Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nampaknya kita sudah berada di ambang Ramadhan. Alhamdulillah dengan izin Allah kita bertemu lagi di Ramadhan kali ini. Sungguh teruja rasa di hati menyambut ketibaannya. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun tahun yang lepas.
Terlalu banyak perkara yang berlaku, diuji dengan berbagai ujian tetapi syukur alhamdulillah segalanya telah dapat dihadapi dan dilalui dengan sebaiknya. Banyak perkara juga telah menyedarkan, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa, Maha Mendengar dan tidak pernah tidur. Segala yang berlaku pasti bersebab dan ada hikmahnya. Sebelum jari jemari ini meneruskan perjalanannya, sempena ramadhan yang mulia ini saya ingin memohon jutaan maaf di atas segala salah silap, ketelanjuran kata dan kekhilafan saya samada dengan sengaja atau tidak. Saya hanya insan biasa yang terkadang kecundang jua dek kerakusan nafsu dan bisikan syaitan. Maafkan saya..
Okayyy.. back to the 'tajuk' kat atas tu, mmm.. Nasi Dagang Ganoo weiii.. hehehh.. Actually, saya dan keluarga memang peberet betul makan Nasi Dagang ni walaupun kami bukan anak kelahiran pantai timur. Sedari kecil kami dah biasa merantau kerana abah adalah seorang bekas pesara polis. Puas juga bercampur dengan jiran dari berbagai negeri. Paling best bila raya kami dapat merasa berbagai menu istimewa yang dihidangkan dari negeri masing masing. Sebelum ini saya ada cuba membuatnya sendiri tapi sekadar menggunakan bahan yang mudah jumpa, kira lepas tekak saya jerlah. Tang nasi tu saya tak heran sangatlah sebab rasanya taklaa susah sangat cuma gulai dia jer saya tak berapa pasti cara dan bahan yang betul. Selalu tu saya main bedal jer.. Apapun kata orang dimana ada kemahuan pasti ada jalan.. Malu bertanya sesat jalan.
Agaknya memang dah rezeki saya bertemu dengan teman dari pantai timur yang sangat baik hati. Kebetulan minggu lepas saya dan anak saya Farrah ke Kuala Terengganu bersama kekanda Datin Elani dan Datin Tim. Saja jalan jalan cari makan, cari pasal.. hehehh.. Kalo dah sampai Ganoo tak sah laa kalau tak singgah Pasar Payang kan.. Tiba di Pasar Payang Mak Datin Elani yang berasal dari Kelantan tu kenalkan saya dengan Rempah Cap Bunga Rose. Menurut beliau yang saya lebih mesra memanggil Kaknie, Rempah Rose nilaa guna untuk buat Gulai Nasi Dagang. Oooooo.. baru saya tau. Patutlaa selama ni saya buat macam ada jer rasa yang tak 'in'. saya pun belilaa sepeket besar rm4. Pastu gi carik beras pulak. Rupanya ada beras dia. Beras Nasi Dagang Terengganu ni putih jer. Kalau Kelantan merah berasnya. Sebelum ni yang saya tau kena campur beras pulut dan beras wangi tapi beras yang jual siap tu tak perlu nak dicampur lagi dan serius saya cakap kejadiannya lagi cantek dan tak mudah patah atau hancur berasnya. Rasanya pun lagi sedap. Kalau pergi Pasar Payang tu tanya jer beras nasi dagang ganoo tau laa dia bagi. chewahhh.. eksen kononn.. hikhik..
