Tuesday, 2 October 2012

MEE REBUS UTARA Versi BondaKu



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Oktober sudah tiba nampaknya. Cepat sunggguh sehh.. Jap lagi dah nak ujung tahun. Seperti yang dijanjikan pada N3 YANG INI saya akan kongsikan di sini recipe Mee Rebus yang saya follow dari Mak saya sendiri. Memang inilah satu satunya recipe yang menjadi pujaan hati kami adek beradek dari dulu. Bila teragak atau teringin sangat nak makan terpaksalah buat sendiri sebab susah nak cari yang dijual kat luar tu menepati citarasa kami. Sesekali buat takperlah, bukannya susah mana pun.




Macam biasalah, tugas kita seharian ni tak pernah sudah. Makanya, tak dapatlah nak sembang lelama. Di dapoq sweet dapoq tu sudah sedia menanti tugasan tuk harini. Japgi dah nak gi amik nakdara tu balik sekolah pulak. Jomlah kita nengok resepi MEE REBUS UTARA dari Mak saya yang Mamee Tanjung tu. Mak juga selalu berpesan pada saya, "Jangan kedekut resepi atau ilmu masakan dengan sesapa pun, bagilah.. Insyaallah.. penuh keberkatannya".. Orait Mak.. Cheq nak kongsi ni.




BAHAN BAHAN :

1 kg Mee Kuning
500 gm Udang size sederhana/besar
500 gm Daging ~~ cari yang Tetel
500 gm Keledek ~~ saya guna keledek oren
100 gm Kacang Dhal/Parpu ~~ basuh dan rendam
6-7 sudu besar Cili Mesin 
2 batang Serai ~~ dititik
1 biji Bawang Besar *
5-6 ulas Bawang Merah *
3 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia *
Minyak untuk Menumis
Garam dan Gula secukup rasa
Air Secukupnya




BAHAN TABUR/GARNISH :

2-3 biji Ubi Kentang ~~ direbus
4-5 biji Telur ~~ direbus
4-5 keping Tahu ~~ digoreng
Sedikit Sawi dan Taugeh
Cili Hijau dan Cili Merah 
Bawang Goreng ~~ dibuat sendiri
Limau Kasturi atau Lemon
Sedikit Daun Sup/Daun Bawang




CARA CARANYA :

1.  Kisar atau blend semua bahan bertanda (*). Rebus daging tetel dengan air dan sedikit garam untuk mendapatkan stoknya. Boleh juga dimasukkan sedikit bahan yang kita kisar tadi. Rebus keledek hingga empuk dan lenyek atau kisar halus. Kacang dhal yang telah kembang direndam tu juga di blend halus,  Rebus sebentar udang dan kopek kulitnya. Jangan rebus lelama nanti udang tu kecut, tak cantik dan keras. Kulit udang tu jangan dibuang yer, blend kasar ala ala manja gitu dengan air rebusannya tadi dan tapis ambil air atau stoknya. 




2.  Panaskan sedikit minyak dalam periuk yang bersesuaian dan tumis semua bahan (*) yang diblend bersama serai. Bila agak wangi dan naik bau, masukkan cili mesin. Masak hingga garing dan hilang bau cili tu.  Bubuhkan sedikit garam. Cili mesin ni juga boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa memasing. Jika cili tu sudah betul betul masak, masukkan semua bahan stok yang kita sediakan di langkah 1 tadi iaitu air rebusan daging, air udang, keledek dan kacang dhal yang siap dikisar halus. Biarkan ianya masak perlahan dengan api sederhana supaya semuanya betul betul mesra. Boleh juga ditambah air mengikut kepekatan yang disukai. Biasanya saya suka kuahnya agak pekat sedikit. Perisakanlah dengan garam dan gula secukupnya mengikut citarasa memasing. 




3.  Celur sebentar Mee Kuning, Sawi dan Taugeh. Saya kukus jer sebab tak suka kerja nak mengaut mee yang licin tu. Tapi terpulanglah pada keselesaan memasing. Jika nak sayur yang dicelur tu nampak segar dan tidak lodoh, masukkan sedikit minyak masak dan garam dalam air panas tu.

