Friday, 1 June 2012

KECIWA SANGAT.. Ader ker Patot..


Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang penuh Barokah buat Semua. Hujan juga dah turunn.. bestnyer sejuk jer rasa.. Tapi hati saya ni pon ada sikit ujan jugak.. Sedeh sehh.. Ada ker Patot? Geram pon ada gak.. Boleh ker ada desas desuss yang sampai ke telinga saya mengatakan gambar gambar makanan dalam blog saya ni, Saya Chilloq dari orang lain.. Hadoyyy.. tolonglaaa.. Mak bukan spicis yang nak suka mencuri ni.. Kalau refer recipe adalah, tu pon saya akan maklumkan di Blog ni. Mak tak kuasalaa takat nak tambah dosa dengan kerja curik gambar ni. Semua picture dalam Blog saya adalah hasil dari saya sendiri. Kengkadang tu ada juga yang takboleh lakukan sendiri saya mintak tolong dari Hubby dan Anak tunggal saya Farrah. Pelik sangat, napelaa mereka itu tak sudah sudah nak berprasangka buroq pada saya ni.




Selama ini saya ikhlas berkongsi apa yang saya tau dengan mereka yang berminat.. Yang tak minat gi main jejauh yer.. Bukannya saya buat semua ni untuk dapat untung berJuta RM, malah tak seSen pon. Sungguh saya ikhlas sangat. Penad noqq.. Mak tunggang terbalik lepas berpeluh peluh masak menyenap picture picture ni semua, Sampai hati korang lemparkan tuduhan sebegini yer.. huhuu.. Cuba bila ada masa tu, bila dudoq dudoq tu, pikir balik.. Kalau lah betul saya amik aka curi pic orang, lalu ker setiap N3 ni picture nya nak dicuri.. Adehh.. Renung renungkanlah.. Dosa beb, Berburoq sangka ni. Makanya, N3 ni biar apa orang nak kata lagi, memang nak tunjuk ini adalah antara Peralatan saya untuk menghasilkan gambar gambar dalam BLOG ni.. Bukan nak tayang Body yer.. Saja nak kasi jelas.. Kang jangan ada pulak yang kata saya gi Sewa mender alah ni semua kat kedai Gambor AhPek pulak yer.. kehkehkeh.. Hadoyy.. Memang tak der kerjalaa otak mereka itu.. Ni semua adalah hakmilik Hubby saya selaku Sifu saya untuk mengendalikan Camera NIKON D90 yang tak seberapa ni. Harap maaf jika gambar kurang memuaskan yer.. Terpaksa snap guna my tab jer sebab D90 tengah beraksi tuu.. ekekekee.. kan dah tak pasal pasal kena wat keja bodoh ni..




Yang chomel ni selalunya jadi pembantu saya yang sangatlah garang.. duhh.. itu gaya pose ker tunjuk penumbuk anakku? hehee.. Anak saya Farrah lah ni.. Tenkiu My Darlink.. Kengkadang riuh rendah jugak bertekak ngan dia masa nak snap picture tu.. Maklumlah dua dua ibu dan anak terlebeh bijak kann..




Okaylah.. Rasanya cukuplah yer.. Malas nak cakap bebanyak, "Lue Pikir Laa Sendiri".. bak kata Nabil kann.. Kita Chilleqq makan cekelat ni lagi best.. nyum nyumm.. :P
pssst.. pssttt.. tu betol betol jari saya yg pegang ceklat tu yer, nampak tak tahi lalatku iteww?? klu tak nampak, pendek umur.. kehkehkeh..


Thursday, 31 May 2012

BUTTERED PRAWN.. Hoyeyy!!.. Jadi der ;D



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya seakan menarik nafas panjangggg.. Berakhir sudah laa gamaknya Sumpahan saya untuk membuat BUTTERED PRAWN ni. Puas berkali kali mencuba tu, macam macam rupa yang tak semenggah jadiknya. Sampai tiap kali saya cakap kat hubby nak masak menu ni, dia yang cuaq dulu.. kehkehkeh.. Tapi tulah orang kata berkat kesabaran dan tidak putus asa, akhirnya Hari Ini Dalam Sejarah jadilah juga hasil dari keras tanganku ini. Terima kasih kepada PakChik Google atas vidoe dan recipe ini sehingga saya menemui jalan yang lurus untuk menghasilkan Butter Prawn ini walaupon taklaa secantek atau seperfect yang kat Chinese Restoren tu kann.. Tapi untuk Restoren kami yang kat umah ni bolehlaa.. heheh..




Buat kali ni saya tak berani nak buat banyak banyak, takut tak menjadi lagi. Dahlaa tak cukup pulak tadi, berebut pulak anak banak. Nampak gayanya kena laa buat lagi ni. Takper, senang jer.. echechehh.. eksen laa pulak.. hehee.. Jom nengok cane nak hasilkannya. Saya buat Sarang Telur/ Flossnya dulu sebab tu yang penting. Kalau yang ni tak jadi, memang out lah kann.. kompom tak menjadilah kiranya BUTTER PRAWN kita ni..


