Friday, 27 April 2012

Baked PASTA


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua   :)


Alhamdulillah dengan izin Allah bertemu lagi kita di sini di pagi Jumaat yang mulia dan penuh barokah ini. Arini saya nak berkongsi recipe Baked Pasta koboi lagi sempoi saya ni. Jomlaa gi skodeng resepinya, takleh lelama kat sini, japgi dah nak gi amik anak bertuah tu.




Memula rebuskan dulu pasta yang kita suka. Saya guna 2 cawan Spiral dan 1 cawan Macaroni. Rebus dalam air, dengan sedikit garam dan minyak zaitun hingga lembut. Kemudian toskan dan gaulkan dengan sedikit minyak zaitun.




Selepas tu kita prepare pula bahan Sosnya yaitu Sos Merah dan Sos Putih.

~SOS MERAH~

Bahan Bahan :
400 gm Daging Kisar (jenama Ramly)
430 gm Tomato Puree (jenama Kimball)
200 gm Chopped Carrot/Celery (Jika suka)
2 biji Bawang Besar Holland
5-6 ulas Bawang Putih
5-6 helai Bay Leaves
Sedikit Oregano
Sedikit Serbuk Lada Sulah & Lada Hitam
Sedikit Olive Oil utk menumis
Sedikit Chopped Fresh Parsley/Coriander
Sedikit Fresh Oregano (jika ada)
Sedikit Chilli Flakes (jika suka)
Garam dan Gula secukup rasa
Air Secukupnya




Tumiskan bawang besar dan putih yg dah dicincang sampai layu. Masukkan pula dry oregano dan bay leaves, goreng hingga naik bau.

Kemudian masukkan daging kisar dan goreng sebentar. Bila daging tu dah masak, masukkan pula tomato puree dan goreng sekejap. Selepas itu, bubuh sedikit air dan masak hingga mendidih dan biarkan pekat sedikit.

Setelah masak, perisakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan chilli flakes, serbuk lada sulah n serbuk lada hitam, chopped parsley dan coriander leave (daun ketumbar).



~SOS PUTIH~
 
Bahan bahan :
2 cawan Fresh Milk
2 keping Cheddar Cheese 
2 sudu besar Butter
2 sudu besar Tepung Gandum
Sedikit Serbuk Lada Sulah
Sedikit Garam




Panaskan butter hingga cair dengan api kecil.

Masukkan tepung, gaul sebati, aggaran dalam seminit.

Alihkan periuk dari api sebentar dan tuangkan susu. Kacau rata jgn sampai tepung berketul. Kemudian jerang balik atas dapur. 

Bubuh sedikit garam dan serbuk lada sulah. Terus memasak dan kacau kacau sehingga ianya pekat.

Akhir sekali barulah kita masukkan cheddar cheese. Apabila cheedar cheese tu sudah cair dan sebati dengan susu, bolehlah diangkat dan ketepikan.





Gaulkan pasta yang kita telah rebus tadi dengan Merah hingga rata. Tuangkan Sos Putih di atasnya. Boleh juga ditaburkan dengan cheddar cheese yang diparut atau mozarella cheese jika suka. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 1 jam atau mengikut kapasiti oven memasing.

Setelah masak, bolehlaa dihidangkan. Kami sekeluarga suka makan ketika masih panas. Menu ni memang kegemaran anak saya betul. Tak benti benti dia keje mengulang. Seronok saya nengok dia makan. Hilang rasa penat memasaknya.




Selamat Mencuba yer.. Senang jer menu ni kann..


