Friday, 18 May 2012

Aneka Rupa PUDING ROTI


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat Semua  :)

Sejak kebelakangan ni cuaca panas sungguh kann.. Payah sungguh hujan nak turun kat tempat saya ni, takat hujan renyai sekali lalu jer. Bukan nak merungut yer.. tapi tulaa qesahnyaa.. Dengan cuaca sebegini yang sedapnya kalau dapat makan yang sejuk sejuk tu.. sedap jer nyaman lalu kat tekak kann.. 




Kebetulan selalu ada jer roti yang tak habis, tu yang dari membazir eloklaa dijadikan PUDING ROTI. Sedap dan sangat mudah jer membuatnya. Selain itu berbagai bentuk pilihan boleh kita buat ikut kerajinan masing masing. Jom nengok resepinya.. Sempoiii.. 




~~ BAHAN BAHAN ~~

3 keping Roti Gardenia
1 tin Susu Cair
1/2 cawan Susu Pekat Manis
2 biji Telur
1 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu besar Tepung Kastard
*Semua bahan-bahan diatas di blend*
*Semua bahan-bahan di bawah di masak sehingga hancur*
1 paket Agar-Agar strip 20 gm (direndam dulu)
1 litre Air
1 cawan Gula Pasir
Pewarna ikut suka




Masak agar-agar strip bersama gula dan air sehingga hancur. 
Tutup api dan tapis agar agar takut ada yg tak hancur..
Blend semua bahan utk di blend tu hingga sebati dan masukkan ke dlm agar agar tadi. Sambung masak dengan api kecil hingga mendidih tapi kena sentiasa kacau supaya tak hangus di bahagian bawah dia.
Bila dah masak, bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian. Bubuh warna mengikut citarasa sendiri.
Letakkan satu senduk setiap warna di dalam loyang @ bekas berselang seli sehingga habis. Ni cara untuk yang berbelang tu, pastu tarik ngan lidi atau pisau ke tepi bekas.
Sejukkan sebelum disimpan di dalam fridge. Enak dihidangkan ketika sejuk @ chilled.

** Puding ni cepat keras. Sangat senang dan masa penyediaan pun singkat. 




Di sini saya nak berkongsi juga beberapa bentuk Puding Roti yang pernah saya buat ikut mood saya laa.. hehee..




~~ SELAMAT MENCUBA ~~

Thursday, 17 May 2012

Nasi Lemak Daun LEMUNI


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pernah dengar tak nama Daun Lemuni? Saya memang ada tanam pokok ni di belakang dapo tu. Macam satu pokok yang wajib ada dah pada kami sekeluarga sebab suka sangat jika dimasak NASI LEMAK DAUN LEMUNI disamping banyak juga khasiatnya yang lain. Yang paling melekat di ingatan saya, Mak selalu cakap kalau makan nasi daun ni boleh awet muda.. hmm tu yang seronok tu.. hehee.. Kalau kat umah Mak memang ada senduk yang Abah buat khas dari batang Lemuni ni. Bila masak nasi kacau ngan senduk tu khasiat dari batang Lemuni tu akan masuk ke dalam nasi. 




Mai maii cheq nak stori sikit.. Daun Lemuni ni yang saya tahu ada dua jenis, satu Lemuni Putih dan satu lagi Lemuni Hitam. Tapi yang saya suka dan paling banyak khasiatnya adalah yang Hitam. Daun Lemuni Hitam atau Nama Saintifiknya Vitex Trifolia var Negundo adalah tumbuhan dari jenis renek yang boleh mencapai ketinggian 1 hingga 4 meter. Tapi kalau tak rajin cantas, pokoknya akan membesar dan tinggi jugak. Satu tangkai daun memegang 3 daunnya, dengannya daunnya berkilat dibahagian atas. Menurut kajian, daunnya juga mempunyai minyak pati dan resin (info dari google).




Akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya didalam periuk yang panas tanpa dicampur air, daun yang panas ini kemudiannya ditekapkan pada luka tadi. Lakukannya dua hingga 3 kali sehari. Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri beri, rheumatik dan cirit birit dan juga boleh digunakan sebagai antiseptik. Dimalaysia daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang butih, lada hitam, kunyit dan nasi, kemudian digentel kecil-kecil digunakan selalunya untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggalakkan pertumbuhan janggut. Ia juga digunakan untuk merawat KANSER PAYUDARA. Selain itu daunnya boleh juga dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala selain daunnya juga dijadikan ulam dan bahan campuran ketika memasak nasi. Daunnya juga dapat membunuh jentik-jentik dan boleh digunakan sebagai ubat nyamuk/nyamuk aedes (juga info hasil menggugel).




