Wednesday, 7 November 2012

NASI IMPIT GORENG



Assalamualaikum.. Salam Ceria juga buat Semua yang berkunjung kat Dapoq saya ni. Kesinambungan dari Lontong aritu, ni dah jadi NASI IMPIT GORENG pulak. Ada jugak saya dengar yang panggil LONTONG GORENG, tak kesahlah.. Panggil jerlah apa pun. 




Kuah Lontong ngan Sambal Sotong Kacang aritu habih semua clean and clear, tinggal Nasi impit ni jer ada dua buku tergolek golek dalam peti sejuk tu. Takkan nak buang kot.. Sayanggg.. makanan tu, bukan senang nak cari rezeki kann.. Hubby saya penat kuar cari duit dari matahari belum timboi sampailaa bulan pulak timboi. Makanya, seboleh bolehnya saya akan cuba tidak membuang makanan. Dah terbiasa dari kecik pun ya gak kot.. dulu Mak selalu cakap, "Jangan buang nasi tu, nanti nasi tu nangis".. tak pun lagi satu ayat yang sering keluar dari mulut Mak kita kalau ada bela ayam pulak, "Kang mati ayam tu".. Halus cara penyampaiannya tapi dalam maksudnya.




NASI IMPIT GORENG ni saya buat ala kadar jer petang tadi, sekadar apa yang saya jumpa dalam peti sejuk tulah. Actually, yang saya buat ni lebih kurang macam nasi goreng. Anak saya suka sangat, dia cakap lagi sedap dari nasi goreng tapi hubby tak berapa suka. Dia memang payah sikit nak makan benda yang lain dari yang dia selalu makan. Kami dua beranak jerlah yang doq pulun. Kalau nak cuba, mohlaa nengok resepi koboi saya ni.




~~ BAHAN BAHANNYA ~~

1 packet Nasi Impit yang sudah direbus
200 gm Udang size sederhana
5 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
2 batang Cili Merah *
5-6 tangkai Ciliapi *
Sedikit hirisan Daun Bawang
Sedikit hirisan Kobis Pepel
Sedikit Minyak untuk Menumis
Garam Secukup Rasa.




Potong dadu kecil nasi impit yang telah direbus tadi. Tumbuk semua bahan yang bertanda (*). Saya tak tumbuk halus sangat, suka bila makan tu ada rasa rasa bawang ngan cili tergigit gigit. Sebaiknya janganlah diblend, nanti berair dan kick dia pun tak sama. Tumbuk jerlah kejap yer.. Jangan Malas!..

Panaskan minyak dan tumis semua bahan bertanda (*) yang telah ditumbuk hingga garing keperangan. Masukkan juga sedikit garam dulu. Selepas itu masukkan udang dan masak sebentar. Jangan lama sangat, nanti udang tu keras tak sedap. Kemudian masukkan nasi impit yang dipotong dadu dan kacau rata. Biarkan masak seketika. Dikacau selalu sebab nasi impit tu mudah lekat pada kuali. Akhir sekali masukkan hirisan kobis dan daun bawang. Check rasa garam, jika sudah secukup rasa kira jadilah dah.




Apapun ni cara saya yang sempoi jer, ala ala bidan terjun kata orang. Mungkin kengkawan boleh juga guna bahan dan sayuran lain. Terpulanglah pada citarasa dan creativity memasing. Selamat Mencuba.. (",)



Tuesday, 6 November 2012

LONTONG vs SAMBAL SOTONG KACANG




ASSALAMUALAIKUM.. JEMPUT MAKAN LONTONG.. ;P

Nampak benor ajak ajak ayamnya tu kann.. hehehh.. Watper tu? Musim musim ujan ni perot yang no school ni mulalaa tak benti benti lapau. Ada jer yang teringin, terasa kat anak tekak ni. Lontong ni pun camtulah, lama betoi dah dok teringin cuma baru nilah sempat nak membuatnya. Bukan tak boleh makan yang di kedai tapi tekak saya ni memang loghat sikit. Lebih puas rasanya makan yang buat sendiri dan semestinya menepati citarasa kita. Apa teragak nak bubuh pun boleh bubuh, baru puas makan kann..

