Wednesday, 4 April 2012

PANCAKE PANCAKE KU


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera    :)


~~Terukir di Bintang~~Tak mungkin hilang Cintaku Padamuuu~~lalalaaa~~ ;D
Just a simple N3 for this time yer.. Teman cam tak berapa ada mood laa pulak. Leteh bebeno ghasa badan nie. Mana ngan tenet yang sangat tenat, menguji kesabaran betol.. huhuu.. Tapi hati ni dok teringat ringat dah berjanji ngan kengkawan nak share resepi ni, ku usahakanlah juga. 




Resepi PANCAKE ni saya dapat dari teman fb Sue Aleen, cuma saya convertkan semua ke sukatan cawan dan sudu. Mudahlah sikit kita nak membuatnya yer kengkawan. Senang gak untuk dicapai tangan kan.. hehee..





BAHAN BAHAN :

1 cawan Tepung Gandum
3/4 cawan Susu Segar
1 biji Telor
2 sudu besar Butter
1 sudu kecil Cream of Tartar
1 sudu kecil Soda Bicarbonate
Secubit Garam





CARANYA :

Blend kesemua bahan diatas hingga mesra dan sebati.
Perapkan sebentar adunan tadi selama lebih kurang 15 min.
Masak di atas kuali leper (non stick pan).
Setelah siap, bolehlah dihidangkan bersama honey atau apa saja mengikut selera memasing.




Senang jer kannn.. Kalau nak beli tepung readymade tupon mahal. Banyak jimatnya jika kita buat sendiri. Hidangan ini cukup untuk kami bertiga beranak sarapan pagi. Agak kenyang dan cukuplah tara nak menyampaikan lunch. Yang dalam gambar diatas ni semua saya dapat dengan adunan 1 cawan tepong tadi. Nak  cakap berapa keping dapat tu tepat tepat payahlaa jugak.. bergantung kepada saiz yang dibuatlah.





Apa apa pon Selamat Mencuba dari saya dengan penuh Kasih dan Sayang. muahhh...


Thursday, 29 March 2012

SEAFOOD LASAGNA


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua   :)

Apa khabar kengkawan semua?? Saya cam biasa jer.. Cuma hati ni agak risau dan sayu gak sebab arini Abahku akan menjalani pembedahan di PPUM. Tu yang mood pon cam tak berapa nak in. Harap harap semuanya berjalan dengan lancar dan kesihatan Abah akan bertambah baik. Doakan Abah saya yer kengkawan.. Mohon maaf juga bagi kengkawan yang menunggu agak lama untuk resepi ni. Bukan apa, agak sibuk sikit nak masukkan N3 ni dan kepala pon agak kusut memikirkan kesihatan Abah. Tapi demi kengkawan saya usahakan juga.. tak sampai dihati bila terkenangkan kalau ada yang dah terasa kat tekak dan teringin untuk mencuba.




Ekceli, yang sebenor benornya nilah festaim saya membuat Lasagna ni dan rasanya pada masa akan datang saya perlu perbaiki lagi. Ada cacat cela yang saya tak berapa puas hati lagi. Salah satunya dari segi ketebalannya. Silap pi guna bekas besar sangat, dahlaa tak berapa nak tebal jadinya. Pastu deq anak saya yang tak sabar nak makan, pepanas dia nak potong makan gak.. Habislaa semua ghuntuh hape layer pon tak nampak kat dalam tu.. huhuu.. nak wat cane, sabo jerlaa.. Tapi rasanya memang sedap sangat. Terima kaseh teman fesbuk ku Kamilia Ibrahim Kak Uteh dan Zack Nurzakiah Zainal Alam atas resepi dan bimbingan. Cuma tulah, saya buat ikutlah apa yang saya ada dalam umah jer dulu dan dengan cara yang bersesuaian dengan saya.




Kalau nak diikutkan, memula saya plan nak buat beef lasagna jer. Sekali bila semua bahan dah nak dimasak nengok minced meat tak ada laa pulak. Terpandanglaa pulak pada udang dan sotong yang ada tu. Hmm.. tu yang terus tukar tajuk ker SEAFOOD LASAGNA tu. Okaylah jugak kan.. dah tak sabar sangat nak mencuba, bedal jerlah.. hehee.. Jomlah nengok cane nak buadnya yer.. Memula kita kena prepare Sos Merah dan Sos Putihnya.


