Thursday, 12 April 2012

Spaghetti AGLIO OLIO with MUSSELS


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera   :)


Bonjour! Bonjourrr!!!.. Adehh ke depan betul moncong nak nyebutnyer.. hehee.. Ni laa penangannya asek bermenukan Italy ni. Nak wat camner.. Melayankan tekak anak bertuah sorang tu. Tak larat rasaya kalau ari ari dia asyik ajak ker Secret Recipe tu, ajer pitam dibuatnya. Abihlaa elaun Ibu ni kat situ jer kang.. Menu ni sebenarnya saya masak togeder geder ngan Beef Lasagna aritu. Arini baru berkesempatan nak share resepi SPAGHETTI AGLIO OLIO with MUSSELS ni pulak. Sempoi jer.. Rasanya semua pon tau caner nak masak ni kan.. tapi saya tulis gak laa kat sini yer.. Buat reference anakandaku di kemudian hari nanti. Mudah mudahan dia akan menjadi seorang Ibu dan Isteri yang berjasa pada keluarganya sendiri nanti. Ameenn.. 




Jom laa Nengok.. Sebelum ku terlelap depan lappy ni.. hehee.. Waktu sebegini jerlaa yang ada kelapangan pon.. Siang hari tak cukup tanah rasanya nak kayuh segalanya.. Sabo jerlaa.. Dah memang tugasanku.. hadap jerlaa selagi ada hayat dikandung badan.




BAHAN BAHAN :

500 gm Australian Mussels ~~blh ganti ngan Udang/Sotong
300 gm Spaghetti
2 biji Bawang Besar Kuning/Holland
6 ulas Bawang Putih
1 biji Lemon ~ ambil jusnya
Capsicum Merah
Minyak Zaitun untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam
Sedikit Serbuk Lada Sulah
Sedikit Oregano
Daun Ketumbar ~ Saya suka byk daun ni




CARA CARA :

Dalam peruik berasingan didihkan air dan rebuskan spaghetti hingga lembut. Masukkan juga sedikit garam dan minyak zaitun dalam air rebusan tu. Setelah lembut dan boleh dipotong, angkat dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat dan kering.

Chop atau cincang cincangkan bawang besar, bawang putih dan juga daun ketumbar. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu dan naik bau. Masukkan Mussels dan sedikit garam dulu. Kemudian bubuh sedikit oregano, serbuk lada itam dan lada sulah. Kacau rata hingga mussels tu masak. Masaknya tak lama sangat.

Bila Mussels sudah masak masukkan spaghetti yang kita rebus tadi dan juga capsicum merah yang dihiris. Perisakan dengan sedikit garam dan masukkan jus lemon dan gaul rata. Biar masak seketika sambil dikacau selalu.

Akhir sekali masukkan daun ketumbar atau coriander leaves yang telah kita cincang halus tadi dan gaul rata. Angkat dan bolehlah dihidangkan. Boleh juga ditabur dengan sedikit Parmesan Chese dan Chilli Flakes ketika hendak makan jika suka.




Sempoi jer kann.. Selamat Mencuba.. (",)


Sunday, 8 April 2012

BEEF LASAGNA


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera   :)

Bonjour! Bounjour!!!.. hehee.. Selamat berhujung minggu semua.. Watper tuu?? Masak per rini?? Soklan skema jer kann.. Arini menu saya, Italiano abis. BEEF LASAGNA togeder geder ngan SPAGHETTI AGLIO OLIO. Melayan anak Italy sesat kat dalam umah ni sorang. Hari hari nak Lasagna Lasagna Lasagna.. huhh.. rasanya orang Italy tu pon tak makan Lasagna hari hari kowt.. duhhh.. anakku iteww.. Tapi kat Entry yang ni saya share dulu resepi BEEF LASAGNA dulu yer. Mohler kita ke dapo sweet dapoku iteww.. Makin lama dah makin kechik lak nampak tulisan kat screen ni. Dah melepasi sepertiga malam ni pon.. Moga dipermudahkan ngan tenet yang sangat tenat ni.. huhuu..




