran anggaran 20 cm saya cuma guna lebih kurang 1/4 cawan adunan jer. Ulangi hingga adunan tepung habis dan biarkan crepe sejuk sebentar. Bagi 1 adunan ni saya boleh dapat lebih kurang dalam 20 keping crepe.
~~ FILLING ~~
Isi Durian / Mangga Secukupnya
Bahan A :
1 cawan Fresh Milk
Bahan B :
2 biji Kuning Telur
2 sudu besar Tepung Jagung
1/4 cawan Fresh Milk
2 sudu besar Gula Pasir
1 sudu kecil Vanilla Extract/Essence
Bahan C :
300 gm Non Dairy Whipping Cream
ATAU :
Guna 300 gm Non Dairy Whipping Cream dipukul hingga kental
Bahan A dan B adalah untuk membuat Custard. Satukan semua Bahan B dan kacau sebati hingga tiada yang berkutil. Ketepikan. Panaskan Bahan A dengan kaedah double boiler hingga berbuih buih kecil kelilingnya. Masukkan Bahan B tadi dan kacau hingga pekat. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam fridge selama 3 jam sebelum digunakan.
Pukul Bahan C dan Custard (A+B) tadi hingga kental. Saya pukul lebih kurang 10 minit. Boleh juga mix sekali dengan 2 sudu besar isi durian jika suka. Untuk membalutnya, pastikan bahagian yang licin di sebelah bawah. Letakkan fresh cream diikuti dengan isi durian atau mangga tadi dan letakkan lagi fresh cream di atasnya. Lipat kiri kanan dan atas bawah menyerupai sebuah bantal chomel gitu. Sejukkan dalam fridge sebelum dihidangkan atau omputih cakap selalu tu, 'Serve Chilled'.. ;P
Pada pendapat dan selera sayalah, memang sedap juga recipe CREPE menggunakan 7 jenis tepung ni. Yang paling penting sangat mudah untuk menyediakannya, tak perlu nak guna timbang dan senang juga memasaknya. Tetapi terpulanglah pada citarasa memasing. Kena cubalah dulu yer.. Saya buat juga CREPE MANGGA, untuk saya laa.. hehee.. Tapi nampak gayanya yang filling mangga tu pulak lebih mendapat sambutan kat umah ni.
NOTE : Ada bahan dan sukatan yang saya baru ubah untuk hasil yang lebih baik dan lebih mudah base on my experience. Harap maklum.
Yang ni tapau untuk Officemate hubby merasa.
AKHIR KATA DARI SAYA.. SELAMAT MENCUBA & SALAM CERIA..