Pada weekend yang lepas saya balik ke rumah Mak Abah. So, dengan semangatnya bawak baliklaa segala bahan Nasi Dagang untuk dimasak supaya dapat menikmati bersama keluarga. Sampai time nak buat gulai tu mula chuaq balik. Nak roger pakchik gugel line tenet punyalaa tenat kat sana. Silap haribulan sampai besok pun tak masak gulai tu. Terpaksa laa sesudah subuh tu mengganggu ketenteraman akak mak Datin Elani tu lagi. Seb baek den tak kono hompok.. hehehh.. but i know kknie baik hati kann.. Maka dengan tunjuk ajar Mahaguru kknie tadi dari gulai ikan sampailaa ke Solok Lada tu jadilaa dengan jayanya Nasi Dagang Ganooku. Sila rujuk N3 NASI KERABU BIRU jika ingikan Resepi SOLOK LADA.
Bila saya post gambar hidangan ini di facebook ramai pulak nak resepinya. Sebenarnya saya segan nak bagi resepi sebab saya bukan anak kelahiran Pantai Timur dan rasanya bukanlah reference yang sebaiknya. Memang saya langsung tak terfikir nak publish kat blog ni. Gambar pun pada awalnya saya amik dengan phone jer dengan keadaan yang sungguh nak cepat sebab ramai yang dah bising lapar. Tetapi demi tak menghampakan pada yang berharap saya cubalaa jugak yer. Lagi satu Gulai Ikan saya ni langsung saya tak letak gula sebab keluarga saya memang tak pandai makan lauk yang ada rasa manis. Gulai ikan juga saya terpaksa buat 2 jenis sebab hubby saya pulak tak makan ikan tongkol. Ginilah kalau memasak untuk keluarga kita, terpaksalah ikut selera mereka. Bukannya nak merosakkan keasliannya tapi kang kalo dah pepenat masak dorang tkmo makan lagilaa sakit hati. Ok jom laa nengok resepi yang seadanya ini.
NASI DAGANG
2kg Beras Nasi Dagang
1kg Santan Pekat
1kg Santan Cair
3 sudu besar Halba
9 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
2 ulas Bawang Putih
3 inci Halia
Garam secukup rasa
Rendam beras semalaman dan toskan. Lapikkan kukusan yang berlubang lubang dengan sedikit daun pisang yang dicarik carik supaya beras tidak keluar. Panaskan kukusan dan kukus hingga naik wap dalam 30 minit. Bawang dan Halia dimayang nipis dan dimasukkan ke dalam santan bersama garam. Garam tu biar kita rasa agak masin sikit supaya rasa tu serap ke beras.
Angkat kukusan dan masukkan beras kedalam mangkuk besar atau besen. Gaul rata dengan santan cair dan kukus balik selama lebih kurang 20-30 minit. Selepas itu angkat kukusan, keluarkan beras. Sekali lagi kita masukkan ke dalam besen dan gaul rata dengan santan pekat yang terendam dengan halba dan hirisan bawang dan halia. Kukus balik selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak. Setelah siap, hidangkan bersama Acar Jelatah dan Gulai Ikan Tongkol atau Ikan Tenggiri.
GULAI IKAN
1kg Ikan Tenggiri
1kg Ikan Tongkol
500gm Santan Pekat
60gm Rempah Gulai Bunga Rose
20gm Rempah Masak Bunga Rose
7 sudu besar Cili Mesin
3-5 Keping Asam Keping
13 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
5 hiris Lengkuas
3 sudu besar Kerisek
Cili Api Secukupnya
Garam Secukup Rasa
Sedikit Minyak Jagung utk menumis
gambar ehsan google
Rempah Rose boleh didapati di Pasar Payang atau sila google untuk pembelian online.
Rempah Rose boleh didapati di Pasar Payang atau sila google untuk pembelian online.
Bagi Ikan Tongkol saya rebus dulu bersama asam keping dan garam. Sebaiknya direbus semalam. Ikan tenggiri saya tak rebus sebab lembut sangat takut hancur.