Takmo cakap banyak lagilah, jom kita cerita camner nak buat LONTONG ni. Ramai gak yang dok tunggu resepinya ni tapi tulah bila cuaca lembab ngan mood saya pun ikut lembab sekali. Resepi ni bagi selera saya dan keluarga sendiri memang sedaplah, bagi orang lain tak taulah nak cakap. Cubalah dulu pastu kaborkan ker saya sedap ker idak rasanya kayy..




Kalini saya guna Ketupat segera Adabi untuk nasi impit tu. Cam biasa dan semua orang tahu, rebus 2 jam dengan beberapa helai daun pandan dan sedikit garam. Angkat dan toskan air rebusan dalam tapis. Biarkan betul betul sejuk dulu baru dipotong. Seterusnya kita siapkan KUAHNYA pulak.


BAHAN BAHAN :

1-2 biji Kelapa Parut
250 gm Udang Basah
3 batang Serai ~~ dititik
1/4 inci Lengkuas ~~ dihiris
3 batang Cili Besar *
6-7 tangkai Ciliapi *
5-6 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1 kiub Pati Ayam Knorr
Sedikit Serbuk Kunyit
Secubit Gula
Garam Secukup Rasa
Sedikit Mimyak untuk  Menumis
Sayur Cauliflower, Carrot & Kacang Panjang
Pucuk, Soon & Tahu Lampung Secukupnya
Sengkuang pun boleh jika suka




Blend semua bahan bertanda (*). Perah santan dari 1-2 biji kelapa parut. Bergantunglah pada size kelapa tu. Kalau besar sebijik cukup tapi kalau kecik dalam 2 biji bergantung jugalah pada selera memasing nak pekat takat mana. Panaskan minyak dan tumis serai yang dititik bersama bahan yang dikisar tadi hingga garing. Kemudian masukkan santan, serbuk kunyit, kiub pati ayam, hirisan lengkuas, garam, gula dan masak hingga mendidih kejap. Masukkan juga sayur yang keras dulu seperti carrot. Selepas itu baru masukkan udang, pucuk dan sayuran lain. Pucuk jenis simpul yang saya gunakan tu tak perlu rendam lagi. Dia cepat lembut. Kalau guna yang kering tu rendamlah dulu yer. Sayur sayuran tu juga mungkin boleh mengikut pilihan masing masing. Saya cuma suka cauliflower, carrot dan kacang panjang jer. Kacang Panjang tu dipatah patahkan supaya tidak hilang manisnya, kata Mak sayalah dulu. Akhir sekali baru saya masukkan tahu lampung dan soon yang telah direndam dulu. Soon pun tak perlu banyak sangat, nanti dia serap sangat kuah tu. Rasa garam, jika dah secukup rasa siaplah kiranya. Kuah tak perlu banyak sangat garam sebab nanti kita akan makan dengan sambal sotong pun ada garam. Nasi impit pun ada rasa garam juga kan. So, kuah tu biar ala ala manja rasa garamnya.




LONTONG ni memang sedap sangat kalau dimakan dengan sambal tumis. Sambal tumis apa jer pun boleh ajer tapi pilihan saya dan keluarga tetap Sambal Tumis Sotong berkacang. Pastu ada laa pulak Tempe Goreng ngan Telur Rebus kann.. Perghhh.. Wallahhh.. Jomlah nengok resepi SAMBAL TUMIS SOTONG KACANG saya tu kalo nak try..


BAHAN BAHAN :

3 ekor Sotong Rendam size Besar
100 gram Kacang Tanah
9 sudu makan Cili Mesin
1 kiub Pati Lembu Knorr
1 biji Bawang Besar ~~ dihiris
9 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
Sedikit Belacan *
Sedikit Gula Kabung ~~ jika ada
Perahan Air Asam Jawa
Garam dan Gula Secukup rasa
Minyak untuk Menumis
Air Secukupnya




Potong sotong kepada kepingan kecil. Jangan potong terlalu kecil kerana sotong akan mengecut setelah dimasak. Bilas dan toskan airnya betul betul. Goreng sangai kacang tanah, buang kulitnya dan blend dengan air. Selepas itu blend juga bahan bertanda (*). 

