Friday, 4 November 2011

Chicken Tandoori & Naan


'Chicken Tandoori' lagi.. Yg ni bakar lapik ngan daun pisang pulak.. mmm.. harum sungguh bau dia.. ;P


'Ayam Tandoori' tadi yg dah siap masak.. Sedap jugak rasanya.. Anak ckp, "Tkyah gi mkn kat Bangla tu lg ibu"... meahahahaa.. anakku iteww.. Ni dia resepinya, tp saya pon copycat dari kotak rempah cap 'Mother's Recipe' Kyber Taandoori Masala tu jer yer..

BAHAN BAHAN :
500 gm Ayam
2 sudu makan minyak
2-3 sudu makan Mother's Recipe Kyber Tandoori Masala
100 gm Yoghurt
2 sudu makan pes halia
1 sudu makan jus limau/lemon
1 sudu besar garam (secukup rasa)
** Saya tambah sendiri 1 biji bawang besar dan sedikit daun pudina.. Blend sekali dengan yoghurt, minyak, jus lemon serta halia.

CARA CARA:
Bersihkan ayam dan toskan. Gaul rata semua bahan di atas kecuali ayam. Kemudian perapkan semua bahan itu bersama ayam selama 3-4 jam. Lebih baik jika diperap semalaman. Kemudian susun ke dalam tray atau pembakar dan titis2kan dengan sedikit minyak ke atas ayam itu. Bakar pada suhu 170 C selama 1 jam pada guna api atas bawah. lps tu bakar pula selama 5-10 min guna api atas sahaja pula. Klu suka, boleh juga letakkan sedikit pewarna merah atau guna serbuk kunyit yg diperah dgn limau utk mendapatkan warna kemerah-merahan. (Saya tk bubuh pon, sebab utk makan sendiri, yg penting rasa jer). Setelah masak, hidangkan ketika panas.. Selamat Mencuba.. (",)


My homemade 'Naan Bread'.. original recipe by Joha Hassan.. Thanx for the marvelous recipe Chef..

INGREDIENTS :
500 gm all purpose flour
2 table spoon of yogurt
2 teaspoon salt
2 teaspoon sugar
2 table spoon of canola oil.
1/2 teaspoon of baking powder
Liquid butter/ghee for spreading on bread once cooked.
1 sachet of yeast
Lukewarm water for mixture.

METHOD :
Mixed and knead all the ingredient together.
Once the dough is ready rest it for 4hrs.
Divide the dough into small balls.
Place loose flour on the rolling board and rolling pin.
Roll out the ball of dough to the desire flat bread.
Heat the oven to 200C.
Place a pizza plate or clay pot(inverted) in the oven.
Place 2 to 3 flat bread and let it bake for a few minutes.
Bread is cooked when brown burn effect surface,
Spread liquid butter/ghee before serving.

Serve with mutton/beef/chicken curry or mixed curry vegetables.


'Garlic Naan Bread with Chicken Tandoori'.. mmg betul2 penat dan lelah laa tadi.. tp alhamdulillah.. Mr Aseben ckp sedappp.. Hilanglaa rasa penat tu :)


ASAM PEDAS Style My MIL



Lama betul tak makan Asam Pedas style my MIL.. Aritu bila terpandang ikan Pari kat Mydin tetiba teringin sangat sangat. Asam pedas ni yang buatkan dia lain sikit, cuma dia ada add sedikit ketumbar dan jintan manis dalam bahan tumisan. Beria betul Suamiku makan tadi, agaknya rindu masakan ibu dia jugak tuu..

