Wednesday, 7 June 2017

Beef QUICHE

Assalamualaikum   :)

Tengah watper tu? Rindu kat saya tak? saja nak try test power ni.. masih ingat lagi tak cara nak update blog ni.. hehehh.. Sihat semua?? Alhamdulillah.. Mudah mudahan kita dikurniakan kesihatan yang baik.. Kalau healthy baru leh ada whealthy kann.. Insyaallah.. aameenn..

Okaylah.. saya takleh nak membebel pepanjang pasal recipe yang saya nak share ni ngalahkan novel panjangnyer.. Tapi jangan gerun nak mencuba pulak.. buat dia senang jer.. hrmm.. Panjang sungguh ker?? Jap saya create dulu, pasal recipe yang saya dapat dari Pakcik Google ni mmg panjang dlm bahasa omputih laa.. Saya translatekan lah kat sini untuk kemudahan kengkawan saya dan saya akan cuba ringkaskan semampu saya yer.. Tapi bahan bahan saya tak laa ikut boolat boolat dari Pakcik Google tu.. Saya buat ikut apa yang ada dalam peti sebok saya jer.. Tapi sedap gak.. pada tekak saya laa... 




Jom Checkidauuuddd cane nak buat QUICHE ni.. cane idgham yang betul nak nyebutnyer pon tahlaa.. sikit lebih kurang dahlaa kann.. janji ada munyik.. kikikiii.. takgak berenti membebel nih.. heheh.. Jom jommm.. ke dapo kita Jahh... :D

KULIT PIE (PIE CRUST)
Bahan Bahan :
1 1/2 cawan Tepong Gandum
1/4 sudu teh Garam Halus
1/2 cawan Butter (yg sejuk dr fridge)
1 sudu besar Cream Cheese
1/4 cawan air ais (campur air batu skt)
Sedikit daun pudina dan ketumbar (dicincang halus)
** Klu tknak buh daun pon boleh.. tp klu buh lg wangi
** Klu nak bubuh daun lain yg jumpa pon boleh cam Basil ker.. suka lah..




Potong butter dalam bentuk kiub kecil. Pastikan butter tu masih SEJUK, jgn sampai cair yer kengkawan. Satukan semua bahan di atas kecuali air. Bila dah rata baru masukkan air sejuk tu sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati. Kemudian bentukkan menjadi bulat, masukkan dalam plastic atau lagi senang dalam zipper bag jer. Sejukkan selama sekurang kurangnya 1 jam dalam peti sejuk (bukan tempat beku taww.. yg chill tu jer). Kalau ada food processor lagi sonang kojo.. kalau takder cam saya ni, guna jari pong boleyy.. hikhik.. 



  
Bila doh tu sudah cukup satu jam, bolehlah kita keluarkan dari peti dan canaikan rata menjadi bulat. Sebaiknya dicanai berlapikkan plastik macam saya buat dalam gambar tu supaya senang untuk mengendalikannya.. takyah tabur tepung lagi, boleh terus masukkan ke dalam bekas Pie tu. Seelok eloknya, permukaan pie tu diletakkan dgn benda benda yang berat seperti beras atau kacang ijau yg dibungkus dlm kain. Ini adalah untuk mengelakkan pie itu dari menggelembung naik masa membakar nanti. Saya letak mangkuk yang boleh dibakar dalam oven jer. Kalau tak pun, sesekali tinjau kat oven tu kalau nampak bahagian tgh tu mula nak naik, cepat cepat tekan tekan rata dengan senduk kayu ker.. pepandai lah yer.. Bakar lebih kurang 20-25 min pada suhu 160 C atau mengikut keadaan oven memasing. Yang penting kita pastikan Pie tu tidak lembab. Lagi satu sebaiknya bakar pada tingkat yang paling bawah oven tu supaya lagi cantek masaknyer nanti. 




Okayy.. sementara menunggu tu kita bolehlah siapkan bahan bahan utk Filing dia. Hiris dan cincang apa yang patut. Cheddar cheese tu juga bolehlaa diparut siap siap.

