Thursday, 15 December 2011

PULUT KUNING vs KARI TELUR Berkerisik



Pulut Kuning dengan Kari Telur ni saya buat masa besday anak saya aritu. Memang dah jadi tradisi org Jawa, keluarga sebelah suami saya untuk menyediakan juadah ini setiap tibanya hari lahir seseorang. Karinya mesti kari telur jugak, kari lain tak boleh. Kenapa?? Saya pon tak tau.. Saya dah cuba bertanya pada keluarga suami saya tapi mereka cakap, tak tau camne nak cakap atau explain dlm bahasa melayu.. duhhh.. tak payah nak pening pening kan kepala lah, yang penting Pulut Kuning ni memang sangat sedap dimakan dengan Kari Telur ni sudah.. hehee.. :P




Untuk menyediakan Pulut Kuning ni, memula 1kg pulut yang telah dibersihkan tu hendaklah direndam bersama sedikit serbuk kunyit dan sekeping asam keping, seeloknya semalaman baru dia betul kembang dan warna kuning tu akan serap dengan cantek. Asam keping tu untuk mengilatkan pulut tu bila sudah dimasak nanti. Keesokan paginya, pulut tu dibilas sekali dan dikukus sehingga 3/4 masak atau masak sepenuhnya. Sambil tu masak 400ml santan pekat dengan beberapa helai daun pandan dan 3 sudu kecil garam (ikut citarasa) dengan api perlahan hingga mendidih.

Kemudian keluarkan dulu pulut dari kukusan dan gaul rata bersama santan tadi. Tuang santan tu sedikit demi sedikit dan biar dia serap sekejap dan Siap.. Boleh juga kalau nak kukus balik sekejap tapi saya yang menurut perintah Mak saya, tidak suka kukus lagi selepas dibagi santan tu. Nanti manis dia hilang. Lagipun santan tu pun kita dah masak pun tadi. So, terus hidangkan atau boleh juga dimasukkann dalam acuan untuk mencantikkan lagi hidangan kita.




Kari Telur ni pulak, macam kari biasa jugak cuma yang lainnya saya ada letak kerisik dan serai. Jom nengok cane saya buadnya.. :)

BAHAN BAHAN :
10 biji Telur Rebus
3 biji Ubi Kentang (dibelah 4)
300ml Santan
600ml Air (blh adjust ikut kepekatan yg suka)
5 sudu besar Rempah Kari Daging
6-8 ulas Bawang Merah*
3 ulas Bawang Putih*
1 inci Halia*
3 sudu Besar Kerisik
2 sudu Besar Tomato Puree
1 cawan Minyak utk menumis
2-3 batang Serai (dititik)
2 kuntum Bunga Lawang
3 biji Buah Pelaga
Sedikit Kulit Kayu Manis
Sedikit Daun Kari
Garam secukup Rasa
Hiasan : boleh bubuh buah Tomato
Tumbuk atau blend semua bhn bertanda *




CARA CARA :
Mula mula panaskan minyak dan tumis serai, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian tumis pula bahan yang telah ditumbuk atau diblend tadi hingga kuning keemasan. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes dan daun kari. Tumis dengan api perlahan supaya rempah tu tidak hangit dan pahit. Masukkan sedikit garam dulu. Bila rempah tu dah mula garing dan naik bau, masukkan tomato puree dan kerisik tadi dan masak sebentar. Selepas itu masukkan sedikit air dulu dikuti dengan ubi kentang dan telor. Bila ubi kentang hampir empuk masukkan pula santan. Teruskan memasak hingga menggelak, kemudian kecilkan jer api dan masak sekejap hingga terbit minyak. Barulaa cantek rupa kari kita tu nanti. Sebelum matikan api baru masukkan buah tomato yer. Kari ni bagi dia pekat sikit, baru laa kick makan dengan Pulut Kuning tu. Haaa.. sempoi jer kannn.. Cubalaa.. Tak payah tunggu besday. Sesekali sedap jugak makan Pulut Kuning dengan Kari Telur ni. Selalu takleh laa.. Bahayaa.. ;D


Wednesday, 14 December 2011

13.12.11. Happy 15th Birthday My Sweetheart



Hari ini, 13.12.11. Genaplah sudah 15 tahun usia anak tunggalku Farrah Nur Shafieny bte Mohd Aseri. Happy Birthday Anakku Sayangg.. Sebagai memenuhi permintaannya, inilah just a simple Choc Moist Cake with buttercream yang ibu buatkan.