Di sini saya nak berkongsilah juga resepi Nasi Lemak Daun Lemuni cara cam yang selalu saya dan Mak saya buat. Sempoi sangat.. Jom jomm.. :)

BAHAN BAHAN :
4 cawan Beras ~~ Saya guna basmathi
200 ml Santan Kotak ~~ Ayam brand
Secekak Pucuk Lemuni di kisar dgn 2 cwn air
3 cawan Air
2 ulas Bawang Putih ~~ hiris nipis
3 ulas Bawang Merah ~~ hiris nipis
1/2 biji Bawang Besar ~~ dihiris nipis
1 inci Halia ~~ dimayang halus
2 helai Daun Pandan ~~ disiat n disimpul
2 sudu kecil Garam atau secukup rasa

** Jika suka boleh tambah sedikit lada hitam dan halba. Saya tak bubuh sebab daun ni nak cukup panas melainkan untuk orang yang lepas bersalin iaitu dalam pantang.




Caranya pulak sangat mudah seperti kita memasak nasi juga. Beras tu dibasuh dan ditoskan. Kemudian satukan semua bahan diatas di dalam periuk atau rice cooker dan masak sehingga masak. Sesekali dikacau supaya daun lemuni dan semua bahan tu sekata. Ada juga orang yang tapis daun tu cuma amik airnya saja, boleh juga. Tapi saya lebih suka dimasukkan dengan daun daun tu sekali. lagi wangi baunya dan lebih enak bila makan tu terasa rasa daunnya tu. Paling sesuai dimakan bersama Sambal Tumis. Tak kiralah apa jenis sambal pun. mmg mantoppp.. Kenalaa pulak dengan Ikan kering.. perghhh!!!!.. Mak Mertua toksah laa lalu dulu naa.. hehehh.. Anak menantu tengah lupa daratan ni..




Selamat Mencuba yer kengkawan.. Memang tersangatlah sedap dan tak kurang jugak khasiatnya.. Awet Muda tuu.. takmor ker??.. Ngeee.. ;D




Pada yang tak pernah nengok Pokok Lemuni, ni ada picture dia saya baru snap tadi view dari belakang dapoq cheq.. hehee.. Senang ja nak tanam dia, senang jugak hidup. Cuma cucukkan saja keratan batangnya ke tanah. Insyaallah hidup.




~~ COOKING WITH LUV ~~


Thursday, 10 May 2012

NEW YORK Cheese Cake with BLUEBERRY Sauce


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua  :)


Yayyyy.. Saya sampai New York dahh.. hehee.. Tekak ni punyalaa teragak nak makan cake tapi nak buat cake yang senang senang jer.. Tetiba semalam masa tengah skodeng skodeng lalu laa pulak resepi ni depan mata kat. Nengok cam senang jer, rasa bahan pun cam ade jer semua dalam umah.. Hmm.. Cantekkk.. Apa lagi?? Kalau mood nak membaking sudah mariiii, takleh tunggu tunggu lagi sebelum mood tu ilang.




Takleh nak bebel sangat, dah malam ni.. ngan tenet yang sangat lembabbbsss ni tah bila kalanya nak sudah ni.. Moga dipermudahkanlah usahaku malam ni. Seb baek ada pulak ~~Kuch Kuch Hota Hai~~ neman ni.. syiokk betul laa lagu lagu dia.. tak pernah jemu dengan cerita ni.. make me feel like dancing tooo.. maybe it goes in the blood too, kowtt.. Anyway, terima kaseh teman mukabuku ku Puteri Aida kerana share recipe ni, cuma adalaa sikit sikit yang di adjust ikut selera dan kesesuaian saya.. Kayy.. Jom nengok resepinya.


BAHAN A (BASE) :

50 gm Biskut Marie
~~ dikisar halus

10 gm Original Nestum 
50 gm Butter

Cairkan butter. Masukkan ke dalam biskut marie yg telah dikisar tadi bersama nestum dan gaul rata. 

Kemudian masukkan adunan biskut marie itu ke dalam loyang yang digris atau dialas dgn baking paper dan tekan padat. Biarkan di dalam peti sejuk selama 20-30 minit.