FILLING
Bahan Bahan :
3-4 biji Telur
1 cawan Susu Sejat (guna cream pon boleh)
1 cawan buah Tomato Cherry
1/2 cawan sliced Mushrooms (klu suka)
250gm Minced Meat @ Daging Kisar
1 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
1/2 biji Bawang Besar Kuning (dihiris)
1 cawan Cheddar Cheese (diparut)
Sedikit daun Pudina dan Ketumbar (dicincang halus)
Sedikit Oregano kering
Garam Secukup Rasa
Sedikit Lada Hitam (ditumbuk kasar)



Buah Tomato Cherry tu hendaklah dibelah dan dibuang isi dalamnya supaya Quiche ni nanti taklaa berair sangat dan juga bahan bahan untuk filling ni boleh adjust ikut citarasa masing masing. Kalau bekas utk membakar Quiche ni juga besar telur tu boleh ditambah lagi sebiji. Bekas saya tu chomel jer, muat takat 3 biji telur aje.

Pukul telur, lada hitam tumbuk dan susu sejat (klu nak sedap lagi guna cream) hingga sebati dan ketepikan. Goreng di dalam pan daging sebentar tanpa minyak. Daging tu akan keluar minyaknya sendiri sikit. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan mushrooms dan goreng hingga layu. Tambah sedikit oregano kering, pepper dan garam. Jgn bubuh banyak sangat garam dulu sebab nanti cheese tu pon ada rasa masin dia. Rasa dulu taww...




Bila Pie crust tu dah masak, keluarkan dan sejukkan sebentar. Mula mula tabur dalam 3/4 cawan cheese yang diparut tadi (yang lagi 1/4 cawan tu ketepikan dulu utk tabur kemudian). Lepas tu masukkan beef salami dan bahan yang kita goreng tadi ke dalam pie tu dan tuang telur dan susu yang dipukul tadi. Tabur daun pudina dan ketumbar yg dicincang tadi. Bakar lagi dalam 25-30 min pada suhu 160 C atau mengikut oven memasing. Yang penting, bakar hingga filling tu tak berair lagi. Pada 10 minit yang terakhir tu baru taburkan di atas permukaan Quiche tu balance cheese yang lagi 1/4 cawan tadi. Setelah betul betul masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar. Kalau nak confirm lagi bila kita cucuk dgn cake tester atau lidi dia kuar bersih jer, masak laa tu. Bolehlah dihidangkan.. Saya lagi suka makan masa masih panas. Selamat Mencuba!




Thursday, 8 October 2015

LAKSAM @ My First Attempt ;)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar??

Perghh.. Jenuh nyelak sawang ni.. Yang sangkut kat idung pun ada ni. hehee.. Maklumlah lama betoi tinggai.. Korang pun tinggai gak ker umah makchiq ni.. Alaa janganlaa.. kan banyak tu resepi resepi yang makchiq dah wasiatkan.. Dah try abis lum. Try jangan tak try tau.. Kalau tak kompom nyesal.. hehehh..

Okeylah.. bak kata anak saya Farrah, "ibu tulis panjang panjang bajet ada ke orang nak baca?" haa.. tu dia bahsa anak anak zaman melenium nih.. dengan kita kita pon jahnam bahasa jadinya.. So, kita go straight to the point yang tah yer tah tidak laa straightnyer pun.. Piss YO!!


ni kita taklaa buh kuah banyak.. kang buh banyak tenggelam semua mana cungg picture kann.. 


Sebenornya saya memang suka sangat makan Laksam Kelantan tapi belum ada keberanian nak mencubanya sendiri.. chehwahh.. tak berkeberanian ke kemalasan yang besor yer.. Sama naik laa tu.. Tah macam mana tetiba bersemangat waja pulak nak menerai sendiri. Sebelum ni adalaa risik risik dari akak Datin kesayangan saya tu.. ehem ehemmm.. Datin Elani yang berasal piyau dari Kelantan. Selalu gak gi makan kat umah dia. Kalau tak pegi, dia anta ke rumah.. cayang kak nie.. Memang sedap Laksam airtangan akak Datin tu. Sebelum ni kalau teragak saya gi makan jer kat food court Giant Sec 13 Shah Alam tu, but lepas dok keje makan Laksam akak Datin tu, hmmm.. tak sior dah Laksam kat Kedai, Biasalaa kan.. Malas nak komen, buek nambah saham yo. Lue pikirlah sendiri.. pinjam ayat sat naa Nabil.. Jangan Saman den lak.. kikiki.. hmm.. kan den dah koba tadi.. tak gak straight laie kann.. Ok ok.. let's checkidaudd recipe and the making of My Homemade Laksam.

