ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. :)
Agak lama jugak saya tak menghapdet blog ni. Tu tandanya dapo tak berasaplah.. hehehh.. Bila nakdara tu takder saya jarang masak. Nak makan pun takat dua mulut, macam tak berbaloi rasanya. Tah macam mana dok belek belek SD card terjumpa pulak gambar Rendang Kacang. Teragak pulak nak masukkan kat sini.
Rendang Kacang Nismilan ni maksudnya asal dari Negeri Sembilan. Memang cukup popular terutamanya jika ada majlis kenduri kendara. Ayam dijadikan masakan lain, manakala isi perut ayam dibuat masak Rendang Kacang ni. Sedap sungguh ni kalau makan ngan nasi pepanas, takyah lauk lain pun takpe. Duhh.. Saya pulak yang terliur ni, jomlah nengok resepinya tapi ni cara sayalah mengikut keselesaan tekak dan perut saya yer..
BAHAN BAHAN :
300 gm Kacang Panjang
500 gm Isi Perot Ayam (Telo, Hati & Pedal)
500 gm Santan Pekat
Segenggam Cili Padi (atau ikut kepedasan memasing) *
2 inci Kunyit Hidup *
5 ulas Bawang Merah *
1 ulas Bawang Putih *
3 batang Serai ~~ dititik
1 keping Asam Keping
Sedikit Minyak untuk Menumis
Garam Secukup Rasa
CARA CARANYA :
Patah patahkan kacang panjang tu lebih kurang 2 inci. Jangan guna pisau, nanti manis kacang tu hilang. Pesan Mak saya ni, saya pun follow jerlah. Bersihkan isi perot ayam tu, tos dan ketepikan. Tumbuk atau blend semua bahan bertanda (*).
Panaskan sedikit minyak untuk menumis dan tumis dulu bahan yang ditumbuk tadi dengan serai yang dititik hingga garing dan hilang bau cili. Masukkan juga sedikit garam untuk matikan cili tu. Ada orang buat dia tak tumis, saya tumis sebab nak masak dulu cili tu supaya tak pedas sangat. Kalau pedas sangat tak syiok nak meratah ratah sebab saya memang suka ratah sayur ni. Lagipun perut saya sekarang ni tak tahan sangat. Okay, bila dah garing cili tu masukkan isi perut ayam tadi dan goreng sebentar agak separuh masak gitu. Selepas tu masukkan santan pekat dan asam keping. Bila dah hampir kering dan terbit minyak, baru masukkan sayur kacang panjang. Perisakan dengan sedikit gula dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak hingga sayur agak lembut dan layu. Setelah siap bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba.. :)
13 comments:
betul sangat2 la tu k.shiela....x sah klau kenduri kendara x de lauk ni....apa pun....lauk ni mmg peberet sy ni kak...selalu klau lama x g knduri...pastu teringin nak mkn...sy masak je.....:-)
kann.. sama lah ngan akak Asyifa.. nak nak pulak kalau gi pasar terjumpa isi perut ayam tu.. :)
Salam Shiela, ini antara lauk fav arwah bonda. dulu masa kami kecik2 mmg duduk NS. malah dua adik kjee dilahirkan di Nismilan. Ada satu masa dulu, Kjee shooting kat Jempol ke Pilah, dah lupa...lauk ini antara yang dihidangkan oleh makcik yang buat katering production kami. Day in day out dia hidang lauk sama ni sampaikan pengarah kami yang asal dari Sabah, nak pengsannnn! Tapi kami semua like. Sodap n. Nak buek nanti yo. Hehehe.
Ermmm....baunya sampai ke sini... telior den...
Wsalam Kjee.. Selamat Mencuba yer.. :)
Gee.. sampai yer bau dia.. hehee.. :)
As'salam Shiela..memang dah kecur sangat2 dah ni macam ngidam tapi tak dapat nak nolong dah ni haaa...hehehe
Wsalam Che CT.. alaahai ciannya.. jom jom kita masak.. :)
kak shila....nak tanya telor apa yg kecik je tu??
Anony : tu telor ayam yang belum jadi kat dalam perut ayam.
Salam. Semalam bundo gi kenduri di seromban. Ado ghondang kacang ni. Memang tak hengat lauk lain dah......memang sodapppp..
Kalau ada bahan2 termasuk telur ayam yang kecik2 tu rasa nak buat je ari ni Sheila....
Lapor..
Post a Comment