4.  Seterusnya bolehlah dihidangkan bersama perkakasnya seperti hirisan ubi kentang rebus, tahu goreng, telur rebus dan sayur sayuran. Paling penting untuk Mee Rebus Utara yang betoi betoi kick, mesti ada cili hijau potong, perahan limau dan bawang goreng. Bawang goreng terbaek yang dibuat sendiri. Jangan malas malas taww, tak sama wanginya dengan yang beli dah siap tu. Kalau nak tau, kenalah cuba dulu. 
Selamat Mencuba.. (",)



Haaa.. Ni Farrah punya.. Nyum Nyumm.. ;P


18 comments:

  1. salam syg kak shiela,
    zila pun sama suka kuah yg pekat..tp klu mkn nie zila kasi perabih kuih dulu..mee last2:)

    ReplyDelete
  2. wsalam adeq maniss zila cayangg.. best kan macam camtu.. baru terasa kick dia kan.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam Sheila,
    mee rebus kuah pekat camni sedappp...
    www.my-mintroom.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. nak semangkuk cam Farah punya tu yum yum he he
    memang sedapp mee rebus kena kuah cam kak Sheila yg pekat ni fuhh boleh tambah lagi kalu makan he he

    ReplyDelete
  5. salam Sheila
    nampak sangat menyelerakan mee rebus tu,sama lah kita utara mari tapi mmg sedap kan mkn pekat2 macam tu mmg dah tak nampak siapa yg lalu lagi hee

    ReplyDelete
  6. Aslmkum sis Sheila. dtg jamu mata dg mee rebus utara yg dihidangkan....nampak menyelerakan. nengok bahan2nya...kelainan ada tambahan kcg dal.teringat pula ada masa raya beberapa thn lepas, kwn jamu mee rebus utara yg dimasak oleh anak lelakinya...tukang masak...resepi istimewa org utara katanya...

    ReplyDelete
  7. Kenapalah mama ni cari nahas datang sini memalam hari ye? Kan dah perut ni otomatik datang je perasaan laparnya... ish.. tadi elok je behaving... ni dia dah keluar bunyi bunyian plak... ish ish ishhhh

    ReplyDelete
  8. As'kum Kak Shiela hadoii kak meleleh aje melihat... kalau mintak semangkuk boleh? tukar dengan bingka ubi berkerak hehehehe

    ReplyDelete
  9. Marsita : betul betul betul.. tq dear.. :)

    Mama Sara nur : pekat baru kick kann.. nak cam Farrah tu boleh jer.. mai mai.. :)

    ReplyDelete
  10. Bicara Kak Noor : terima kasih kak noor.. betul tu, nak nak kalau depa lalu belakang kan..

    ReplyDelete
  11. Mamasya : Wsalam dear.. memang suka ada kacang dhal cam mak selalu buat ni.. bau dan rasa dia jer pon ada kelainan.

    ReplyDelete
  12. MamaFami : alaaahaiii.. ciannyaa.. mintak mahap laa yer mama.. tapi camner pun, terima kasih byk2 sudi mai jenguk dapoq cheq ni.. :)

    ReplyDelete
  13. Shahriah : boleh boleh.. nanti roger roger.. akak nak yg keledek celop cekelat tu sama yer yang.. hehee..

    ReplyDelete
  14. thanks for the recipe shiela. Nampak sedap sangat. Bundo ambil resipe ni. halal ye..

    ReplyDelete
  15. Shiela...bak mai satu mangkuk mee rebus itew..gue haus la...nak slrup!

    ReplyDelete
  16. kak..pekat kuah tu, kaw2 punya nih..
    suke set pinggan mangkuk tu, kat The Store Klang ada jual..pulus je yg Q..hehe

    ReplyDelete
  17. mee rebus utara memang sedapppp.. kacang parpu sangan tu yang buat wangiiiii... kami kalau hari raya.. mee rebus langkawi.. menu yang mesti ada.... seminggu makan pun tak jemu

    ReplyDelete
  18. Hi,sheila noodle looks great! Is there substitute for beef?

    ReplyDelete