Wednesday, 2 May 2012

MEE Goreng MAMAK


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera   :)


Alhamdulillahhhh.. Ujan dah turunnnn!!!.. Angkat Jemurannn.. hehee.. bestkan.. Sejuk sikit rasa bumi Allah ni. Dah berapa lama dah panas terik semacam. Syukur sangat sangat dan marilah kita berdoa.. Allahumma Soyyiban Na’fian "Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat (HR. Bukhari) Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab: “Dua doa yang tidak pernah ditolak adalah doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim, disahihkan oleh Adz-Dzahabi).. Ameen.




Ujan ujan ni pekena MEE GORENG MAMAK best wooo.. layan kann.. Sempoi jer kann.. Jadilaa untuk kami tiga beranak. Saya kalau buat mee goreng style mamak ni benda yg penting kena ada cili hijau dan kentang rebus. Barulaa ada kick.. Macam makan Mee Goreng Mamak kat Tanjung dulu. Jom kita pi dapoq nengok sat.. (:




BAHAN BAHAN :

500 gm Mee Kuning
250 gm Sotong (atau apa jer suka)
3 sudu besar Cili Mesin
5-6 ulas Bawang Merah (ditumbuk)
3 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 sudu besar Kicap Mee (Tamin)
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Sos Tomato

2-3 keping Tahu (digoreng)

1 biji Kentang (direbus)
1 biji Buah Tomato (dipotong)
2 batang Cili Hijau (dihiris)
3-4 biji Telur 

Minyak untuk menumis
Sedikit Air
Sayur ikut citarasa
Garam Secucup rasa
Sedikit Serbuk Lada Sulah



Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi hingga keperangan. Kemudian masukkan cili mesin, sedikit garam dan masak cili hingga garing dan hilang bau cili tu. Pastu bubuhlah kicap mee, Sos Tiram dan Sos Tomato. Masukkan sedikit air dan bagi dia mesra seketika. Kemudian masukkan sotong atau udang. 




Okayy.. bila sotong tu sudah masak pecahkan telur dan kacau agak separuh masak. Masukkan mee dan sayur sayuran. Kacau rata sebentar dan masukkan pula kentang rebus yang dihiris, tahu goreng, cili hijau dan buah tomato. Kacau rata, biarkan masak sebentar dan bolehlah dihidangkan. Taburkan dgn sedikit lada sula jika suka. Enak juga dimakan dengan perahan limau.  Kalau nak sedap lagi, taburkan dengan sedikit bawang goreng tapi yang sandiri bikin taww.. beli punyer, mana ada ummpphh. SELAMAT MENCUBA!..


Monday, 30 April 2012

ZEBRA CAKE KaBaBooMmm..


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  :)


Alhamdulillah dengan izin Allah SWT aku masih disini. Ekceli keletehan belum berapa hilang lagi. Lemau lagi rasa badan ni. Kakiku ada terseliuh sikit masa kat KK aritu. Ingatkan sikit ajer, tapi lepas seminggu dia cam bengkak pulak. Badan pon seram sejuk cam nak demam. Tapi tekak ni punyalaa teringin nak makan cake. hmm.. Skodeng punya skodeng boleh terpandang satu recipe yang agak mudah dari teman fb Sue Aleen. Lama dah kusimpan recipe ni, tapi ada beberapa bahan yang telah ku ubahsuai mengikut citarasaku. Bukan apa, saja jer nak menerai nerai caraku pulak.




Bila dah siap, sedap laa pulak. Tak manis sangat. Saya buat malam semalam untuk breakfast pagi ni. Bila dimakan pagi ni makin sedap pulak rasanya. Puas rasa hati walau Cake sempoi jer pon sedap. Paling best kalau makan cecah oren atau nescaffe panas.. perghhh.. Memang tulaa cara makan peberet saya dari kecik. hehee.. Jom kita skodeng recipenya pulak. Sempoi jer..

BAHAN BAHAN :

250 gm Butter
150 gm Gula Castor
2 sudu kecil Ovalette
4 biji telur gred A
270 gm Tepung Cake
2 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil Vanilla Extract/Essence
2 sudu besar Susu Pekat
1 cawan Susu Cair
1 sudu kecil Coklat Emulco
1 sudu kecil Coffee Emulco

NOTE : Tepung Cake BUKAN Tepung Naik Sendiri yer.. Tepung Cake boleh dibuat sendiri dengan mencampurkan 3/4 cawan Tepung Gandum dan 2 sudu besar Tepung Jagung dan diayak bersama. Buat secukupnya dan timbang mengikut keperluan recipe. Kemudian diayak sekali lagi bersama Baking Powder.




Pukul butter, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan vanilla extract/essence, susu pekat dan susu cair. Pukul lagi hingga rata. 

Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, Pukul hingga rata dan sebati jer. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur coffee emulco dan coklat emulco. Gaul hingga sebati. 

Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Saya letakkan 3 sudu makan bagi setiap layer. Pada layer yg hampir habis, dikurangkan kepada 2 sudu makan dan seterusnya 1 sudu makan. Kemudian tarik tarik permukaan cake tu dengan menggunakan chopstick atau lidi. 

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45- 50 minit atau sehingga masak mengikut kapasiti oven memasing. Sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari bekas. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan bolehlaa dihidangkan.





Senang jer kann.. Sedap jugak buat untuk minum petang ni.. Selamat Mencuba yer.. (",)



Saturday, 28 April 2012

Just a Simple DINNER tonite


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua   :)


Selamat Berhujung Minggu juga buat semua. Moga bergembira di samping keluarga tercinta.. Arini saya tersangatlaa penadnyerr.. Pepagi dah buat gardening. Keliling rumah dah semak sangat. Petang tadi sempat jugak buat untuk minum petang. Nanti next entry saya masukkan cerita Apam Nasi saya tu yer.. hehee..




Makanya malam ni buat yang sempoi jer jadilaa untuk kami tiga beranak kann.. Saya masak NASI GORENG BELACAN ngan TAHU JEPUN with MIX VEGE.. Bukan apa, teruja sangat nak guna Belacan Papar yang saya baru bawak balik dari Kota Kinabalu tu, Tapi memang sedaplah. In betol laa rasa dia kat Nasi Goreng tu tadi. Patut ramai kengkawan cakap Belacan Papar terbaekk. Memang terbuktilah.




Kebetulan ada pulak sesat picture Belacan Papar yang terkenal ni dalam tab saya.. Dapatlaa saya share ngan kengkawan yang tak pernah lihat rupanya belacan tu kat sini. Yang bentuk 4 segi tulaa dia Belacan Papar tu.




Kota Kinabalu tetap terpahat dalam ingatanku.. Really had a nice n enjoyable trip. Insyaallah.. Panjang umur, ada rezeki akan ku datang lagi. Insyaallah.. :)




Salam Ceria Semua.. Luv uol.. Muahhh.. :D