SARANG TELUR/FLOSS :

2 biji Kuning Telur

Sesenduk Butter/Margerin


Secawan Minyak




Pukul ringan kuning telur. Boleh tambah atau gandakan lagi kuning telur dan bahan di atas jika suka floss yang banyak. Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti yer. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak bewarna keemasan. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan ker untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula bab Udangnya. Jom nengok.. :)




BAHAN BAHAN :

12 ekor Udang size besar atau Sederhana
Sedikit Garam
Sedikit Lada Sulah
Minyak untuk menggoreng 

3 ulas Bawang Putih ~~ dicincang
6-8 tangkai Cilipadi ~~ dihiris
5 tangkai Daun Kari
1/4 cawan Susu Cair
Sedikit Butter/Margerin untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Putih ~~ jika suka
Garam secukup rasa


Seronok derr.. Menjadi jugak.. :D


Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng hingga agak berubah warna dan masak jer. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantek dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cilipadi dan daun kari hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang kita goreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine tu pon ada garam gak. Takut masin sangat pulak nanti tak syiok pulak nak meratah ratah. Setelah semua bahan masak dan mesra bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan Sarang Telur/Floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann.. Selamat Mencuba.. (",)





Sunday, 27 May 2012

Masak Lemak CILIPADI Tulang Rusuk LEMBU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua. Juga selamat berhujung minggu bersama keluarga tercinta. Cuti sekolah sudah bermula, seronok juga rasanya kan dapat meluangkan banyak masa bersama anak anak. Dapat jugaklah berehat dari kerja kuar masuk menghantar anak, penat dah nengok jalan tu. Bagi saya masa nilah nak masak masak apa saja makanan yang digemari oleh anak anak kita kann.. 




Arini saya masak salah satu masakan kegemaran anak saya, Masak Lemak Cilipadi Tulang Rusuk Lembu. Memang tak hengatlah dia makan kalau saya masak gulai ni. Dari kecik lagi dia memang cukup suka makan daging. Kalau nengok dia ratah daging, Subhanallah ngalahkan ghimau.. hehee.. Tapi saya seronok sangat bila nengok dia beria ia makan tu. Pada sesapa yang berminat nak tau macam mana saya masak MLCP Tulang Rusuk ni, saya akan kongsikan di sini. Jom checkidauddd.. (:




BAHAN BAHAN :

1 kg Tulang Rusuk Lembu
Segenggam Cilipadi ~~ kurangkan, klu tak kuat pedas
2 inci Kunyit hidup
Serai dalam 4-5 batang ~~ dititik
1 inci Halia ~~ diketuk jika suka
3-4 biji Kentang ~~ dibelah 4
1 helai Daun Kunyit ~~ disiat siat
400 ml Santan kotak ~~ Ayam brand
500 ml Air atau secukupnya
1 keping Asam Keping
Garam secukup rasa


Mula mula kisar atau kalau rajin nak tumbuk lagi sedap, cilipadi dan kunyit hidup tu dan titik serai tu. Sediakan periuk, masukkan Tulang Rusuk yang telah dipotong dan dibersihkan, Cilipadi dan Kunyit yang telah dikisar tadi, Serai, Halia, Air, dan sedikit Santan dulu supaya tak terbersin bersin kita dgn bau ciliapi tu nanti. Jerang atas dapur dan masak hingga daging tu empuk dan lembut. Kalau tak empuk lagi, bolehlah ditambah lagi Air dan sambung merebus lagi. Bila daging pada tulang tu dah lembut, masukkan Ubi Kentang dan biarkan masak hingga agak empuk. 

Selepas itu baru kita masukkan kesemua santan, asam keping, garam secukup rasa dan biarkan mendidih seketika. Siat siatkan daun kunyit tadi dan masuk ke dalam gulai tu. Jangan masak lama sangat bila dah masuk santan nanti dia terbit minyak tak cantek gulai kita nanti. Api pon jangan kecil dan jangan besar sangat juga.. Yang sedang sedang ajer~~ Kalau kecil sangat nanti dia cam terbit minyak, tak jadi camtu.. Kalau besar sangat pulak, takut pecah minyak. Cam banyak lak songelnya kann.. hehee.. tapi taklah.. Jangan risau, senang jer..




Kalau MLCP untuk Tulang Rusuk ni biasanya tak perlu pekat sangat kuahnya, nanti muaq.. Saya suka bagi pedas sikit, tapi terpulanglah pada selera memasing yer.. Adjustlah ikut citarasa keluarga juga kann.. Ada juga yang mungkin bertanya mengapa tiada langsung penggunaan bawang dalam masakan ni. Sebenarnya kalau MLCP yang ori dari Negeri Sembilan memang tiada penggunaan bawang tapi sangatlah sedap. Kalau bubuh bawang lain rasa dia.. Kurang kick dan umpphhnya tu. Tulah juga yang buat saya suka masak ni, takyah sesusah nak kopek bawang dan lebih jimat juga. Kalau nak tau keenakannya yang tersendiri kenalah cuba yer.. Lagi satu boleh juga gunakan Santan Segar. Saya ni guna apa yang senang dan ada dalam dapo jer.. Janji sodap dahlaa.. Sentiasa sempoi.. tapi setakat ni kalau santan kotak cap Ayam tu memang ok, sama jer rasa cam santan segar tu.. bagi tekak saya yang tak banyak hal ni laa.. hehehh..




Sebagai Dessert pulak saya sediakan yang sempoi sangat tapi sangat sesuai untuk menyejukkan tekak pada cuaca panas panas ni.. Sedap sangat.. Potong potong buah Red Dragon Fruit tu, scoopkan jer Vanilla Ice Cream.. mmm.. Nyamannn jer lalu kat tekak.. ;P