~SOS MERAH~

Bahan Bahan :
400 gm Daging Kisar (jenama Ramly)
430 gm Tomato Puree (jenama Kimball)
200 gm Chopped Carrot/Celery (Jika suka)
2 biji Bawang Besar Holland
5-6 ulas Bawang Putih
5-6 helai Bay Leaves
Sedikit Oregano
Sedikit Serbuk Lada Sulah & Lada Hitam
Sedikit Olive Oil utk menumis
Sedikit Chopped Fresh Parsley/Coriander
Sedikit Fresh Thyme (jika ada)
Sedikit Chilli Flakes (jika suka)
Garam dan Gula secukup rasa
Air secukupnya




Tumiskan bawang besar dan putih yg dah dicincang sampai layu. Masukkan pula dry oregano dan bay leaves, goreng hingga naik bau.

Kemudian masukkan daging kisar dan goreng sebentar. Bila daging tu dah masak, masukkan pula tomato puree dan goreng sekejap. Selepas itu, bubuh sedikit air dan masak hingga mendidih dan biarkan pekat sedikit.

Setelah masak, perisakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan chilli flakes, serbuk lada sulah n serbuk lada hitam, chopped parsley dan coriander leave (daun ketumbar).


~SOS PUTIH~

Bahan bahan :
2 cawan Fresh Milk
2 keping Cheddar Cheese 
2 sudu besar Butter
2 sudu besar Tepung Gandum
Sedikit Serbuk Lada Sulah
Sedikit Garam

Panaskan butter hingga cair dengan api kecil.

Masukkan tepung, gaul sebati, aggaran dalam seminit.

Alihkan periuk dari api sebentar dan tuangkan susu. Kacau rata jgn sampai tepung berketul. Kemudian jerang balik atas dapur. 


Bubuh sedikit garam dan serbuk lada sulah. Terus memasak dan kacau kacau sehingga ianya pekat.

Akhir sekali barulah kita masukkan cheddar cheese. Apabila cheedar cheese tu sudah cair dan sebati dengan susu, bolehlah diangkat dan ketepikan.



~MELAPIS LASAGNA~

Bahan yg diperlukan :

Beberapa keping Instant Lasagna Sheets (San Remo)
Parutan Mozarella Cheese

Rendamkan dulu kulit lasagna dlm air suam selama lebih kurang 10 minit.  

Lenserkan atau Griskan bekas utk membakar lasagna dengan butter.

Memula kita ratakan dulu sos merah. Lapiskan pula dengan kulit lasagna.
 
Tuang lapisan sos merah diikuti dengan sos putih. Taburkan sedikit parutan mozarella cheese. 



Ulang langkah ini sehingga habis. Bahagian atas sekali akhirkan dgn sos puteh serta taburkan parutan mozarella cheese, chopped parsley dan coriander leaves. Boleh juga taburkan sedikit fresh Thyme jika ada. Wangi jer bau dia nanti.





 
Suhu yg dicadangkan ialah 175c. (ikut kapasiti oven memasing). Guna api atas bawah.
30 min yg pertama ; bakar dengan menutup atas loyang tu ngan aluminium foil. Cucuk dengan lidi samada lasagna tu dah lembut ker tak. Kalau masih keras tutup balik dgn aluminium foil dan sambung lagi bakar dgn kaedah ini.   
30 min kedua ; bakar tanpa aluminium foil.




Bila dah masak, bolehlah dikeluarkan dari oven dan sejukkan selama 15 minit sebelum dipotong dan dihidangkan.

NOTE : JANGAN bubuh GARAM banyak sangat dalam Sos Sos tu nanti. Kena agak agak juga sebab Mozarella Cheese yg kita tabur tu pon dah MASIN. 