~~BAHAN BAHAN~~
500 gm ikan Pari (ikan apa pon boley)
6 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
1 sudu makan Ketumbar (direndam) *
1 sudu makan Jintan Manis (direndam) *
1 sudu makan lada hitam *
1 inci halia *
1 inci Kunyit Hidup *
1 inci Belacan (klu suka) *
1/2 sudu kecil Halba
3-4 batang Serai (dititik)
9 sudu besar Cili Mesin (blh adjust nak pedas takat mana)
Segenggam Asam Jawa (bancuh/ ramas jer dgn 500 ml air)
1 cawan Minyak Masak utk menumis
Garam secukup rasa
Daun Kesum / Bunga Kantan (klu ada)

Setelah semua bahan dah ready, bolehlaa kita sediakan periuk dan panaskan minyak. Sementara tu, blend/ kisar halus semua bahan bertanda *. Bila minyak sudah panas masukkan Serai yg telah dititik sebentar, diikuti dengan bahan bahan yg telah dikisar tadi dan juga halba. Tumiskan dgn api sederhana hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan pula Cili Mesin dan masak hingga agak garing dan hilang bau cili tu. Masukkan juga sedikit garam dan serbuk perasa (klu suka). Bila dah masak cili tu, masukkan pula Air Asam Jawa. Asam Jawa ni pon boleh adjust ikut selera masing masing, nak masam takat mana. Biasanya klu ikan yang agak hanyir macam ikan Pari ni atau ikan Sembilang kita lebihkan sikit air asam jawa ni. Kayy, bila kuah tu dah menggelegak masukkan ikan yang telah dibersihkan dan biar hingga masak. Boleh laa juga masukkan buah terung bulat atau kacang bendi bila. Klu guna terung, saya suka goreng dulu terung tu, lagi sedap. Manakala klu guna kacang bendi masukkan di akhir akhir sekali sebelum tutup api, taknak dia layu sgt. Klu ada daun kesum atau bunga kantan pon lagi sedap. Akhir sekali, check rasa garam.. Kalau dah secukup rasa tu, kira DONE lah.. hehee.. Selamat Mencuba.. (",)

NOTE : Minyak untuk menumis tu memang agak banyak.. memang itulah tip yang saya dapat untuk masak asam pedas yang SEDAP. Minyak masa menumis tu memang dilebihkan sikit supaya bumbu tu semua garing elok.. Kalau lepas tu, bila dah siap boleh cedok buang sikit kalau terasa banyak sangat.




Ahhaaa.. yang ni pulak just stock apa apa yang jumpa korek korek dalam petiais jer.. Jadilaa camni.. 'Sayur campur goreng bersos tiram wif Japanese toufu'.. :) 




Ni pulak 'Tempe Goreng Berempah'.. pon jugak resepi my MIL.. kegemaran keluarga nih.. Blend Ketumbar, Jintan Manis, sedikit bwg merah/putih, halia, garam n serbuk kunyit sikit dan perap seketika.. bila nk goreng, gaulkan dgn sedikit tepung.. sedapp.. cubalah.. ;P



'Bengkang Pandan'


Yeayyy!!!.. jadi dah 'Bengkang Pandan' yg pertama dlm idupku.. Krak Kruk kulit dia.. Mmm.. Best betul laa layan.. ;P


BAHAN BAHAN :
10 helai daun pandan
2 cawan air
1 kotak santan 200ml (Ayam Brand)
(blend semua bahan di atas dulu, tapis dan perah.. ketepikan)
1 tin susu cair
5 biji telor size A
1 cawan gula
1/2 cawan margerin
2 1/2 cawan tepung gandum
sedikit pewarna hijau
secubit garam

CARA CARA :
Gaul rata semua bahan di atas di dlm sebuah bekas bersama perahan daun pandan dan santan yg di blend awal tadi. Kemudian, blend semua bahan hingga sebati. Tuangkan dalam acuan yg telah dilenserkan dan bakar sehingga sehingga masak mengikut oven msg2 dlm suhu 170 darjah celcius. Selepas lebih kurang 15 min, taburkan bijan di atas permukaan bengkang dan sambung semula proses membakar. Setelah masak, cecepat sapukan sedikit margerin di atas permukaan bengkang yg panas.. lebih yummyy.. :P

** p/s: My mom ckp, klu lagi byk teloq lagi sedapp.. dan klu suka ada rasa cam berempah sikit pulak, blh blend 1/2 inci kulit kayu manis dgn daun pandan tu..

~~Selamat Mencuba~~