Tanggal 3.6.1977 pada hari Jumaat bertempat di bandar Johor Bahru kami seisi keluarga sungguh teruja dengan kelahiran seorang insan yang diberi nama Mazlina binti Abdul Rahman. Anak ketiga dalam adek beradek kami. Masa tu saya baru Darjah 1.
Membesar di hadapan mata saya dari seorang anak yang comel hinggalah besar panjang menjadi isteri orang. Tangan ini juga sering menyusukannya, menyuapkan makannya dan memandikannya. Yerlah.. saya kakak yang sulung. Petang petang selalu saya carry kat belakang basikal dan bawak pusing jalan jalan. Ingat tak dek, kita pernah tergolek masuk dalam semak bila basikal yang akak kayuh terbabas.. habis calar balar badanmu. Akak sampai ketakutan nak balik rumah.. Takut kalau Abah dan Mak marah sebab Alin adalah anak kesayangan semua. Tapi ku tolak jugalah basikal yang dah bengkok terpele'ot tu.. takkan nak tinggal dalam semak tu.. Sampai di rumah, kena marah ker tak yer.. tahlaa dah lupa pulak.. macam kena, macam tak.. hehee.. tak kisahlah.. Banyak sungguh kenangan manis kita sekeluarga kann.. Susah senang.. Suka duka..
6.9.2014 pada umurmu yang baru menjangkau 37 tahun sekitar jam 2-3 petang akibat kegagalan Buah Pinggang dikau menghembus nafasmu yang terakhir deq.. Kau tinggalkan kami yang sangat menyangimu.. Terketar ketar menerima berita yang sangat sedeh.. Hampir seminggu sudah berlalu, akak yang masih lagi bertatih tatih menerima hakikat ini terpaksa akur dengan kehendak yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah SWT sangat menyayangimu deq.. Tiada daya kami menahannya.. Apa pun akak rasa puas kerana dapat memandikanmu buat kali terakhir, solatkan dan terus menghantarmu ke tempat persemadianmu. Itulah saja sentuhan yang terakhir dari akak buat jasadmu deq. Segala jasa baikmu pada kami sekeluarga sepanjang hayatmu tak pernah akak lupakan dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.
Masih terbayang bayang senyumanmu dan terngiang ngiang gurau sendamu deq. Di kala akak dalam kesusahan dikau datang hulurkan tangan tanpa sebarang rungutan. Bahkan dikau datang dengan senyuman manis dan begitu jugalah pada sesapa pun. Alin cukup terkenal dengan seorang yang ceria, baik hati dan peramah. Setiap yang mendapat perkhabaran pemergiannya pasti ucapkan perkara yang sama.. "Terbayang bayang senyuman dia".. Allahu Akbar.. :'(
Sesungguhnya kami semua sangat menyangimu tapi apakan daya Allah lebih menyayangimu. Semoga adinda tenang di sana dan sentiasa dibawah rahmatNYA.. Insyaallah kita akan bertemu semula di Jannah.. Ya Allah kau ampunkanlah dosa dosanya.. Kau terimalah segala amal kebajikannya dan jauhkanlah daripada seksa Mu yang pedih.. Kau peliharalah adekku sebaik baiknya hingga ke Hari Khiamat. Jadikanlah alam kubur tempat yang paling selesa buatnya Ya Allah.. Ameen..
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga pada teman teman dan sanak saudara yang datang dari jauh dan dekat menziarahi Arwah dan memberi sokongan moral pada kami sekeluarga. Juga setinggi tinggi terima kasih pada mereka yang turut berusaha menguruskan Jenazah Arwah dengan sempurnanya. Tidak dilupakan juga pada yang tak putus putus mendoakan Arwah, tiada apa di muka bumi ini yang setimpal dgn jasa baik anda semua.. “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”.. Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.
Damailah dikau di sana wahai adeqku Allahyarhamah Mazlina binti Hajah Rohayah. Insyaallah bila saatnya tiba kami akan menyusul. Itu janji Allah.. Kita pasti bersatu kembali di alam yang kekal.. AL FATIHAH..
Damailah dikau di sana wahai adeqku Allahyarhamah Mazlina binti Hajah Rohayah. Insyaallah bila saatnya tiba kami akan menyusul. Itu janji Allah.. Kita pasti bersatu kembali di alam yang kekal.. AL FATIHAH..
Ya Allah.. Rindunyaaa.. Apa lagi bila terbaca luahan hati anakku Farrah pada Arwah Anjangnya di instagram.. Tak tertahan air mata ini.. Allah..











