Friday, 16 November 2012

BENGKANG PANDAN SPICES JOURNEY ;)

Percubaan terbaru bakar atas dapur gas.. Baru puas hati kelililingnya garingggg.. 


Assalamualaikum dan Salam Ceria buat semua walaupun saya tak berapa ceria. Hmm.. tahlaa.. Actually arini saya takder mood sangat. Pening dengan memacam hal, tapi nak buat macam mana lagi. Gitulah kekdahnya duniawi ni. Apapun saya redha dan yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. 

Takder mood, takder mood pun saya tetap ke dapo. Kalau saya dok diam memikirkan perangai ngan hati pewot manusia ni lagi tensen dibuatnya. Baik saya gi godek apa yang boleh, pastu amik kamera layan snap snap jap. Yang paling senang tuk digodek tadi dan yang terlintas dalam kepala saya ni cuma BENGKANG PANDAN peberet saya nilah. Lama betul gak tak buat ni walaupon kengkadang teringin. Cam biasalah ada jer yang potong queue. Dulu saya pernah masukkan jugak recipe Bengkang ni. Boleh click SINI kalau nak skodeng. Yang tu saya bakar dalam oven menggunakan periuk Correlle jer.


Rupa yang bakar atas dapur gas ni memang tak cungg.. tapi best sangat sebab dapat makan kerak kelililingnya yang garing tu.. krakk krukk.. :b


Recipe ni adalah hasil dari saya try an error sendiri. Semakin hari saya mencuba, saya akan sentiasa memperbaiki untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap menepati citarasa sayalah. Dulu memang Mak saya selalu buat, tetapi untuk mendapatkan sukatan yang tepat dari Mak bukannya senang. Maklumlah mak mak kita tu, dia campak campak jer pon elok jer menjadi. Kalau ditanya, dia pun susah nak jawab bab sukatan tu. Kena duduk mengadap dia buat betul betul baru boleh agaknya. Tapi setakat ni kengkawan yang dah mencuba semua cakap sedaplah. In fact dah berkali kali dorang buat kerana suka sangat. Nak cakap lelebih takut selera memasing tak sama, cubalah dulu resepi BENGKANG PANDAN saya ni yer..




BAHAN BAHAN :

10 helai Daun Pandan *
200 ml Santan Kotak (Ayam Brand) *
2 cawan Air *
1-2 batang Kulit Kayu Manis (jika suka) *
1 tin Susu Cair
6 biji Telor size A
1 cawan Gula Pasir
1/2 cawan Margerin
2 1/2 cawan Tepung Gandum
1/2 sudu kecil Garam Halus
Sedikit Pewarna Hijau

Blend semua bahan bertanda (*), tapis dan perah.  Tak perlu blend sampai halus yer nanti terasa sangat getah pandan tu. Blend sekali lalu jer dah. Jika ada bubuh kulit kayu manis, hati hati masa memerah takut ada serpihan kulit kayu manis yang tajam. Jangan sampai terluka jari.

  
Yang ni bakar dalam oven. Cantek tapi tak berapa garing kelilingnya.


Panaskan oven pada suhu 160C selama lebih kurang 10 minit. Gaul rata semua bahan dalam sebuah bekas bersama perahan daun pandan dan santan yang diblend awal tadi. Kemudian, blend semua bahan hingga sebati. Tuangkan dalam acuan yang telah dilenserkan dan bakar sehingga sehingga masak lebih pada suhu 170C atau mengikut kapasiti oven masing masing menggunakan api atas bawah. Selepas lebih kurang 15 min, tarik keluar sedikit dari oven dan taburkan bijan di atas permukaan bengkang. Hati hati takut kena oven yer. 




Sambung semula proses membakar selama lebih kurang 1 jam atau hingga masak. Boleh ditambah juga waktu membakar jika ingin lebih garing kelilingnya. Intai intailah juga sebab kondisi oven saya mungkin tak sama dengan oven anda. Pada 10 minit  terakhir saya menggunakan Api atas sahaja sebab saya nak bagi bahagian atas dia garing. Setelah masak cecepat sapukan sedikit margerin di atas permukaan bengkang yang panas. Renggangkan dulu pintu oven dalam 15 minit baru keluarkan dari oven.




Pada yang bertanya, ni pulak cara saya bakar Bengkang atas dapur gas dengan periuk dia.. Kena ada lapik kat bawah dia tu dan ditutup periuknya. Api pun kena kecik jer.. Harap dapat gambaran yang jelas yer.. Sila abaikan dapoku ituu.. Buat buat tak nampak sudah laa.. hehee..