Selamat mencuba yer. Memang berbaloi baloi.. Lepas ni leh stemet duit kita.. Puas makan anak beranak bila buad sendiri kann.




Just from Me ;
With lots of Lurves.. Muahhh.. :)


Thursday, 5 April 2012

31st March.. It's My 16th ANNIVERSARY


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua   :)

Alhamdulillah dengan izin Allah dan berkat dariNYA juga pada tanggal 31.3.2012 aritu genaplah sudah usia perkahwinan kami 16 tahun. Hmm.. tak berasa masa berlalu begitu pantas kann. Bermacam macam dugaan telah kita tempuh bersama kan Yangg.. Adakala di atas adakala tergolek ke bawah, hmm.. bukan senang nak senang. No matter what, thank you very much to my Sweetheart yang banyak bersabar dengan kerenah dan kepala hangin isterimu ini. Dan juga terima kaseh sayang atas bimbingan dan tunjukajarmu. Moga kita dapat terus meniti hari hari mendatang dengan penuh bibit kasih sayang dan berkekalan hingga ke Syurga. Bak kata Omputih tu, Till Death do us Apart.. Jomm kita kasi Up lagi.. Till HEAVEN laa.. Insyaallah.. Ameenn..




Sebagai seorang Isteri teringinlah jugak nak buat something special lah kununnya on our Sweet day ni. Alaa alaa Romantica de Amoure kann.. Wahhh.. terlebeh sudahh.. Nak buat lelebeh taklaa berapa pandai awok ni. Pikir punyer pikir dan atas suggestion temanku Zai, maka jadilah Cake ini. hehehh. Lagipon bekas untuk buat cake ni memang dah lama beno belinya. Rasanya inilah hari terbaek untuk menggunakannya.. kann.. kannn... kannnn.. ngeeeee.. ;D




Memula saya nengok cake yang ada jantung hati aka luv kat dalam cake tu dari blog Azlita Aziz. Masa tu hati dah meggelodak, cantekkknyerrr laa cake ni.. dan puas gaklaa dok merenung camnerlaa leh camtu kejadiannya. Tetiba bila terpandang kotak bekas ni kedai bahan bakery, barulah paham kekdahnya. Saya pon tanpa berfikir panjang teruslaa sambar. Tapi setelah beberapa bulan menyambar baru kinilah terjadinya hasil kerastangan ku ini. Alhamdulillah.. walau tak secantek Azlita buat, jadilaa untuk kami anak beranak. Just a simple celebration.. :)




Saya share jugalah recipe nyer kat sini yer. Untuk cakenya saya guna sponge cake jer sebab masa saya sangat kelam kabut dengan abah saya yang masih dalam hospital. Resepi Sponge Cake adalah sumbangan dari teman saya Zai. Thanks dearie.. Sedap cake ni walaupun mudah. Cuma lenkali untuk cake ni kena guna cake yang tahan lasak sikit sebab sponge cake ni lembuttt sangat, kena betul betul berhati hatilah nak mengendalikan. Tapi camnerpon rasa dia memang sedap.




BAHAN BAHAN CAKE  :
By : Zai Eddie Hashim

250 gm Sponge Cake Mix (saya guna brand Nona)
4 biji Telur
50 ml Minyak Jagung
50 ml Air


CARANYA (Berpandu pada Kotak Sponge Cake Mix Nona) :

Panaskan Oven selama 45 min pada suhu 180C. Saya panaskan dlm 20 min jer. 

Griskan loyang untuk membakar atau lapiskan dengan baking paper.
Satukan semua bahan di atas dan pukul dengan kelajuan sederhana selama 5 minit.

Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan pukul selama 1 minit lagi pada kelajuan rendah hingga ringan dan kembang. Tuangkan ke dalam bekas dan bakar selama 30-40 minit. Sejukkan sebentar dan keluarkan dari loyang.

