Saturday, 8 September 2012

KARI KAMBING NaalerrekerQ :P



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Geng geng dapurku masak apa yer arini? Saya masak nilaaa.. Kari Kambing baekkk punyerrr.. Memang betoi betoi Naalerrekerq lah.. hehehh.. Bukannya nak naik lift tekan sendiri tapi memang puas sangat makan bila masak sendiri. Cukup koww ngan secukup rasa pedas dan rempahnya.. Kuahnya yang pekat giteww.. Yeayhhh.. Orang lain takyah citerlaa.. Saya sendiri pon makan tak hengat.. Tapi ada gaklaa hadnya kann.. Apa apa pun kenalah bersederhana. Insyaallah.. Selamat.. :)




Mau sebulan ada daging kambing ni duduk dalam peti sejuk tu, baru ni jadi lauknya. Asyik postpone jer dek macam macam hal yang jadi. Ni pon menu apa yang jumpa dalam peti tu jer. Gorengkan ikan Terubuk jeruk yang dulu beli kat Kota Kinabalu ngan Pappadom. Sayur pon takder kesahnya, nak kuar gi kedai tak berapa rajinlaa pulak dah petang petang dekat nak berbuka tu. Makan jerlah buah buahan wat ganti sayur tu yer darling darlingku. Alhamdulillah harini dapat dah saya posa nam hari yang kelima dah. Tinggal esok jer lagi sari. Mudah mudahan kesampaian dan dipermudahkan. Hmm.. Nak tau tak cane gayanya saya masak KARI KAMBING ni? Kalau nak, jomlaa pi my dapoq sweet dapoq tu.. hikhik.. (",)




BAHAN BAHAN :

1 kg Daging Kambing ~~ pilih bahagian yang tak byk lemak
50 gm Rempah Kari Daging ~~ saya suka guna BABAS
3 sudu besar Cili Mesin ~~ blh tambah klu nak pedas lagi
3 susu besar Tomato Puree ~~ saya guna jenama Kimball
200 ml Santan Pekat ~~ saya guna santan kotak Ayam brand
3-4 biji Ubi Kentang ~~ dibelah 4
6-7 Tangkai Cili Hijau
Minyak untuk Menumis ~~ saya guna Minyak Jagung
Air Secukupnya atau Santan Cair ~~ utk merebus daging
4 sekawan ~~ kayu manis, bunga lawang, cengkih n buah pelaga
3 helai Daun Pandan ~~ disiat siatkan
Sedikit Daun Kari
1 biji Bawang Besar *
5-6 ulas Bawang Merah *
3 ulas Bawang Putih *
2 inci Halia *
Garam Secukup Rasa




CARA CARANYA :

Bersihkan daging kambing dengan tepung gandum dan limau nipis untuk mengurangkan baunya dan toskan. Hiris nipis dan halus semua bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan dalam periuk yang bersesuaian dan tumis 4 sekawan tu dan semua bahan yang bertanda (*) hingga keperangan dan naik bau. Masukkan juga daun kari dan daun pandan. Bancuhkan rempah kari, cili mesin dan sedikit garam menjadi pes. Kemudian tumis atau goreng hingga garing, pecah minyak dan naik bau. Guna api kecil jer supaya rempah tu masak sempurna dan tidak hangit. Selepas tu masukkan tomato puree dan goreng sebentar.

Bila rempah dah cukup masak, masukkan daging kambing tadi dan biarkan dikecutkan atau dimasak sebentar dengan rempah tu tadi. Dikacau selalu supaya tidak melekat atau hangit di bahagian bawah periuk. Patah patahkan cili hijau ke dalamnya juga. Selepas itu baru dimasukkan air atau santan cair dan masak hingga daging tu empuk dan lembut. Bila sudah betul betul empuk bolehlah dimasukkan ubi kentang dan santan pekat. Perisakan dengan garam secukup rasa. Jika suka lebih masam boleh ditambahkan lagi sedikit tomato puree. Kalau takder tomato puree boleh juga guna buah tomato tapi saya lagi suka guna tomato puree sebab lebih sedap masamnya dan kuah kari kita akan menjadi lebih cantik warna kemerahan giteww.