BAHAN B :

3 biji Putih Telur
30 gm Gula Kastor
1/2 sudu teh Cream of  Tartar

Satukan semua Bahan-bahan di atas dan pukul sehingga kembang bertanduk (soft peak).



BAHAN C : 

250 gm Cream Cheese
70 gm Gula Kastor
3 biji Kuning telur
30 gm Tepung Jagung
2 sudu besar Sour Cream
1 sudu besar Lemon Juice
 ½ sudu teh Vanila Extract/Essense


Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik. Pukul cream cheese bersama gula kastor sehingga berkrim dan sebati.

Masukkan kuning telur satu per satu. Kemudian masukkan vanilla ekstrak/essence, yoghurt dan lemon juice. Pukul sebentar. 

Slowkan speed dan masukkan pula tepung jagung sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.




Seterusnya campurkan adunan BAHAN B tadi ke dalam adunan BAHAN C dan kacau dengan senduk kayu dengan cara kaup balik hingga agak rata dan sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang dan hentak hentakkan sedikit untuk kurangkan gelembung udara supaya cake kita tak banyak lubang lubang nanti. Bakar secara double boil pada suhu 170’C selama 50-60 minit atau bergantung pada kapasiti oven memasing. Kalau guna loyang yang removable cam saya ni, balut bahagian bawah loyang dengan aluminium foil supaya tidak masuk air. Size loyang yang bersesuaian untuk adunan ni adalah yang dalam 6 inci diameternya.

Kalau sudah masak jangan kuarkan terus dari oven yer.. Renggangkan sekejap pintu oven dalam 10 minit camtu dulu.. Pastu lalukan dengan pisau keliling kek tu supaya dia tak turun sangat.



Biarkan kek sejuk dan masukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong. Seeloknya lebih kurang 5-6 jam. Kek ni sedap dimakan sejuk atau cam omputih cakap, Serve Chilled.


** Note : Kaedah Bain Marie atau Steambath maksudnya, kita letakkan loyang cake tu dalam tray yang berisi air panas MENDIDIH dan terus bakar dalam oven yang telah siap dipanaskan terlebih dahulu.





Boleh juga dihias dengan fresh cream atau apa jer kegemaran memasing. Kali ni saya serve dengan Blueberry Sauce yang saya buat sendiri. Caranya senang dan sempoi jer.. Jom nak stori.. :)

 

BLUEBERRY SAUCE :

1 cawan Buah Blueberry
2 sudu makan Gula ~~ ikut selera
1/4 cawan Air

1 sudu kecil Tepung Jagung *
1/4 cawan Air *
 ** bancuh sekali~~


Masak buah Blueberry bersama gula dan air. Kacau sentiasa hingga buah tu pecah dan gula larut.

Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kacau kacau sehingga agak pekat. 

Sejukkan sebentar dan bolehlah dituangkan ke atas cake atau semasa hendak dihidangkan.




Resepi ni nampak cam panjang kann.. tapi sebenarnya senang jer.. tak chaya cubalah.. Memang berbaloi baloi.. Seyyess sedap sangat sangat, langsung tak muak. Boleh dikatakan dalam banyak banyak cheese cake yang saya dah mencuba, ini yang paling saya suka. Memang saya recommend betul betul pada kengkawan untuk mencubanya. Saya pun rasa cam nak buat lagi. Dah licin yang saya buat ni. Alhamdulillah.. Suami dan anak pun suka sangat. Pertama kali buat cake boleh habis dalam sehari ni.




Di N3 kali ni juga saya ingin menyelitkan sedikit cerita suka saya di dunia masakan ni. Blog saya masuk Majalah JELITA keluaran Bulan Mei ni.. yeayyyy.. Actually, taklaa besar mana pun.. tapi bagi saya sudah saya terharu dan cukup gembira. Terasa segala usaha dan titik peluh saya selama ni dihargai juga walau tak jugak pernah lari dari kutukan dan sindiran. Apa apa pon yang saya terima selama ini, saya teruskan juga dengan niat yang seikhlas ikhlasnya ingin berkongsi dengan kengkawan yang berminat. Alhamdulillah sehingga ke hari ini masih ramai yang menyokong. Terima kasih yang tak terhingga teman teman.. Juga setinggi tinggi terima kasih juga pada Majalah Jelita kerana memberi ruang yang sangat bernilai dalam hidup saya.. Luv uols.. Muahhhhhh.. lebiu lebiuuuu.. (",)