Saya buat kuahnya dulu sebab jika dimakan esoknya lebih sedap. Semua rasa dah mesra dan sangat mantopp bila dimakan. Maaf juga jika ada yang tak exactly macam pantai timur punya resepi sebab saya terpaksa masak ikut citarasa keluarga saya especially 'no sugar' & 'no ajinomoto' added. All so natural. Kami tak biasa makan lauk yang manis. Kalau berminat, silakan.. or else sila skodeng blog blog ori Kelantanese.




BAHAN BAHAN (KUAH):

500gm Ikan Selayang 
500gm Ikan Pelaling
500gm Santan Segar
1 sudu kecil Lada Hitam*
1 sudu kecil Lada Putih*
1/2 inci Halia*
3 batang Serai*
9 ulas Bawang Merah*
1 ulas Bawang Putih*
Asam Keping
Air Secukupnya
Garam Secukup Rasa

Rebus kedua dua jenis ikan tu dengan sedikit garam dan asam keping. Asingkan isi dari tulang dan blend dengan air rebusan tadi. Tulang yang diasingkan juga diblend dengan air rebusan untuk mendapat manis ikan yang lebih lagi. Tapiskan yer, amik air jer sahaja.. Jangan pulak pi terejun sekali ngan tulang ikan tu.. nayyya haihh.. Blend juga semua bahan bertanda (*). Lada hitam dan putih tu pastikan guna yang biji yer. Kalau guna yang serbuk kurengg.. bau dia tak berapa kow dan kesegarannya pun kurengg. Tak perlu sampai halus sangat juga. Kalau rajin tumbuk dengan lesung batu lagi power. hehehehh.. ada berannn..

Next.. Masak santan bersama bahan kisar tadi. Kalau santan perah, masak bersama santan cair dulu. Bila dah menggelegak masukkan isi yang telah diblend tadi. Pastu masukkan santan pekat. Masak lagi sehingga mendidih. Tambahkan air jika perlu ikut kepekatan. Owh jangan lupa masukkan garam secukup rasa dan asam keping ikut tahap kemasaman yang anda suka. Saya buh 3 keping. Api jangan kecil sangat nanti dia terbit minyak, tak cantik kuah kita. Tapi janganlaa besar sangat nanti membuak buak melimpah pulak. Yang sedang sedang ajer yer.. :)

Senang jer bab kuah ni. Macam saya cakap tadilah. Kalau nak makan besok, buat kuah sebelah malam. Lagi sedap bila dimakan. Jom kita buat Laksam gulung tu pulak. Yang ni agak mencabar kesabaran jugak tapi setelah beberapa kali mencuba saya rasa mudah.




BAHAN BAHAN (LAKSAM) :

6 cawan Tepung Beras
5 sudu besar Tepung Gandum
2 sudu Kecil Garam Halus
6 cawan air panas mendidih
4 cawan air biasa

Satukan kedua dua jenis tepung dan gaulkan bersama garam. Dalam bekas berasingan campurkan air panas mendidih dan air biasa tadi dan akan menjadi suam suam. Masukkan sedikit demi sedikit air ke dalam tepung tadi dan kacau rata. Lakukan hingga air habis dan kacau rata hingga tiada yang berkutil. Ketepikan.