~SOS MERAH~

Bahan Bahan :
300 gm Seafood (Udang dan Sotong)
100 gm Tomato Paste (blh adjust ikut selera memasing)
200 gm Chopped Mushroom/Carrot/Celery (Jika suka)
1 biji Bawang Besar Holland
3 ulas Bawang Putih
Sedikit Oregano
Sedikit Serbuk Lada Sulah
Sedikit Olive Oil utk menumis
Sedikit Chopped Fresh Parsley
Sedikit Chilli Flakes (jika suka)
Garam dan Gula secukup rasa

Tumiskan bawang besar dan putih yg dah dicincang sampai layu. Masukkan pula mushroom dan oregano, goreng hingga naik bau.

Kemudian masukkan tomato paste dan goreng sekejap. 
Bubuh sedikit air. Masak hingga mendidih dan biarkan pekat sedikit.

Akhir sekali baru masukkan bahan Seafood (Udang n Sotong). Jangan masak lama sangat seafood tu.

Setelah masak, perisakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan chilli flakes, serbuk lada sulah dan chopped parsley.


~SOS PUTIH~

Bahan bahan :
2 cawan Full Cream Fresh Milk
2 keping Black Pepper Cheddar Cheese 
2 sudu besar Butter
2 sudu besar Tepung Gandum
Sedikit Serbuk Lada Sulah
Sedikit Garam

Panaskan butter hingga cair dengan api kecil.

Masukkan tepung, gaul sebati, aggaran dalam seminit.

Alihkan periuk dari api sebentar dan tuangkan susu. Kacau rata jgn sampai tepung berketul. Kemudian jerang balik atas dapur. 

Bubuh sedikit garam dan serbuk lada sulah. Terus memasak dan kacau kacau sehingga ianya pekat.

Akhir sekali barulah kita masukkan cheddar cheese. Apabila cheedar cheese tu sudah cair dan sebati dengan susu, bolehlah diangkat dan ketepikan.



~MELAPIS LASAGNA~

Bahan yg diperlukan :
Beberapa keping Instant Lasagna Sheets (Oven Ready)
Parutan Mozarella Cheese

Rendamkan dulu kulit lasagna dlm air panas selama lebih kurang 10 minit.  

Lenserkan bekas utk membakar lasagna dengan butter.

Memula kita ratakan dulu sos merah. Lapiskan pula dengan kulit lasagna. 

Tuang lapisan sos merah diikuti dengan sos putih. Taburkan sedikit parutan mozarella cheese. Ulang sehingga habis. Bahagian atas sekali akhirkan dgn sos puteh serta taburkan parutan mozarella cheese dan chopped parsley.

Suhu yg dicadangkan ialah 175c. (ikut kapasiti oven memasing). Guna api atas bawah.
30 min yg pertama ; bakar dengan menutup atas loyang tu ngan aluminium foil. Cucuk dengan lidi samada lasagna tu dah lembut ker tak. Kalau masih keras tutup balik dgn aluminium foil dan sambung lagi bakar dgn kaedah ini.

30 min kedua ; bakar tanpa aluminium foil.
Dalam masa 30 min terakhir tu, kena selalu check lasagna tu dah masak ke belum yer.
Bila dah masak, bolehlah dikeluarkan dari oven dan sejukkan selama 15 minit sebelum dipotong dan dihidangkan.

NOTE : JANGAN bubuh GARAM banyak sangat dalam Sos Sos tu nanti. Kena agak agak juga sebab Mozarella Cheese yg kita tabur tu pon dah MASIN. 




Apa apa pon Selamat mencuba yer. Memang berbaloi baloi.. Lepas ni leh stemet duit saya.. Senang jer membuat Lasagna ni qesahnya.. :)


Saturday, 24 March 2012

Moist CHOC CHEESE Cake


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera    :)


Selamat berhujung minggu juga.. Kemana ujung minggu ni? Saya tak kemana mana lah.. Anak sekolah lak arini, ronda dekat dekat jerlah. Actually kann, tekak saya ni dah beberapa hari kebelakangan ni punyalaa teringin nak makan kek yang something ada rasa rasa ceklat dan ada rasa rasa cheesy sikit. Nak buat yang sesusah tu tak beghapa nak ghajin laa pulak. Maka ku reka reka jerlaa resepi ni, cam biasa my style yang Sempoi jerlaa.. Untuk makan tiga banak kat umah ni jer ponn.. hantam saja lah kann.. Hantam punya hantam jadilaa jugak MOIST CHOC CHEESE CAKE ni.