Sebelum dimatikan apinya, biar ianya masak sebentar dengan api kecil jer supaya terbit minyaknya. Barulah nampak berseri kari kita nanti. Lagi satu saya nak bagi tips, selain daun kari penggunaan cili hijau dan daun pandan tu amat penting jika saya memasak kari kambing. Ini dapat mengurangkan bau bauan kambing yang semua orang tau camner kuatnya tu dan juga menaikkan lagi aroma kari tu. Okeylah.. Rasanya siaplah dah kari kambing ni. Kalau ada apa apa yang saya terlupa bagi tau, nanti saya tambah. Maklumlah, hakaq ni dah pelan remaja kann.. hehehh.. Selamat Mencuba.




Ni pulak dessertnya.. PUDING TAHU yang sungguh nyaman jer tekak makan bila berbuka tadi. Macam taufufa pon ada rasanya. Insyaallah pada next N3 saya kongsikan resepinya pulak yer. Daaaa.. :)



Wednesday, 5 September 2012

Dark CHOC CHIP with PISTACHIO Cookies



Assalamualaikummm.. Selamat Sejahtera juga pada yang bukan beragama islam. Cookies saya ni memanglah itam legam, tapi itam bukan sebarang itam taww.. Sekali bite jer dah buntang mata sedapnya hingga tak boleh benti makannya. Kata sayalaa tu dan mereka mereka yang dah pernah rasa. Tiap kali raya memang sekut ni laa yang selalu kena kutuk dek adek adek yang tak sayang mulut tu dek kerana rupanya yang itam legam TETAPI sekut ni jugaklah yang dorang hadap tak benti benti dari yang tua sampailah yang sekecik anak semuanya suka gilerr. Itam itu MENAWAN.. tak giteww?? hehehh..




Actually ni sekut raya ritulaa, baru sempat nak hapdetnya. Takperlah, raya haji sok pun boleh buat. Tak raya pun boleh jer, leh buat kudapan sambil sambil lepaq depan TV tu kan. Resepi asalnya dulu saya dari google search @ Nigella Lawson tapi saya dah adjust balik sikit ikut citarasa saya melalui pengalaman yang saya telah buat pada tahun lepas. Bahan pun saya guna mengikut apa yang senang dapat kat Mesia ni jer tapi rasanya tetap sedap. Saya try google search gak tadi, nak try cari balik supaya dapat copy link dia kat sini tapi tahlaa tak jumpa pulak. Macam macam pulak soklan kena jawab, tak kuasalah. Resepi asalnya pun dalam bahasa omputih, saya terjemahkanlah sesiap kat sini yer.  




BAHAN BAHAN :

125 gm Dark Cooking Choc ~~ min 70% cocoa solid
150 gm Tepung Gandum
30 gm Serbuk Koko ~~ diayak
1 sudu teh Soda Bicarbonate
1/2 sudu teh Garam Halus ~~ jika guna unsalted Butter
125 gm Butter/Mentega ~~ suhu bilik
75 gm Gula Perang halus
50 gm Gula Kastor
1 sudu teh Vanilla Extract
1 biji Kuning Telur ~~ sejuk dari fridge
200 gm Dark Choc Chips
150 gm Kacang Pistachio ~~ dipanggang dan cincang kasar.




~~ CARA CARANYA ~~

1. Cairkan dark cooking choc atau choc masakan di dalam microwave atau dengan kaedah double boiled. Sejukkan sebentar.

2. Satukan tepung gandum, serbuk koko, soda bicarbonate dan garam di dalam mangkuk. Gaul rata.

3. Krimkan butter bersama gula perang dan gula kastor. Saya kacau dengan senduk jer. Kemudian masukkan cooking choc yang telah dicairkan tadi dan kacau sebati. 

