Ni adalah percubaan pertama saya membuat 'CARAMEL CHOC CAKE'.. Alhamdulillah, hasilnya agak lumayan jugaklah.. Terima kaseh banyak banyak pada teman Mukabuku ku Fara Shafiera yang sudi berkongsi resepi ni.. Moga diberkati Allah.. :)
Oleh kerana kebetulan hari saya membuat kek ni adalah hari lahir suami saya, di kepala ni dok terpikir pikir jugak macam mana nak ku gayakan kek ini supaya nampak cantek sikit.. Maklumlaa ada special event kann.. hehee.. Tetiba terlintas di mindaku akan bekas Silikon yg ada. Memula cuaq jugak, boleh ke jadi?? Pikir punya pikir, redah jerlaa kann.. Apa apa pon yg jadi, aku terima jelah.. Jom tengok cane saya buad...
Mula mula saya tabur dan ratakan 2 sudu besar gula pada dasar bekas Silikon tu seperti gambar di atas.
Kemudian, bakar dalam oven menggunakan Api Atas sahaja pada suhu 160 deg Celcius selama lebih kurang 5 min sehingga jadi gula hangus. Kena tengok juga sesekali sebab ia bergantung pada oven memasing jugak. Oven akan berasap sekejap, sebab kita bakar gula kan.. tapi no hal lah.. kejap jer..
Selepas itu kita sediakan bahan Puding pulak. Kacau sebati dgn lembut jer (jgn sampai berbuih) 3 biji Kuning Telur, satu cawan Susu Cair, 3/4 cawan Susu Pekat dan 1/2 sudu teh Esen Vanilla. Kemudian tapis dan tuang ke atas Caramel atau Gula hangus tadi. Bakar sekejap dlm oven dgn kaedah bain marie (letak loyang kek dlm loyang berisi air di bwh) lebih kurang dlm 20 min atau hingga Caramel tu pekat dan keras sedikit. Saya guna api atas bawah jer, sebab oven saya takde api bawah sahaja. * Susu pekat tu boleh dikurangkan ker 1/2 cwn kalau nak kurangkan manis.
Sambil menunggu Puding Caramel tu masak, kita bolehlah sediakan bahan COKLAT pulak. Campurkan dalam satu periuk 1 cawan Serbuk Koko, 1 cawan Susu Cair, 3/4 cawan Susu Pekat, 3/4 cawan gula, 1 cawan Minyak Masak (saya campurkan 2 sudu besar Butter dlm sukatan myk tu). Masak dengan api perlahan sehingga semuanya larut n sebati dan sejukkan sebentar. Langkah seterusnya Ayak 3/4 cawan Tepung Gandum bersama 1 sudu kecil kfc Soda Bikarbonat dan 1 sudu kecil kfc Baking Powder. Kemudian blend hingga halus dan kembang 4 biji Telur. Masukkan TELOR yg telah diblend tu ke dalam COKLAT tadi dan kacau hingga rata dgn menggunakan senduk atau hand whisker jer. Kemudian masukkan pula TEPONG yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga sebati.
Akhir sekali, tuangkan ke atas PUDING CARAMEL tadi perlahan lahan. Saya biarkan Puding sejuk dulu sebentar, jadi dia taklah lembik sgt. Seterusnya bakar dgn kaedah Bain Marie jugak selama 1 jam atau sampai masak pada suhu 180 deg Celcius (bergantung pada oven memasing juga ya)
Setelah sejuk, lebih kurang dalam 15-20 min barulah dikeluarkan dari bekasnya. Dan inilah hasilnya.. 'CARAMEL CHOC CAKE' ku.. Memang Kababoommm betoi.. Paling sedap kalau makan masa sejuk, macam makan eskrem.. ;P
12 comments:
cool.
As'salam Shiela
nampak sangat sedap ni..kena cuba juga ni. k.ct amik resipi dulu ya..tr kasih banyak2 :)
Wsalam CT Delima.. sama sama.. :)
Adeeeeiii...kena buat jgk la yg karamel coklat kali ni...hari tu buat belang2 pelangi punya kek karamel...ni lg ngencesss nih...mintak tisu 2 helai Sheila, nitis airliur daaa...hehe
okayy.. kang Shiela ulo sekotak.. hehee..
As salam...nampak sedap betul.trliur! Nak try jugak nnt.minta izin salin resipinye ye :D
Wsalam Fiza.. sila lah.. Selamat mencuba yer.. :)
Ada step by step. I like. Nnt nak cuba buat for my own birthday
maaflah Azie, baru perasan comment ni.. dah cuba ker?
nampak sedap sesangat akak pun macam nak buat je testing utk makan2 anak beranak kalau jadi dpt buat utk raya ke..
shila nak tanya la kat mana nak beli acuan plastik tu?
ummm,,,kalau bakar x buat kaedah bain marie x bole yer?????maaf tanya saja...hihihi
Post a Comment