Cake ni saya masak dengan kekdah Steambath atau Bain Marie. Tu yang moist betul gamaknya. Saya memang pilih cara ni lagi dari kukus dalam kukusan bagi kek berunsur cokelat ni sebab dengan cara ni selain cake akan jadi moist, ia juga akan menjadi wangi dan sedap kerana bahan utama cokelat tu dapat dibakar juga dalam oven. Kalau tak percaya, cubalah.. :)

Hmmm.. Memula suspen gak, jadi ker tak laa cake aku ni? Tapi wat slumber jer gak.. Teruskan juga, siap bagi ganache lagi tuu.. dengan penuh kondifennyerr.. hehehh.. Petang tadi, potonglaa.. mak aiiii.. Sedapnyerrrr.. Walapong masuk lift tekan sendiri yer.. Dengan cukup moistnya, rasa cekelat, cheesy tastenya dan juga rasa susu susu kit ujung ujung tu.. Tak manis sangat pulak.. Wallahh.. Tiada kata dapat kugambarkan.. HOHOHO!!!  ;P




Okayylah.. Atas permintaan kengkawan, saya share resepi ni bersama. Semoga sama sama kita dapat COOKING WITH LUV untuk keluarga yang kita sayangi. Moh kita ke dapoq n checkidauddd.. Sempoi jer cara saya ni..

BAHAN BAHAN :

3 biji Telor Grade A
200 gm Cream Cheese
1/2 cawan Butter
1/2 cawan Olive Oil
1 cawan Brown Sugar
1 cawan Susu Sejat
1 sudu teh Vanilla Extract/Essence
150 gm Tepong Gandum *
50 gm Cocoa Powder *
2 sudu besar Tepung Jagung *
1 sudu teh Baking Powder *
1 sudu teh Soda Bicarbonate *




CARA CARA :

Ayak semua bahan bertanda (*) dan ketepikan.
Dalam mixing bowl, creamkan Cream Cheese. Saya pukul sekali dengan sebiji telur dulu, lebih mudah. Kalau tak, payah sebab cheese tu likat. Maklumlah saya guna mixer antik jer.

Bila cheese tu dah lembut berkrim, masukkan butter yang telah lembut pada suhu bilik dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan brown sugar dan pukul lagi hingga gula tu hancur. Masukkan pula telur yang selebihnya tadi satu persatu dan pukul sebentar hingga kembang.

Selepas tu masukkan susu sejat, olive oil, dan vanilla extract dan pukul sebentar hingga mesra. Akhir sekali masukkan tepung dan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau dengan menggunakan hand whisk jer hingga semuanya mesra. Sementara ni, panaskan oven sesiap selama lebih kurang 10 minit pada suhu 170C.




Tuangkan batter atau adunan ke dalam bekas atau loyang yang telah dilenserkan dengan butter atau minyak. Seterusnya bakar dengan kaedah Steambath atau juga dipanggil Bain Marie. Masak dalam bekas atau loyang yang diisi AIR PANAS MENDIDIH. Pastu Bakar dalam Oven selama satu jam pada suhu 175C atau hingga masak mengikut oven memasing. Bila dicucuk dengan lidi atau cake tester, ianya keluar bersih kira masaklah sudah cake kita tu. Bila sudah masak, jangan terus keluarkan dari oven. Renggangkan sedikit dulu pintu oven tu sebentar dalam 10 minit, kemudian baru keluarkan. Sejukkan sebentar baru dikeluarkan dari bekas atau loyang.

Cake ini boleh juga terus dimakan begitu saja atau boleh juga disiram dengan chocolate ganache dan dihiaskan mengikut selera memasing. Untuk cake ni, saya buat ganache sikit jer, cuma nak siram jer.




BAHAN GANACHE : 

200gm Dark Cooking Choc
50gm Whipping Cream
3/4 sudu besar Butter


Dengan cara double boil, panaskan dan kacau whipping cream hingga berbuih buih di kelilingnya. Kemudian masukkan cooking choc dan kacau kacau hingga cair. Jika guna cooking choc dalam bentuk bar, potong potong kecil dulu supaya senang cair. Bila sudah cair, masukkan butter dan kacau sebentar hingga mesra. Matikan api, angkat dan tuangkan ke atas cake tadi. Taburkan dengan bahan hiasan jika suka mengikut pilihan memasing dan bolehlah dihidangkan.




~~ SELAMAT MENCUBA ~~