NOTE : Untuk acuan ini saya kena buat 2 adunan diatas. 1 adunan di atas ni hanya cukup untuk sebahagian bekas atau cake ni jer. Walaubagaimanapun, bancuh asing asing yer.. Bukan apa.. Mengikut pengalaman saya kalau bancuh sekali yaitu buat 2 adunan sekali, kejadiannya cam tak berapa cantek.




Untuk filling kat tengah tu pulak, untuk bentuk luv tu saya guna Bavarian dari resepi Chef Wan amik kat blog Azlita Aziz. Thanks Azlita for sharing.. :)

BAVARIAN ~ Untuk filling Luv
By : Chef Wan

1 1/2 cawan susu segar
1 camca teh esen vanila
5 biji kuning telur
65 gm gula halus
1 camca besar serbuk gelatin
Secubit garam
1 cawan krim putar ~ putar rata dan simpan dalam peti sejuk

Satukan susu dan esen vanila
Masak hingga mendidih dan ketepikan
Putar telur bersama gula, serbuk gelatin dan secubit garam hingga kembang
Masukkan susu ke dalam adunan telur dan kacau rata
Kemudian tuangkan semula krim ke dalam periuk
Masak menggunakan api perlahan hingga krim tadi melekat di belakang senduk kayu
Kemudian tuangkan adunan ke dalam bekas yang di letakkan di atas bekas yang lebih besar dan berisi ketulan ais. Kacau selalu adunan supaya tidak bergentil sehingga adunan hambir mengeras.
Apabila krim hampir membeku, masukkan krim putar yang kita simpan dalam peti ais
Kacau rata kedua bahan dengan kaedah kaup balik hingga adunan rata
Simpan sekejap aje dalam peti ais jangan lama2 nanti dia beku. Anggaran 5 minit
Kemudian bolehlah tuangkan dalam loyang untuk bahagian love tadi
Apitkan kedua dua kek kemas dengan hati hati dan simpankan sekejap dalam peti sejuk sebelum dideco sementara kita menyediakan bahan untuk deco.




Untuk deco bahagian luarnya saya guna White Choc Mousse yang dicadangkan oleh teman saya Zai juga. Resepinya juga dari blog Azlita Aziz. Mohon share juga disini yer.. :)

COKLAT MOUSSE PUTIH
By : Puteri Manja

150G Coklat Masakan Putih
1 Sudu Besar Gelatin
100 ml Air
2 biji Putih Telur
200 gm Whipping Cream
40 gm Gula Kastor




PENYEDIAAN MOUSSE  ;

Masukkan Gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100 ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. JANGAN MASUKKAN GELATIN DULU KEMUDIAN AIR.. Ini akan menyebabkan Gelatin berketul berketul dan tidak larut sepenuhnya. Saya kacau rata jugak.

Cairkan Coklat masakan putih dengan kaedah 'Double Boil'. Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat diletakkan ke dalam periuk yang ada air. Kemudian panaskan hingga coklat itu cair.

Bila Coklat Putih dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg berisi air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat putih cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat putih tadi. Sejukkan sebentar.

Pukul Putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk. Kalau diterbalikkan bowl, telur takkan jatuh. Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.

Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi bentuk krim. Masukkan adunan whipping tadi dan coklat cair ke dalam putih telur yang dah bertanduk tadi. Kacau kaup balik dengan senduk perlahan lahan sehingga sebati. Sapukan pada kek yang nak dihias. Setelah hias simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.




Nampak cam susah kann.. tapi taklah.. cuma perlu sabar kittt jer.. Tapi hasilnya sangat berbaloi baloi. Puas rasa hati memandangnya. Paling seronok bila perkataan pertama yang keluar dari mulut Suami, "Uishh sedaplaa cake awak ni"... hmmm.. kembang setaman Wa cakap Lue.. Ngehngehngeh.. Makanya, Selamat mencuba yer Sayang Sayangku Semuaa.. Muahhh.. :)




From Shiela, with Lots of Lurves.. ;)