Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya seakan menarik nafas panjangggg.. Berakhir sudah laa gamaknya Sumpahan saya untuk membuat BUTTERED PRAWN ni. Puas berkali kali mencuba tu, macam macam rupa yang tak semenggah jadiknya. Sampai tiap kali saya cakap kat hubby nak masak menu ni, dia yang cuaq dulu.. kehkehkeh.. Tapi tulah orang kata berkat kesabaran dan tidak putus asa, akhirnya Hari Ini Dalam Sejarah jadilah juga hasil dari keras tanganku ini. Terima kasih kepada PakChik Google atas vidoe dan recipe ini sehingga saya menemui jalan yang lurus untuk menghasilkan Butter Prawn ini walaupon taklaa secantek atau seperfect yang kat Chinese Restoren tu kann.. Tapi untuk Restoren kami yang kat umah ni bolehlaa.. heheh..
Buat kali ni saya tak berani nak buat banyak banyak, takut tak menjadi lagi. Dahlaa tak cukup pulak tadi, berebut pulak anak banak. Nampak gayanya kena laa buat lagi ni. Takper, senang jer.. echechehh.. eksen laa pulak.. hehee.. Jom nengok cane nak hasilkannya. Saya buat Sarang Telur/ Flossnya dulu sebab tu yang penting. Kalau yang ni tak jadi, memang out lah kann.. kompom tak menjadilah kiranya BUTTER PRAWN kita ni..
SARANG TELUR/FLOSS :
2 biji Kuning Telur
Sesenduk Butter/Margerin
Secawan Minyak
Pukul ringan kuning telur. Boleh tambah atau gandakan lagi kuning telur dan bahan di atas jika suka floss yang banyak. Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti yer. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak bewarna keemasan. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan ker untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula bab Udangnya. Jom nengok.. :)
BAHAN BAHAN :
12 ekor Udang size besar atau Sederhana
Sedikit Garam
Sedikit Lada Sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas Bawang Putih ~~ dicincang
6-8 tangkai Cilipadi ~~ dihiris
5 tangkai Daun Kari
1/4 cawan Susu Cair
Sedikit Butter/Margerin untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Putih ~~ jika suka
Garam secukup rasa
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng hingga agak berubah warna dan masak jer. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantek dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cilipadi dan daun kari hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang kita goreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine tu pon ada garam gak. Takut masin sangat pulak nanti tak syiok pulak nak meratah ratah. Setelah semua bahan masak dan mesra bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan Sarang Telur/Floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann.. Selamat Mencuba.. (",)
27 comments:
wah syabas tahniah kerana berjaya membuat butter prawn ni akak pun selalu faile wat bab floss ni
maseh kak.. saya pon baru nilaa nak jadi.. puas mencuba.. :)
Butter prawn peberet semuakan..memang nampak sedap
Trimakasih Shiela kerana menunjukkan cara siapkan egg floss nya. InsyaAllah saya cuba nanti cara tu. Selalu buat part udang ~ sedap TAPI part telur tak menjadi.
Tahniah kerana akhirnya menjadi. saya dah buat percubaan berkali kali dan belum menjadi hingga sekarang. Ni rasa bersemangat nak cuba lagi ni.
Regard
Azie Kitchen
Assalam Sheila...cantik kejadian jala2annya tuh...hehe...Thanks atas info yg dikongsi Sheila...moga pasni pakat2 cantik la buttered prawn kita kan...hehe
As'Kum wahhhh sedap ni.. cantik kejadiannya.... kecur dah ni..:))
sedap butter prawn ni, saya sellau buat failed memanjang...last² beli kat kedai jer kalau nak makan...heehe...kali ni nak cuba kaedah ni pulak...kena laju² ehhh...
Kira jadilah sudah sarang telurnya ni Sheila...
teringin pulak nak buat, tapi kalau tak jadi kang haaa merajuk sendiri he he he ehhh
salam perkenanalan Sheila...
saya pon pernah try tapi tak menjadi...nnt nak buat lg lah...
Mekaseh Semua.. Selamat Mencuba juga pada yang ingin mencuba.. Insyaallah jadi, jangan putus asa.. Malaysia BOLEH!!!.. :D
As salam Shiela, saya pun dah berjaya selepas beberapa kali mencuba sebelum ini. Bersemangat untuk mencuba lagi selepas membaca entri ini. Tapi kenapa saya punya, menjadi berbuih sehingga tak dapat dilihat telur seperti dalam gambar Shiela di atas pun?
Regard
Azie Kitchen
Wsalam Azie.. yeayyy.. dah jadi ker?? saya seronok dengar ni.. Cepatlah masuk N3 tu, nak nengok.. Memang dah lama masak dalam kuali tu sementara nak garing dia berbuih buih.. Saya tk masukkan jer pic yg tu takut tak berapa jelas kengkawan nak nengok nanti.
cantik ;) baru lepas tgk dari blog Kak Azie... teringin juga nak mencuba!
maseh dapurCikWan.. Selamat mencuba yer.. :)
Terliur tengok butter prawn sis! Share ya, nak cuba juga ni.... Trmksh
Sila Nur.. Selamat mencuba yer.. :)
yeay akhirnya ade jgk org aja buat butterprawn nih.. heheh x sbr nk cube.. tenkiu akk.. :)
sama sama Siti Mahiza. Selamat mencuba yer.. :)
baru je cuba tadi...tq for the recipe... tapi saya ganti udang dengan udang lipan... banyak org kasi udang lipan... esok nak masak resepi apa la pulak ye dgn udang lipan tu...
Tahniah adik. memang worth it lah ya kerana kecekalan dan tidak putus asa. Menu ni mmg sedap. Pernah buat tp x menjadi tpi belasah aje, asal masih blh makan. Sgt menyelerakan betul resipi ini. x pernah terfikir yg floss tu dibuat asing. trm kasih skali lg f sharing n i wl inshA try doing it. tapiiii ini resipi x sesuai utk org yg ada high cholestrol owh :(
Nak cuba lah...selalu x ....
Aslkum shiela nmpk sdap ja terliuk lah plak menengoknya...mohon share n halalkn k.. tenkiu
Assalamualaikum.
Sedapnya. Mohon share... terima kasih.
Kalaulah boleh copy dan print resepi dari sini..kan senang untuk mencuba:)
Kak Sheila thanks for sharing recipe yang enak ini. Melly dah coba semalam..memang sedap. Ijin letak recipe nya di blog saya yah.. ;)
Terima kasih atas informasinya ;)
Post a Comment