Friday, 15 June 2012

CHOC CHEESE Cake with BUTTERSCOTH Sauce






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Stock Cream Cheese kat dalam fridge tu dah hampir hampir nak expired. Timbang ada lah dalam 500 gm, jadi saya pon puas mikirkan sesuatu yang boleh dihasilkan dengannya. Tetiba anak sebut nak makan Choc Cheese Cake. Saya pun lagi senang tkyah nak pikir banyak banyak. Resepi ni saya reka reka berpandukan resepi New York Cheese Cake aritu sebab saya memang suka sangat texture pada NYCC tu. Cuma adalah saya adjust sikit sikit pastu siram dengan Butterscoth Sauce. Wallahhh.. Kalau tak percaya, cubalah.. :)




BAHAN A (BASE) :

100 gm Biskut Marie ~~ dikisar halus
20 gm Original Nestum
100 gm Butter


Cairkan butter. Masukkan ke dalam biskut marie yg telah dikisar tadi bersama nestum dan gaul rata.
Kemudian masukkan adunan biskut marie itu ke dalam loyang yang digris atau dialas dgn baking paper dan tekan padat.
Biarkan di dalam peti sejuk selama 20-30 minit.


BAHAN B :

6 biji Putih Telur
80 gm Gula Kastor
1 sudu teh Cream of Tartar

Satukan semua Bahan-bahan di atas dan pukul sehingga kembang bertanduk (soft peak).



BAHAN C :

500 gm Cream Cheese ~~ Suhu bilik
180 gm Gula Kastor
6 biji Kuning telur
60 gm Tepung Jagung
1/2 cawan Sour Cream
2 sudu besar Lemon Juice
1 sudu teh Vanilla Ekstract / Essense
2 sudu kecil Choc Emulco


Pukul cream cheese bersama gula kastor sehingga berkrim dan sebati. Masukkan kuning telur satu per satu. Kemudian masukkan vanilla ekstrak/essence, sour cream dan lemon juice. Pukul sebentar. Slowkan speed dan masukkan pula tepung jagung sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati. Selepas itu masukkan choc emulco dan pukul hingga mesra dan sebati.


Seterusnya campurkan adunan BAHAN B tadi ke dalam adunan BAHAN C dan kacau dengan senduk kayu dengan cara kaup balik hingga agak rata dan sebati. Tuang adunan ke dalam loyang dan hentak hentakkan sedikit untuk kurangkan gelembung udara supaya cake kita tak banyak lubang lubang nanti. Bakar secara double boil pada suhu 170’C selama 60 minit atau hingga masak bergantung pada kapasiti oven memasing. Kalau guna loyang yang removable cam saya ni, balut bahagian bawah loyang dengan aluminium foil supaya tidak masuk air. Size loyang yang bersesuaian untuk adunan ni adalah anggaran 8" x 8".




Kalau sudah masak jangan kuarkan terus dari oven yer.. Renggangkan sekejap pintu oven dalam 10 minit camtu dulu.. Pastu lalukan dengan pisau keliling kek tu supaya dia tak turun sangat. Biarkan kek sejuk dan masukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong. Seeloknya lebih kurang 5-6 jam. Kek ni sedap dimakan sejuk atau cam omputih cakap, Serve Chilled.


** Note : Kaedah Bain Marie atau Steambath maksudnya, kita letakkan loyang cake tu dalam tray yang berisi air panas MENDIDIH dan terus bakar dalam oven yang telah siap dipanaskan terlebih dahulu.




Resepi BUTTERSCOTH SAUCE ni adalah dari teman fesbuk Juliati Homemade. Thanks Ju, sudi share resepinya dengan akak. Akak mohon dihalalkan dan share kat sini pulak yer..

BAHAN BAHAN :

175 gm Gula Kastor
175 gm  Fresh Cream / Whipping Cream
75 gm Butter
50g White Choc ~~ dicincang halus


Masak gula hingga perang. Angkat dari api masuk fresh cream sedikit demi sedikit sambil kacau dengan whisk. Pastu masukkan butter dan white choc, kacau hgga larut. Satu jer saya nak pesan, pastikan semua bahan dah ready sebab kita perlu cepat dalam proses ni. Dah siap, bolehlah disiram pada cake tu. Selamat Mencuba.. (",)


9 comments:

Unknown said...

salam Sheila..
malam2 ni akak dtg sbb wnagi kek tu nampak sedap sangat kalau dekat mmg dah buat muka tak malu minta sepotong heee

Shiela said...

wsalam Kak Noor.. klu dekat mmg tkjadi masalah kak.. :)

Qasey Honey said...

wow berkilat coklat ganachenye...mmikat..nmpk sedap jugak kek tu..

Amie said...

Cukup lengkap penerangan Shiela, tentu mudah bagi yang berminat nak buat.... terima kasih Sheila kerana sudi kongsi resepi2 yang enak & unik!

Shiela said...

Qaseh Honey.. tu bukan Choc Ganache yer yg berkilat tu.. kali ni saya try guna Butterscoth sauce pulak..

Amie.. terima kaseh dear.. :)

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'Kum waduhhh sedapnya.. lemak dan berkrim... cheese dengan cekelat memang ler terbaik!

Shiela said...

Wsalam Shahriah.. terima kasih yer sudi singgah.. :)

Nuwairani said...

memang puas hati kalau buat butterscotch sauce. ada rasa caramel gitu. best!

Shiela said...

betul Nuwairani.. :)