Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengikut setia saya. Lama jugak saya tak bersiaran kann.. Saya tersangatlah sibuk menyiapkan segala tempahan. Jangankan masa nak berblog, masa nak nengok muka sendiri kat cermin pun tak sempat.. Seb baek dak Farrah rajin ajak 'Selfie', dapatlaa jugak nengok rupa sendiri.. hehehehhh..
Apapun saya tak pernah lupa pada janji saya.. Ramai yang bertanya resepi cake caramel yang saya pernah buat. Maka di kesempatan ini saya cuba berkongsi semampu saya. Sebenarnya duluuuuuu saya dah buat cake ni dengan menggunakan resepi dari blog AZLITA MASAM MANIS yang saya difahamkan adalah resepi asal MUNIRA BAHARUM. Memang sedap cake ni, kalo abang Jebat tu sekali hadap setengah biji cake. Tinjau lagi besok, dah tinggal tapak cake.. adehh.. Tapi saya teramatlaa malasnya nak membuat cake ni. Banyak tempahan saya tolak sebab kerjanya yang sangat rumit. Mana nak buat caramelnya, pastu pudingnya lagi dan seterusnya cake sponge tu pulak. Kalo tak chaya meh nengok resepi terkini saya yang telah diupgrade sikit untuk menyedapkan dan menyejukkan lagi tekak memakannya.
Sediakan loyang berukuran 7in. Tabur 2 sudu besar gula pasir rata di atas loyang dan bakar atas dapur dengan api perlahan. Biarkan hingga sedikit keperangan dan semua gula hancur. Ketepikan. AWAS jangan sampai hangus yer.. Nanti Pahit. Ia juga akan crack sedikit tapi takper.. no hal..
BAHAN PUDING
1 tin Susu Cair
3 biji Kuning Telur
2 biji Telur
1 sudu kecil Tepung Kastard
60gm Gula Castor
1 sudu kecil Vanilla Esen
Campurkan semua dan kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar melarutkan gula jer. Biarkan seketika supaya buih buih hilang dan puding akan nampak halus tanpa banyak sangat lubang lubang. Selepas itu bila bahan cake dah ready baru tapiskan masuk ke dalam loyang gula hangus tadi.
ADUNAN CAKE A
3 biji Kuning Telur
60gm Gula Castor
1sudu kecil Vanilla Esen
45ml Minyak Jagung
135ml Susu Cair
Pukul telur kuning, minyak dan susu sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
NOTE : PASTIKAN DIBUANG TALI PUSAT PADA SEMUA TELUR UNTUK MENGELAKKAN DARI BAU ATAU RASA HANYIR TELUR YANG KUAT.
ADUNAN CAKE B
140gm Tepung Gandum
1sudu kecil Baking Powder
Ayak 2 bahan ni
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak
Masukkan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.
6 biji putih telur
(pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning)
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar tar
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bhn merinque kedalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan terus adunan kek ke atas Puding.
**Tak perlu masak dulu Puding Caramel.**
Seterusnya, belang belangkan adunan.
**Tak perlu masak dulu Puding Caramel.**
Seterusnya, belang belangkan adunan.
Tuang 3 sudu lapisan pink, kemudian 3 sudu lapisan hijau di tengah-tengah lapisan pink. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan purple di tengah-tengah lapisan hijau.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 C. Bila dah masukkan kek dalam oven kurangkan pada suhu 160C dengan menggunakan api bawah sahaja.
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Okay uols.. Tak banyak gambar step by step yang dapat saya kongsikan sebab saya buat keje sengsorang. Ini jer termampu saya. Ada kesempatan nanti saya tambah lagi. Selamat mencuba yer.. Saya tak berapa sihat ni, tak larat nak lelama depan screen ni. Ada umur, ada rezeki kita jumpa lagi.. Assalamualaikum..
Salam..cantik sangat kek dengan hiasan bunga di atas tu
ReplyDeleteWsalam.. mekasih Bbwana..
ReplyDeleteSalam kak.if oven xde setting api bwh.cuma api ats n ats bwh.mcm mn ye?
ReplyDeletewsalam Arina.. guna jer api atas bawah tp letak pada tingkat yg bawah sekali yer.. akk pernah buat masa oven lama yg tkder setting api bawah tu.. insyaallah boleh..
ReplyDeletesedap arina... :) gambar pun cantik...rasanya mesti lagi sedap.. :)
ReplyDeleteAssalam sheila, kita dah lama asik pandang aje kek ni..tapi belum pulak tergerak nak buat..entah bilalah terbuka hati ni..huhu..:)
ReplyDeleteKalau buat kek selalunya yang direct to the point..either chocolate cake atau butter cake..hehe...
Wsalam.. Cubalaa Ayu.. Mmg rumit sikit tapi rasanya berbaloi dengan usaha..
ReplyDeletebestnye resipi2 ni
ReplyDeleteInfo Sihat
salam kak..mcam best je.. :) kek ni lapisan 1st gula yang dah dikaramel..lapisan kedua puding n lapisan last adunan kek kn? sbb xnmpak gmbar bila puding dmasukkan..
ReplyDeletewsalam qadeeja.. yer betul qadeeja.. lapiskan terus adunan kek atas puding dan masak serentak.. maaf akk tak dpt bg gambar yg terperinci sbb akk hanya seorang diri di rumah.. payah nak handle DSLR dgn tangan nk buat kerja sengsorang tapi akk ada tulis semuanya di atas.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteBoleh tau tartar tu apa?
Mcm mana roopanyer?
Wsalam.. Cream of tar tar Coretankatahati.. Serbuk berwarna putih.. Pergi cari di Kedai Bahan Baking pasti tidak asing lagi.. Selamat mencari yer..
ReplyDeleteterliur2 tgk caramel ni...dappp....
ReplyDeleteI trust you will share such sort of amazing substance again with us so we can use it and get more favorable position. Celebrity net worth is a celebrity finance outlet that offers a comprehensive database of celebrity net worth's in the world.
ReplyDelete