Kuih Talam Berlauk ni sebenarnya ada resepi tradisi dari Ibu Mertuaku tapi banyak jugalah yang telah saya modified mengikut citarasa saya. Kalau yang original MIL saya buat guna udang kering. Pastu pada bahan lauk juga saya tambah minyak sapi untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih mengancam. Banyak kali juga saya mencuba dan menghadapi kegagalan untuk mendapat sukatan yang seperfect ini untuk kengkawan. Maklumlah mak mak kita kalau masak mana ada resepi bagai kann.. Dia jeling jer pon dah kompom jadi. Setakat ni sesapa yang mencuba resepi kuih ni, semuanya cakap sedap sehingga menjadi kegemaran keluarga juga. Kalau berminat, jom nengok resepi yang saya nak kongsi.. (;
BAHAN BAHAN :
Utk bahagian bawah :
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan segar pekat
4 cawan air ~~ atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa (lbh kurang 2 sudu kecil)
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan segar pekat
4 cawan air ~~ atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa (lbh kurang 2 sudu kecil)
Utk LAUK :
Udang saiz kecil dlm 200 gm (ikut suka)
Udang saiz kecil dlm 200 gm (ikut suka)
9 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah
Sedikit daun sup n daun bawang
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit gula (dlm 1/4 sudu kecil)
Garam secukup rasa ( lbh kurang 1/2 sudu kecil)
Sedikit minyak utk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi
Sedikit daun sup n daun bawang
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit gula (dlm 1/4 sudu kecil)
Garam secukup rasa ( lbh kurang 1/2 sudu kecil)
Sedikit minyak utk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi
Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. Udang kering ditumbuk halus. Goreng bawang merah n bawang putih hingga kuning keemasan, angkat. Kemudian masukkan udang kering. Setelah naik bau n garing, masukkan udang idup yg dibuang kulit diikuti dgn cili merah. Bubuh sedikit serbuk lada sulah, sedikit gula dan garam secukup rasa. Bila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng tadi bersama daun sup dan daun bawang dan gaul rata. Ketepikan.
Satukan semua bahan utk bahagian bawah dan blend. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Ketepikan. Asingkan sedikit dalam suku cawan. Kukus selama lebih kurang 15 minit dulu. Kemudian bukak dan tabur bahan lauk yg telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yg diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya. Kemudian sambung mengukus selama 45 min lagi.. Setelah sejuk, baru dipotong dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba.. :)
16 comments:
Sheila, akak pun suka talam berlauk, next time akak try resepi MIL Sheila ni eh...nampak menyelerakan betuii...Cantik lak kukus dlm bekas kecik2 bunga kangkung tuh, nostalgia je :)
sha amik resepinyer yer..nak try la..belum penah makan lagi kuih ni..
maseh kak ummi..
amik lah sha.. selamat mencuba yer.. :)
tgk pon dah tau betapa lazatnya kuih ni....cantiknya gambo akak!
Terima kasih Ummiaisyah.. Alaahai.. Akk bukannya pandai sgt bab amik gambo ni.. Main tembak jer.. Nasib nasib jerlah.. Hehee.. :-)
Sheila,sungguh tergoda. Selama ini kalau tengok kuih ni, tak pernah pun rasa nak beli apa lagi nak memasaknya sendiri. Ini dah tak tahan menengoknya.
Alaahaiii Azie.. sorry yer, baru perasan yr comment.. dah cuba pun kann.. hehee.. Alhamdulillah u like it.. :)
secara otomatik trus meleleh air liur tgk inti kuih talam akak tuh !!!
Salam Sheila,
Akak dah try guna resepi ini utk sukatan bahannya...tq. Memang ngam dgn selera...boleh tgk N3 nya kat rumah akak ya...
Assalamualaikum Sheila, pagi tadi dah cuba resepi ni..memang sedap & mudah cara membuatnya. terima kasih ya sudi kongsi resepinya...:))
As Salam Sheila, ukuran cawan ini guna cawan metric ya.? Tkaseh.
Kak Siti Jaleha.
Tq share resepi.nampak menyelerakan...nak cuba la...
wahhh.. sedapnyer... meleleh air liur ni.. hehehe
Salam. Kalau saya kukus dlm bekas lompang (kecik) brp minit nak kukus?
Salam. Kalau saya guna bekas lompang (kecik) brp minit nak kukus?
I placed an order over https://banksnear-me.com/
days ago with them with rush processing and rush shipping and they aren't responding to their support tickets or their private messages on this forum.
Post a Comment