4. Pukul kuning telur yang sejuk dari frigde bersama vanilla extract dan masukkan ke dalam bahan di atas. Selepas itu masukkan bahan bahan kering sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh. 

5. Saya masukkan sebentar adunan ke dalam peti sejuk lebih kurang 10 min. Tutup adunan dengan plastik.

6. Keluarkan adunan dan gaul rata dengan dark choc chips dan kacang pistachio. Jika adunan mengeras, biarkan ia thaw sebentar. Bentuk bentuk dan letakkan di dalam bekas pembakar. Jangan bentukkan besar sangat sebab ia akan mengembang sedikit setelah dibakar.

7. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 20 min atau mengikut kapasiti oven memasing. 




Selamat Mencuba.. Saya dan anak saya, Farrah suka betul buat cookies ni. Senang sangat membuatnya dan juga sangat sedapppp.. :b



Monday, 3 September 2012

Kek Lapis MASAM MANIS lagi dan GBS GederGederr Raya..



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Ada masa sikit ni sebelum bawak Mak ke Klinik Pakar Mata japgi. Appointment kul 3 petang. Sempat lah saya menghapdet XTVT saya ngan teman teman Geng Bas Sekolah gedergeder Raya pada malam jemahat lepas, A nite before Merdeka Holiday. Memang happening gilerr walaupun masa agak mencemburui kami. Dinner kami BBQ dan Potluck. Saya cuma sempat buat Kek Lapis Masam Manis tu jerlah memandangkan bahannya dah ada kat dapo tu. Keesokan paginya, sesudah subuh saya dah ke Chuah, PD bersama Ana yang juga host dan tuan tanah majlis kami tu untuk mencari fresh Seafood untuk dijadikan BBQ. After that, terus ke Pasar Besar pula mencari Kambing pulak dan sedikit bahan lain tuk penyediaan masak malam tu.




Main Coursenya pulak saya masak Nasi Carrot dan Ayam Masala. Tu jer yang terlintas dalam kepalaku  Buatnya pun taklah susah sangat. Alhamdulillah, nampaknya ramai juga yang suka makan dan sedap kata dorang. Kalau nak resepinya bolehlah skodeng kat SINI yer.




Walaupun perancangan very the adhock, tapi okay jugaklaa.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Selain beraya kami juga sebenarnya ingin meraikan seorang teman bangku sekolah Faizah @ Noni yang pulang beraya dari Manchester, UK. Thanks juga Noni kerana sanggup meluangkan masa bersama kami malam tu. Maaflah jika ada kekurangan di mana mana yer.




Actually, petang tu sebelum memulakan operasi main masak masak tu my Kek Lapis Masam Manis sempat berposing di laman Ana taww.. Jangan jelez uols.. hehehh.. Kalau ada yang nak recipenya juga, jemputlah singgah kat SINI. Skodeng.. Jangan tak Skodeng.. ;)




Terima kasih banyak banyak Ana selaku tuan tanah, sanggup menjadi host pada malam tu. Harap Ana tak serik yer. Apa apapun kami semua enjoy sangat dapat berkumpul dan bersembang sesama sekali sekali camni. Sampai bila dah balik umah baru teringat nak makan lagi. Asyik pokpek pokpek bercerita jer.. hehee.. Thanks juga pada your beloved hubby Prof Dr. Jamal Zainol yang sangat sporting dan supportive. Hanya Allah yang dapat membalas jasa dan budi baik Ana sekeluarga.




Hmm.. this our wonderful and yummylicious BBQ that nite. Lapar derr.. bila nengok gambar ni. Okay, saya dah nak siap siap tuk bawak Mak gi appointment with Eye Laser Specialist. Doakan Mak saya yer.. Mudah mudahan semuanya berjalan lancar. Ameen..