Saturday 23 February 2013

SUP AYAM KAMPUNG KOWWW..



ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. :)

Haiiiiii... Watper tu? Arini saya rasa cam dah boring nak dine out. Rindu pulak kat my dapoq sweet dapoq tu. So just something yang simple untuk dinner kami berdua saya buatkan Sup kow koww punyer makan ngan roti. Sedap jugak sesekali makan camni. Pecah peluh jugak dibuatnya, nak pulak dengan tekak yang tengah tak berapa sedap ni. 

Cara saya buat sup ni mudah jer dan tak semestinya guna ayam kampung, ayam bandar pun boleh. Kebetulan stock ayam kampung masih ada sikit dalam peti sejuk tu, saya buat jerlah. Roti tu pulak kita bakarlah sikit baru sedap. Dalam picture kat sini, roti tu belum dibakar sebab kalau saya bakar awal awal nanti bila tiba masa dinner dia dah keras atau liat. Sebaiknya dibakar ketika hendak dimakan. Kalau nak tau resepi dan cara sempoi saya memasak sup, Jom checkidauddd.. ;)




BAHAN BAHAN :

1 ekor Ayam Kampung ~~ dipotong kecil
2 sudu besar Rempah Soto Tok Mak atau Rempah Sup
2 inci Halia *
1 biji Bawang Besar *
3 ulas Bawang Putih *
3-5 ulas Bawang Merah *
1 sudu besar Lada Putih *
1 batang Carrot size sederhana
2 biji Ubi Kentang
1-2 biji Buah Tomato
2-3 helai Daun Bay
Sedikit Cauliflower
Sedikit Daun Sup & Daun Bawang
Sedikit Serbuk Kunyit
Sedikit Minyak utk Menumis
Sedikit Kayu Manis, Bunga Lawang & Buah Pelaga
Secubit Gula ~~ Jika Suka
Garam Secukup Rasa
Air Secukupnya




CARA CARANYA :

Bersihkan ayam yang telah dipotong kecil dengan tepung gandum. Saya rendam sekejap juga dengan air kunyit untuk menghilangkan bau ayam tu. Kemudian toskan sebentar.

Tumbuk semua bahan bertanda (*) hingga lumat. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Selepas itu masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan goreng hingga keperangan. Masukkan pula Rempah Soto Tok Mak atau Rempah Sup dengan sedikit air dulu dan goreng sebentar hingga naik bau. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam dulu. Selepas itu, masukkan ayam dan biarkan masak sebentar bersama rempah.




Kemudian masukkan air secukupnya, daun bay, daun sup, sebahagian dari carrot yang telah dipotong dan buah tomato yang dibelah 4. Buah tomato tu dibuang kulit dan bijinya. Kita masukkan carrot dan tomato awal semasa mereneh ayam ni adalah untuk mendapatkan rasa manis dari carrot dan rasa masam dari buah tomato supaya mesra dalam kuah sup tu nanti. Teruskan mereneh hingga ayam masak. Saya guna ayam kampung ni agak lama sikit kena masak hingga lembut. Tambahkan air jika perlu.

Bila ayam dah masak dan lembut, bolehlah masukkan ubi kentang yang dibelah 4 atau berapa jer yang suka dan sebahagian lagi carrot yang telah dipotong. Bila ubi kentang dah empuk perisakan dengan garam secukupnya. Jika suka boleh juga masukkan secubit gula. Akhir sekali, masukkan cauliflower dan taburkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Hidangkan ketika panas. Bagi hubby saya, mestilah kena ada sambal kicap bagi hidangan sup ni. Barulah ada kick.. Selamat Mencuba.. :)



16 comments:

zila norazila said...

Moning kak shiela.
Mkn dgn sambal kicap pedas2 mmg trangkat..leh kebah demam kan..

Shiela said...

Morning Zila.. :)
Betul sangat tu.. Berpeluh peluh dibuatnya lepas kena semangkuk sup panas ni.

Cheq Sue said...

dapat sup macam ni hirup saja pun sedap, bubuh dengan mihun pun sedap, saya ni stok lauk tak ada satu pun, terliur menengoknya

Shiela said...

betul tu Cheq Sue.. saya pun ingat nak buh beehoon wat sarapan pagi tp licin dah kuahnya semalam hubby hirup. :)

Amie said...

Wallaaa Sheila.... harum mewangi sup ayam kampung! Sedap betul hirup kuahnya yang masih panas... slurrrpppp! Sihat badanku kuar peluh...

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam k.sheila
betul2 kowww ni nampaknya, sedappp
hirup kuahnya tu kan
kalu celur meehon bolehlah sy mintak semangkuk ye k.sheila he he

ummiakid-lily said...

fuhh...betul² kaw sup tu. Makan mmg x toleh kiri kanan. dengan aroma yang mmg best!

Unknown said...

Waaa sedapnya...mkn sup ayam mcm g jogging kan...berpeluh-peluh...pastu rasa lega badan

Rohah said...

segerrr ni kak Sheila..feel tu lebih sikit sbb guna ayam kg..lama tak makan ayam kg..

umi's cup cake said...

Salam kak Shiela,
Sedapnya makan masa hujan turun di luar jendela...slurp...nikmatnya...

Lisa Ho said...

Adusss... buat saya terlior :D

Qasey Honey said...

slm kak Shiela sygg...
sedapnya tgk sup ayam tu...musim hujan ni sedap dhirup panas2 tu..ngecesss dh ni

Shiela said...

Terima kasih pada kengkawan semua ; Qaseh Honey, Lisa H, Umi, Rohah, Ruehee Fatihah, Lily, Amie dan Mama Sara Nur kerana sudi tinggalkan komen. Luv uols.. muahhh.. :)

Unknown said...

Mcm dap je,blh lh try msak ni.

Unknown said...

Ha..nak guna resepi ni la utk lunch hari ni..mmg sedap kalau guna ayam kampung. Nasib baik la abah bela ayam kampung..senang nak makan..

hayati suki said...

sedapnye resepi ni..bole cuba buat ni..:-)