Friday, 20 April 2012

HOKKAIDO CHIFFON CupCakes


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera   :)

Rata rata, Sana sini kat fesbuk tu tak berenti berenti doq nengok kengkawan membuat Cake Jepon ni. Hati ni punyalaa teruja nak mencuba, Sedap sangat ker? Tapi bila direnung renungkan cake tu sexy laa jugak, hingga agak terguda laa jugak hati kechik ni.. Doq membayang bayangkan rasa dia tu, ada tepung jagung, ada tepung kastard, pastu kat tengahnyer pulak ada filling custard, hmm.. mesti sedappp.. Takleh jadi, maka petang tadi kugodek jugak HOKKAIDO CHIFFON Cupcakes ni. Dah teghasa ghasa sangat kat tekak ni dahh.. :P




Seawal pagi saya pon mula laa skodeng sana, skodeng sini mencarikan resepinya. Akhirnya parking kat blog Azlita gak sudahnya. Resepi Chiffon Cupcake ni saya amik dari Blog Azlita Aziz, mohon share kat sini yer Ita cuma ada sikit sikit yang saya adjust ikut apa yang saya ada. Manakala Filling Custardnya pulak dari resepi saya sendiri. Jom nengok resepinya yer..





~~HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES~~


4 biji Kuning telur
30 gm Gula Castor
1 sudu kecil Vanilla ekstrak
40 ml Susu Segar
40 ml Minyak Jagung
55 gm Tepung Cake
20 gm Tepung Kastard
1 sudu kecil Baking Powder

4 biji Putih Telur
1 sudu kecil Cream of Tartar
80 gm gula Castor


Panaskan oven pada suhu 170 C selama 20 minit.
Sediakan 8 biji ramekin bersaiz besar.
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras.
Atau boleh juga gunakan cawan muffin.




Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian diayak 3 kali.

Pukul kuning telur dan gula menggunakan hand whisk. Tambahkan vanila ekstrak atau esen, susu, minyak dan pukul rata.

Masukkan bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata.

Dalam bekas lain ~ Pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan Cream of  Tartar hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks).

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung. Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik. Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 90% penuh. Jangan risau kalau cam penuh sangat, sebab kek ini akan naikkk dan turun balik sedikit selepas dimasak. Hentakkan sedikit bekas ramekins untuk mengurangkan gelembung udara pada kek.

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit atau hingga masak mengikut kapasiti oven memasing.

Bila sudah masak, jangan terus keluarkan dari oven. Renggangkan sedikit pintu oven dalam 10-15 min dulu bagi dia sejuk perlahan lahan. Jika tidak nanti kek itu akan kecut atau menurun mendadak. Selepas itu baru keluarkan dari oven dan sejukkan.

Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling custard kedalamnya dengan menggunakan pipping bag dan nozzle yang bersesuaian.




NOTE : TEPUNG CAKE atau CAKE FLOUR adalah Tepung Gandum yang dicampur dengan Tepung Jagung. BUKAN Tepung NAIK SENDIRI atau SELF RAISING FLOUR yer kengkawan. Ramai gak yang keliru. Neway, takyah sesusah nak beli Tepung Cake tu, kita boleh buat sendiri.
SUKATANNYA : 2 sudu besar Tepung Jagung + 3/4 cawan Tepong Gandum dan Ayak. Jadilaa 1 cawan Tepung Cake. Senang citer dan keje kita.


~~FILLING CUSTARD~~

2 biji Kuning Telur
1 sudu besar tepung Custard
1 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu besar Tepung Gandum
3 sudu besar Gula Castor
1 cawan Susu Segar
1 sudu besar Butter

Satukan kesemua jenis tepung dan gula. Gaul rata dan bancuh dengan susu segar sedikit demi sedikit. Kacau jangan sampai berkutil. Kemudian masukkan kuning telur yang telah dipukul dan kacau rata hingga mesra.

Dengan kaedah double boiler (masak di dalam bekas yg berisi air) kacau custard tu hingga pekat dan licin. Kacau sentiasa supaya tidak berkutil. Apabila sudah cantek pekat dan licin, masukkan butter tadi dan kacau rata.

Sejukkan sebentar custard yang telah siap dimasak. Kemudian masukkan ke dalam piping bag bernozzle dan cucuk ke dalam kek yang telah sejuk, picit masuk ke dalam tengah kek tu sebagai fillingnya.