Cepat betul masa berlalu.. Macam baru semalam jer ku terasa sakit untuk melahirkanmu sayang. Ibu doakan semoga menjadi anak yang solehah, diRahmati dan diLindungi Allah sentiasa. Jaga Diri, Jaga Solat dan Jaga Tingkah Laku.




Hrmmm.. Dah nama anak Jawa kann, maka Pulut Kuning ngan Kari Telor takleh tinggal lah.. Menurut cerita keluarga sebelah suami saya, kalau Hari Jadi kena buat Pulut Kuning ngan Kari Telor. Mesti Kari Telor gak, kari lain tak boleh. Kenapa? Saya pon tak tahu.. tak sempat nak bertanya lagi.. hehee.. buad jerlah kann.. :)




Excited betol dia nak celebrate besday dia.. Cupcakes tu Farrah yg buad sendiri taww. Saya tak amik pot langsung sebab mmg tengah byk kerja nak buad. Mana yang Mak pon mintak tolong buad Kek Lapis Masam Manis utk Majlis Anniversarynya bersama teman temannya. Tapi not bad gak kann.. boleh dah pon buad cupcakes sendiri. I'm so proud of you my darling..


Puding Roti yg Bersejarah


Assalamualaikum.. Pada Tanggal 11.12.11 Puding Roti ni kononnya memasuki Pertandingan Gubahan dan Memasak bg Dun Parlimen Rembau yg dirasmikan oleh YB Tuan Khairi Jamaludin. Sebenarnya, tetiba jer Mak ajak masuk. Katanya, tema bagi masakan Puding atau Rendang. Tetiba terlintas di fikiran ni akan PUDING ROTI dari resepi adek Siti Hafizah yang memang saya dok teringin nak mencuba. Saya pun buad jerlaa, sekadar suka suka bersama Mak. Tetiba tengahari tu Mak balik, cakap.. "Shiela, cepat.. kita menang tempat kedua, jomm gi amik hadiah".. Hati ni mcm tak percayalaa pulak sebab tak pernah hayat masuk Pertandingan, apa lagi Pertandingan Memasak.. tu yang Poyo lebih ni, walaupon hanya tempat kedua.. hehee..


Tapi Apa pon sebagai seorang anak, saya sungguh bahagia melihat Mak gembira. Sayang Mak sangat sangat.. memang tak terungkap dek kata kata. Banyak sungguh pengorbanan Mak buad kami anak anak dia. Hari ini saya hanya ingin membahagiakan DIA IBUKU pula selagi terdaya. Moga Mak diRahmati Allah senantiasa dan diberi kesihatan yang baik.



Nampak tak resepi yg sungguh kreatif tuu.. ermm.. tu pulak hasil kerja tangan anak saya Farrah dan adek saya KhairulAzham utk Pertandingan tu lah.. Maklumlah bidan terjun, semua kena tolong menolong laa bagi cepat. Seronok sungguh rasanya.. Cane pon, terima kaseh banyak banyak yer anak n adekku sayangg.. :)



Kalau ada yang berminat, boleh cuba resepi ni.. rasa dia memang sedap..Bahan bahan yg digunakan pun senang nak cari.. Cubalah.. 

BAHAN BAHAN :
3 keping Roti Gardenia
1 tin Susu Cair
1/2 cawan Susu Pekat Manis
2 biji Telur
1 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu besar Tepung Kastard
*semua bahan-bahan diatas di blend*
*semua bahan-bahan di bawah di masak sehingga hancur*
1 paket Agar-Agar strip 20 gm (direndam dulu)
1 litre Air
1 cawan Gula Pasir
Pewarna ikut suka


CARA CARA :
Masak agar2 strip bersama gula dan air sehingga hancur. Tutup api dan tapis agar2 takut ada yg tak hancur..
Blend semua bahan utk di blend tu hingga sebati dan masukkan ke dlm agar agar tadi. Sambung masak dengan api kecil hingga mendidih tapi kena sentiasa kacau supaya tak hangus di bahagian bawah dia.
Bila dah masak, bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian. Bubuh warna mengikut citarasa sendiri.
Letakkan satu senduk setiap warna di dalam loyang @ bekas berselang seli sehingga habis semuanya.
Sejukkan sebelum disimpan di dalam fridge..


** Puding ni cepat keras. Sgt senang dan masa penyediaan pun singkat.