Panaskan kukusan. Terpulanglah nak guna kukus macam mana pun. Janji wapnya sampai dan boleh masak. Saya guna kukus buluh jer. Lenserkan non stick pan dengan sedikit minyak. Biasa orang kata guna tudung periuk pun boleh tapi saya yang amatur ni lebih confident guna non stick pan yang biasa orang guna buat pizza tu. Kalau saya guna tudung periuk kang kot pandai menari tudung periuk tu jadinya. hehee.. Ok selepas dilenserkan dengan sedikit minyak, panaskan sebentar pan tu di dalam kukusan. Berapa minit? saya tak record.. agak agak jerlah. 




Kacau rata dulu adunan tepung tadi dan tuang atas pan yg panas dalam kukusan tadi. Janganlah terlalu tebal sangat dan janganlah terlalu nipis sangat. Kalau tebal sangat, bila digulung nanti dah rupa bantal pelok pulak dan kalau nipis sangat payah jugak nak menggulung nanti. Apapun practise make perfect! Dah beberapa kali buat nanti pasti dapat agak. Saya punya camni jerlah. Tak suka pulak kalau tebal, macam ni best jer licin masuk ke tekak. Lepas tu, tutup kukusan dan biarkan masak dalam 7-8 minit atau sehingga masak. Bila nampak dia gelembung gelembung tu tanda dah masaklah. Kalau ada yang tak gelembung tu, jangan panik.. Sentuh permukaannya, jika tak lekat di jari maknanya masaklah dah tu. Jangan terlebih masak nanti keras tak best makan. Keluarkan pan tadi dari kukusan, umpil sedikit kelilingnya dengan pisau plastic dan gulung perlahan lahan sambil diumpil atau ditolak dengan pisau plastik. Ulangi sehingga habis adunan tepung.




Bila nak makan potong potongkan dan hidangkan bersama hirisan ulam ulaman seperti Kobis, Kacang Pancang, Timun, Bunga Kantan, Daun Kesum, Daun Selasih, Bawang Besar dan Taugeh. Saya tak bubuh taugeh, malas nak buang bontot dia. Paling penting jangan lupa sambal belacan dia. Kalau takde memang tak bangkit laa rasanya. Yang uniknya bagi saya sambal ni belacannya dibakar dan diasingkan dari lada yang dimesin bersama perahan limau. Bila nak makan baru digaul dengan belacan bakar tadi. Pertama kali jugak saya mencuba ini tapi memang sedap. Kalau tak caya, cubalah sendiri tau.. 




** Picture snap guna fon pekak jer.. malas guna DSLR..  Asyik kena rembat jer.. bye..




Thursday, 16 April 2015

ANIKA TEMPAHAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama jugak saya tak update kann.. Mood agak ke laut dan dalam pada tu banyak perkara terjadi yang tetiba saya terpaksa beri keutamaan. Buat hilangkan kerinduan, saya nak share sebahagian Tempahan cake cake yang telah saya buat. Sian dia doq terperap dalam SD card tu. Jemputlaa nengok yer hasil keras tangan saya ni.. :)




RAINBOW CAKE.. Butter cake with cheesy filling. 




CUPCAKES for HANTARAN fully fondant and fingurine.




Special Custom Cake Fondant berbentuk Kereta




MOIST CHOC CAKE with Kit Kat and lil Princess




MOIST CHOC CAKE with Basket & Flower deco




CHEESY CARROT CAKE




RED VELVET CUPCAKES for HANTARAN



PULUT KUNING BERHIAS




MOIST CHOC CAKE with RICH CHOC & CHEESY FROSTING




RVCB for HANTARAN




RED VELVET CUPPIES with Cheese Frosting




Cake paling berat pernah buat.. 6kg MOIST CHOC CAKE utk Majlis Hari Lahir YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di KDN Putrajaya.



PULUT KUNING BERHIAS.. 3 Tier for WEDDING




MOIST CHOC CAKES for Souvenier




Cake yang digilai ramai.. My CHEESY CARROT CAKE





Bagi yang di sekitar Shah Alam atau kawasan berhampiran, jika berminat untuk membuat tempahan bolehlah pm saya di facebook @  Shiela d'Dapoq or whatsapp @ 0132096113. Untuk melihat latest update boleh juga follow instagram saya @ chahayashiela. Tq