Wednesday 27 February 2013

KUIH KOLE KACANG PUJAANKU



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hmmm.. Duduk duduk tetiba tekak ni punyalaa teringin nak makan kuih tradisional kita Kole Kacang tu. Lama jugaklah memendam rasa, ni dah takleh pendam lagi terpaksalah kayuh jugak. Banyak kali jugak saya beli dari beberapa penjual tapi rasanya amat mengecewakan. Pernah sekali tu sampai tak tertelan langsung rasanya. Kecewa betul saya rasa masa tu. Akhirnya saya tekad nak cari jugak resepi yang memang saya tau sangat sedap dan cuba untuk buat sendiri. 

Resepi ni asalnya dari jiran kat umah Mak saya yang sememangnya dari dulu berniaga kuih muih. Semua kuih jualannya memang sedap sedap belaka. Dulu kalau teragak nak makan saya order jer, tak pun Mak yang buatkan. Sekarang ni Achik yang jual kuih tu pun dah tak larat. Mak saya pun lebih kurang jugaklah, semakin uzur. Rasanya dah tibalah masanya saya belajar buat sendiri kann.. Alhamdulillah setelah beberapa kali menalipon Achik tu dan jugak Mak saya bertanyakan resepi dan cara membuat Kole Kacang yang sangat sangat saya gemari ni, jadilah jugak dan dapatlah ilang kempunan saya. Pada kengkawan yang menantikan resepinya dengan penuh sabar tu, mehlah saya story yer.. Jom jomm kita pi dapoq.. (;




BAHAN BAHAN :

2 cawan Tepung Kacang Hijau BABAS
3 biji Kelapa jadikan ~~ 5 cawan Santan Pekat
                                ~~ 10 cawan Santan Cair
2 cawan Gula Merah
1 cawan Gula Pasir
2 cawan Air
Beberapa helai Daun Pandan
1/2 sudu kecil Garam Halus




Dalam periuk kecil satukan 2 cawan gula merah, 1 cawan gula pasir, 2 cawan air dan 1-2 helai daun pandan yang disiat dan disimpul. Boleh kurangkan gula pasir jika tak nak manis. Ikutlah citarasa memasing yer. Masak hingga gula larut dan mendidih seketika. Sejukkan sebentar dan tapiskan.

Selepas itu kita buatkan Tahi Minyak pula. Masukkan 5 cawan santan pekat dari perahan pertama ke dalam kuali bersama 1-2 helai daun pandan yang disiat dan disimpul. Masakkan hingga kering dan terbit minyak hinggalah terbentuknya yang kita panggil Tahi Minyak tu. Dikacau sentiasa supaya tidak hangit di sebelah bawahnya dan masak sekata. Bila sudah berubah ke warna keperangan, matikan api dan tapiskan. Kita ambil tahi minyaknya saja dan ketepikan dulu.




Kemudian bancuh sekali 2 cawan tepung kacang hijau, 10 cawan santan cair, 1/2 sudu garam halus bersama air gula merah dan gula pasir yang kita masak dan tapiskan tadi. Gaul hingga sebati dan tapiskan supaya tidak ada tepung yang bergentil. Masukkan 1-2 helai daun pandan yang disiat dan disimpul dan masak dengan api perlahan. Sentiasa dikacau supaya tidak bergentil adunan itu. Masak terus sambil mengacau hingga pekat dan berkilat. Akhir sekali, tuangkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan taburkan tahi minyak ke atasnya. Jika suka boleh juga dititis titiskan sedikit minyak yang ditapis tadi ke atas kuih untuk melembabkan dan mencantikkan lagi rupanya agar nampak berkilat. Sejukkan dulu betul betul sebelum dipotong. Selamat Mencuba.. (",)





20 comments:

Amie said...

Tq very much Sheila...mmmuaaahhhh...mmmuaaahhhh! Sebelum ni memang selalu tengok resepi kole kacang tapi belum ada keyakinan nak buat... insya-Allah melalui pengalaman Sheila ni.. Amie jadikan panduan untuk buat kuih kegemaran ini, nampaknya kena rajin & sabar nak hasilkan tahi minyaknya... he he heheh.

Shiela said...

No problem Amie cayang.. memang banyak kerja sikit tapi puas sungguh memakannya.. berbaloi baloi titik peluh kita. Selamat Mencuba yer..

Azlita Aziz said...

Salam Shilla
ni kuih fav mak akak..
Teringin juga nak mencuba buat sendiri.. insyaallah satu hari nanti akak cuba juga resepi dari Shilla ni..
Terima kasih kerana berkongsi..

Shiela said...

Wsalam Ita.. terima kasih sudi singgah.. Ada masa cubalah yer.. :)

Marsita Yahya said...

Hi Sheila, trimakasih sharing dgn penjelasan yg panjang lebar...

Unknown said...

Pujaan hati ku juga ni Shiela..tapi nak membuatnya, adoi..

Unknown said...

Assalamualaikum Sheila akak pun fav jugak kalau yg berkcang macam ni tapi jarang buat sbb tk ramai yg minat kalau budak2 kt umah ni, insyaallah akak pun nk try jugak suatu hari utk diri sendiri

mama sara nur @ Cik Nor said...

pujaaan ku jg k.sheila he he tp kan makan selalunya jiran yg kasi hihikk jiran sy pun meniaga kuihmuih
memang sedappp sy suker tahi minyaknya

azlina said...

tq kak SHEILA.. mmg kena buat ni

Ummi CT said...

Assalamualaikum kak sheila terima kasih kerana sudi berkongsi resepi kuih kole kacang ni saya pun macam akak juga suka sangat dengan kuih ni tapi beli semua tak kena ngan tekak.Alhamdullilah cara akak terangkan ni saya faham dan saya akan cuba buatnya.

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak Shiela...Kuih paberet tapi belum pernah buat sendiri especially tak konfiden nak buat tahi minyak tu...

Lisa Ho said...

You membuatkan tekak saya meronta2 meminta kuih kole kacang but the thought of making 'taik minyak' tu..yang "eM A eL A eS" ...

umi's cup cake said...

kak Shiela,
ni kuih kegemaran umi tapi pernah buat sekali je..nanti nak kayuh jugak la macam akak

zila norazila said...

salam syg kak shiela.
pernh buat dulu2..bila dh ada blog x pernah buat lg..mmg fav nie kak:)

rahel said...

Sedapnya kuih kole kacang...suka sangat makan tp tak resti nak buet...

Ayu said...

Assalam sheila,
waduh cantik kole2 mu itu..dah lama tak makn dan buat..kita suka!!!! ada lagi ke tu?..minta seloyang..hehe

Rohah said...

mmg sdaplah kalau makan kuih ni..kita pun suka sangatttt kak..

Shiela said...

Thank you so much Marsita yahya, zana fahmi, Nooriah Abdullah, mama sara nur, azlina, Ummi CT, Sue @ Nenie, Lisa H, umi's cup cake, zila norazila, rahel, Ayu dan Rohan yang sudi singgah dan tinggalkan komen.

Pada yang ingin mencuba tu, Selamat Mengayuh Kole Kacang yer.. ;)

Qasey Honey said...

dh bookmark resepi ni...dlu QH penah buat tp sumber resepi xigt...xmjadi masa tu..ni kuih fav QH n hubby...lg sedap bile taik myk kat ats tu byk..hehe

Shiela said...

Haa.. Betul sgt tu QH cayang.. Akak pun suka banyak banyakkk tahi minyak tu.. Baru syiok makan kann..