Kisar Bawang Merah, Bawang Putih dan Halia dan tumis hingga kuning keemasan atau garing. Kemudian masukkan rempah gulai dan rempah masak bunga rose tu. Masak sebentar dan masukkan cili mesin. Masukkan juga sedikit garam dulu supaya bahan tumisan garing cantik. Selepas itu masukkan santan, asam keping dan garam secukupnya. Bila dah menggelegak, saya masukkan ikan tenggiri dulu dan juga kerisik. Bila ikan sudah masak, masukkan cilipadi dan masak sebentar. Kemudian saya keluarkan ikan tenggiri dan asingkan ke periuk lain. Sebahagian dari gulai tadi saya masukkan pula ikan tongkol dan sedikit airnya. Renehkan seketika. Perisakan dengan asam garam secukupnya.
ATAU
Kalau anda confident boleh guna cara traditional. Bagi saya lagi sedap dan lagi mudah tak perlu menumis bahan kisar tu. Cuma masakkan santan dulu dengan api kecil hingga pecah minyak. Selepas itu masukkan semua bahan kisar, rempah, kerisek dan asam keping. Renehkan sebentar bagi semua bahan mesra dan sebati rasanya. Akhir sekali baru masukkan ikan yang telah direbus. Kuah ni lagi lama masak lagi sedap. Sebelum matikan api, check dulu rasa segalanya dah secukup rasa ker tak yer..
SELAMAT MENCUBA!!
ATAU
Kalau anda confident boleh guna cara traditional. Bagi saya lagi sedap dan lagi mudah tak perlu menumis bahan kisar tu. Cuma masakkan santan dulu dengan api kecil hingga pecah minyak. Selepas itu masukkan semua bahan kisar, rempah, kerisek dan asam keping. Renehkan sebentar bagi semua bahan mesra dan sebati rasanya. Akhir sekali baru masukkan ikan yang telah direbus. Kuah ni lagi lama masak lagi sedap. Sebelum matikan api, check dulu rasa segalanya dah secukup rasa ker tak yer..
SELAMAT MENCUBA!!
Cernengok picture ni, nampak tak betapa tak sabornyer dorang nok makang nasik dagang ambe.. hehehh.. Puas rasa memasak.. So sweet memories yang memang tiada throwback lagi.. :'(
Akhir kata dari saya, Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Moga kita dapat beramal sebanyak mungkin dan seikhlasnya. Selamat Berpuasa!!.. Banyakkan amalan, bukan hidangan yo!.. Hehehh.. :)
halo kak,,
ReplyDeletewish u a happy hari raya,
i am a singaporean chinese,i don know what is:rempah Gulai Bunga Rose
and Masak Bunga Rose,for the fish curry you used,,hope u can share with me,,
thanks--toey--sg
Why people still make use of to read news papers when in this technological globe everything is accessible on net?
ReplyDeleteAlso visit my web page vimax viz media llc
bestnya nasi dagang ni..
ReplyDeletedulu selalu buat ...
sekarang ni tak berapa ada masa .. jadi boleh telan air liur jela bila tengok gambar ni... hehe
sedapnye...nak try la
ReplyDeleteSeronok baca kisahnya.... saya pernah guna rempahnya tu Sheila, kawan2 guru dari Terengganu selalu bawa balik ke LD, memang lain sikit terutama aromanya tu.... Sempat juga saya berguru nak buat nasi dagang dengan kawan2 dari sana, jadi nak share resepi pun lebih konpiden gitu he hehehee....
ReplyDeleteYang Sheila punya ni suka saya tengok, sebab ada solok ladanya...adeeehhh... cepat2 nak balik ni, kang besen tak cukup tadak ayaq lioq!
Tq for sharing darling!
hehee.. tq singgah yer Amie cayang.. baek baek bawak besen tu.. :)
ReplyDeleteI definitely enjoying every little bit of it and I have you bookmarked to check out new stuff you post. 192.168.l.254 is a private IP address to login to your Router Admin Control Panel. Visit 192.168.1.254, logging in, now you can setup your Router such as: Security Options, DNS and much more.
ReplyDelete