Panaskan minyak dan tumis bahan (*) yang diblend tadi hingga garing dan keperangan. Masukkan cili mesin dan masak hingga garing dan hilang bau cili. Pastikan api kecil semasa menumis cili supaya ia masak sempurna dan juga masukkan sedikit garam juga supaya cantek garingnya. Cili mesin ini juga boleh dikurangkan atau ditambah ikutlah nak pedas macam mana. Selepas itu masukkan perahan air asam jawa dan kacang yang diblend tadi. Masak hingga kacang tu kembang. Tambahkan air jika perlu. Jika ada gula kabung boleh juga dibubuh sekali untuk menghasilkan rasa manis manis lemak dan juga mencantekkan lagi warna sambal tu. Setelah kacang tu betul betul kembang, keringkan sambal tu dulu sebelum masukkan sotong kerana sotong ini akan mengeluarkan air lagi. Setelah masukkan sotong, masak sebentar bagi dia kecut sedikit dan pekat sambalnya. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris tadi dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Selamat Mencuba!



Saturday, 3 November 2012

SEMBILANG LAUT GORENG BERLADO DAUN LIMAU PURUT & FOUR SEASON VEGETABLES



Wahhh.. Nama Menu tak boleh blahh betoi, bak kata bebudak sekarang.. Melayu ada, Omputih pon ada.. Sesedap gigi jer kan.. hehehh.. Apa khabar semua?? Assamualaikummm dan Selamat Berhujung minggu juga. Berapa hari dah nak masukkan N3 ni tak sempat sempat. Bila ada kesempatan tu mood pulak ke laut. Nak kata tak sehat tu, sehat.. cuma mata dan idung ni jer doq merambu rambu air kuar. Mana taknya asyik berujan jer dalam minggu ni. Ni pon standby tuala kecik kat sebelah ni. Tak kang kembang jer memandang screen ni.

Kerana kesihatan kurang memuaskan, saya straight to the point jer lah.. Moh ler kita nengok resepi SEMBILANG GORENG BERLADO ni. Masa pun tak banyak ada, maklumlah ujung minggu ni bila semua ada di rumah barulah nak masak lebih sikit kat dorang.




~~ BAHAN BAHAN ~~

4-5 ekor Ikan Sembilang size sederhana
6 batang Cili Merah *
6-9 tangkai Cili Padi *
5 ulas Bawang Merah *
1 ulas kecil Bawang Putih *
1 biji Bawang Besar (dihiris bulat)
1-2 batang Serai (dititik)
2 sudu besar Jus Lemon (ikut citarasa)
1 cawan Air atau secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Beberapa helai Daun Limau Purut




Bersihkan dulu ikan, pastu kelar kelarkan badannya dan lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng hingga masak, angkat dan ketepikan dulu. Blend atau kisar semua bahan bertanda (*) di atas. Panaskan kuali dan minyak untuk menumis. Masukkan serai dulu dan tumis sebentar bagi naik bau serai dalam minyak tu dan dikuti dengan bahan yang diblend tadi. Goreng hingga garing dan naik bau. Kemudian bolehlaa masukkan sedikit garam dan sedikit air agar dia berkuah sikit. Bila semua dah menggelegak bolehlaa bubuh jus limau secukupnya mengikut citarasa memasing. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat tadi dan masak sebentar. Siat siatkan juga daun limau purut dan masukkan ke dalam masakan untuk menaikkan aromanya. Akhir sekali rasa garam, jika semua sudah secukup rasa, tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi dan sedia untuk dihidangkan. Senang jer kann.. 




Bab FOUR SEASON VEGETABLE ni pulak, baru festaim saya buat ni. Hubby yang suruh buat, sedap katanya.. Pernah makan kat Chinese Restaurant. Kerana nak masuk Syurga, i follow jerlah.. bukan susah kann..

Sempoi jer wat sayur ni just tumbuk dalam 3 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, sedikit belacan atau udang kering bersama 2 batang cili merah dan sedikit cilipadi jika nak pedas sikit. Kemudian tumiskan hingga garing. Bagikan garam gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan sayur. Masak sayur hingga layu setakat mana yang suka. Terung tu saya goreng dulu sikit. Saya suka makan terung yang digoreng sikit. Terpulanglah pada citarasa memasing yer. Selamat Mencuba.. (",)