Hrmm.. Ni kes tak cukup bekas Remekin laa.. bekas leb ni jer yang sempat kucapai. Bolehlaa kan.. By the way, Senang jer kan buat cake ni. Kejap jer kita dah sampai Hokkaido. Rasa dia pon memang betul sedap sangat kengkawan.. Cubalah, memang puas hatilah. Terbaekklahh jika dihidangkan ketika sejuk atau cam Omputih cakap Serve Chilled.. heheh.. Layannn.. Tak chaya cernengok gambor kat bawah ni.. mmm.. tahan jerlaa ayor liur yer.. :)




SELAMAT MENCUBA (",).


Saturday, 14 April 2012

KEK BATEK


Assalamualaikum dan Selamat  Sejahtera   :)


Selamat Berhujung minggu juga.. Apa khabar semua? Saya alhamdulillah.. Not too bad laa.. bolehlaa takat nak Membatek ni. Lama betol dah anak saya tu mintak nak makan Kek Batek ni, saya tak buat buat.. Bukan apa, sebenornya saya pon tak berapa suka makan kek batek ni. Penah buat sekali dua dulu, tkleh in laa.. manis sangat. Tetapi bila terpandang kat blog Sky Blue's Kitchen, Diana @ Melley Mey buat cam teruja pulak nak mencubanya. Nampak cam menarek pulak cara susunannya tu. Sebelum ni yang saya penah buat, kacau jer sekali biskut tu dalam kuali. Silap haribulan jadi lembik laa pulak. Tapi bila nengok cara Diana ni lain laa pulak.. Memang menarek minatku untuk mencuba.




Saya mohon share recipe tu di sini yer Diana @ Melley Mey. Tapi terus terang cakap, saya tak pandai nak buat back link yang ada cam rujuk 'di sini' tu. Maaf yer, tanya anak cam mana nak buat pon dia cakap tak tau. huhuu.. Tak berapa celik IT sangat. Juga maaf sekali lagi yer, resepi ni saya ada adjust sikit sikit ikut selera dan keselesaan saya. Tapi apa apa pon terima kaseh banyak banyak yer Diana atas sumber dan tunjuk ajar pada Kek Batek yang mabeles ni.. Mudah mudahan diberkati allah sentiasa.. Ameenn..




BAHAN BAHAN :

6 biji Telur Ayam
1 cawan Butter ~~ 250 gm
2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Brown Sugar ~~ resepi asal 1 1/2 cwn gula
1 cawan Milo ~~ resepi asal guna 1 1/2 cawan milo
1/2 cawan Serbuk Koko ~~ saya tambah
2 cawan Nestle Nestum original
1 cawan Susu Pekat ~~ resepi asal guna 1 tin cap junjung
Biskut Marie secukupnya


** Rasanya next time buat tak perlu letak brown sugar tu lagi. Dah cukup manisnya bagi saya yang tak kuat manis ni laa..





CARA CARA :

Pukul gula bersama butter hingga kembang.
Kemudian, masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan susu pekat dan pukul dan terus pukul lagi.
Tambahkan tepung gandum, milo dan nestum. Pukul adunan sampai ianya bebetul sebati.
Masak adunan menggunakan kuali hingga pekat dan likat. Setelah adunan bebetul pekat bolehlah diangkat. Sediakan bekas dan letakkan sedikit adunan kek tadi dan ratakan.
Kemudian susun biskut marie di atasnya. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
Taburkan atasnya dgn apa yg suka sebagai hiasan.
Simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong. Seelok eloknya semalaman.




Alhamdulillah.. Anak saya suka sangat. Makanlah puas puas yer anakku.. Rasanya pun dah tak manis sangat cam selalu. Banyak juga sukatan gula dan susu pekat saya kurangkan. Bolehlaa Ibu dia ni pon tumpang semangkuk jugak nampaknya.




~~ SELAMAT MENCUBA ~~