Kalau nak keliling dan tengah Bengkang ini lebih garing, bolehlah bakar atas dapur gas menggunakan periuknya sendiri yang bertutup dan berlapik seperti gambar di atas. Apinya biarkan kecil jer dan masak hingga garing. Saya tak dapat lakukannya sebab masa buat ni, atas dapo gas tu tengah sibuk nak masak tuk lunch. Jadi terpaksalah masukkan ke dalam oven jer. Setelah masak, sejukkan dulu betul betul baru dipotong. Kalau tak sabaq nak potong masa pepanas pun boleh jugak cuma tak chomeylah sikit rupanya.




~~ SELAMAT MENCUBA ~~



20 comments:

Unknown said...

assalamualaikaum Sheila
pagi ni akak dtg flight awal ni haha, sebenarnya akak tk pernah buat lagi bengkang apa2 pun kt umah sbb anak2 tk pernah request, selalu kalau bengkang beli ja utk mkan sorang, ingat nak kena buat jugak kot paksa budak2 makan kan, sbb diaorang ni belum cuba dah kata itu ini,nampak sedap sngt bengkang ni kaler hijau berbijan lagi...

Azie said...

Thank you Shiela for sharing the recpe. Insya Allah, will try. Cuma nak bakar kat dapur bagi garing keliling

Ayam said...

Salam sheila....hehe kita pun nak cuba gak resepi nie manatau lagi best haha..terima kasih ye kerana sudi nak sharekan dengan kita semua walaupun dah berkali kali buat lain lain resepinya.

Gee® said...

Ermm..nampk menggoda... biasa buat tak boh susu cair pon... bolehlah try resepi Sheila ni..

mama sara nur @ Cik Nor said...

slmt pg K.Sheila
harap cepat sehat ye kak
memang sedap bengkang makan sarapan pg, dulu2 memang mak sy selalu buat
ye la kan mak mak kita tak guna sukatan campak2 tp jdnya emmm sedapp
susah nk tanya resepi ni, lg satu seingat sy mak bakar dlm periuk besar ada pasir dan atasnya api sabut kelapa kering tu he he

Amie said...

Selamat petag Sheila,
bila nampak bengkang pandan ni terus teringat bonda... suka benar bonda makan bengkang pandan! harum aroma pandannya walaupun bengkang dah habis seloyang... kita suka sangat yang kat tepinya tu yang garing2 tu... (orang dulu2 bakar pakai arang),
Laaa.... tak ada mood ye.. tapi menjadi juga hasil air tangan Sheila. Kita kalau tak ada mood semua kerja langsung tak jadi.. he he heh

Kniedaz said...

salam
sedapnya petang-petang makan bengkang
kalau sis ada resepi bengkang ubi kayu ble share tak?

ibundo said...

nampak sodap ni shiela. Mesti nak cuba. Bundo bawak balik resepi. Nanti jadi boleh tunjuk haha.. tapi tak tau la bila.

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kSheila..

Rajinnyaaaa...Naz ni kalau kuih2 bingka ni, tak de siapa nak makan di rumah ni..huhuhuu..Kalau buat, Naz sorang yg kena ngadap...Minta sikit dari akak lah... Eh betul ke akak? Entah2 Naz yg kakak...hehehee

Ermmm...Naz tgk dah resepi crepe durian kat blog ni. Nampak kulitnya tu nipis jer.. nanti nak cubalah bila datang seru. Seru tak kuat lagi ni.

Mamasya said...

Aslmkum sis Sheila.
suka bingka esp part atas...garing dg bijan itu. suka buat masa potluck sbb ramai2 boleh habiskan.

Rohah said...

ada lagi ke ni kak...mau buat sarapan

Azie said...

As salam. Haaa itulah rupanya bengkang yg saya beli tiap hari di bulan puasa. Garing keliling. Mcm mana cara bakarnya? Kena tutup atas atau letak arang ke kat atas?

Shiela said...

Wsalam Azie.. Bakar atas dapur gas jer.. U cari periuk tu kat kedai pinggan biasa ada jual. Dia datang siap ngan tutup dan lapik dia. Just bakar dengan api kecil sampai masak lebih kurang 1 jam camtu.

Shiela said...

Wsalam juga buat semua yang sudi tinggalkan komen. Terima kasih banyak banyak.. :)

Kniedaz : Saya belum pernah cuba buat Bengkang Ubi sebab dari dulu memang tak berapa gemor. hehee..

..di lesung pecah.. said...

Kak..Lama dah x mkn kuih tradisi ni..vinduuuu...nak rasa boleh..?

Shiela said...

Wannie.. boleh boleh.. :)

izryn said...

Dapat juga resepi ni...teringat kueh air tgn arwah mak sya nih....rindu dgn arwah.....bile rindu, sya masak makanan yg selalu arwah buat wpun x sesedap arwah buat...

Shiela said...

izryn : selamat mencuba yer.. Al fatihah buat arwah..

Mas said...

bengkang ni yg best, tang garing tu...
sedapppnya....

Anonymous said...

Can anyone translate to english? How i wish i could try to bake it. Thank you.